Tindakan Selepas Banjir

Tindakan Selepas Banjir

Kemusnahan Akibat Banjir

Tip merancang ekonomi selepas bencana banjir.

1. Tindakan untuk rumah

– Jika rumah masih ada hutang yang perlu dibayar, minta kerjasama daripada pihak bank untuk melonggarkan bayaran (‘percutian’ daripada bayar balik ansuran) di atas sebab bencana banjir ini.

– Memohon agar pihak bank mengeluarkan pinjaman baru untuk membaik pulih rumah. Jika tempoh pinjaman hanya untuk 25 tahun perlu memohon tempoh dipanjangkan sehingga 40 tahun bagi meringankan beban. Jika pinjaman atau pembiayaan ini boleh distrukturkan secara qadrulhasan (pembiayaan tanpa dikenakan sebarang kos), sebagai tindakan CSR pihak bank, ini amat membantu mangsa banjir.

– Jika insurans/takaful untuk rumah/peralatan isi rumah ada klausa perlindungan daripada natural disaster, dapatkan pampasan daripada syarikat insurans/takaful untuk membeli perkakas baru.

2. Tindakan untuk kereta

– Kereta sudah pasti mengalami ‘total loss’/rosak keseluruhannya akibat banjir teruk. Perlindungan takaful atau insurans jarang diambil dengan klausa musibah akibat bencana alam/natural disaster, jadi tiada pampasan akan diterima.

– Mungkin pihak kerajaan boleh menyediakan panel bengkel/workshop untuk membaik pulih kenderaan yang masih boleh dibaik pulih dengan mengenakan kos yang berpatutan.

– Mungkin pihak bank juga boleh melonggarkan jadual pembayaran balik ansuran kereta dalam tempoh tertentu.

– Keprihatinan syarikat kenderaan agar menawarkan kenderaan yang mampu milik serta mewujudkan pinjaman untuk mangsa banjir dengan kadar faedah yang rendah.

 

Langkah-langkah tindakan selepas banjir

3. Tindakan untuk perabot

– Kenal pasti perabot yang boleh digunakan atau tidak.

– Jika boleh digunakan, ia boleh mengurangkan kos untuk membeli perabot baru.

– Jika ada syarikat car wash atau carpet wash boleh bekerjasama dengan syarikat perabot dengan menyediakan kemudahan untuk membaik pulih perabot dan dikenakan sedikit caj atau bayaran, ini akan meringankan beban mangsa banjir.

– Wujudkan sukarelawan untuk membuat kerja pembersihan rumah. Jika ada pihak yang boleh membayar pekerja sukarelawan secara profesional ini lebih baik. Dengan ini mewujudkan peluang pekerjaan dan menggerakkan ekonomi ketika itu.

4. Tindakan individu

– Tidak dinafikan ekonomi keluarga pasca banjir kebiasaannya akan lumpuh sekiranya anda tidak mempunyai sebarang tabung kecemasan atau tabungan/aset yang boleh dicairkan untuk menghasilkan kewangan.

– Untuk itu, setiap individu harus insaf dan mulakan tindakan untuk mengumpul tabungan kecemasan setelah pembaik pulih keadaan dilakukan.

– Berhubung dengan pihak peminjam dengan cara pantas supaya laporan kredit anda tidak terjejas.

*Credit Article to GPS Kewangan

———————————————————————————————

‘Penangan’ cuaca buruk boleh buat satu rumah pening kepala 🏡

Pelan Perlindungan Takaful Rumah & Isi Rumah (Houseowner & Householder Ins/Takaful) memberikan pembayaran balik ganti rugi untuk kerosakan akibat bencana alam seperti:

🌧 Hujan

🌪  Ribut taufan

⚡️ Petir

🌀 Angin kencang

dan banyak lagi. Tuntutan mudah & pantas menerusi online sahaja!

