Persiapan Hadapi Kesusahan

Persiapan Hadapi Kesusahan

Masih ramai yang tidak memahami dan sedar mengenaik kepentingan takaful walaupun ia memberi banyak kebaikkan kepada mereka yang mengambilnya dan kita tidak tahu bila musibah akan menimpa diri seperti kata pepatah orang tua, “Malang Tidak Berbau”.

Kadangkala tanpa disangka, seseorang yang muda dan sihat, sering sakit kronik atau kemalangan hingga tidak berupaya lagi untuk bekerja. Di sinilah takaful memainkan peranan dalam memberi perlindungan kepada seseorang itu.

Mereka yang masih muda dan sihat serta berkemampuan untuk mengambil takaful digalakkan mengambil takaful kerana lebih muda usia seseorang itu bermula, lebih tinggi pulangannya apabila tempoh matang takaful.

Ada pelbagai takaful yang ditawarkan antaranya takaful hayat, pendidikan, kesihatan, perubatan dan am.

Takaful yang popular di kalangan pelanggan adalah takaful perubatan dan hayat.

Setiap takaful mempunyai kelebihan masing-masing serta menguntungkan mereka yang mengambilnya. Takaful terbahagi kepada dua kumpulan iaitu perlindungan semata-mata dan juga perlindungan serta simpanan. Takaful juga boleh dijadikan berbentuk simpanan membolehkan pelanggan mendapat wang tunai yang telah dilaburkan selepas mencapai tempoh matang.

Manakalan takaful berbentuk perlindungan, ia memberi perlindungan semata-mata dan tidak membabitkan simpanan.

Bagi takaful hayat dan perubatan, pelanggan yang terpaksa dimasukkan ke wad bukan saja terjamin dari segi perbelanjaan kos rawaran, malah mereka boleh mendapat bayaran masa yang dihabiskan di dalam wad.

Contohnya ada syarikat yang membayar sehingga RM400 bagi satu hari jika pelanggannya tinggal di wad. Bayangkan jika mereka terpaksa duduk seminggu.

Jika seseorang itu meninggal dunia, jumlah wang yang sepatutnya beliau terima contohnya RM500,000 jika berlaku sebarang musibah akan diberikan kepada warisnya, yang sudah tentu memberi jaminan kepada anak-anak dan keluarga mereka tetap terjaga dari segi keperluan walaupun pencari rezeki bagi ketua keluarga yang sudah tiada. Pelanggan juga digalakkan mengambil takaful pendidikan untuk anak-anak kerana kos pengajian yang semakin tinggi sekarang.

Sejak anak berusia satu bulan, ibubapa sudah boleh mula mengambil takaful untuk mereka dan apabila sampai tempoh matang, contohnya hingga 18 tahun atau 23 tahun, wang yang terkumpul untuk mereka melanjutkan pelajaran boleh mencecah sekitar RM30,000 hingga RM40,000.

Ada pelbagai jenis takaful tetapi ianya terpulang kepada pilihan pelanggan jenis yang dirasakan paling sesuai.

Tanpa kita sedari, mengambil takaful adalah satu tindakan yang amat bijak da seseorang itu boleh mengambil lebih daripada satu jenis takaful jika berkemampuan kerana lebih banyak lebih baik.

Facebook
Twitter
LinkedIn
Telegram
WhatsApp
Email
Print

Borang Quotation

(nombor yang boleh whatsapp & call)
=
=

Views: 8

Ramai lagi yang masih belum memiliki takaful medical card rupanya….

Dr Beni bercakap berdasarkan pengalaman…

Ada yang tanya saya, “medikal kad ni dah boleh pakai terus ke?”

BOLEH..untuk certain2 keadaan seperti kemalangan atau kematian sebab kemalangan..tapi secara rasminya medikal kad boleh pakai lepas 4 bulan/120 hari untuk semua penyakit…

Ada lagi yang tanya, “bersalin cover tak?”…bersalin tidak cover sebab itu bukan penyakit..itu buatan orang 😆

Melainkan kalau ada komplikasi kehamilan baru ada manfaat untuk cover (bukan semua polisi)..

