![]() |
| Kumpulan Wang Simpanan Pekerja |
Cara-cara urus tuntutan duit KWSP selepas kematian pemilik.
Apabila ahli KWSP meninggal dunia, penama, wasi, pentadbir, atau waris terdekat kepada ahli itu boleh memohon untuk mengeluarkan simpanan si mati, tertakluk kepada syarat yang telah ditetapkan.
Bagi ahli yang ada penamaan, penama boleh memohon mengeluarkan simpanan ahli dengan syarat penama telah mencapai umur 18 tahun. Jika belum cukup umur, penjaga boleh mengemukakan permohonan dan surat rayuan.
Surat rayuan ini perlu menyebut alasan kepada permohonan itu, iaitu kenapa simpan itu perlu dikeluarkan sedangkan penama masih belum cukup umur. Sama ada permohonan diluluskan atau tidak, terserah kepada budi bicara KWSP.
Apa pula yang akan berlaku jika penama itu meninggal dunia sebelum atau selepas ahli itu mati? Bagi menjawab soalan ini, ada dua keadaan. Pertama, jika ahli beragama Islam dan kedua jika bukan Islam.
Bagi ahli beragama Islam, jika penama meninggal dunia sebelum atau selepas ahli itu mati, maka waris terdekat ahli yang meninggal dunia itu yang layak memohon. Ini disebabkan penama bertindak sebagai wasi atau pentadbir kepada simpanan KWSP ahli itu.
![]() |
| Status Penama KWSP |

Kenapa Ramai Orang Malaysia Masih Tak Ada Takaful? Ini 5 Sebab Sebenar
5 Sebab Ramai Orang Malaysia Tak Ada Takaful | Syaihan Sirotin syaihansirotin.com Konsultasi Percuma → Takaful 5 Sebab Ramai Orang Malaysia Tak Ada Takaful Kau

Tips Memilih Pelan Takaful Yang Sesuai
Sebelum kita terjah ke dunia takaful, tanya diri anda dulu, “Apa sebenarnya yang aku perlukan?”

Prosedur Tukar Nama Geran Kereta Motor Pemilik Yang Meninggal Dunia
Pertukaran pemilikan kenderaan tersebut perlu dibuat sekiranya kenderaan itu menjadi kegunaan harian pengguna sekarang bagi mengelakkan sebarang perkara tidak diingini berlaku.

Bahaya Tukar Nama Kepada Wakil
Bagi ibubapa yang mahu menukar nama tanah-tanah yang mereka ada, pastikan dimasukkan terus nama semua anak-anaknya di dalam geran tanah.
Borang Quotation


















