Hutang Baik vs Hutang Jahat – Ini 4 Jenis Hutang SEBENAR Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Membuat Sebarang Hutang!

 

Hutang Baik vs Hutang Jahat – Ini 4 Jenis Hutang SEBENAR Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Membuat Sebarang Hutang!

 
FAKTA PENTING: 70% daripada para belia yang muflis akibat hutang pada hari ini tidak tahu membezakan mana satu hutang terbaik untuk mereka dan mana satu hutang yang bakal memudaratkan mereka.. Ketahuinya sebelum terlambat!
Ada orang kata kemudahan hutang yang diberikan oleh pihak bank ini sangat memudahkan kehidupan anda pada hari ini..
Ini kerana dengan kemudahan hutang ini, anda mampu memiliki rumah dan kereta dengan hanya membayar deposit 10% daripada harga penuh rumah serta kereta tersebut.. Baki selebihnya dibayar setiap bulan beberapa tahun sehinggalah hutang tersebut dibayar sepenuhnya.. 
Nak lebih bagus, hutang tersebut ditolak secara automatik sahaja daripada gaji bulanan anda.. Maknanya anda tak perlu pening untuk fikir cara membayarnya setiap bulan.. Hutang begini nampak bagus kerana anda membeli aset yang mempunyai nilai yang tinggi pada masa depan seperti rumah selagi anda mampu untuk membayarnya..
Ada orang kata juga, kemudahan kad kredit yang diberikan oleh pihak bank ini juga sangat membantu menyenangkan hidup anda..

 

 

Ya, kad kredit menawarkan pelbagai ganjaran dalam bentuk rebat tunai atau mata ganjaran bila kita menggunakannya untuk membeli barangan.. Semakin tinggi perbelanjaan kad kredit, semakin banyak rebat yang kita dapat.. Ia mampu membantu kita membeli barangan lain dengan ganjaran tersebut secara percuma..

Lebih bagus lagi, dengan kad kredit ini anda boleh membeli dan mendapatkan apa sahaja barangan yang anda mahukan tanpa perlu keluarkan sebarang cash.. Anda hanya perlu beri kad kepada cashier dan masukkan pin code kad anda, semua barangan yang anda mahukan menjadi milik anda – selaras dengan konsep guna dulu, bayar kemudian..
Namun hutang kad kredit ini boleh menyebabkan anda pening kepala kerana kadar faedahnya sangat tinggi terutamanya jika anda mengambil cash advance dengan menggunakan kad ini.. Dan ketagihan berhutang dengan kad kredit ini bakal membuatkan poket anda menjadi lebih kering bila tiba masa untuk membayarnya setiap bulan..

 

“Jadi hutang bank ini baik atau tidak untuk anda?”
Sebenarnya baik atau tidak sesuatu pinjaman itu bergantung kepada tujuan, cara perbelanjaan dan kemampuan seseorang individu.. Jika hutang tersebut dibuat hanya untuk mendapatkan barangan yang tidak mempunyai nilai atau sekadar memenuhi kepuasan peribadi sendiri, hutang ini pastinya sangat tidak baik untuk anda.. 
Tapi jika hutang ini membolehkan anda mendapatkan aset penting yang mempunyai nilai yang semakin bertambah seperti aset hartanah, hutang sebegini sangatlah baik untuk anda.. Tapi pastikan anda tahu berapa jumlah gaji anda dan kemampuan kewangan anda untuk membayar komitmen hutang jangka panjang ini jika anda benar-benar mahukannya..
Selain “Hutang Baik” & “Hutang Jahat”, ada lagi 2 jenis hutang yang membelenggu hidup anda pada hari ini iaitu “Hutang Kurang Baik” & “Hutang Bodoh”.. Berikut penerangan lebih detail berkenaan dengan 4 jenis hutang yang perlu anda tahu sebelum membuat sebarang pinjaman..
 
#1 – HUTANG BAIK
– Merupakan hutang yang dibuat untuk menambahkan lagi aset yang anda ada seperti hutang beli rumah atau hartanah, hutang membeli emas dan sebagainya.. Ini kerana nilainya semakin meningkat dari sehari ke sehari dan akan menguntungkan anda pada masa depan..
 
#2 – HUTANG KURANG BAIK
– Merupakan hutang-hutang yang dibuat untuk membeli sesuatu yang nilainya semakin menyusut tahun demi tahun seperti membeli kenderaan seperti kereta dan motorsikal.. Ini kerana anda membelinya pada harga mahal tetapi hanya mampu menjualnya dengan harga lebih rendah dan ianya tidak berbaloi.. 
 