Jangan berlengah lagi, jangan tangguh lagi, dapatkan medikal kad anda..apply ikut bajet anda ye. Jangan over bajet pulak.

Facebook
Twitter
LinkedIn
Telegram
WhatsApp
Email
Print

Borang Quotation

(nombor yang boleh whatsapp & call)
=
=

Views: 1

Salah faham mengenai tempoh “Waiting Period 120 hari medical card”.

Tempoh menunggu

Salah faham mengenai tempoh “Waiting Period 120 hari medical card”.

Anggapan pemilik medical card terutama bagi mereka yang mendaftar takaful kerana telah ada simptom penyakit atau sedang menyorokkan masalah kesihatan ketika membuat pendaftaran.

“Tunggu medical card habis tempoh waiting period 120 hari, lepas tu boleh pergi rawatan hospital dan takaful cover semua kos dan bil hospital.”

Fakta yang sebenarnya mengenai waiting period:

Apa-apa penyakit spesifik (specified illness) yang wujud dalam tempoh 120 hari pertama medical card sedang berkuatkuasa, sama ada pemohon tersebut SEDAR ataupun TIDAK SEDAR akan penyakit tersebut, akan DIKECUALIKAN daripada perlindungan takaful.

Pihak takaful berhak menolak untuk membayar tuntutan perubatan dan menjalankan MEDICAL INVESTIGATION sekiranya terdapat tuntutan yang meragukan dan melibatkan tempoh ‘waiting period’ medical card.

Benda ni penting.

Sebab ramai yang dah ada penyakit dan sorok penyakit, kemudian tunggu 120 hari, terus pergi hospital. Bila diagnosis, report doktor akan keluar penyakit bawah kategori specified illness.

Takaful akan REJECT claim. Dan waktu tu akan keluar ayat…

“Takaful tipu”

“Takaful susah nak claim”

Dan macam-macam lagi ayat negatif.

Jadi, seeloknya, DAFTAR MEDICAL CARD SEMASA SIHAT DAN SEAWAL YANG MUNGKIN.

Nak quotations? Sila isi form di bawah ini.

Facebook
Twitter
LinkedIn
Telegram
WhatsApp
Email
Print

Borang Quotation

(nombor yang boleh whatsapp & call)
=
=

Views: 29

INFLASI PERUBATAN 12 PERATUS

INFLASI PERUBATAN 12 PERATUS

Soalan – soalan yang biasa saya terima setiap kali jumpa dengan client2…

1. “Kalau saya amik medical card sekarang, akan datang akan ada naik harga tak?”

2. “Kalau saya ambil kad medikal hari ini, adakah ianya mencukupi untuk 20-30 tahun akan datang?”

Soalan-soalan ini sebenarnya susah nak jawab.

Saya cuba himpunkan artikel-artikel tentang inflasi perubatan.

Ikutkan artikel terbaru, Bank Negara Malaysia telah mengeluarkan kenyataan bahawa inflasi perubatan adalah 12 peratus. Sekarang, BNM telah mengambil inisiatif untuk membuat rangka kerja (framework) tentang isu inflasi perubatan.

Jawapan saya:-

Tiada siapa boleh menjaminkan masa hadapan. Termasuklah isu kad medikal, adakah ianya boleh mencukupi sehingga 20-30 tahun akan datang?

Adakah boleh kekal premium sekarang pada masa akan datang dengan kos perubatan yang makin tinggi saban tahun?

Cuba bandingkan dengan mata wang negara kita, harga minyak petrol, harga menu makanan dan sebagainya. Adakah ia masih lagi kekal?

Renung-renungkan & selamat beramal… 

Facebook
Twitter
LinkedIn
Telegram
WhatsApp
Email
Print

Borang Quotation

(nombor yang boleh whatsapp & call)
=
=

Views: 1

Sekadar Membeli Rumah Tidak Cukup Jika Tiada Perlindungan MLTA

MLTA

Sekadar Membeli Rumah Tidak Cukup Jika Tiada Perlindungan MLTA

Adakah anda mencari Insurans Takaful bagi melindungi pinjaman perumahan anda?

Mengapa kita boleh kehilangan rumah jika kita hanya memilih untuk membeli MRTA?