Lindungi rumah dan isi rumah anda hari ini atau hubungi 012-6727957 untuk sebut harga PERCUMA!

 

Facebook
Twitter
LinkedIn
Telegram
WhatsApp
Email
Print

Borang Quotation

(nombor yang boleh whatsapp & call)

What is 7+4?

What is 7+4?

Views: 3

Sekadar Membeli Rumah Tidak Cukup Jika Tiada Perlindungan MLTA

MLTA

Sekadar Membeli Rumah Tidak Cukup Jika Tiada Perlindungan MLTA

Adakah anda mencari Insurans Takaful bagi melindungi pinjaman perumahan anda?

Mengapa kita boleh kehilangan rumah jika kita hanya memilih untuk membeli MRTA?

Apakah perbezaan MRTA/MRTT dan MLTA/MLTT?

Secara asasnya, kesemua di atas ialah Gadai Janji. Bahasa mudahnya insurans untuk melindungi pinjaman kewangan (protect loan) rumah kita. Perlindungan yang dibuat khusus untuk menyelamatkan pihak yang memberi pinjaman (bank) dan juga pihak yang meminjam (pembeli rumah) sekiranya pihak yang meminjam tidak dapat meneruskan bayaran ansuran pinjaman disebabkan telah meninggal dunia atau pun hilang upaya kekal. Sebenarnya benda-benda tu hampir sama tapi memang tak serupa. Mula-mula anda semua kena tahu dulu maksudnya seperti di bawah ni :-

1) MLTT – Mortgage Level Term Takaful

2) MRTT – Mortgage Reducing Term Takaful
 
3) MLTA – Mortgage Level Term Assurance
 
4) MRTA – Mortgage Reducing Term Assurance
 

Yang berbeza cuma pada perkatan Takaful, Assurance, Level dan Reducing.

Senang saja nak faham. 

Pertama, Takaful vs Assurance. Yang Takaful tu patuh syariah dan yang Assurance tu tidak patuh syariah sebab dia konvensional. 

Kedua, Level vs Reducing. Yang Level maksudnya jumlah perlindungan berkadar rata atau sama di sepanjang tempoh perlindungan berkuatkuasa dan yang Reducing tu pulak bermaksud jumlah perlindungan berkurang mengikut baki pinjaman di sepanjang tempoh perlindungan. Gambarajah bawah ni boleh bantu untuk lebih faham…
MLTT
MLTT

Apabila berlaku risiko pada tahun ke-10, waris akan mendapat wang lebihan sebanyak RM100,000 + nilai tunai setelah baki pinjaman diselesaikan oleh pengendali takaful kepada pihak bank.

MRTT
MRTT

Apabila berlaku risiko pada tahun ke-10, waris tidak menerima sebarang wang selepas baki pinjaman diselesaikan oleh pengendali takaful

Kenapa ada Assurance atau Takaful? Sama macam perlindungan yang lain-lain, ada jenis konvensional dan ada jugak yang takaful.

Kenapa ada Reducing atau Level? Yang ni pada dasarnya sebagai memberi pilihan kepada peminjam mengikut kemampuan dan keperluan masing-masing. Boleh dikatakan, jenis Level mempunyai banyak kelebihan tersendiri berbanding yang Reducing. Perbezaan antara Reducing dan Level boleh dilihat melalui jadual berikut :-

Boleh dipindah milik

Satu lagi kelebihan memiliki MLTA/MLTT adalah ia boleh dipindah milik. Sebagai contoh, kita membeli rumah pertama bernilai RM300,000 dan membeli MLTA/MLTT bernilai RM1Juta. 10 tahun kemudian, kita mahu membeli rumah yang lebih besar dan bernilai RM800,000. Kita tak perlu untuk membeli lagi satu MLTA/MLTT kerana MLTA/MLTT sedia ada masih cukup untuk menampung nilai rumah tersebut. Jadi ia boleh dipindah milik ke rumah baru. Tetapi, sekiranya MLTA/MLTT tersebut tidak mencukupi, kita boleh menambah jumlahnya kepada polisi sedia ada dan kemudian dipindah milik ke rumah baru.

