Apakah nilai kesihatan seorang manusia?

Apakah nilai kesihatan seorang manusia?

Adakah anda tahu berapa tinggi kenaikan kadar inflasi bagi kos perubatan di Malaysia beberapa tahun yang lepas?

Ianya lebih kurang 10% hingga 15% setahun!!

Berapa jumlah jaminan kos perubatan daripada insurans yang anda ada sekarang?? RM100,000 or RM200,000?? ataupun RM0.00??

Biarkan saya tunjukkan kepada anda beberapa contoh untuk mendapatkan satu gambaran lebih baik bagaimana inflasi perubatan meningkat 10% hingga 15% mempengaruhi kos perubatan dan kad perubatan anda.

“PROJECTION” KOS PERUBATAN 10 TAHUN DAN 20 TAHUN AKAN DATANG:

RM20,000 hari ini akan menjadi RM51,875 selepas 10 tahun (purata inflasi 10%)
RM20,000 hari ini akan menjadi RM80,911 selepas 10 tahun (purata inflasi 15%)
RM20,000 hari ini akan menjadi RM134,550 selepas 20 tahun (purata inflasi 10%)
RM20,000 hari ini akan menjadi RM327,331 selepas 20 tahun (purata inflasi 15%)

Daripada keputusan yang ditunjukkan secara langsung akan menyebabkan secara keseluruhannya ramai rakyat Malaysia tidak mampu untuk menanggung kos perubatan yang tinggi dan dengan kata lain, TIDAK MAMPU UNTUK JATUH SAKIT !!!

Ini kerana, dengan kos perubatan yang semakin meningkat dan terus meningkat, mereka yang mempunyai simpanan ataupun “coverage” kad perubatan yang tidak mencukupi akan terus menderita dan dibebani kos serta bil hospital yang tinggi.

Persediaan awal akan membantu anda menyelesaikan masalah ini dan dalam pada masa yang sama anda akan mendapat ketenangan fikiran yang tidak anda jangka. Tak salah untuk bertanya kerana tugas saya membantu anda untuk kebaikan diri anda dan keluarga anda.

Tiada gunanya wang yang banyak disimpan untuk masa hadapan tetapi akhirnya tidak dapat memenuhi impian yang anda impikan bersama keluarga dengan membelanjakan wang simpanan berkenaan kepada pembayaran kos perubatan.

Hubungi saya untuk berbincang bagaimana Pelan Takaful yang bersesuaian dengan bajet anda dapat memberikan manfaat serta kebaikan dan ketenangan fikiran untuk anda sekeluarga.

Sila isi borang di bawah untuk sebut harga PERCUMA hari ini!!
Facebook
Twitter
LinkedIn
Telegram
WhatsApp
Email
Print

Borang Quotation

(nombor yang boleh whatsapp & call)
=
=

Views: 2

Kencing Manis Punca Sakit Jantung, Darah Tinggi, Buah Pinggang Rosak.

gejala, diabetis
Tanda dan gejala diabetis

Kencing Manis Punca Sakit Jantung, Darah Tinggi, Buah Pinggang Rosak.

 
Kencing manis, tekanan darah tinggi, kegagalan buah pinggang dan sakit jantung — empat penyakit yang saling berkait rapat. Biasanya jika seseorang ada kencing manis, dia berisiko tinggi mengalami tiga penyakit lain, terutama jika gagal mengawal paras gula dalam darah. diabetes

Dianggarkan di seluruh dunia ada kira-kira 250 juta pesakit kencing manis dan catatan menunjukkan kebanyakannya meninggal dunia akibat komplikasi penyakit. Punca utama kematian di kalangan pesakit kencing manis ialah masalah jantung dan kegagalan buah pinggang. diabetes

Di Malaysia, jumlah pesakit kencing manis kini mencecah 1.2 juta orang dengan catatan 650,000 kes baru setiap tahun. Kebanyakan pesakit tidak sedar mereka menghidap penyakit kronik ini hinggalah mengalami pelbagai gejala yang menjejaskan kualiti hidup. diabetes

Pakar perubatan percaya kebanyakan pesakit menghidap kencing manis beberapa tahun sebelum penyakit dikesan. Yang membimbangkan, lebih lama seseorang itu menghidap kencing manis, lebih tinggi risiko untuk mendapat komplikasi penyakit. diabetes

Punca Kematian Kelima Tertinggi Dunia

Kencing manis adalah penyakit zaman moden paling nyata dan menjadi punca kematian kelima tertinggi di dunia. Dianggarkan satu kematian berlaku dalam setiap 10 saat akibat kencing manis. diabetes

Komplikasi kencing manis boleh dibahagi kepada dua iaitu :

1) Mikrovaskular (membabitkan kerosakan salur kecil) seperti kerosakan mata dipanggil retinopati diabetis yang mengakibatkan pesakit hilang penglihatan, kegagalan buah pinggang, kerosakan saraf kaki dan meningkatkan risiko kaki dipotong. diabetes