Apakah perbezaan MRTA/MRTT dan MLTA/MLTT?

Secara asasnya, kesemua di atas ialah Gadai Janji. Bahasa mudahnya insurans untuk melindungi pinjaman kewangan (protect loan) rumah kita. Perlindungan yang dibuat khusus untuk menyelamatkan pihak yang memberi pinjaman (bank) dan juga pihak yang meminjam (pembeli rumah) sekiranya pihak yang meminjam tidak dapat meneruskan bayaran ansuran pinjaman disebabkan telah meninggal dunia atau pun hilang upaya kekal. Sebenarnya benda-benda tu hampir sama tapi memang tak serupa. Mula-mula anda semua kena tahu dulu maksudnya seperti di bawah ni :-

1) MLTT – Mortgage Level Term Takaful

2) MRTT – Mortgage Reducing Term Takaful
 
3) MLTA – Mortgage Level Term Assurance
 
4) MRTA – Mortgage Reducing Term Assurance
 

Yang berbeza cuma pada perkatan Takaful, Assurance, Level dan Reducing.

Senang saja nak faham. 

Pertama, Takaful vs Assurance. Yang Takaful tu patuh syariah dan yang Assurance tu tidak patuh syariah sebab dia konvensional. 

Kedua, Level vs Reducing. Yang Level maksudnya jumlah perlindungan berkadar rata atau sama di sepanjang tempoh perlindungan berkuatkuasa dan yang Reducing tu pulak bermaksud jumlah perlindungan berkurang mengikut baki pinjaman di sepanjang tempoh perlindungan. Gambarajah bawah ni boleh bantu untuk lebih faham…
MLTT
MLTT

Apabila berlaku risiko pada tahun ke-10, waris akan mendapat wang lebihan sebanyak RM100,000 + nilai tunai setelah baki pinjaman diselesaikan oleh pengendali takaful kepada pihak bank.

MRTT
MRTT

Apabila berlaku risiko pada tahun ke-10, waris tidak menerima sebarang wang selepas baki pinjaman diselesaikan oleh pengendali takaful

Kenapa ada Assurance atau Takaful? Sama macam perlindungan yang lain-lain, ada jenis konvensional dan ada jugak yang takaful.

Kenapa ada Reducing atau Level? Yang ni pada dasarnya sebagai memberi pilihan kepada peminjam mengikut kemampuan dan keperluan masing-masing. Boleh dikatakan, jenis Level mempunyai banyak kelebihan tersendiri berbanding yang Reducing. Perbezaan antara Reducing dan Level boleh dilihat melalui jadual berikut :-

Boleh dipindah milik

Satu lagi kelebihan memiliki MLTA/MLTT adalah ia boleh dipindah milik. Sebagai contoh, kita membeli rumah pertama bernilai RM300,000 dan membeli MLTA/MLTT bernilai RM1Juta. 10 tahun kemudian, kita mahu membeli rumah yang lebih besar dan bernilai RM800,000. Kita tak perlu untuk membeli lagi satu MLTA/MLTT kerana MLTA/MLTT sedia ada masih cukup untuk menampung nilai rumah tersebut. Jadi ia boleh dipindah milik ke rumah baru. Tetapi, sekiranya MLTA/MLTT tersebut tidak mencukupi, kita boleh menambah jumlahnya kepada polisi sedia ada dan kemudian dipindah milik ke rumah baru.

Atau,

Sekiranya kita mempunyai beberapa biji rumah, kita boleh merangkumkan semua nilai rumah-rumah tersebut dan membeli dengan hanya 1 polisi. Sebagai contoh, kita mempunyai 3 biji rumah yang bernilai RM300,000 setiap satu. Jadi, kita perlu ambil polisi MLTA/MLTT sebanyak RM900,000 atau lebih untuk ketiga-tiga rumah tersebut.

Sangat menguntungkan dan berbaloi-baloi, bukan?

