![]() |
| Kumpulan Wang Simpanan Pekerja |
Cara-cara urus tuntutan duit KWSP selepas kematian pemilik.
Apabila ahli KWSP meninggal dunia, penama, wasi, pentadbir, atau waris terdekat kepada ahli itu boleh memohon untuk mengeluarkan simpanan si mati, tertakluk kepada syarat yang telah ditetapkan.
Bagi ahli yang ada penamaan, penama boleh memohon mengeluarkan simpanan ahli dengan syarat penama telah mencapai umur 18 tahun. Jika belum cukup umur, penjaga boleh mengemukakan permohonan dan surat rayuan.
Surat rayuan ini perlu menyebut alasan kepada permohonan itu, iaitu kenapa simpan itu perlu dikeluarkan sedangkan penama masih belum cukup umur. Sama ada permohonan diluluskan atau tidak, terserah kepada budi bicara KWSP.
Apa pula yang akan berlaku jika penama itu meninggal dunia sebelum atau selepas ahli itu mati? Bagi menjawab soalan ini, ada dua keadaan. Pertama, jika ahli beragama Islam dan kedua jika bukan Islam.
Bagi ahli beragama Islam, jika penama meninggal dunia sebelum atau selepas ahli itu mati, maka waris terdekat ahli yang meninggal dunia itu yang layak memohon. Ini disebabkan penama bertindak sebagai wasi atau pentadbir kepada simpanan KWSP ahli itu.
![]() |
| Status Penama KWSP |

Polisi Takaful You Macam Penumpang Kelas Ketiga Titanic Ke?
Polisi Insurans Takaful anda komprehensif atau tidak?

Ramai lagi yang masih belum memiliki takaful medical card rupanya….
Ramai dikalangan rakyat Malaysia tidak menitikberatkan soal memiliki kad perubatan atau medical card.

Buat masa sekarang, saya tidak perlukan insurans takaful…
“Saya tidak minat pelan takaful” adalah perkara biasa kerana ramai akan berminat apabila sudah tidak layak.

ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM – PENJAGA HARTA ANAK BAWAH 18 TAHUN
Kenapa isteri tidak mendapat hak penjagaan harta anak bawah umur secara terus?
Borang Quotation





























