Tips Beli Kereta Ikut Kemampuan Anda

Sebaik sahaja anda mula bekerja, salah satu keputusan penting yang akan anda ambil ialah membeli sebuah kereta. Walaupun kereta merupakan kaedah pengangkutan yang selesa, perlu diketahui, memiliki sebuah kereta bukan setakat membayar ansuran bulanan sahaja. Ia juga melibatkan kos lain seperti petrol, tol, parkir cukai jalan, insurans, kos penyelenggaraan dan kos membaiki apabila kereta anda rosak.

Seandainya anda boleh membayar segala kos yang disebutkan tadi dengan selesa, anda masih perlu tanya diri anda sama ada kereta itu merupakan suatu keperluan ataupun kehendak.

Credit gambar to Azizul Azli Ahmad

KERETA BAHARU ATAU TERPAKAI?

Apabila kereta menjadi suatu keperluan, anda perlu membuat keputusan sama ada ingin membeli kereta baharu atau kereta terpakai. Ramai orang beranggapan bahawa membeli kereta baharu adalah lebih baik kerana kos penyelenggaraannya rendah tetapi pada hakikatnya memiliki kereta baharu juga ada kelemahannya.

Ketika memutuskan jenis kereta yang diperlukan, anda hendaklah terlebih dahulu menilai kemampuan anda. Jika didapati membeli kereta baharu akan membebankan, belilah kereta terpakai yang masih keadaan baik. Lagipun, kereta hanya sebuah kenderaan yang membawa anda beregerak dari suatu tempat ke suatu tempat yang lain.

Kebaikan dan keburukan beli kereta baharu
Kebaikan dan keburukan beli kereta terpakai

9 Tips Beli Kereta.

1) Buat perbandingan untuk mendapatkan kereta yang sesuai dan memenuhi keperluan anda. Ada baiknya jika anda meminta nasihat daripada ahli keluarga atau sahabat.
 
2) Jika anda ingin membeli kereta terpakai, dapatkan khidmat mekanik yang boleh dipercayai atau lakukan pemeriksaan PUSPAKOM ke atas kereta tersebut.
 
3) Pertimbangkan harga jualan semula atau nilai tukar beli kereta sekiranya anda bercadang untuk menukarnya kelak.
 
4) Sekiranya anda mengambil keputusan untuk memohon pinjaman kereta, cari pakej terbaik berdasarkan kemampuan anda. Dapatkan maklumat mengenai kadar faedah efektif yang akan dikenakan.
 
5) Rangka bajet mengikut pendapatan anda. Ambil kira ansuran bulanan kereta dan lain-lain kos seperti kos petrol, tol, parkir, cukai jalan, insurans dan servis biasa.
 
6) Cuba tingkatkan tabungan untuk bayaran pendahuluan supaya pinjaman yang diambil lebih rendah dengan tempoh pembayaran yang lebih singkat. Perlu diingatkan bahawa semakin panjang tempoh pinjaman, semakin banyak faedah yang anda perlu bayar. Ini mungkin akan menyukarkan anda untuk menjual kereta tersebut kerana nilai pasaran kereta jauh lebih rendah berbanding dengan baki pinjaman.
 
7) Jangan gunakan kad kredit untuk membuat bayaran pendahuluan kerana anda akan terikat dengan pinajaman pada kadar faedah yang tinggi.
 
8) Bersedia untuk menanggung perbelanjaan di luar dugaan seperti membaiki kereta sekiranya berlaku kerosakan atau kemalangan. Ada baiknya untuk mengetahui tentang kemudahan mendapat alat ganti serta kos untuk menggantikannya.
 
9) Pastikan kereta anda mempunyai perlindungan insurans atau takaful yang mencukupi. Terdapat dua jenis perlindungan insurans iaitu perlindungan komprensif dan pihak ketiga.
 
Formula beli kereta ikut bajet anda.

 

Perkhidmatan Renew Insuran dan Roadtax Kereta Anda
Facebook
Twitter
LinkedIn
Telegram
WhatsApp
Email
Print

Borang Quotation

Go to the full page to view and submit the form.

Views: 13