Perancangan Kewangan Dari Sudut Tasawur Islam

Perancangan Kewangan Dari Sudut Tasawur Islam

“Adakah perlu untuk kita merancang kewangan?” dan, “Apakah keperluan ini dituntut oleh Islam?

Jawapan kepada persoalan ini tentulah ya dan ya. Hakikatnya, setiap lelaki dan perempuan, tidak kira bangsa, agama dan keturunan perlu merancang kewangan mereka. Maka, “Apakah pula perbezaan di antara perancangan kewangan Islam dengan perancangan kewangan konvesional?”

Perbezaannya memang banyak. “Bagaimanakah ianya berbeza?”, bertanya mereka yang ingin tahu.

Tasawur Islam adalah rumusan-rumusan prinsip daripada sumber al-Quran dan Hadis. Adalah suatu yang mustahak untuk merujuk kepada 2 sumber utama ini apabila mempelajari apa-apa tentang Islam kerana secara mudahnya, kedua-dua sumber ini adalah suci. Bagi mereka yang cemerlang dalam mempelajari sumber-sumber ini (dengan memperolehi ijazah kedoktoran dalam bidang syariah), mereka dianggap sebagai sarjana syariah. Namun, bagi kebanyakkan orang awam, merujuk kepada al-Quran dan Hadis pastinya akan menjadikan kita lebih berpengetahuan.

PERANCANGAN KEWANGAN ADALAH SUATU IBADAH

Firman Allah ta’ala: “Yusuf menjawab: Hendaklah kamu menanam bersungguh-sungguh tujuh tahun berturut-turut, kemudian apa yang kamu potong biarkanlah dia pada tangkai-tangkainya; kecuali sedikit dari apa yang kamu sediakan baginya; kecuali sedikit dari apa yang kamu simpan (untuk jadikan benih). Kemudian akan datang pula sesudah itu tahun yang padanya orang ramai beroelh rahmat hujan, dan padanya mereka dapat memerah, (hasil anggur, zaitun dan sebagainya” (Yusuf: 47-49).

Ayat tersebut dikenali sebagai ayat perancangan yang mengungkap betapa pentingnya untuk merancang sama ada untuk diri sendiri atau untuk masyarakat awam apabila berhadapan dengan kejadian yang pasti datang di masa hadapan.

Untuk masyarakat purba Mesir, kepastian datangnya hasil tuai yang baik selama tujuh tahun diikuti dengan tujuh tahun kemarau panjang telah diberitahu oleh Nabi Yusuf (alahissalam) selepas Raja Mesir meminta mimpinya ditafsir. Tafsiran mimpi ini diyakini oleh Raja Mesir, justeru, melantik Nabi Yusuf sebagai Bendahari Negara. Nabi Yusuf telah membuat perancangan teliti dan melaksanakan perancangan tersebut dan hasilnya masyarakat Mesir telah terselamat dari ancaman malapetaka kemarau panjang yang telah diketahui itu.

Bagi individu, perkara yang pasti berlaku adalah kematian. Apabila berlakunya kematian, pelbagai aktiviti harian akan terhenti. Tanpa perancangan yang sempurna, akan berlaku kepayahan kepada ahli keluarga yang telah ditinggaklan dan juga kepada si mati dalam kehidupannya di alam akhirat.

 

Dalam konteks mengelak kesusahan inilah kerja-kerja perancangan yang dibuat menjadi satu bentuk ibadah. Sebenarnya tiada syak untuk menganggap perancangan kewangan sebagai suatu ibadah kerana bukan sahaja kesusahan boleh dielak tetapi al-Falah (kejayaan) juga boleh dicapai melalui perancangan yang baik dan perlaksanaan yang sempurna.

Berbalik kepada ayat perancangan, pengajaran yang boleh diambil secara dasarnya ialah: seseorang itu mesti bekerja untuk mendapat hasil dan mengumpulkan harta; dan mesti membelanjakan hartanya dengan bijak dan menabung untuk masa hadapan.

———————————————————————————————————————————————————————————————————————————————

BIJAK KEWANGAN BERSAMA GALERI ILMU

HAI SEMUA 

JOM UPGRADE ILMU KEWANGAN ANDA!

Facebook
Twitter
LinkedIn
Telegram
WhatsApp
Email
Print

Visits: 2

SyaihanSirotin.com Hai, tekan loceng untuk terima promosi dan update dari website ini :-)
Dismiss
Allow Notifications