![]() |
| Harta Yang Subur Ramai Yang Impikan |
Bahaya Tukar Nama Kepada Wakil
Banyak ibubapa yang menukarkan tanah dan semua hartanya kepada anak-anak yang tertentu sebagai menjaga amanah untuk adik-beradik yang lain. Ini antara kesilapan yang terbesar banyak ibubapa lakukan. Ini antara cara yang paling cepat anak yang diamanahkan itu melanggar dan mengambil harta waris-waris lain.
Jika anak yang diamanahkan itu menunaikan janji pun, belum tentu waris anak tersebut menunaikan amanah datuknya itu. Ini kerana ada banyak kes anak yang diamanahkan turut meninggal dunia sebelum sempat dia sempat mengagihkan harta itu kepada adik-beradiknya yang lain. Akibatnya anak-anak dia mengikut undang-undang berhak 100% ke atas harta yang di atas nama individu yang sebenarnya memegang harta amanah itu.
Dalam masyarakat banyak ibu atau bapa menukarkan tanah atas nama seorang anak terutama yang sulung, dengan tujuan selepas kematiannya anak itu berkongsikan harta itu kepada anak-anaknya yang lain. Apa yang berlaku selepas ayah itu mati, anak sulung itu mengambil semua tanah-tanah itu menjadi hak miliknya seorang.
Apabila dia mati, harta haram itu diwariskan pula kepada anak-anaknya. Jika anak-anaknya dan isterinya tahu itu adalah harta yang sepatutnya dimiliki bersama dengan adik-beradik ayahnya, maka anak-anak itu perlu kembalikan bahagian setiap adik-beradik ayahnya itu.
Ini juga menyelamatkan si ayahnya yang sudah mati daripada terus menanggung dosa kerana melanggar amanah, mencuri hak orang lain.
Ada juga bapa yang mualaf, membeli sebidang tanah rizab Melayu atau lot Bumiputera atau tanah Natif (native land) dan meletakkan nama atas nama anak lelaki sulung, kerana beliau tidak layak kerana berbangsa Cina Muslim. Sebelum mati, ayahnya berpesan sekali lagi, tanah ini ayah yang punya, tetapi disebabkan oleh undang-undang dunia, ayah tidak boleh miliki, tetapi undang-undang Allah, menetapkan itu tanah ayah, maka ayah mahu selepas kematian ayah, rumah yang diduduki ini diberikan kepada isteri ayah dan selepas isteri ayah mati, baru awak bahagikan mengikut faraid. Apa yang berlaku, anak sulung lelaki itu tidak membahagikan harta itu kepada adik-beradiknya yang lain selepas ibunya mati. Kini harta haram itu sudah dipindahkan kepada nama anaknya.
Bagi ibubapa yang mahu menukar nama tanah-tanah yang mereka ada, pastikan dimasukkan terus nama semua anak-anaknya di dalam geran tanah. Cuma dinasihatkan jangan tukar nama rumah yang diduduki atas nama-nama anak sebelum kita mati. Kerana banyak bapa atau ibu yang terpaksa keluar daripada rumah itu kerana anak menggadaikan, ada yang sudah dilelong dan ada yang menjualnya. Jika mahu beri harta kepada pasangan terutama rumah yang diduduki, Insya’Allah buat Hibah Bersyarat atau Pri-Hibah, bukannya tukar nama terus.
Beringat sebelum kena itu pilihan, buat tidak kisah sehingga kena tipu itu juga tetap pilihan. Iaitu pilihan mencari musibah. Wallahu A’lam.

Panduan Urus Tuntutan Duit KWSP Selepas Kematian
Cara-cara urus tuntutan duit KWSP selepas kematian pemilik.

INFLASI PERUBATAN 12 PERATUS
Kalau saya amik medical card sekarang, akan datang akan ada naik harga tak?

Sambungan…..MRTA vs MLTA (Takafulink Investment)
Dalam istilah insurans konvensional, ia juga dikenali sebagai MRTA. Manakala MLTT pula merujuk kepada Mortgage Level Term Takaful

25 Hikmah Anda Perlu Berwasiat Dengan Segera.
Hikmah Disyariatkan Wasiat. Mendekatkan diri kepada Allah dengan amalan kebajikan melalui harta yang ditinggalkan.
Borang Quotation




















