Mewariskan Harta Kepada Orang Tersayang


Penulisan wasiat merupakan perkara yang sering dianggap sebagai sesuatu yang remeh. Hanya kira-kira 2% daripada penduduk Malaysia yang telah menulis wasiat. Majoriti penduduk ‘terlepas pandang’ tentang kepentingan menulis wasiat.
Berdasarkan rekod Bahagian Pembahagian Pusaka, Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan, kira-kira RM60 bilion jumlah harta tidak dituntut oleh waris si mati sehingga tahun 2016.
Adakah penulisan wasiat benar-benar diperlukan? Mari kita lihat beberapa persoalan umum dan akibat tidak menulis wasiat.
Kebaikan Mempunyai Wasiat
A. Secara Konvensional
Jadual di bawah menunjukkan kelebihan menulis wasiat dan akibat meninggalkan keluarga anda tanpa menyediakannya.
Jika seseorang meninggal dunia dengan wasiatJika seseorang meninggal dunia tanpa wasiat
Harta pusaka akan diberi kepada waris pilihan anda.Tanpa mempertimbangkan keperluan waris, harta pusaka akan dibahagikan mengikut Akta Pembahagian 1958 dan bukannya mengikut kehendak anda.
Anda berhak memilih pentadbir aset yang bakal melaksanakan wasiat. Anda juga boleh melantik penjaga yang boleh menjaga kebajikan anak-anak anda sehingga mereka matang.Mahkamah akan membuat keputusan untuk anda
Kos untuk memproses pembahagian harta adalah rendah dan hanya mengambil masa beberapa bulan. Wasiat akan memastikan orang tersayang mendapat jaminan daripada sudut kewangan, selain mengelakkan konflik antara ahli keluargaProses pembahagian mungkin melibatkan kos yang tinggi, dan dalam kes yang melibatkan konflik kekeluargaan, yuran guaman boleh melonjak berlipat kali ganda kerana kes-kes sebegini boleh mengambil masa sehingga beberapa tahun untuk diselesaikan. Keadaan ini menyebabkan keluarga anda menghadapi masalah kewangan dan persengketaan sebelum dapat mewarisi pusaka anda.
 
Sering kali, pertikaian tentang pembahagian harta si mati menyebabkan perselisihan sesama ahli keluarga. Persediaan wasiat boleh menggelakkan konflik yang mungkin berlaku pada masa depan apabila berlaku kematian.
B. Secara Islam
Bagi orang Islam, wasiat hendaklah ditulis mengikut undang-undang Islam. Wasiat perlu bagi orang Islam. Tanpa penyediaan wasiat, harta pusaka akan dibahagikan mengikut kaedah Faraid, yang menyebabkan anak angkat atau anak tiri tidak layak mewarisi apa-apa harta.
Jika seorang Muslim meninggal dunia dengan wasiatJika seorang Muslim meninggal dunia tanpa wasiat
Selepas menolak hutang dan liabiliti, seorang Muslim boleh memilih untuk menyumbang 1/3 daripada harta pusakanya kepada bukan waris, dan bakinya akan diberi kepada waris Faraid (mengikut undang-undang).Harta akan diagihkan mengikut undang-undang Faraid. Andaikan kedua-dua ibu bapanya telah meninggal dunia, 1/8 daripada harta pusaka si mati akan diberi kepada isteri, dan selebihnya akan diberi kepada anak lelaki dan anak perempuan (dengan pertalian darah tetapi tidak termasuk anak luar nikah) dengan nisbah 2:1.
Sesiapa boleh menjadi waris anda, (pengagihan lebih daripada ½ harta pusaka kepada bukan waris memerlukan persetujuan daripada waris, tetapi walaupun tanpa persetujuan mereka, pengagihan boleh dilakukan sebagai Hibah semasa anda masih hidup).Ahli keluarga bukan Islam tidak berhak mewarisi harta pusaka ahli keluarga Muslim. Anak angkat atau anak tiri tidak berhak mewarisi harta pusaka.
Kebaikan lain adalah sama dengan wasiat secara konvensional.Kesan-kesan lain adalah sama dengan tidak mempunyai wasiat konvensional.
 
Penyediaan wasiat bertujuan untuk memastikan harta pusaka tersebut akan diagihkan mengikut keutamaan dan kehendak si mati.
Siapakah Yang Perlu Menulis / Memperbaharui Wasiat?
Wasiat perlu dikemas kini dari semasa ke semasa untuk merangkumi semua aset yang baru diambil alih atau perubahan dalam waris.
Berikut beberapa keadaan yang memerlukan anda menulis atau mengemas kini wasiat anda:
  • Perkahwinan, perkahwinan semula atau perceraian
  • Memulakan atau menamatkan perniagaan
  • Kematian ahli keluarga atau benefisiari
  • Pembelian atau pelupusan aset
  • Pertukaran agama; contohnya kepada agama Islam, iaitu wasiat terikat kepada Undang-undang Syariah
 
Kesimpulan
Lebih penting lagi, anda tidak mahu harta anda diambil alih oleh kerajaan akibat tidak dituntut oleh sesiapa. Beri perhatian untuk menulis fasal-fasal dalam wasiat tersebut dengan jelas dan sempurna kerana wasiat yang tidak sah atau boleh dicabar adalah sama seperti anda tidak membuat wasiat.
Facebook
Twitter
LinkedIn
Telegram
WhatsApp
Email
Print

Borang Quotation

(nombor yang boleh whatsapp & call)
=
=

Views: 5

WASIAT DAN APA YANG ANDA PERLU TAHU MENGENAINYA.