Atau,

Sekiranya kita mempunyai beberapa biji rumah, kita boleh merangkumkan semua nilai rumah-rumah tersebut dan membeli dengan hanya 1 polisi. Sebagai contoh, kita mempunyai 3 biji rumah yang bernilai RM300,000 setiap satu. Jadi, kita perlu ambil polisi MLTA/MLTT sebanyak RM900,000 atau lebih untuk ketiga-tiga rumah tersebut.

Sangat menguntungkan dan berbaloi-baloi, bukan?

Secara ringkas apa yang kita boleh dapat dengan MLTA/MLTT:

    1. 1 polisi MLTA/MLTT untuk beberapa rumah
    2. Peluang memendekkan tempoh pinjaman
    3. Boleh dipindah milik ke rumah lain
    4. Nilai diinsuranskan tidak susut mengikut nilai pinjaman
    5. Menjamin masa depan keluarga kita.
Nasihat Saya
Sekiranya hartanah anda adalah hanya untuk tujuan perlaburan, investment link sepatutnya menjadi pilihan anda kerana anda akan menjual hartanah tersebut dan membeli yang baru dan seterusnya anda tidak perlu membeli polisi insurans yang baru, walaubagaimanapun semuanya bergantung kepada apa yang anda kehendaki dan jumlah wang dalam poket anda.
 
 
 
Facebook
Twitter
LinkedIn
Telegram
WhatsApp
Email
Print

Borang Quotation

(nombor yang boleh whatsapp & call)

What is 7+4?

What is 7+4?

Views: 7

Sambungan…..MRTA vs MLTA (Takafulink Investment)

Sambungan…..MRTA vs MLTA (Takafulink Investment)

sambungan dari page MRTA VS MLTA (INVESTMENT LINK)

Perbandingan antara Mortgage Reducing Term Assurance (MRTA) dan Takafulink bagi tujuan perlindungan hartanah anda…..

Biar saya tunjukkan dalam bentuk graf, mungkin lebih membantu.

1. Gambarajah menunjukan peminjam mengambil MRTA dan meninggal dunia sebelum pinjaman dilunaskan.



MRTA akan bertindak sebagai perlindungan kewangan kepada pinjaman kita. Jumlah perlindungan akan menurun mengikut baki pinjaman kita. Premium perlu dibayar sekaligus dan biasanya bank akan tawarkan pinjaman dan apabila premium tersebut dimasukkan ke dalam pinjaman, ia juga akan dikenakan interest. So, bank akan dapat untung lebih hasil dari interest premium MRTA tersebut.

Sekiranya berlaku kematian, baki pinjaman akan dibayar ke bank dengan menggunakan pampasan MRTA. Pewaris tidak perlu membayar baki pinjaman yang tertunggak selepas kematian peminjam.

2. Pinjaman dilunaskan sehingga habis tempoh meminjam dan tiada kematian berlaku.

Sekiranya tiada kematian berlaku sehingga tempoh akhir pinjaman, duit MRTA tidak akan dipulangkan, dan rumah tersebut menjadi hak milik peminjam

3. Takafulink digunakan untuk menggantikan MRTA.

Berbeza dengan Plan Takafulink, jumlah perlindungan tidak menurun mengikut baki pinjaman. Premium boleh dibayar secara bulanan, dan peminjam tidak perlu mengeluarkan sejumlah wang yang agak besar untuk mengambil plan MRTA dan tidak terdedah dengan interest sekiranya premium MRTA dimasukkan sekali dalam pinjaman.