#3 – HUTANG JAHAT
– Merupakan hutang-hutang yang dibuat untuk menjahanamkan harta-harta anda seperti berhutang bagi membayar pelaburan skim cepat kaya.. Walaupun pada awalnya ia dilihat memberikan keuntungan kepada anda, tapi skim-skim ini pasti akan bungkus dan membuatkan anda hilang segala wang pelaburan anda dalam beberapa bulan sahaja..
 
#4 – HUTANG BODOH
– Merupakan hutang-hutang yang sengaja dibuat untuk mendapatkan sesuatu yang kita mahukan dengan alasan boleh membayarnya secara ansuran sedangkan apa yang dimahukan itu boleh dibeli secara tunai.. Ini termasuklah hutang kad kredit untuk membeli handphone baru, peralatan elektrik, perabot dan sebagainya.. Nilai barangan ini semakin susut walaupun anda belum habis membayar hutang anda..
Jika boleh, kawal diri anda daripada membuat hutang-hutang terutamanya hutang kad kredit bagi membeli perkara-perkara ‘bodoh’ seperti handphone dan sebagainya kerana ia mampu membebankan kewangan anda setiap bulan.. Disiplin diri dalam berbelanja sangatlah penting agar kewangan anda terkawal..
“Habis macamana jika sudah terbuat hutang?”
Tiada apa lagi yang boleh dilakukan selain daripada berusaha untuk membayar kembali hutang-hutang yang sudah anda buat terutamanya hutang kad kredit yang mempunyai kadar interest yang agak tinggi.. Pastikan anda mula mengawal kembali setiap perbelanjaan anda agar anda mampu membayar kesemua hutang tanpa perlu menyusahkan orang lain..
Jika anda betul-betul serius untuk mengawal kembali kewangan anda dan keluar daripada situasi berhutang ini, saya cadangkan anda membaca perkongsian daripada seorang pakar motivasi dan penulis buku terkenal, Dr HM Tuah Iskandar dalam ebooknya yang bertajuk “JOM BEBAS HUTANG”
Dalam ebook ini, beliau berkongsi cara terbaik yang beliau sendiri gunakan untuk membayar kembali kesemua hutang-hutang bank dan menjadi bebas hutang dengan lebih berkesan.. Strategi yang beliau gunakan ini telah terbukti mampu membantu para pembacanya kembali mengawal dan membayar hutang dengan lebih mudah..
Antara ilmu bebas hutang yang dikongsikan dalam ebook ini ialah:
– 4 Jenis hutang SEBENAR yang perlu anda ketahui dan sebahagian besar daripadanya perlu dielakkan..
– 3 Perkara WAJIB yang perlu anda miliki sebelum mengambil sesuatu hutang agar tidak terperangkap dalam bebanan hutang selama-lamanya..
– 3 Kategori hutang dalam kehidupan anda dan cara TERBAIK untuk menyelesaikannya.. 
– 10 Prinsip & Perkara PENTING yang perlu anda lakukan untuk langsaikan semua hutang anda dengan lebih mudah..
– 3 Langkah BERKESAN yang boleh anda lakukan untuk mengurangkan dan melunaskan hutang anda satu demi satu dengan lebih pantas..
– 3 Langkah EFEKTIF yang perlu anda lakukan apabila menghadapi kesulitan serta gagal untuk membayar hutang-hutang anda..
– 3 Perangkap nafsu & kehendak yang perlu anda ELAKKAN agar hidup anda mampu menjadi bebas dari sebarang masalah hutang..
– Amalan harian serta doa MUSTAJAB yang mampu membantu anda melepaskan diri dari masalah hutang serta memulihkan stress yang anda hadapi akibat hutang..
Dengan ilmu yang dipelajari daripada ebook ini, anda pasti mampu mengawal kembali kewangan anda dan mampu untuk membayar hutang-hutang anda satu per satu dengan menggunakan strategi yang lebih berkesan.. Ini memudahkan anda untuk menjadi bebas kewangan!
Jika selama ini anda pening kepala tercari jalan bagaimana strategi terbaik untuk keluar daripada hutang-hutang yang membelenggu hidup anda, kini semuanya dibongkarkan dalam ebook “JOM BEBAS HUTANG” ini untuk membantu anda memulihkan kembali kewangan anda serta mengawal hutang-hutang dengan lebih baik.. Inilah penyelesaian terbaik untuk anda!
Jom pelajari cara TERBAIK untuk keluar dari penjara hutang dengan lebih BERKESAN di:
 
Facebook
Twitter
LinkedIn
Telegram
WhatsApp
Email
Print

Views: 7

Menyantuni Adab Berkenaan Hutang

Adab Orang yang Berhutang

1. Tidak berhutang kecuali dalam keadaan darurat – Seseorang itu tidak dibolehkan berhutang untuk membeli sesuatu dan bermegah-megah dengannya atau berniat untuk melakukan perkara yang dilarang oleh Allah dengan wang pinjaman tersebut.