Secara ringkas apa yang kita boleh dapat dengan MLTA/MLTT:

    1. 1 polisi MLTA/MLTT untuk beberapa rumah
    2. Peluang memendekkan tempoh pinjaman
    3. Boleh dipindah milik ke rumah lain
    4. Nilai diinsuranskan tidak susut mengikut nilai pinjaman
    5. Menjamin masa depan keluarga kita.
Nasihat Saya
Sekiranya hartanah anda adalah hanya untuk tujuan perlaburan, investment link sepatutnya menjadi pilihan anda kerana anda akan menjual hartanah tersebut dan membeli yang baru dan seterusnya anda tidak perlu membeli polisi insurans yang baru, walaubagaimanapun semuanya bergantung kepada apa yang anda kehendaki dan jumlah wang dalam poket anda.
 
 
 
Facebook
Twitter
LinkedIn
Telegram
WhatsApp
Email
Print

Borang Quotation

(nombor yang boleh whatsapp & call)
=
=

Views: 13

Pelan Pendidikan Takaful Adalah Hadiah Terbaik Untuk Anak Anda.

Pelan Pendidikan

Pelan Pendidikan Takaful Adalah Hadiah Terbaik Untuk Anak Anda.

Setiap tahun kita akan sentiasa melangkah yang penuh dengan cabaran, kos-kos perubatan, pendidikan, cukai sana sini, kos sara hidup yang semakin tinggi…

Kepada ibu bapa yang memiliki anak-anak, masing-masing mencari yang terbaik untuk anak-anak mereka. Ini termasuk memberi pendidikan yang terbaik untuk mereka memulakan kehidupan dalam masyarakat yang penuh persaingan.

Namun, anda perlu bersedia untuk menanggung kos pendidikan tinggi yang semakin meningkat. Oleh itu, anda harus mula menabung pada usia muda, bahkan sebelum anak-anak anda mengorak langkah mereka untuk menimba ilmu.

Mulakan menabung untuk pendidikan anak-anak

Sebagai persediaan untuk masa depan anak anda, ikuti beberapa langkah berikut:

1. Menentukan Kos Pendidikan Masa Depan Anak Anda
Berikut adalah beberapa faktor yang anda perlu pertimbangkan semasa mengira kos pendidikan masa depan anak anda.

    • Tempoh masa sebelum anak anda melanjutkan pelajaran di universiti.
    • Sama ada anak anda belajar di universiti tempatan atau luar negara.
    • Jenis dan jangka masa kursus yang anak anda akan pelajari.
  • Kadar pertukaran mata wang negara yang anak anda bakal melanjutkan pelajaran.

Anda juga harus mempertimbangkan kesan inflasi pada perbelanjaan anda pada masa akan datang. Andaikan kadar inflasi ialah 4 peratus, kos kursus 4 tahun di Universiti Monash di Australia yang pada masa ini adalah RM408,000* akan meningkat kepada RM735,000 selepas 15 tahun.

2. Mengira Amaun Yang Anda Perlu Menabung
Jika anak anda berumur 4 tahun pada tahun ini, anda mempunyai kira-kira 15 tahun untuk menyediakan satu dana pendidikan sebelum dia memasuki universiti pada umur 19 tahun.

Walaupun anda boleh mengeluarkan wang daripada simpanan akaun II KWSP ana melalui Skim Pengeluaran Pendidikan KWSP, wang ini mungkin tidak mencukupi untuk dana pendidikan anda anda.

3. Mulakan Hari Ini
Melaburlah dengan amaun pelaburan yang banyak dalam unit amanah pilihan anda. Mengamalkan Pemurataan Kos Ringgit (Dollar Cost Averaging) dan meneruskan pelaburan anda setiap bulan.

Mulakan seawal mungkin untuk mendapat manfaat daripada kadar pulangan berganda untuk mencapai jumlah yang diperlukan. Anda perlu menganalisis keperluan perancangan pendidikan untuk mengira amaun yang anda perlu menabung. Ia membolehkan anda:

    • Menilai toleransi risiko kewangan anda.
    • Menganalisis keperluan pendidikan anak anda.
    • Menentukan amaun simpanan yang diperlukan.
    • Membuat taksiran tentang simpanan anda yang sedia ada.
  • Mengenal pasti pilihan pendanaan yang ada.