Sekiranya berlaku kematian, jumlah pampasan akan dibayar mengikut jumlah perlindungan dan boleh digunakan untuk membayar baki pinjaman. Lebihan dari pampasan tersebut boleh digunakan oleh pewaris terutama sekiranya yang ditinggalkan adalah isteri yang tidak bekerja dengan anak2 yang masih kecil. Sudah tentu lebihan pampasan ini amat bermakna bagi mereka.

Selain itu, waris juga dapat jumlah nilai tunai (simpanan) yang ada dalam plan takafulink pada tahun kematian.

Premium Takafulink sekata tidak seperti MRTA yang akan berkurangan mengikut nilai pinjaman,namun apa bila peminjam meninggal dunia.Syarikat takaful akan menyelesaikan baki pinjaman yang ada.Waris akan mendapat baki dari bayaran pampasan yang dibayar sebagai contoh.

PINJAMAN – RM500,000

NILAI PERLINDUNGAN – RM500,000

HIBAH – WARIS 100%

selepas 20 tahun peminjam meninggal dunia atau hilang upaya kekal (Total Permanent Disable), maka waris akan mendapat

NILAI PERLINDUNGAN – RM500,000

BAKI PINJAMAN – RM200,000(dibayar kepada bank)

BAKI NILAI PAMPASAN – RM300,000 + NILAI SIMPANAN PADA MASA ITU.

Sekiranya tiada berlaku kematian, jumlah perlindungan tetap sama, dan nilai tunai (simpanan) juga meningkat. Jadi, simpanan tersebut boleh dikekalkan dalam account takafulink sambil mendapat pulangan pelaburan. Lihat graf dibawah.

4. Sekiranya peminjam hidup dan membayar pinjaman sehingga tamat tempoh pinjaman.

kita lihat bagaimana jika pembeli melangsaikan/melunaskan pinjaman,pembeli bukan sahaja memiliki rumah yang dibeli malah akan mendapat kembali premium MLTA yang dibayar selama ini.

Atau dikeluarkan untuk mengurangkan baki pinjaman, so, tempoh pinjaman dapat dipendekkan. Lihat graf di bawah.

5. Nilai Simpanan

kita lihat rajah diatas dimana pada suatu masa baki pinjaman akan sama banyak dengan simpanan,pada masa ini peminjam boleh surrender polisi MLTA dan selesaikan semua baki pinjaman yang ada maka tempoh pinjaman akan menjadi lebih pendek.

Jadi terpulang kepada anda untuk menentukan apa yang anda nak buat dengan akaun takafulink anda. Ia menawarkan flexibility kepada pemegang polisi bagi memenuhi keperluan perlindungan kewangan mereka.

Maklumat ini hanya memberi penjelasan secara ringkas. Untuk mendapatkan maklumat lengkap sila hubungi saya Mohd Syaihan Sirotin, 012-6727957 atau email: syaihan@ctfg.com.my

Facebook
Twitter
LinkedIn
Telegram
WhatsApp
Email
Print

Borang Quotation

(nombor yang boleh whatsapp & call)

What is 7+4?

What is 7+4?

Views: 4

MRTA VS MLTA (INVESTMENT LINK)

Apa pilihan terbaik?

MRTA VS MLTA (INVESTMENT LINK)

 
Untuk pengetahuan semua MRTA atau Mortgage Reduced Term Assurance merupakan sejenis perlindungan insurance untuk pinjaman rumah. Tujuan individu membeli polisi MRTA tidak lain adalah sebagai perlindungan kewangan terhadap baki pinjaman yang belum dibayar sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal keseluruhan atau Total Permanent Disable (TPD) kepada peminjam. Jadi polisi MRTA ini akan membayar baki pinjaman yang tertunggak.


