Firman Allah swt: “Hendaklah kamu menanam bersungguh2 tujuh tahun berturut2, kemudian apa yang kamu potong biarkanlah dia pada tangkai2nya; kecuali sedikit dari bahagian yang kamu jadikan untuk makan. Kemudian akan datang selepas tempoh itu, tujuh tahun kemarau yang besar, yang akan menghabiskan makanan yang kamu sediakan baginya; kecuali sedikit dari apa yang kamu simpan (untuk dijadikan benih). Kemudian akan datang pula sesudah itu tahun yang padanya orang ramai beroleh rahmat hujan, dan padanya mereka dapat memerah (hasil anggur,zaitun dan sebagainya)” (Yusuf:47-49)
Ayat tersebut dikenali sebagai ayat perancangan yang mengungkap betapa pentingnya untuk merancang sama ada untuk diri sendiri atau untuk masyarakat awam apabila berhadapan dengan kejadian yang pasti datang di masa hadapan.
Perkara yang pasti berlaku adalah kematian. Apabila berlakunya kematian, pelbagai aktiviti harian akan terhenti. Tanpa perancangan yang sempurna, akan berlaku kepayahan kepada ahli keluarga yang telah ditinggalkan dan juga kepada si mati dalam kehidupannya di alam akhirat.
Dalam konteks mengelak kesusahan inilah kerja-kerja perancangan yang dibuat menjadi satu bentuk ibadah. Sebenarnya tiada syak untuk menganggap perancangan kewangan sebagai suatu ibadah kerana bukan sahaja boleh dielak tetap al-Falah (kejayaan) juga boleh dicapai melalui perancangan yang baik dan perlaksanaan yang sempurna.
Berbalik kepada ayat perancangan, pengajaran yang boleh diambil secara dasarnya ialah: seseorang itu mesti bekerja untuk mendapat hasil dan mengumpulkan harta; dan mesti membelanjakan hartanya dengan bijak dan menabung untuk masa hadapan.
Facebook
Twitter
LinkedIn
Telegram
WhatsApp
Email
Print
SULTAN JOHOR: RAKYAT PERLU UTAMAKAN KESIHATAN, PASTIKAN DILINDUNGI INSURANS
DYMM Sultan Johor bertitah rakyat perlu sentiasa menitikberatkan kesihatan, selain melabur dalam insurans kesihatan demi kebaikan diri sendiri dan keluarga.
Didedahkan! Mengapa Ramai Masyarakat Malaysia Membeli Pelan Pengganti Pendapatan.
Kenapa Pentingnya Pelan Penggantian Pendapatan (Income Replacement) Atau Pelan Perlindungan Pendapatan (Income Protection) Kepada Kita?
Hibah Bercagar: adakah sah atau tidak untuk dilaksanakan?
Tidak salah membuat hibah untuk harta bercagar, tetapi kita wajib memahami risiko dan menerima kemungkinan hibah itu ditentang dan ditolak oleh makhkamah.
Borang Quotation
Views: 5