Sumber: Financial Freedom, Education Planning Public Bank 

Facebook
Twitter
LinkedIn
Telegram
WhatsApp
Email
Print

Borang Quotation

(nombor yang boleh whatsapp & call)
=
=

Views: 4

5 Masalah Dalam Masyarakat Yang Boleh Dibantu Dengan Adanya Takaful.

 

5 Perkara Sebelum 5 Perkara

5 Masalah Dalam Masyarakat Yang Boleh Dibantu Dengan Adanya Takaful.

1- Mati Terlalu Awal (Dying Too Soon)

Meninggal dunia pada usia muda. Orang yang meninggal dunia akan meneruskan kehidupan ke Alam Barzakh, tapi yang ditinggalkan. Terutama individu yang baru berumah tangga dan mempunyai tanggungan isteri dan anak yang masih kecil. 

Cuba bayangkan bagai mana mereka ingin meneruskan kehidupan setelah kehilangan suami dan ayah. Suami dan ayah meninggal dunia, pendapatan untuk menampung keperluan kewangan keluarga pun akan terhenti. 

Suami dan Ayah tidak boleh diganti, tetapi pendapatan Suami dan Ayah boleh diganti sekiranya beliau mengambil plan takaful.

2- Hidup Terlalu Lama (Living Too Long)
Pendek umur pun masalah, panjang umur pun ada masalah. Masalahnya adalah, cukup ke simpanan kita utk teruskan penghidupan. 

Ramai masyarakat kurang sedar mengenai kepentingan menabung pada usia muda. Sebaliknya mereka lebih suka berbelanja daripada menyimpan.

3- Hidup Umpama Mati (Living Death)
Hidup akan tetapi umpama mati. Lumpuh kekal keseluruhan (TPD). Kita fikirkan….perlu tak untuk mempunyai sejumlah wang bagi menampung perbelanjaan harian sekiranya seseorang mengalami TPD. 

Kalau seseorang itu tidak mempunyai simpanan yang cukup, tiba-tiba mengalami TPD sama ada akibat kemalangan atau penyakit, bagai mana utk teruskan kehidupan. Siapa yang akan bantu sekiranya dah jadi mcm tu?. Mak Ayah?..Adik Beradik, saudara-mara…..ya..mereka akan bantu, tapi alangkah bagusnya kalau mereka hanya perlu membantu dari segi tenaga tanpa membantu dari segi kewangan. 

Sebab kewangan telah ditanggung oleh Pihak Takaful, termasuklah semua kos rawatan di hospital, semuanya di tanggung oleh Pihak Takaful.

4- Menjana Kekayaan (Wealth Creation)
Semua orang ingin mengumpul kekayaan, tapi masih ramai yang tak tau bagaimana.

Takaful boleh membantu anda merancang kewangan anda untuk mencapai objektif kewangan anda.

5- Pendidikan Anak-Anak (Child Education)
Hadiah yang paling berharga daripada ibu bapa kepada anak-anak adalah PENDIDIKAN YANG SEMPURNA. 

Akan tetapi, tahukah anda, berapa kos yuran pendidikan di Universiti Tempatan atau Luar Negara sekarang nie? Takkan kita nak biarkan anak kita menanggung hutang selepas mereka tamat belajar, sedangkan masa tu mungkin mereka belum mempunyai pekerjaan lagi. 

Siapa yang ada pilihan kita atau dia (anak)? Dia tak de pilihan sebab Ibu Ayah yang mempunyai pilihan sama ada utk menyediakan simpanan pendidikan untuk anak atau tidak. 

Keperluan untuk itu amat mendesak.

Facebook
Twitter
LinkedIn
Telegram
WhatsApp
Email
Print

Borang Quotation

(nombor yang boleh whatsapp & call)
=
=

Views: 4

Insurans Takaful Ikut Keperluan

 
Asas keperluan dalam kehidupan

Insurans Takaful Ikut Keperluan

Berapa banyak perlindungan yang kita sebenarnya perlukan?

Jika anda bertanya kepada ejen insurans takaful yang kurang berpengalaman, besar kemungkinan dia akan bertanya: “Berapa bajet anda?” Jika anda bertanya kepada akauntan pula, besar kemungkinan dia akan bertanya: “Sudahkah anda menyediakan bajet untuknya?” Mari kita menelitinya dari sudut pandangan berasaskan keperluan.