Tulis wasiat

WASIAT DAN APA YANG ANDA PERLU TAHU MENGENAINYA.

 
WASIAT
– Wasiat ertinya iqrar seseorang yang dibuat pada masa hayat ke atas hartanya untuk disempurnakan selepas kematiannya bagi maksud kebajikan yang dibenarkan menurut Hukum Syarak.
 
Dalil Wasiat
Firman Allah SWT yang bermaksud: “(Pembahagian itu) ialah sesudah diselesaikan wasiat yang diwasiatkan oleh si mati dan sesudah dibayar hutangnya.” (Surah An-Nisa’:11)
 
Daripada Abdullah bin Umar r.a., Rasullullah SAW bersabda yang bermaksud: “Seseorang muslim yang mempunyai sesuatu yang hendak diwasiatkan, tidak sepatutnya tidur selama dua malam, melainkan dalam keadaan wasiat telah siap ditulis di sisinya.” (Riwayat Al-Bukhari)
 
Hukum Wasiat 
Peringkat awal islam, hukum wasiat kesemua harta kepada ibu bapa dan sanak saudara adalah wajib sebagaimana dalil Al-Quran yang bermaksud: “Diwajibkan ke atas kamu, apabila seseorang daripada kamu hampir mati, jika dia meninggalkan harta, hendaklah dia membuat wasiat untuk ibu bapa dan kaum kerabat dengan cara yang baik, sebagai suatu kewajipan ke atas orang-orang yang bertakwa.” (Surah-Al Baqarah: 180)
 
Kewajipan ini telah dimansuhkan dengan ayat -ayat dan hadis-hadis yang berkaitan dengan pusaka. Namun, amalan berwasiat masih digalakkan dengan had maksima satu pertiga dan ditujukan kepada selain waris. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya Allah telah memberikan kepada setiap orang yang berhak akan hak masing-masing. Oleh itu, tidak harus lagi berwasiat untuk mana-mana waris. (Riwayat Abu Daud)
 
Had Wasiat
Pewasiat digalakkan tidak mewasiatkan hartanya melebihi satu pertiga. Berdasarkan hadis daripada Saad bin Abi Waqqas r.a. Katanya: Rasulullah SAW menziarahiku ketika aku sakit tenat pada Haji Wada’. Aku berkata: Ya Rasulullah, aku kini tenat, aku seorang yang berharta dan tiada yang mewarisiku melainkan anak perempuanku. Apakah boleh aku bersedekah dengan dua oertiga hartaku?” Jawab baginda: ”Tidak.” Aku bertanya: “Apakah boleh aku bersedekah dengan separuh hartaku?.” : Jawab Baginda: ”Tidak, satu pertiga sahaja. Satu pertiga pun sudah banyak. Sesungguhnya engkau meninggalkan waris-waris engkau dalam keadaan kaya adalah lebih baik dari engkau meninggalkan mereka miskin dan meminta-minta dari orang ramai.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
 
Satu pertiga adalah dikira setelah dijelaskan hutang yang berkaitan dengan harta atau tanggungan si mati. Sekiranya pewasiat menanggung hutang yang banyak hingga kehabisan segala hartanya, maka wasiatnya tidak perlu dilaksanakan.
 
HIKMAH DISYARIATKAN WASIAT
Allah SWT mengharuskan wasiat kerana ia membawa faedah kepada pewasiat, kaum keluarganya dan masyarakat amnya. Pewasiat menerima faedah apabila dia menerima ganjaran dan pahala kerana wasiatnya. Kebaikan ini juga in sha Allah akan menjaga nama baik Arwah yang meninggal dunia dan meninggalkan wasiat dengan sempurna.
 
Kaum keluarga juga menerima faedah kerana biasanya wasiat ditujukan kepada kaum keluarga yang tidak menerima sebarang harta pusaka atau pun anak angkat. Jadi, mereka menerima sebahagian dari harta pusaka ini melalui wasiat. Mereka ini kadang-kadang terdiri daripada orang yang memerlukan bantuan.
 
Wasiat merupakan salah satu cara untuk berinfaq atau bersedekah kepada kepentingan tertentu seperti pembinaan masjid, sekolah, perpustakaan, hospital, dan pelbagai perkara untuk kemudahan orang awam. Wasiat juga boleh dianggap sebagai suatu sistem takaful sosial dalam Islam kerana faedah dan kebaikkannya memberi manfaat kepada maslahah umum.
 
Borang Mohon Wasiat Online >> TULIS WASIAT ONLINE
 
atau klik wasap link ini untuk maklumat lanjut mengenai wasiat >> https://JomWasiatHarta.wasap.my
Facebook
Twitter
LinkedIn
Telegram
WhatsApp
Email
Print

Borang Quotation

(nombor yang boleh whatsapp & call)
=
=

Views: 2

SyaihanSirotin.com Hai, tekan loceng untuk terima promosi dan update dari website ini :-)
Dismiss
Allow Notifications