TESTIMONI DARIPADA SEORANG WARIS (ISTERI) YANG MANA ARWAH SUAMI BELIAU TELAH MENULIS WASIAT DAN MELANTIK AS-SALIHIN SEBAGAI WASI

kematian, waris, tujuan, urus pusaka
Ke Mana Arah Tuju Waris?
 

TESTIMONI DARIPADA SEORANG WARIS (ISTERI) YANG MANA ARWAH SUAMI BELIAU TELAH MENULIS WASIAT DAN MELANTIK AS-SALIHIN SEBAGAI WASI

 

Saya ingin berkongsi kisah benar yang dihadapi oleh diri saya sendiri setelah kematian suami saya.

 
Maka benarlah kematian itu sangat lah hampir dengan setiap jiwa. Pada tanggal 31/8/2015, suami saya telah meninggal dunia, meninggalkan saya dan tiga orang anak. Kematian beliau berlaku secara mengejut tanpa sebarang tanda-tanda awal. Saya dan anak-anak amat sangat sedih dan terkesan dengan kematian arwah suami yang selama ini menjadi tempat bergantung dan berlindung kami sekeluarga.
 
Saya panik memikirkan anak-anak masih kecil dan memerlukan perbelanjaan yang tinggi. Saya juga dihantui oleh stigma pembahagian harta pusaka yang kebiasaannya mengambil masa yang lama dan rumit. Namun Alhamdulillah, perkara tersebut tidak berlaku kepada kami sekeluarga. Urusan pentadbiran harta pusaka arwah suami berjalan lancar tanpa sebarang kesulitan. Arwah suami saya telah melakukan persiapan awal dengan melantik as-Salihin Trustee Berhad sebagai Wasi (pentadbir harta pusaka) bagi pihak beliau. Beliau telah menulis wasiat sebagai persiapan awal bagi memudahkan saya dan anak-anak disamping untuk mengelakkan konflik di kemudian hari.
 
Pada awalnya, kami sendiri tidak tahu apa tindakan yang harus diambil bagi menguruskan harta pusaka arwah suami setelah kematian beliau. Kami seperti kehilangan arah dan hala tuju. Saya sebagai isteri tidak pasti apakah langkah-langkah yang perlu diambil bagi mencairkan aset yang terbeku sebaik sahaja arwah suami meninggal dunia.
 
rancang harta, khidmat nasihat, wasiat
Khidmat dari as-Salihin Trustee Berhad

Namun tindakan pantas dari Islamic Estate Planner (IEP)(Perancang Harta Pusaka Islam as-Salihin) telah memudahkan segalanya. Beliau telah memaklumkan kepada kami sekeluarga bahawa pihak arwah suami telah menulis wasiat dan melantik as-Salihin Trustee sebagai Wasi sebaik sahaja beliau meninggal dunia.
 
as-Salihin Trustee telah melakukan bacaan wasiat kepada saya dan anak-anak serta waris faraid serta memaklumkan mengenai segala proses pentadbiran pengurusan harta pusaka. as-Salihin berjaya menerangkan proses-proses yang rumit dalam pengurusan aset terbeku dalam bahasa yang mudah difahami. Apa yang penting ialah pihak mereka menjadi penunjuk arah kepada kami sekeluarga ketika mana kami amat memerlukannya.
 
Malah pihak as-Salihin Trustee juga bertanggungjawab sebagai wasi yang telah mentadbir harta pusaka, menyelesaikan hutang piutang dan menguruskan pembahagian harta pusaka kepada waris faraid disamping memastikan hak-hak waris terpelihara terutama bagi anak-anak saya yang masih dibawah umur.
 
Melalui wasiat arwah suami saya, Allahyarham telah melantik saya sebagai pemegang amanah/penjaga harta anak-anak saya yang masih di bawah umur. Dengan perlantikan tersebut, saya boleh mengurus harta bagi pihak anak-anak saya dengan lebih baik dan lancar.
 
Seandainya tanpa bantuan as-Salihin Trustee, saya tidak pasti bagaimana saya akan menguruskan harta pusaka si suami secara bersendirian.
 