Bagaimana saya menentukan nilai perlindungan saya?

Selalunya, orang membuat keputusan mengenai amaun perlindungan mereka berdasarkan bajet iaitu premium mampu dibayar. Pendekatan ini tiada salahnya tetapi lebih baik jika anda menentukan bayaran jumlah perlindungan berdasarkan berapa banyak anda perlukan daripada apa yang anda mampu.

Bagaimana saya menentukan keperluan?

Keperluan anda pada umumnya boleh dikategorikan sebagai serta-merta, berterusan dan masa depan. Keperluan serta-merta ialah perbelanjaan yang diperlukan apabila anda meninggal dunia dan biasanya perbelanjaan ini sekali atau sekali gus sahaja. Keperluan berterusan ialah perbelanjaan yang berulang dan diperlukan oleh keluarga anda untuk meneruskan hidup sehari-hari. Keperluan masa depan ialah perbelanjaan yang mungkin belum nampak sekarang tetapi pasti akan timbul suatu masa nanti. Contoh ketiga-tiga kategori ini adalah seperti berikut:

Serta-merta

    • Perbelanjaan perubatan yang tidak dilindungi.
    • Pinjaman rumah
    • Pinjaman kereta
    • Hutang kad kredit
    • Pinjaman peribadi
    • Cukai tertunggak
  • Hadiah/pemberian sekaligus.

Berterusan

    • Makanan
    • Rumah
    • Pakaian
    • Utiliti
    • Pengangkutan
    • Perbelanjaan perubatan
    • Insurans/Takaful
  • Hadiah/pemberian tahunan


Masa depan

    • Pendidikan anak
  • Persaraan
5 Perkara Sebelum 5 Perkara
Bagaimana saya hendak mengira jumlah amaun diperlukan?

Anda boleh menggunakan pendekatan jumlah keperluan untuk menentukan amaun diperlukan. Anda perlu menggabungkan keperluan modal anda dengan keperluan pendapatan anda. Keperluan modal anda termasuklah perkara yang disenaraikan dalam ruang keperluan serta-merta manakala keperluan pendapatan anda ialah perkara yang tertera dalam ruang keperluan berterusan. Contohnya, keperluan pendapatan bulanan keluarga untuk perkara di atas atau sumbangan tetap kepada pertubuhan/yayasan amal kegemaran anda meskipun ketika anda sudah tiada lagi. Berkenaan amaun perlindungan untuk keperluan masa depan anda, lebih baik mengiranya secara berasingan dan memodalkannya ke nilai setara hari ini.

Contoh pengiraan pendekatan jumlah keperluan individu yang mahu memberikan keluarganya pendapatan tahunan sebanyak RM40,000 dan pada masa yang sama, menyumbangkan sebanyak RM10,000 setahun kepada badan amal pilihannya selama 20 tahun. Dia juga mempunyai pinjaman rumah yang belum dijelaskan sebanyak RM200,000 dan mahu menyumbangkan derma sekaligus sebanyak RM100,000. Keperluan modalnya ialah RM300,000 (RM200,000 + RM100,000) manakala keperluan pendapatannya ialah RM1,000,000 [(RM40,000 + RM10,000) x 20 tahun]. Oleh itu, dengan menggunakan pendekatan jumlah keperluan, amaun perlindungan yang diperlukannya ialah RM1.3 juta (RM300,000 + RM1,000,000).

Jumlah keperluan insurans hayat saya?

Ia adalah jumlah amaun diperlukan (seperti yang dikira di atas) tolak sumber kewangan sedia ada. Ini termasuk simpanan peribadi dan pelaburan anda, insurans takaful hayat dan kumpulan dan pendapatan pasangan anda, jika ada. Jadi, kalau kita ambil contoh di atas dan mengandaikan sumber kewangan sedia ada individu itu ialah RM300,000, maka jumlah keperluan ins/takaful hayatnya ialah RM1 juta (RM1.3 juta – RM300,000)

Jika tiada insurans takaful langsung?