2) Makrovaskular (membabitkan salur darah besar) lebih mudah berlaku pada kadar 4 kali lebih tinggi berbanding komplikasi mikrovaskular. Kencing manis boleh meningkatkan risiko penyakit jantung, strok, penyakit vaskular periferal (PVD iaitu salur darah besar pada kaki). diabetes

Pecahan komplikasi kencing manis :

** 55% kematian kerana komplikasi jantung
** 13% kes kematian kerana paras gula tidak terkawal
** 13% kes kematian kerana kanser
** 19% kes kematian kerana lain-lain penyakit

Perkara pertama perlu dilakukan untuk mengelak komplikasi ialah mengawal paras gula dan tekanan darah. Bagaimanapun, pesakit kencing manis yang turut mengalami masalah tekanan darah tinggi sukar mencapai paras gula dan tekanan darah yang disasarkan (selamat).

Facebook
Twitter
LinkedIn
Telegram
WhatsApp
Email
Print

Apa Itu Harta Batil?

“Dan janganlah sebagian kamu memakan harta sebagian yang lain di antara kamu dengan jalan yang batil. Dan (janganlah) kamu membawa (urusan) harta itu kepada hakim, supaya kamu dapat memakan sebagian dari harta benda orang lain itu dengan (jalan berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui” (QS. al-Baqarah: 188).

Read More »

Borang Quotation

(nombor yang boleh whatsapp & call)
=
=

Views: 29

Bantuan Perubatan? Hanya kad ini yang anda perlukan…

Bantuan Perubatan? Hanya kad ini yang anda perlukan…

Anda dibenarkan pulang. Tetapi biasanya, rawatan tidak berakhir di situ sahaja. Jadi bagaimana?

Kebanyakan orang fikir mereka sudah merancang pembiayaan kos rawatan hospital mereka. Mereka yakin mereka telah membuat pilihan pelan perubatan yang tepat. Mereka mengandaikan majikan mereka telah menyediakan perlindungan perubatan yang secukupnya.

Sehinggalah mereka dimasukkan ke hospital.

Pada waktu inilah seseorang itu akan sedar bahawa perbelanjaan perubatan selalunya berterusan walaupun setelah keluar dari hospital. Apatah lagi, kos-kos rawatan di hospital juga telah meningkat di luar jangkaan kita sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Kemudian, ada pula kos-kos rawatan selepas dikeluarkan dari hospital. Kos penjagaan jururawat di rumah. Atau dialisis buah pinggang. Atau kemoterapi.

Kami mendengar dan memahami keperluan anda. Takaful Medical Card membolehkan anda membiayai bil-bil hospital yang besar.

Bebaskan diri anda daripada kekusutan kewangan akibat bil hospital yang tinggi. Untuk mendapatkan maklumat lengkap sila hubungi saya Mohd Syaihan,012-6727957 atau email: syaihan@gmail.com

p/s: Contoh kes boleh yang dijadikan iktibar daripada keratan akhbar.

Facebook
Twitter
LinkedIn
Telegram
WhatsApp
Email
Print

Borang Quotation

(nombor yang boleh whatsapp & call)
=
=

Views: 2

Risiko Kesihatan dan Insurans Takaful

kes kanser, pesakit kanser, fakta kanser
Fakta Kanser

Risiko Kesihatan dan Insurans Takaful

BERDASARKAN kajian Universiti Harvard di Amerika, risiko seseorang individu mati disebabkan oleh penyakit kanser adalah satu dalam 510, sedangkan risiko seseorang itu mati disebabkan oleh kemalangan kereta adalah satu dalam 6,700. Manakala risiko kematian di rumah disebabkan tanah runtuh adalah satu dalam 48,000. Akan tetapi, masih ramai rakyat Malaysia yang tidak memiliki insurans kesihatan atau insurans nyawa, jika dibandingkan dengan insurans kereta atau insurans rumah kediaman.

Kenapa kita perlukan insurans kesihatan? Kebanyakan rawatan pembedahan elektif (non-emergency), di hospital2 kerajaan terdapat sistem giliran menunggu (waiting list). Kelewatan sistem giliran tersebut tidak termasuk tarikh rawatan yang ditangguh atas sebab2 tertentu. Sebagai contohnya, untuk rawatan pembedahan jantung dan paru-paru, terdapat ramai pesakit yang terpaksa menunggu sehingga lebih enam bulan sebelum mendapat rawatan.

Semua syarikat insurans di Malaysia beroperasi di bawah peraturan yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM). Oleh itu, sebarang kritikan atau aduan terhadap syarikat insurans boleh ditujukan kepada Bank Negara.