2. Niat untuk menjelaskan hutang – Berniatlah untuk menjelaskan hutang kerana Allah akan membantunya.

3. Berusaha untuk berhutang dengan orang yang soleh – Orang yang soleh tidak akan mencemarkan nama baik orang yang berhutang, dan menyebarkan tentang hutang tersebut dan tidak mengungkit-ungkit pemberiannya.

4. Sesuai dengan kemampuan – Berusaha untuk menimumkan kadar hutang mencukupi untuk memenuhi keperluan dan bukan menampung kehendak diri sendiri.

5. Melunaskan hutang pada waktunya dan tidak bertangguh-tangguh – Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Orang yang menunda untuk melunaskan hutangnya (padahal dia boleh melunasinya) ialah orang yang zalim.: (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

6. Membayar hutang dengan cara yang baik – Antara adab yang boleh dilakukan seperti menepati waktu menjelaskan hutang, berterima kasih kepada pemberi hutang dan menggantikan sesuatu yang lebih baik bagi barang yang dipinjam.

Adab Orang yang Dihutang.

1) Memasang niat yang baik ketika memberi hutang – Berniatlah untuk menolong seseorang kerana Allah dan mendapat pahala atas perbuatan tersebut. Allah menyukai seseorang yang membantu saudaranya keluar daripada kesesusahan.

2) Bersikap baik apabila ingin menuntut hutang – Apabila ingin menuntut hutang, bersikaplah dengan sifat lemah lembut dan bermurah hati. Jangan mencaci penghutang atas kekurangannya dan memburukkan nama baiknya.

3) Bertolak-ansur kepada penghutang – Antaranya dengan memberikan tempoh waktu yang sewajarnya untuk menjelaskan hutang. Janganlah membelenggu penghutang dengan tempoh waktu yang singkat untuk dia menjelaskan hutangnya. Allah menjanjikan keselamatan pada hari kiamat bagi orang yang memudahkan urusan orang yang sukar membayar hutang.

4) Menghapuskan hutang bagi orang yang tidak mampu membayarnya – Rasulullah bersabda, maksudnya: “Terdapat seorang pedagang yang suka memberi hutang kepada manusia. Apabila melihat ada yang tidak mampu membayarnya, dia berkata kepada pembantunya: ‘Maafkan sahaja dan hapuskan hutangnya. Semoga Allah memaafkan kita.’ Maka Allah pun memaafkan (dosa-dosanya).’ (Riwayat al-Bukhari)

Adab Berkenaan Hutang Piutang

  • Menulis perkara yang berkaitan hutang – Allah memerintahkan untuk mencatatkan segala urusan hutang piutang seperti yang terdapat dalam surah al-Baqarah ayat 282. Ia wajib dilakukan dengan sikap amanah dan secara terperinci. Selain itu, ia dilakukan untuk menjaga nama baik orang yang berhutang dan menghindari dirinya daripada tuduhan tidak bertanggungjawab atau tidak memegang amanah.
  • Ada saksi – Urusan hutang piutang perlu disaksikan oleh dua orang lelaki yang adil dan boleh dipercayai sebagai penguat bagi catatan hutang yang telah dibuat. Jika tiada, hadirkan seorang lelaki dan seorang perempuan sebagai saksi.
Wallahualam
 
 
 
Klik gambar di atas untuk tempahan segera.
 
 
Facebook
Twitter
LinkedIn
Telegram
WhatsApp
Email
Print

Views: 6

Elakkan Hutang Mudarat

hutang
Jangan Berhutang

Bayarlah dengan tunai segala perbelanjaan untuk perkara-perkara yang merosot nilainya dengan masa. Kebanyakan perkara ini memang boleh dibuat dengan tunai seperti makanan, pakaian dan buku serta peralatan sekolah anak-anak. Yang sering menjadi masalah ialah perkara-perkara yang besar sedikit belanjanya seperti perabot, peralatan elektrik dan kereta. Berhutang untuk membeli perkara-perkara ini akan menimbulkan masalah kewangan pada masa hadapan.

Punca utama hutang mudarat ialah kad kredit, skim sewa beli dan skim bayaran mudah. Ketiga-tiganya memudahkan kita berbelanja lebih daripada kemampuan dan mencengkam kita dengan kadar bunga atau keuntungan yang melipat gandakan jumlah hutang kita yang asal.