Ciri-ciri MRTA

1. Bayaran lump sum (sekali gus).
2. Biasanya akan dimasukkan didalam loan sekiranya jumlah premium terlalu mahal (bg membolehkan bayaran secara bulanan).
3. Sekiranya premium dimasukkan bersama pinjaman, premium tersebut juga dikenakan faedah oleh pihak bank. Jadi, jumlah premium yang perlu dibayar akan lebih tinggi dari sepatutnya.
4. Tempoh perlindungan sama seperti tempoh pinjaman.
5. Jumlah perlindungan akan berkurangan mengikut pinjaman.
6. Lebih murah berbanding dengan life insurance atau takafulink sekiranya dikira dari sudut jumlah caruman.
7. Tiada nilai tunai.

Bagi mereka yang aktif dalam pelaburan hartanah (jual-beli hartanah), setiap kali kita buat pinjaman kita perlu memohon plan MRTA dan sekiranya kita ingin menjual hartanah tersebut, kita perlu batalkan MRTA tersebut. Dan seterusnya sekiranya kita ingin membeli hartanah lain, kita perlu mengambil sekali lagi MRTA yang lain. Dan sudah tentu pada masa itu umur kita telah meningkat dan menyebabkan premium lebih mahal. Kalau mahal masih ok lagi, tapi kalau dah sakt sampai syarikat insurance/takaful pun dah tak nak amik kita sebagai pemegang polisi. Macam mana?…..Masa tu dah tak de chance nak amik MRTA lagi.

Bagaimana boleh dijadikan sebagai satu option dalam menggantikan MRTA?

Ciri-Ciri Investment Link (MLTA)

1. Bayaran secara berkala (regular), jadi tidak perlu masukkan bersama pinjaman, dan ini boleh mengelakkan kita daripada dikenakan faedah oleh bank.
2. Jumlah perlindungan sekata sepanjang tempoh caruman atau sehingga umur kita 80 tahun yang mana lebih dahulu.
3. Jumlah perlindungan yang fleksible. Boleh diubah mengikut keperluan perlindungan pinjaman.
4. Jumlah premium yang tetap. Walaupun umur meningkat, premium tetap sama. Ini akan menjimatkan kita dalam jangka masa panjang.
5. Tidak perlu menamatkan polisi sekiranya hartanah yang pinjamannya dilindungi oleh takafulink ingin dijual atau dipindah milik. Dan sekiranya kita ingin membeli hartanah baru, boleh gunakan polisi yang sedia ada untuk menjadi sebagai cagaran bayaran pinjaman sekiranya kita meninggal dunia atau lumpuh kekal keseluruhan.
6. Boleh digandingkan dengan pelbagai manfaat perlindungan lain yang agak penting seperti medical card, elaun hospital, elaun ICU, elaun pembedahan dan sebagainya.
7. Ada nilai tunai dan perkongsian untung hasil dari keuntungan wang caruman yang dilaburkan oleh syarikat.
Bagi tempoh masa yang panjang, cara ini lebih menjimatkan disebabkan kita tidak dikenakan interest atas premium sekiranya premium dimasukkan dalam jumlah pinjaman. Selain dari itu, jumlah peruntukan premium untuk simpanan selepas tahun ke 7 dan seterusnya adalah 100%.


Nasihat Saya

Sekiranya hartanah anda adalah hanya untuk tujuan perlaburan, investment link sepatutnya menjadi pilihan anda kerana anda akan menjual hartanah tersebut dan membeli yang baru dan seterusnya anda tidak perlu membeli polisi insurans yang baru, walaubagaimanapun semuanya bergantung kepada apa yang anda kehendaki dan jumlah wang dalam poket anda.

Maklumat ini hanya memberi penjelasan secara ringkas. Untuk mendapatkan maklumat lengkap sila hubungi saya Mohd Syaihan,012-6727957 atau email: syaihan@gmail.com

Facebook
Twitter
LinkedIn
Telegram
WhatsApp
Email
Print

Borang Quotation

(nombor yang boleh whatsapp & call)

What is 7+4?

What is 7+4?

Views: 7

SyaihanSirotin.com Hai, tekan loceng untuk terima promosi dan update dari website ini :-)
Dismiss
Allow Notifications