Terdapat pelbagai jenis produk insurans serta takaful kesihatan yang ditawarkan di Malaysia. Apa yang jelas adalah produk insurans kesihatan sekarang jauh lebih baik daripada produk insurans 20 tahun dahulu. Pengalaman saya sendiri menunjukkan semua syarikat insurans yang ada di Malaysia mempunyai daya saing serta tarikan produk insurans masing2.

Antara syarikat insurans yang terserlah dari segi kualiti produk dan mutu khidmat pelanggan adalah seperti Prudential, ING, Allianz, AXA dan AIA. Terdapat 10 perkara penting yang perlu diketahui tentang produk insurans kesihatan yang ditawarkan oleh syarikat2 insurans di Malaysia:

Produk Pelbagai (empat dalam satu)
Pastikan insurans kesihatan tersebut meliputi 1) pembiayaan kos rawatan hospital, 2) dana penyakit kritikal (critical illness), 3) insurans hayat dan insurans kemalangan, serta 4) pelaburan jangka panjang. Pulangan pelaburan yang akan diterima selepas 10 tahun menunjukkan insurans kesihatan tersebut tidak merugikan seperti insurans kereta atau insurans rumah kediaman.

Kad kesihatan (medical card)

Terdapat jenis kad yang tidak memerlukan deposit tunai untuk tujuan rawatan dan kemasukan hospital.

Jenis2 penyakit yang tidak dilindungi

Penyakit yang berkaitan peranakan (pregnancy), penyakit kelahiran (congenital), rawatan kosmetik (plastic surgery), ketagih alkohol atau dadah, penyakit HIV, tidak dilindungi insurans.

Tarikh matang polisi insurans

Kebiasaannya, pihak insurans akan membenarkan tuntutan dibuat selepas enam hingga 12 bulan mulai dari tarikh polisi tersebut diambil.

Panel hospital2 swasta yang diiktiraf

Seperti hotel, hospital juga ada yang bertaraf tiga, empat, atau lima bintang. Hospital bertaraf lima bintang menyediakan kemudahan rawatan pakar serta peralatan yang serba lengkap, canggih serta kemas kini. Tidak semua syarikat insurans dapat memberikan perlindungan rawatan di hospital lima bintang.

Bayaran premium secara bulanan atau tahunan

Ada syarikat insurans yang menyediakan kemudahan bayaran premium insurans secara ansuran bulanan melalui kad kredit, untuk menjamin pembayaran berterusan. Perlu diingatkan syarikat insurans tidak bertanggungjawab sekiranya ada individu yang lupa membayar premium.

Penambahan nilai tanggungan insurans

Perlindungan insurans di negara asing. Amat penting sekiranya individu tersebut kerap ke luar negara. Kos rawatan hospital di Eropah dan Amerika adalah amat tinggi.

Khidmat ejen insurans yang berterusan

Ejen-ejen insurans dapat menguruskan tuntutan dengan lebih cepat. Kewibawaan, mutu khidmat pelanggan serta kedudukan kewangan syarikat insurans tersebut.

Hakikatnya, pesakit2 yang ingin dirawat di hospital swasta akan berhadapan dengan dua jenis kesakitan iaitu sakit badan dan sakit nak bayar. Pengalaman pesakit2 saya sendiri membuktikan untuk membiayai kos rawatan pembedahan jantung di Hospital KPJ Ampang Puteri, pesakit yang tiada insurans atau surat majikan (guarantee letter) perlu menyimpan wang tunai sebanyak RM3,500 tiap2 bulan selama setahun.


Untuk mendapat rawatan pembedahan jantung yang sama, pesakit yang ada insurans kesihatan, mereka hanya perlu membayar premium insurans lebih kurang RM150-200 tiap2 bulan, bergantung kepada umur dan jenis polisi yang diambil. Pesakit pembedahan jantung juga layak untuk mendapat imbuhan dana penyakit kritikal berjumlah puluhan ribu ringgit. Bak kata pepatah, alah membeli, menang memakai.

Artikel oleh Dr.Mohd Fikri Abdullah,Pakar Perunding Bedah Jantung & Paru-paru, Hospital Pakar Ampang Puteri.

Facebook
Twitter
LinkedIn
Telegram
WhatsApp
Email
Print

Borang Quotation

(nombor yang boleh whatsapp & call)
=
=

Views: 3

Kanser Payudara – Fakta dan Statistik

breast cancer, info kementerian kesihatan
Breast Cancer Statistic

Kanser Payudara – Fakta dan Statistik

Hampir semua orang mengenali seseorang atau tahu mengenai seseorang yang menghidap kanser payudara: Seorang ibu, kakak atau adik, nenek, makcik, rakan sekerja, kawan, jiran atau kadangkala (walaupun cukup jarang) seorang ayah atau abang.