Kad kredit kini sudah sebati dengan kehidupan kita. Malah yang tiada kad kredit boleh dipandang serong atau digolongkan di kalangan manusia yang pelik. Kurangkan berbelanja dengan kad kredit. Kita perlu memahami beberapa perkara:

Pertama:
— Otak manusia tidak menganggap kad kredit itu ‘wang’, jadi transaksi ratusan atau ribuan ringgit tidak mencetus rasa psikologi untuk menghadkan perbelanjaan. Perkara yang sama dibuat di kasino yang mana wang ditukar kepada kepingan-kepingan plastik. Kalah ribuan ringgit dalam bentuk plastik tidak sama kalah ribuan ringgit dalam bentuk wang sekurang-kurangnya ketika sedang berjudi.

Kedua:
— Kita tidak tahu berapa baki wang yang boleh kita berbelanja lagi. Tahu-tahu kad kredit kita kena ‘block’…masa itu tersenyum sipulah kita.

Ketiga:
— Kita sentiasa digalakkan berbelanja dengan menggunakan kad kredit. Unsur-unsur glamour disabitkan melalui iklan-iklan yang menarik serta hadiah-hadiah points yang boleh ditukarkan dengan pelbagai hadiah pada kemudian hari.

Paling baik jangan guna kad kredit. Jika perlu juga, gunakan kad debit. Bayaran segala pembelian kad debit akan dipotong terus daripada akaun kita. Jadi kita tidak berhutang tetapi rajin-rajinlah periksa akaun sebelum menggunakan kad debit, silap-silap tiada baki pulak…lagi haru dibuatnya.

Kalau tidak boleh elak, ikut petua ini apabila ada kad kredit – bayar semua hutang dan elak lambat bayar. Kadar bunga kad kredit biasanya 18% setahun. Hutang akan membiak dengan sendiri untuk mencekik kita jika tidak dilangsaikan dengan segera.

Skim sewa beli tertakluk kepada Akta Sewa Beli 1967. Akta ini menentukan caj berjangka yang boleh dikenakan kepada kita. Di bawah akta ini sungguhpun ditulis caj berjangka 10% tetapi cara kiraan bayaran menyebabkan kita membayar sehingga 18% setahun untuk pinjaman. Jumlahnya…macam kad kreditlah. Hanya satu perbezaan:

Barangan yang dibeli (biasanya kereta, perabot dan peralatan elektrik) bukan milik kita sehingga semua hutang habis dibayar. Itulah sebabnya pihak bank boleh menarik balik kereta kita apabila ansuran bulanan gagal dilangsaikan.

Skim bayaran mudah memang menarik. Ini merupakan usaha peniaga bermain ‘can mali can’ dengan pengguna tanpa terikat dengan Akta Sewa Beli. Yang rugi ialah pembeli kerana jumlah bayaran balik bagi sesuatu pembelian tiada hadnya. Iklan hanya menyatakan belian tunai RM999 tetapi bayaran mingguan hanya RM9.99 sahaja. Bilangan minggu yang perlu dibuat bayaran tidak dinyatakan kecuali semasa membuat perjanjian. Itupun dalam huruf kecil, kalau peguam pun akan mengambil masa untuk memahami kandungannya.

Kad kredit, skim sewa beli dan skim bayaran mudah akan memerangkap kita ke dalam hutang mudarat. Cara untuk mengelakkannya mudah tetapi perlu banyak kesabaran. 

Menabunglah sehingga cukup simpanan untuk kita membeli keperluan kita secara tunai.

Panduan Penting:

–> Berbelanjalah secara tunai untuk sesuatu yang akan merosot nilainya dengan masa.

–> Kad kredit, skim sewa beli dan skim bayaran mudah memudahkan kita berbelanja melebihi kemampuan

–> Kadar faedah pinjaman akan menimbulkan masalah kewangan.
 

Facebook
Twitter
LinkedIn
Telegram
WhatsApp
Email
Print

Views: 1

Parah Bil Hospital – Antara Sebab Utama Pemimjam Gagal Bayar Hutang.

Parah Bil Hospital

Parah Bil Hospital – Antara Sebab Utama Pemimjam Gagal Bayar Hutang.

Ramai hutang kad kredit, bank untuk jelas kos perubatan swasta tinggi

KUALA LUMPUR: Penggunaan kad kredit atau pinjaman bank untuk membayar kos perubatan yang tinggi di hospital swasta kini menjadi punca utama kegagalan pembayaran balik pinjaman bank dan kad kredit oleh individu.