Kurang kemahiran dalam selok belok pentadbiran harta pusaka seperti tidak pasti dokumen apakah yang diperlukan, apakah yang perlu dilakukan seandainya geran telah hilang, pejabat manakah yang perlu dituju dan sebagainya merupakan cabaran utama bagi saya di dalam hal ini, dan saya berasa amat bersyukur kerana telah dipertemukan dengan as-Salihin Trustee Berhad dan amat-amat berterima kasih kepada mereka kerana telah bertungkus lumus membantu saya dan anak-anak dalam melancarkan pengurusan harta pusaka Allahyarham suami saya.

Yang benar,
Nor Hazami Binti Harun
Facebook
Twitter
LinkedIn
Telegram
WhatsApp
Email
Print

Borang Quotation

(nombor yang boleh whatsapp & call)
=
=

Views: 2

ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM – PENJAGA HARTA ANAK BAWAH 18 TAHUN

 
penjaga harta anak-anak bawah umur
Isteri bukan penjaga harta anak-anak bawah umur
 

ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM – PENJAGA HARTA ANAK BAWAH 18 TAHUN

 
Kenapa isteri tidak mendapat hak penjagaan harta anak bawah umur secara terus?
 
Merujuk kepada Enakmen Undang-undang Keluarga Islam,

“bapa adalah penjaga hakiki yang pertama dan utama bagi diri dan harta anaknya yang belum dewasa, dan apabila bapa telah mati, maka hak di sisi undang-undang bagi menjaga anaknya itu adalah turun kepada datuk lelaki di sebelah bapa (iaitu ayah kepada suami atau ayah mertua isteri). Jika datuk sudah meninggal, hak penjagaan berpindah kepada wasi yang dilantik oleh bapa kanak-kanak tadi.”

Jika bapa tidak meninggalkan WASIAT pada waktu kematiannya dan ayahnya juga sudah meninggal, maka isteri tidak berhak dari sudut undang-undang syarak untuk menjaga harta anaknya yang masih bawah umur.

Maka harta pusaka yang diterima oleh anak akan dibekukan oleh Amanah Raya untuk di jaga sehingga anak mencapai umur dewasa.

“SUAMI, LANTIKLAH ISTERI sebagai penjaga harta anak-anak dalam WASIAT”

Oleh itu, suami jangan alpa, jangan leka dan jangan ambil mudah. Islam telah menggariskan keperluan berwasiat untuk melantik penjaga harta bagi anak yang masih bawah umur.

seksyen 89
Enakmen undang-undang keluarga Islam
 
Rujuk Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam yang jelas menyatakan bahawa:
 
“Bapa adalah sentiasa mempunyai kuasa paling luas untuk membuat melalui wasiat apa-apa perkiraan yang difikirkannya baik sekali berhubung dengan penjagaan anak-anaknya yang masih kanak-kanak dan berhubung dengan hal memperlindungi kepentingan-kepentingan mereka.”

Kepada suami, lantiklah isteri sebagai penjaga harta bagi anak-anak anda agar isteri dan anak-anak anda tidak terbeban jika ditakdirkan anda pergi dahulu ketika usia anak-anak masih kecil.

Bila suami melantik isteri sebagai penjaga harta anak-anak di dalam wasiatnya, selepasckematian suami, bahagian pusaka yang diterima oleh anak-anak akancdiserah kepada isteri untuk diguna secara berhemah sebagai pemegangcamanah atau penjaga harta bagi manfaat anak-anak tersebut sehingga cukupcumur.

Dengan itu, anak-anak anda membesar dengan hasil titik peluh yangctelah anda usahakan selama hayat anda.

Facebook
Twitter
LinkedIn
Telegram
WhatsApp
Email
Print

Borang Quotation

(nombor yang boleh whatsapp & call)
=
=

Views: 7

Kenapa Kita Digalakkan Menulis Wasiat?

agihan-wasiat
Agihan Wasiat

Kenapa Kita Digalakkan Menulis Wasiat?