Kanser payudara adalah kanser paling biasa di kalangan wanita di hampir semua pelosok dunia. Terdapat variasi yang nyata dalam kadar insiden kanser ini mengikut geografi. Insiden tertinggi adalah di Eropah Utara dan Amerika utara, sederhana di negara-negara Mediterranean dan Amerika Selatan dan paling rendah di Asia dan Afrika. Umur purata diagnosis yang dilaporkan adalah lebih kurang 50 tahun di negara membangun dan 60 tahun di negara-negara Barat.

Pada tahun 2000, terdapat 1,050,346 kes dilaporkan dengan 372,969 kematian akibat kanser payudara di seluruh dunia. Insiden in mempunyai julat purata daripada  95 bagi setiap 100,000 di negara maju dan 20 bagi 100,000 di negara membangun. Variasi ini dikatakan berpunca daripada perbezaan dalam saiz badan, diet, sifat revolusi reproduktif  seperti umur haid bermula, bilangan anak, umur melahirkan anak pertama, dan umur pada putus haid.

Insiden juga bergantung pada bangsa, lebih tinggi di kalangan wanita berkulit putih berbanding wanita kulit hitam,mereka yang keturunan Sepanyol dan orang Asia di Amerika Syarikat (AMERIKA SYARIKAT).  Insiden kanser (bilangan kes kanser baru) semakin meningkat.  Statistik bagi fenomena ini lebih menakutkan di negara seperti Amerika Syarikat dengan 184,000 kes baru kanser payu dara di kenal pasti setiap tahun.

Institut Kanser Kebangsaan menganggarkan bahawa menjelang umur 50 tahun, satu daripada setiap 50 wanita akan menghidap kanser payudara. Menjelang umur 80 tahun, bilangan ini meningkat kepada 1 daripada setiap sepuluh orang. Jika risiko insiden ini dikira sepanjang hayat seorang wanita, maka satu daripada setiap 8 wanita akan menghidapi kanser payudara. Satu daripada setiap 28 akan mati akibat penyakit ini.
Satu daripada setiap 3000 akan menghidap kanser payudara semasa mereka hamil dan wanita hamil lebih cenderung menghidap penghidap penyakit ini dalam lingkungan umur 30-an. (Hanya 2% daripada kanser payudara didiagnosis di kalangan wanita hamil.)

Dipersembahkan dalam bentuk lain:

• Setiap 3 minit, seorang wanita didiagnosis dengan kanser payu dara (AMERIKA SYARIKAT)
• Setiap 11 minit, seorang wanita mati akibat kanser payu dara(AMERIKA SYARIKAT)
• Setiap tahun, 30,000 wanita dan 200 lelaki didiagnosis dengan kanser payu dara (UK)

Di negara dengan kadarnya rendah setakat ini, terutamanya di Asia, kadar peningkatannya begitu mendadak dengan peningkatan yang besar dalam insiden termasuk juga kadar kematian (mortaliti).

Kanser Payudara di Malaysia – Faktanya

• Kanser payudara adalah kanser paling biasa keseluruhannya dan kanser paling biasa di kalangan semua wanita dari umur 20 tahun di Malaysia bagi tahun 2002 dan 2003

•  Kanser payudara paling biasa di kalangan kaum Cina, kemudian kaum India dan akhirnya kaum Melayu.

•  Kanser payudara menyumbang 31% daripada jumlah kes kanser wanita yang didiagnosis pada tahun 2003. (30.4% dalam 2002)

•  Kadar Piawai Umur (ASR) daripada kanser payudara di kalangan wanita ialah 52.8 per 100,000 orang pada 2002 dan 46.2 bagi setiap 100 000 orang pada 2003. Di kalangan kaum Cina, kadarnya lebih tinggi dengan 70.1 bagi setiap 100,000 orang, bagi orang India, ASRnya 61.7 bagi setiap 100,000 orang dan paling rendah di kalangan kaum Melayu dengan kadar 41.9 bagi setiap 100,000 orang. Pada 2003, kadarnya 33.9 bagi kaum Melayu, 59.7 bagi kaum Cina dan 55.8 wanita India.

•  Seorang wanita di Malaysia mempunyai 1 per 19 kemungkinan menghidap kanser payudara dalam hayat mereka.

•  Risiko kumulatif mendapat kanser payudara bagi kaum Cina, kaum India dan kaum Melayu adalah 1 per 14, 1 per 15 dan 1 per 24 masing-masing.

•  Lebih daripada separuh daripada wanita yang didiagnosis dengan kanser berumur kurang daripada 50 tahun.

Bagi bandingan, kanser yang kedua kekerapannya di kalangan wanita Malaysia pada 2002 & 2003 adalah kanser serviks yang menyumbang kepada 12% dan 12.9% masing-masing daripada jumlah kanser wanita.