Di negara kita, tiada undang-undang yang mengatakan bahawa kita mesti mengambil ins/takaful. Bagaimanapun, kita semua mempunyai insurans takaful, sama ada kita membelinya atau tidak. Satu-satunya persoalan ialah siapa yang menginsuranskan kita – syarikat insurans takaful atau kita sendiri? Jika anda memutuskan untuk tidak membeli polisi insurans takaful, anda sebenarnya menginsuranskan diri anda sendiri ataupun apa yang kita sebut sebagai ‘Self-Insured’. Apabila sesuatu yang tidak diingini menimpa diri kita, keluarga kita dan orang tersayang, kita terpaksa bergantung pada wang simpanan kita untuk menyara hidup sehingga sumber pendapatan lain diperoleh. Ini mungkin bukan satu bentuk perancangan yang bijak dan pastinya tidak kos efektif. Oleh itu, jika anda memilih untuk tidak membeli polisi ins/takaful langsung, anda sebenarnya menanggung semua risiko sendiri.

Kesimpulannya, berapa banyak perlindungan insurans takaful hayat yang kita perlukan sebenarnya bergantung pada keperluan dan keadaan kita sendiri. Secara idealnya, kita sepatutnya mengambil perlindungan insurans takaful yang mencukupi tetapi keadaan mungkin menyebabkan kita perlu menyeimbangkan antara keperluan dan kewajipan masa depan kita.

-credit to artikel BH- 
Facebook
Twitter
LinkedIn
Telegram
WhatsApp
Email
Print

Borang Quotation

(nombor yang boleh whatsapp & call)
=
=

Views: 1

Teras Tujuan Insurans Takaful Hayat

takaful protection, early stage
Ambil awal atau bertangguh lagi?
 

Teras Tujuan Insurans Takaful Hayat

Mengapa saya perlukan insurans takaful hayat?

Tujuan utamanya untuk perlindungan dari segi kewangan bagi sebarang akibat buruk mungkin dihadapi ekoran kematian pencari nafkah sebelum waktunya. Sebenarnya, anda bukan orang yang perlukan insurans takaful hayat. 

Yang memerlukannya ialah keluarga tersayang. Insirans takaful hayat bertujuan menggantikan pendapatan anda untuk tanggungan anda, iaitu anak, pasangan, adik beradik atau sesiapa saja yang akan menghadapi kesempitan kewangan jika anda meninggal dunia sebelum waktunya. 

Boleh dikatakan, ia bukan lagi satu pilihan tetapi satu keperluan dalam kehidupan masyarakat moden hari ini.

Bagaimana jika saya tiada pendapatan untuk diganti?

Jika anda seorang ibu atau bapa yang menguruskan rumah tangga atau anda kini hilang pendapatan, secara teknikalnya tiada apa perlu digantikan. Bagaimanapun, jangan lupakan nilai tersirat ibu atau bapa yang menguruskan rumah tangga ini. 

Jika anda tiada untuk menjaga anak dan rumah, perbelanjaan tambahan masih perlu ditanggung bagi perancangan lain. Jadi, anda tidak boleh katakan tiada pendapatan perlu digantikan. Bahkan, pendapatan pencari nafkah keluarga masih hidup, boleh terjejas kerana dia mungkin perlu bercuti daripada kerja untuk semuanya teratur. 

Jika anda kini tiada pendapatan, ini tidak bermakna anda tidak akan memperoleh pendapatan pada masa depan. 

Potensi perolehan pendapatan anda pada masa depan juga perlu dilindungi. Ingat bahawa anda patut mengambil perlindungan insurans takaful hayat ketika anda merasakan anda tidak memerlukannya – ketika anda memerlukannya, ia sudah terlambat!

Adakah manfaat insurans takaful hayat hanya dibayar ketika kematian saja?

Selain perlindungan kematian, insurans takaful hayat juga lazimnya turut melindungi Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal. 

Jika anda disahkan oleh pengamal perubatan bahawa anda mengalami keadaan itu, anda akan dibayar jumlah pendahuluan daripada jumlah diinsuranskan, tertakluk kepada had tertentu.

Bagaimana dengan perlindungan kematian akibat kemalangan?