 
Tujuannya adalah untuk memudahkan waris-waris kita menguruskan harta pusaka selepas kematian kita nanti. Biasanya isi kandungan yang penting dalam dokumen wasiat ialah:

1) Kata-kata berbentuk nasihat, amanat dan pesanan yang baik kepada isteri/suami, anak-anak dan ahli keluarga yang lain

2) Senarai nama isteri/suami, anak-anak dan ahli keluarga yang boleh mewarisi. Ini penting untuk memudahkan wasi melaksanakan wasiat kepada sesiapa yang berhak. Kalau suami ada 3 orang isteri, senaraikan lah semua walaupun isteri pertama baru dapat tau saat wasiat tu dibacakan. Inilah gunanya tulis wasiat. Isteri pertama pun tak boleh nak marah dah sebab suami pun dah meninggal.

3) Senaraikan semua hutang piutang  yang kita ada. Ingat, hutang wajib dibayar. Walaupun ada hutang kat kedai runcit dlm buku 555 pun kena tulis juga. Tak tenang roh kita nanti kalau hutang tak selesai. Dah selesai hutang kalau ada baki baru boleh laksanakan wasiat yang seterusnya.

4) Barulah nyatakan hasrat nak bagi harta kat orang yang kita sayang tapi ingat ye, yang bukan waris sahaja. Sebagai contoh, nak bagi kat
anak angkat atau nak bagi kat adik-beradik. Adik beradik bukanlah waris kalau si mati ada anak lelaki. Contoh je. Anda kena kenalpasti dulu siapa waris-waris anda.

5) Kalau nak bagi untuk tujuan kebajikan lagi digalakkan tapi pastikan jumlah pemberian kepada bukan waris dan untuk tujuan kebajikan tu mestilah tak lebih dari 1/3 daripada jumlah keseluruhan harta.

mudah-wasiat
mudah dengan wasiat
 
6) Masukkan juga nama orang yang nak dilantik sebagai Wasi atau Pentadbir. Kalau nak lantik Pemegang Amanah atau Penjaga untuk anak-anak di bawah umur pun boleh ditulis sekali.

7) Pewasiat juga boleh masukkan sekali peruntukan kos untuk melaksanakan wasiat dan larangannya supaya tidak menggunakan hartanya bagi tujuan yang tidak bermanfaat kepada dirinya dan waris-waris yang ditinggalkan.

8) Dokumen Wasiat mesti ditandantangani oleh Pewasiat dan disaksikan oleh 2 orang saksi yang berkelayakan. Ini bagi mengelakkan pertikaian kesahihan dokumen Wasiat selepas kematian Pewasiat. Tapi jika ada pertikaian dari segi pelanggaran rukun sah wasiat, pihak yang tak berpuashati boleh merujuk wasiat tersebut ke Mahkamah Syariah.

9) Selepas selesai semua yang di atas barulah boleh bahagi-bahagikan baki lagi 2/3 harta kepada waris-waris yg layak mengikut bahagian masing-masing yang telah ditetapkan mengikut hukum faraid.

Sebenarnya samada kena buat wasiat atau hibah, keperluan setiap orang tak sama. Situasi dan keadaan yg berbeza memerlukan jalan penyelesaian yang berbeza. Yang penting, buatlah sesuatu dengan ilmu dan maklumat yang betul bukan sekadar ikut-ikutan. Dapatkan penjelasan dari yang pakar.

Sumber: Roslina Sabiyah & Co 

Facebook
Twitter
LinkedIn
Telegram
WhatsApp
Email
Print

Borang Quotation

(nombor yang boleh whatsapp & call)
=
=

Views: 2

Kenapa saya perlu tulis Wasiat?

Wasiat instrumen perancangan harta pusaka

Kenapa saya perlu tulis Wasiat?

Orang ramai amat digalakkan menulis wasiat. Persoalan yang selalu diajukan ialah kenapa?

1) Jika saya belum berkahwin, saya perlu menulis wasiat untuk melantik pentadbir (Wasi) harta pusaka saya supaya saya tidak membebankan ibu bapa dan saudara terdekat saya. Saya juga boleh membuat sedekah jariah daripada sebahagian harta pusaka saya.