Statistik bagi Malaysia telah diperoleh daripada laporan Daftar Kanser Kebangsaan 2002 dan 2003. Dengan peredaran masa, corak kanser termasuk kanser payudara akan lebih nyata. Hanyalah dengan data yang tepat dan boleh diharapkan, keputusan mengenai rancangan serta polisi boleh dibuat untuk negara Malaysia.

Anggaran oleh Agensi Antarabangsa untuk penyelidikan dalam kanser (Globocan 2000) melaporkan bahawa dalam tahun 2000, terdapat 3825 kes dilaporkan dan 1707 kematian akibat kanser payudara di Malaysia. Globocan 2000 menganggarkan  secara kasar kadar kanser payudara di Malaysia sebagai 34.9 per 100,000 orang dengan ASR 41.9 per 100,000 orang.

Kanser Payudara di Singapura

Daftar Kanser Singapura juga melaporkan insiden kanser yang lebih rendah di kalangan wanita Melayu berbanding wanita Cina dan India. Singapura mencatatkan peningkatan pada kadar 3.7% setiap tahun bagi insiden kanser payudara dari 1968 ke 1997. Insiden yang spesifik mengikut umur menunjukkan kadar tertinggi dalam julat umur 40-49 tahun dan kemudian kadarnya turun.

Ini bukan seperti insiden mengikut umur bagi wanita di Amerika yang meningkat dengan cepat sampai umur 50 tahun tetapi kemudian kadarnya perlahan tetapi masih tetap naik tetapi pada kadar yang lebih perlahan.

Kanser Payu dara di Pusat Perubatan Universiti Malaya, Kuala Lumpur (1993-2003)

Dari tahun 1993 ke 2003, terdapat sejumlah 1818 pesakit kanser payudara di  Hospital Universiti. Bilangan pesakit kanser payudara meningkat setiap tahun dengan bilangan tertinggi tercatat pada  2003. Ini 6 kali bilangan pesakit kanser payudara pada 1993.

Kanser payudara lebih biasa di kalangan wanita Cina berbanding wanita Melayu. 2% daripada pesakit ini berumur kurang daripada 30 tahun. Majoriti pesakit kanser dalam lingkungan umur 40-49 tahun apabila mereka mula-mula didiagnosis. Walau bagaimanapun ini bukan spesifik kepada umur tetapi mungkin berlaku akibat kedudukan hospital tersebut dan pelanggan mereka.

Mungkin ini disebabkan oleh populasi bandar yang lebih muda atau pihak kampung lebih suka mendapat rawatan tradisi. 30-40% daripada jumlah pesakit telah mula-mula didiagnosis pada tahap lewat dan walaupun wanita hari ini semakin mula didiagnosis dengan tumor yang lebih kecil, pengurangan dalam saiz masih belum cukup nyata.

Ini adalah kerana kekurangan kesedaran mengenai kanser payudara di kalangan wanita mengakibatkan mereka berjumpa dengan pihak doktor hanya pada tahap lewat. Demi mengesyorkan kadar penyembuhan yang lebih baik, penyakit ini mesti di kenal pasti seawal mungkin.  Adalah dicadangkan bahawa kanser payudara menghidap pada umur yang lebih muda dan lebih agresif di kalangan orang Asia. Hasil kajian mendapati bahawa kanser payudara di kalangan orang Asia lebih agresif berbanding dengan orang kulit putih. Walau bagaimanapun, penyelidikan yang lebih mendalam diperlu dan akan dijalankan untuk menilai perbezaan antara kedua-dua kumpulan ini (kanser payu dara di kalangan Orang Asia dan Orang kulit putih)


Artikel lanjut:- Kenali 5 Tahap Penyakit Barah Payudara Yang Semakin Membimbangkan

Facebook
Twitter
LinkedIn
Telegram
WhatsApp
Email
Print

Borang Quotation

(nombor yang boleh whatsapp & call)
=
=

Views: 10

Parah Bil Hospital – Antara Sebab Utama Pemimjam Gagal Bayar Hutang.

Parah Bil Hospital

Parah Bil Hospital – Antara Sebab Utama Pemimjam Gagal Bayar Hutang.

Ramai hutang kad kredit, bank untuk jelas kos perubatan swasta tinggi

KUALA LUMPUR: Penggunaan kad kredit atau pinjaman bank untuk membayar kos perubatan yang tinggi di hospital swasta kini menjadi punca utama kegagalan pembayaran balik pinjaman bank dan kad kredit oleh individu.

Mengikut Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) penggunaan kad kredit tidak terkawal kini bukan lagi menjadi faktor utama bagi masalah kegagalan pembayaran balik pinjaman.

Sebaliknya, badan yang menguruskan RM4.8 bilion hutang tidak berbayar (NPL) membabitkan 50,361 individu itu mendapati pembiayaan kos rawatan dan perubatan yang tinggi ketika ini mendorong individu untuk berhutang sehingga di luar kemampuan.