Ya, polisi insurans takaful hayat anda juga melindungi kematian akibat kemalangan. Bahkan, ia juga melindungi kematian akibat sebarang sebab. 

Ia juga melindungi Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal akibat kemalangan. Manfaat ini akan dibayar disamping mana-mana polisi. Kemalangan Diri lain yang mungkin anda miliki.

Bagaimana dengan perlindungan kematian akibat bunuh diri?

Ada Fasal Bunuh Diri dalam polisi anda yang menyatakan: “Kematian Hayat Yang Diinsuranskan akibat Bunuh Diri, semasa siuman atau tidak siuman, dalam tempoh satu tahun dari tarikh polisi dikeluarkan atau dari tarikh mana-mana penghidupan semulanya, mana-mana yang kemudian, akan menyebabkan polisi ini terbatal.” 

Ini bermakna selepas tempoh satu tahun itu, kematian akibat bunuh diri turut dilindungi.

Apakah kegunaan lain insurans takaful hayat?

Selain sebab disebutkan di atas, insurans takaful hayat juga digunakan untuk:

1. Membayar perbelanjaan akhir
Tiada yang percuma didunia ini – mati pun ada bayaran yang perlu dibayar untuk meninggalkan dunia ini! Bayaran ini ialah seperti kos ‘probet’ dan kos pentadbiran harta pusaka yang lain, hutang dan perbelanjaan perubatan yang tidak dilindungi oleh polisi insurans takaful kesihatan anda. 

Insurans takaful hayat sangat berguna untuk membiayai sebahagian kos ini dan memastikan keluarga anda mempunyai wang tunai yang secukupnya bagi meneruskan kehidupan mereka tanpa gangguan.

2. Sebagai warisan
Ketika kebanyakkan daripada kita bergelut untuk meneruskan hidup, persoalan meninggalkan warisan untuk orang tersayang jarang melintas di fikiran kita. 

Insurans takaful hayat adalah antara cara paling efisien bagi mewujudkan warisan untuk orang tersayang walau sekecil mana pun kemampuan anda. Anda cuma perlu tentukan berapa banyak yang mampu diperuntukkan sebagai premium anda dan memutuskan siapa anda mahu namakan sebagai penama dalam polisi insurans takaful hayat anda. 

Malah insurans takaful hayat juga mungkin satu-satunya instrumen kewangan yang mana anda membayar ringgit terdiskaun untuk mewujudkan warisan yang besar. Maksudnya – dengan nilai (bayaran) premium yang kecil, anda boleh mendapatkan jumlah perlindungan yang agak besar, bergantung pada umur anda dan jenis produk. 

Kelebihan tambahan ialah wang insurans takaful itu dikecualikan cukai! Selain itu, insurans takaful juga boleh digunakan untuk membuat sumbangan kepada badan amal kegemaran anda. 

Dengan menggunakan polisi ins/takaful hayat, anda sebenarnya membuat sumbangan yang lebih besar daripada jika anda mendermakan wang tunai yang sama banyak dengan premium polisi.

3. Mewujudkan sumber simpanan.
Insurans takaful hayat boleh bertindak sebagai satu bentuk ‘tabungan paksa’ terutama bagi mereka yang liat menabung. 

Kebanyakkan pelan ins/takaful hayat menyertakan ciri nilai tunai yang boleh anda keluarkan pada masa tertentu atau meminjam daripadanya. Ini berfungsi sebagai satu lagi tabungan dana bagi tujuan kecemasan atau barangkali untuk pendidikan anak anda atau persaraan anda sendiri. 

Bagaimanapun, tujuan utama memiliki ins/takaful hayat ialah sebagai alat perlindungan dan pengumpulan kekayaan. Ia bukannya pengganti program simpanan/pelaburan anda yang lain tetapi cuma melengkapi program itu.

Kesimpulannya, tiada instrumen kewangan lain di pasaran yang sama gunanya dengan insurans takaful hayat. Apabila kita melihat tujuan, kita mendapati ia sememangnya instrumen menakjubkan bagi melindungi orang tersayang.

-petikan dari artikel sihat BH- 

Facebook
Twitter
LinkedIn
Telegram
WhatsApp
Email
Print

Borang Quotation