2) Jika saya telah berkahwin, tetapi belum mempunyai cahayamata, saya perlu menulis wasiat untuk mengelakkan konflik diantara pasangan saya dengan ibu bapa dan ahli keluarga saya yang lain. Proses pentadbiran juga lebih mudah. Di samping itu, saya dapat memastikan semua waris mendapat hak mereka dengan cara yang betul.

3) Jika saya telah berkahwin dan mempunyai anak, saya perlu menulis wasiat untuk melantik pentadbir (Wasi) dan penjaga untuk anak saya yang masih di bawah umur 18 tahun. Saya boleh mengarahkan penjaga yang bertanggungjawab untuk menggunakan harta pusaka saya yang diwarisi oleh anak dengan sebaik mungkin dan mengelakkan penyelewengan.

4) Jika saya berpoligami, saya perlu menulis wasiat untuk mengelakkan konflik diantara kedua-dua keluarga saya dan melantik pentadbir (Wasi) yang boleh dipercayai untuk mentadbir harta pusaka saya agar hak semua waris saya iaitu isteri-isteri dan anak-anak saya dapat diberikan dengan adil.

5) Jika saya mempunyai anak angkat, saya perlu menulis wasiat untuk memberikan sebahagian daripada harta pusaka saya sepertimana yang dibenarkan Syara’ iaitu tidak melebihi 1/3. Dengan cara ini, kebajikan dan sara hidup anak angkat saya terutamanya mereka yang dibawah umur akan terjaga dan tidak terbiar sahaja.

6) Jika saya tidak mempunyai anak lelaki, saya perlu menulis wasiat untuk melantik pentadbir (Wasi) dan mengelakkan konflik di kalangan ahli keluarga saya iaitu pasangan dan anak perempuan saya dengan ahli keluarga yang lain seperti ibu bapa dan saudara kandung saya. Saya juga boleh memastikan hak mereka terjaga dan diuruskan dengan adil.

7) Jika saya berhutang, saya perlu menulis wasiat untuk memastikan hutang saya dijelaskan dengan menggunakan harta pusaka saya terlebih dahulu sebelum diagihkan.

8) Jika saya mempunyai perniagaan, saya perlu menulis wasiat untuk memberi arahan dan panduan kepada waris dan juga rakan kongsi saya berkenaan pengurusan saham dan pemilikan lain dalam perniagaan saya. Dengan cara ini juga dapat mengelakkan penyelewengan oleh rakan kongsi dan memastikan hak waris saya kepada pegangan di dalam perniagaan adalah terpelihara.

9) Jika saya mempunyai banyak harta, saya perlu menulis wasiat untuk memudahkan agihan harta pusaka kepada waris dengan memberi panduan yang baik selagimana tidak bercanggah dengan Syari’ah. Melalui wasiat juga saya boleh menyenaraikan semua aset dan hutang dan menjelaskan kepada waris bagaimana cara hendak menguruskannya.

10) Jika saya seorang muallaf, saya perlu menulis wasiat untuk memberikan sebahagian daripada harta pusaka saya kepada ahli keluarga yang bukan Islam seperti ibu bapa kandung dan saudara kandung saya. Islam membenarkan Wasiat kepada bukan Islam (iaitu bukan waris) untuk menerima tidak melebihi 1/3 harta pusaka. Islam tidak menghalang hubungan muallaf dengan ahli keluarga malahan menggalakkan berbuat baik kepada kedua ibu bapa.

Inilah sebab utama penulisan wasiat. Orang yang menulis wasiat ialah orang yang bijak kerana mengingati mati. Apabila kita mengingati mati, maka kita akan membuat perancangan supaya kehidupan kita di dunia ini tidak sia-sia dan apabila mati, tidak pula memberikan beban kepada waris yang masih hidup. Di samping itu juga, kita boleh membuat pelaburan akhirat melalui sedekah jariah dan ini menjadi pencen kubur, kehidupan di akhirat kelak.

Facebook
Twitter
LinkedIn
Telegram
WhatsApp
Email
Print

Borang Quotation

(nombor yang boleh whatsapp & call)
=
=

Views: 2

SyaihanSirotin.com Hai, tekan loceng untuk terima promosi dan update dari website ini :-)
Dismiss
Allow Notifications