Ketua Eksekutifnya, Mohamed Akwal Sultan, berkata kebanyakan individu yang dirujuk kepada Program Pengurusan Kredit (PPK) AKPK menjelaskan, mereka lebih cenderung mendapatkan perkhidmatan rawatan dan perubatan yang dikatakan lebih baik di hospital swasta berbanding di hospital kerajaan walaupun ia membabitkan kos besar.

“Setakat Oktober lalu, 26 peratus kegagalan pembayaran balik pinjaman langsung bank atau kad kredit yang dirujuk kepada AKPK adalah perbelanjaan perubatan tinggi disebabkan kos sara hidup semakin meningkat.

“Penggunaan kad kredit tidak terkawal tidak lagi menjadi faktor utama kegagalan seperti pada dua atau tiga tahun lalu,” katanya kepada Berita Harian.
Beliau berkata, selain kos perubatan tinggi, punca lain yang dirujuk kepada agensi itu ialah kelemahan pengurusan kewangan (25 peratus), kegagalan perniagaan (13 peratus), kehilangan pekerjaan (12 peratus), manakala dua peratus akibat kegagalan pelaburan.

Penggunaan kad kredit tidak terkawal pula, katanya, hanya mewakili 15 peratus.
Katanya, hampir 70 peratus kes gagal membayar balik pinjaman itu adalah membabitkan penggunaan kad kredit, manakala 30 peratus lagi pinjaman peribadi serta sewa beli.

Daripada RM4.8 bilion NPL yang diuruskan AKPK ketika ini, Mohamed Akwal berkata, RM2 bilion membabitkan pinjaman perumahan diikuti kad kredit (RM1.1 bilion) serta sewa beli sebanyak RM713 juta.

Katanya, jumlah itu membabitkan kira-kira 40 peratus daripada keseluruhan 135,805 individu yang datang ke AKPK untuk mendapatkan perkhidmatan kaunseling serta khidmat nasihat berhubung pengurusan kredit.

Beliau berkata, tahun ini saja 25,353 individu memohon khidmat nasihat serta bantuan AKPK dan hanya 13,017 dirujuk kepada program PPK, antaranya bagi penstrukturan semula pinjaman.

Bagaimanapun tahun lalu, katanya, 36,848 individu tampil dan 16,184 daripadanya mengikuti program berkenaan.

“Tahun lalu, lebih ramai mendapatkan bantuan daripada AKPK kerana krisis ekonomi yang melanda. Namun, mulai Oktober tahun lalu, keadaan ekonomi mula pulih. Pengurangan individu ini menunjukkan keadaan ekonomi kita semakin baik dan mereka juga ke arah pengurusan kewangan yang baik,” katanya.

Setakat Oktober lalu, sebanyak 423 kes membabitkan pinjaman berjumlah kira-kira RM12 juta berjaya diselesaikan AKPK, berbanding 143 kes dengan jumlah pinjaman RM3.7 juta pada tempoh sama tahun lalu.

“Kami menyelesaikan kira-kira 40 kes sebulan bayaran balik pinjaman kepada bank kerana kebanyakan yang mengikuti PPK sudah mampu menyelesaikan pinjaman lebih awal daripada tempoh maksimum 10 tahun yang diberikan,” katanya.

Beliau berkata, mereka yang berpendapatan kurang RM2,000 sebulan adalah kumpulan paling teruk terjejas dengan masalah kewangan, mewakili kira-kira 40 peratus daripada 50,361 individu yang menyertai PPK.

Katanya, AKPK yang ditubuhkan sejak April 2006 setakat ini menganjurkan lebih 520 taklimat berhubung pengurusan kredit di seluruh negara.

Artikel dipetik daripada Berita Harian Online

——————————————————————————————————————————————————————————————————————————–

Facebook
Twitter
LinkedIn
Telegram
WhatsApp
Email
Print

Borang Quotation

(nombor yang boleh whatsapp & call)
=
=

Views: 4

Syarikat dah sediakan kad perubatan, tapi masih perlu kad perubatan sendiri. Mengapa?

kad perubatan takaful, medical card, insurans
Panduan memilih kad perubatan

Syarikat dah sediakan kad perubatan, tapi masih perlu kad perubatan sendiri. Mengapa?

Kenyataan atau jawapan ini saya memang saya selalu dengar daripada sahabat-sahabat kita yang bekerja di Syarikat Swasta yang memberikan kemudahan perubatan.

Jadi mereka berpendapat, “Buat apa amik plan medical insurance takaful? Syarikat tempat saya bekerja cover unlimited…”

atau ada juga yang bagitau saya, “Syarikat saya cover medical, so saya tak perlu amik plan medical sekarang..tunggu saya dah pencen baru amik”

Memang saya teramat biasa dengar perkara ini. Tetapi, kepada saudara-saudari kita yang bekerja dengan syarikat swasta, yang terlalu yakin dengan manfaat perubatan yang disediakan oleh syarikat.