Mengikut Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) penggunaan kad kredit tidak terkawal kini bukan lagi menjadi faktor utama bagi masalah kegagalan pembayaran balik pinjaman.

Sebaliknya, badan yang menguruskan RM4.8 bilion hutang tidak berbayar (NPL) membabitkan 50,361 individu itu mendapati pembiayaan kos rawatan dan perubatan yang tinggi ketika ini mendorong individu untuk berhutang sehingga di luar kemampuan.

Ketua Eksekutifnya, Mohamed Akwal Sultan, berkata kebanyakan individu yang dirujuk kepada Program Pengurusan Kredit (PPK) AKPK menjelaskan, mereka lebih cenderung mendapatkan perkhidmatan rawatan dan perubatan yang dikatakan lebih baik di hospital swasta berbanding di hospital kerajaan walaupun ia membabitkan kos besar.

“Setakat Oktober lalu, 26 peratus kegagalan pembayaran balik pinjaman langsung bank atau kad kredit yang dirujuk kepada AKPK adalah perbelanjaan perubatan tinggi disebabkan kos sara hidup semakin meningkat.

“Penggunaan kad kredit tidak terkawal tidak lagi menjadi faktor utama kegagalan seperti pada dua atau tiga tahun lalu,” katanya kepada Berita Harian.
Beliau berkata, selain kos perubatan tinggi, punca lain yang dirujuk kepada agensi itu ialah kelemahan pengurusan kewangan (25 peratus), kegagalan perniagaan (13 peratus), kehilangan pekerjaan (12 peratus), manakala dua peratus akibat kegagalan pelaburan.

Penggunaan kad kredit tidak terkawal pula, katanya, hanya mewakili 15 peratus.
Katanya, hampir 70 peratus kes gagal membayar balik pinjaman itu adalah membabitkan penggunaan kad kredit, manakala 30 peratus lagi pinjaman peribadi serta sewa beli.

Daripada RM4.8 bilion NPL yang diuruskan AKPK ketika ini, Mohamed Akwal berkata, RM2 bilion membabitkan pinjaman perumahan diikuti kad kredit (RM1.1 bilion) serta sewa beli sebanyak RM713 juta.

Katanya, jumlah itu membabitkan kira-kira 40 peratus daripada keseluruhan 135,805 individu yang datang ke AKPK untuk mendapatkan perkhidmatan kaunseling serta khidmat nasihat berhubung pengurusan kredit.

Beliau berkata, tahun ini saja 25,353 individu memohon khidmat nasihat serta bantuan AKPK dan hanya 13,017 dirujuk kepada program PPK, antaranya bagi penstrukturan semula pinjaman.

Bagaimanapun tahun lalu, katanya, 36,848 individu tampil dan 16,184 daripadanya mengikuti program berkenaan.

“Tahun lalu, lebih ramai mendapatkan bantuan daripada AKPK kerana krisis ekonomi yang melanda. Namun, mulai Oktober tahun lalu, keadaan ekonomi mula pulih. Pengurangan individu ini menunjukkan keadaan ekonomi kita semakin baik dan mereka juga ke arah pengurusan kewangan yang baik,” katanya.

Setakat Oktober lalu, sebanyak 423 kes membabitkan pinjaman berjumlah kira-kira RM12 juta berjaya diselesaikan AKPK, berbanding 143 kes dengan jumlah pinjaman RM3.7 juta pada tempoh sama tahun lalu.

“Kami menyelesaikan kira-kira 40 kes sebulan bayaran balik pinjaman kepada bank kerana kebanyakan yang mengikuti PPK sudah mampu menyelesaikan pinjaman lebih awal daripada tempoh maksimum 10 tahun yang diberikan,” katanya.

Beliau berkata, mereka yang berpendapatan kurang RM2,000 sebulan adalah kumpulan paling teruk terjejas dengan masalah kewangan, mewakili kira-kira 40 peratus daripada 50,361 individu yang menyertai PPK.

Katanya, AKPK yang ditubuhkan sejak April 2006 setakat ini menganjurkan lebih 520 taklimat berhubung pengurusan kredit di seluruh negara.

Artikel dipetik daripada Berita Harian Online

——————————————————————————————————————————————————————————————————————————–

Facebook
Twitter
LinkedIn
Telegram
WhatsApp
Email
Print

Borang Quotation

(nombor yang boleh whatsapp & call)
=
=

Views: 4

SyaihanSirotin.com Hai, tekan loceng untuk terima promosi dan update dari website ini :-)
Dismiss
Allow Notifications