Pertama sekali, saya ucapkan tahniah, kerana anda bertuah sebab company tempat anda bekerja prihatin dan memberikan kemudahan perubatan yang ditanggung oleh syarikat insurance yang mana premiumnya ditanggung oleh syarikat.

Ada beberapa perkara yang saya ingin bertanya kepada mereka yang berpendapat seperti yang saya nyatakan di atas.

PERTAMA :- Company cover unlimited. Betul, kadangkala memang kita dengar syarikat tempat kita bekerja cover medical unlimited. Sedangkan kita tidak pernah pun lihat sendiri policy yang menyatakan medical coverage kita unlimited. Akan tetapi, hakikatnya, walau pun unlimited.. (pada pendapat anda)….limitnya adalah…

i. Sekiranya anda mengidap penyakit kritikal, yang terpaksa memerlukan cuti yang panjang, atau kerap bercuti daripada menjalankan tugas disebabkan keperluan untuk mendapatkan rawatan. Agak-agaknya, berapa lama syarikat mahukan kita terus berada dalam syarikat tersebut?…Syarikat terpaksa membayar gaji sedangkan kita sudah tidak productive (sebab asyik cuti saja). Sekiranya anda yang menjadi pengarah syarikat (pemegang syer terbesar dalam syarikat), berapa lama agaknya anda ingin simpan orang yang tidak productive berapa didalam organisasi anda? Sedangkan syarikat terpaksa membayar gaji pekerja yang sakit tadi?…Biasanya kes-kes ini akan masuk dalam Medical Board untuk perbincangan sama ada pekerja tersebut perlu diberhentikan kerja atas-atas sebab kesihatan. Setuju?

Jadi, setelah kita tidak lagi diperlukan syarikat, adakah syarikat masih mahu membayar lagi semua kos rawatan anda pada masa akan datang? Jadi, inilah hadnya atau limit medical benefit yang disediakan oleh syarikat. Kemudian, dah sakit baru nak mohon medical card? Adakah syarikat insurance mahu berikan perlindungan perubatan kepada kita? Fikirkanlah sendiri…

ii. Kalau kita bertukar tempat kerja, adakah syarikat asal masih mahu memberikan manfaat perubatan lagi?…Kalau tempat baru tiada menawarkan kemudahan perubatan, tapi dengan gaji yang lebih tinggi dan sukar untuk ditolak, bagaimana?..anda tukar kerja atau tidak? Seterusnya jawapan anda..“Haaa, masa tu baru le amik medical card..”….jawapan saya “…Kalau you boleh jamin you sihat sampai bila-bila dan takkan sakit, then you amik medical card nie kemudian, kalau you tak boleh jamin, lebih baik amik sekarang…sebabnya medical card hanya boleh dibeli dengan 2 benda iaitu DUIT dan KESIHATAN. Dah sakit, kalau you boleh bayar saya RM 2,000 utk 3 tahun punya payment akan datang sekali pun, syarikat akan tolak permohonan you….masa tu menyesal sudah tidak berguna, bersiap sedia le untuk menghabiskan duit simpanan untuk biaya kos rawatan. Termasuklah duit dalam EPF….bagaimana hari tua anda?….EPF untuk simpanan hari tua, tapi tak sempat nak tua duit dalam EPF dah habih bayar ke Hospital….Fikirkan lah sendiri..”

KEDUA :- Tak perlu ambik medical card sekarang sebabnya saya dah ada company punya.

Sekiranya anda boleh jamin anda akan sihat sampai le anda dah nak bersara besok, anda boleh tunggu untuk amik medical ini akan datang. Tapi, kalau anda tak boleh jamin, lebih baik anda ambil sekarang.

Kita biasa melawat saudara-mara kita di hospital… pernah atau tidak kita bertanya kepada pesakit tu, “You tau dari awal ke yang you akan kena sakit nie?….” atau “You memang nak ke, sakit nie terkena kat you”…cuba le tanya diorang sama ada jawapannya Ya atau Tidak.

Kalau jawapannya tidak, anda kena amik medical card sekarang. Kalau jawapanya ya….anda tak perlu amik medical card tu sekarang sebabnya, sebabnya anda ada kebolehan untuk tahu apa perkara yang akan berlaku pada masa akan datang. Jadi, apabila anda tau anda nak sakit je, baru anda amik. Fikirkanlah sendiri.

Kalau nak ambil medical card sekarang, hubungi saya. Penerangan percuma dan tiada paksaan, itu janji saya.

Saya cuma ingin beritahu anda apa yang anda perlu tahu pasal medical card ini dan bagaimana medical card ini penting untuk elakkan anda jadi seperti kes-kes seperti di bawah ini.

Kalau anda tidak tahu, jangan tidak ambil tahu, ambil tahu, fahamkan apa sebenarnya medical card ini….. kemudian buat keputusan sama ada perlu ambil atau tidak. 

Sebabnya…. kalau anda dah sakit, agent insurance takaful dan syarikat insurance boleh cari client yang sihat. Tapi, anda tidak boleh cari insurance yang nak cover orang yang dah sakit.

Facebook
Twitter
LinkedIn
Telegram
WhatsApp
Email
Print

PEMBATALAN WASIAT

Borang Quotation Kerjaya & Affiliate as-Salihin Trustee Berhad PEMBATALAN WASIAT Pewasiat boleh membatalkan/menarik balik Wasiat beliau pada bila-bila masa semasa hayat beliau. Walau bagaimanapun, apabila

Read More »

Borang Quotation

(nombor yang boleh whatsapp & call)
=
=

Views: 10

Bagaimana kerosakkan buah pinggang boleh berlaku?

Bagaimana kerosakkan buah pinggang boleh berlaku?

Pemindahan organ sebagai rawatan kekal tidak popular di Malaysia

DIANGGARKAN seorang daripada 10 orang dewasa berdepan dengan pelbagai bentuk kerosakan buah pinggang di seluruh dunia. Di Malaysia saja, daftar pendermaan organ dan dialisis bagi 2006 menyebut jumlah pesakit yang memerlukan dialisis meningkat secara dramatik sejak 20 tahun lalu.

Setiap tahun lebih 2,500 orang berada pada tahap akhir kegagalan buah pinggang (ESRD), iaitu jumlah yang menyaksikan lebih ramai memerlukan rawatan mesin dialisis.

Sekitar 1980, hanya 43 orang memerlukan bantuan dialisis tetapi pada 2006 jumlah itu meningkat menjadi 3,152 orang.

Satu daripada punca peningkatan ini, tentu saja disebabkan kenaikan jumlah pesakit diabetes dan tekanan darah tinggi.

Malah 55 peratus daripada kegagalan buah pinggang tahap yang serius berpunca daripada diabetes mellitus. Keadaan ini jika tidak dikesan dan dirawat sebaiknya membawa kepada kegagalan buah pinggang dan akhirnya kematian.

Begitupun, senario di Malaysia ketika ini hanya separuh daripada mereka yang didiagnosis dengan diabetes menjalani ujian mengesan masalah buah pinggang. Sebahagian lagi tidak berbuat demikian.

Kerosakan buah pinggang adalah masalah yang progresif. Ia tidak boleh disembuhkan dengan hanya memakan ubat. Rawatan ketika ini ialah dialisis (haemodialisis dan peritoneal dialisis), selain pemindahan organ.

Antara tiga kaedah rawatan itu, pemindahan organ adalah rawatan kekal. Bagaimanapun, ia hanya dikhususkan kepada kes yang sangat serius. Namun disebabkan jumlah penderma organ yang terhad, ia bukanlah pilihan yang popular di Malaysia.

Sebelum & Selepas

Antara tiga kaedah rawatan itu, pemindahan organ adalah rawatan kekal. Bagaimanapun, ia hanya dikhususkan kepada kes yang sangat serius. Namun disebabkan jumlah penderma organ yang terhad, ia bukanlah pilihan yang popular di Malaysia.

Simptom

  • Perubahan pola membuang air kecil.
    -Kerap bangun malam untuk buang air kecil
    – Air kencing berbuih
    – Kerap kencing tetapi jumlahnya sedikit
    – Air kencing berdarah
    – Berasa tekanan untuk kencing atau susah untuk kencing
  • Bengkak pada muka, kaki, buku lali atau tangan
  • Letih
  • Ruam pada tubuh atau rasa gatal
  • Loya dan muntah
  • Sesak nafas
  • Rasa sejuk
  • Pandangan berpinar dan sukar fokus.

INFO: Kegagalan Buah Pinggang (ESRD)

  • Di Malaysia, lebih 2,500 orang berdepan dengan ESRD atau 100 orang dalam sejuta populasi.
  • Di Pulau Pinang saja, kadar rawatan mencecah hingga 181 pesakit dalam sejuta orang.
  • Kajian pada 2006 mendapati ada 14,946 pesakit ketika ini bergantung pada mesin dialisis.
  • Kebergantungan pada dialisis adalah dua kali ganda, iaitu 52 orang pada 1997 menjadi 104 pada 2003. Sejak itu ia meningkat kepada 110 untuk sejuta populasi.
  • Kes baru dialisis pada 2006 ialah 3,152 pertambahan lebih 50 peratus daripada jumlah pesakit buah pinggang yang direkodkan pada 2000.
  •  
Facebook
Twitter
LinkedIn
Telegram
WhatsApp
Email
Print

Borang Quotation

(nombor yang boleh whatsapp & call)
=
=

Views: 4

Biar Kami Bayar Kos Rawatan Hospital