Hibah Bercagar: adakah sah atau tidak untuk dilaksanakan?

 

Rumah masih dalam hutang boleh di hibahkan?

Hibah Bercagar: adakah sah atau tidak untuk dilaksanakan?

SOALAN: 

Bolehkah saya membuat hibah sebagai satu dokumen perancangan untuk harta yang masih bercagar (hutang)? adakah sah atau tidak untuk dilaksanakan nanti? bagaimana pula jika harta tersebut mempunyai perlindungan insurans/takaful (mrta/mrtt), adakah masih tidak sah?

JAWAPAN: 

Sebagai permulaan adalah penting untuk kita fahami berkenaan bidang kuasa undang-undang hibah itu sendiri di Malaysia, seperti yang kita sedia maklum ada dua undang-undang yg diguna pakai di Malaysia, iaitu undang-undang sivil dan shariah. Sebagai pengetahuan, Hibah bidang kuasanya jatuh dibawah undang-undang Shariah di Mahkamah Shariah, undang-undang shariah berteraskan daripada Al-Quran, Hadith, Qias dan Ijma’ Ulama dalam panduan hakim untuk membuat keputusan pengesahan hibah tersebut.

Untuk memastikan bahawa hibah itu sah ada kriteria-kriteria atau rukun dan syarat yang perlu dipenuhi:

1. Pemberi Hibah

2. Penerima Hibah

3. Barang atau harta yang dihibahkan

4. Sighah iaitu Ijab dan Qabul

Maksud Harta Bercagar:

Cagaran bermaksud harta yang dibeli, digadai atau diserah hak(biasanya melalui proses yang sah seperti pendaftaran gadaian keatas hakmilik tersebut) pada institusi kewangan atau kerajaan atau individu sebagai jaminan sebagai menjamin kepentingan peminjam atau institusi kewangan atau kerajaan atau individu yang memberi pinjaman berkenaan untuk membolehkan bayaran pinjaman dikeluarkan kepada penjual atau pemaju.

Hartanah bercagar ini hanya akan dilepaskan dari gadaian dan/atau surat ikatan penyerahan hak akan hanya dibatalkan selepas peminjam (selalunya pemilik hartanah) menyelesaikan segala pinjaman yang menjadikan hartanah tersebut sebagai jaminan sekuriti atas pinjaman yang diluluskan oleh sesebuah institusi kewangan, atau orang perseorangan. Justeru, pemilik hartanah bercagar tidak boleh melakukan transaksi pindahmilik ke atas hartanah bercagar selagi mana pinjamannya tidak diselesaikan. Kekangan atau halangan ini adalah bagi menjamin keselamatan pinjaman yang dilepaskan oleh pihak pemegang gadaian, atau penerima serah hak. 

Bagi persoalan status hibah harta bercagar, mari kita fokus berkenaan rukun yang pertama (1) dan ketiga (3) iaitu pemberi hibah  dan barang atau harta yang dihibahkan. 

Pemberi hibah:📌

Hendaklah seorang yang berkeahlian seperti sempurna akal, baligh dan rushd (matang dan berkemampuan menguruskan harta). Pemberi hibah mestilah tuan punya barang yang dihibahkan. Oleh sebab pemilik harta mempunyai kuasa penuh ke atas hartanya, hibah boleh dibuat tanpa had kadar serta kepada sesiapa yang disukainya termasuk kepada orang bukan Islam, asalkan maksudnya tidak melanggar hukum syarak.

Barang atau harta yang hendak dihibahkan 📌  Aset tersebut perlu memenuhi syarat-syarat berikut:

a. Ia hendaklah barang atau harta yang halal. 

b. Ia hendaklah sejenis barang atau harta yang mempunyai nilai di sisi syarak. 

c. Barang atau harta itu milik pemberi hibah.

d. Ia boleh diserahmilikkan. 

e. Ia benar-benar wujud semasa dihibahkan. Contohnya, tidak sah hibah barang yang belum ada seperti menghibahkan anak lembu yang masih dalam kandungan atau hibah hasil padi tahun hadapan sedangkan masih belum berbuah dan sebagainya.

f. Harta itu tidak bersambung dengan harta pemberi hibah yang tidak boleh dipisahkan seperti pokok-pokok, tanaman dan bangunan yang tidak termasuk tanah. 

PANDANGAN MAZHAB SYAFIE DAN HAMBALI

persoalan utama yang timbul dalam kes hibah hartanah bercagar adalah tentang persoalan pemilikan harta pemberi hibah, iaitu dikategorikan sebagai pemilikan tidak sempurna (milk al-naqis), kerana harta tersebut bukan milik sepenuh pemberi hibah kerana masih ada lagi kepentingan atau hak pemegang gadaian. 

Atas asas ini, maka mazhab Syafie, dan Hambali menganggap hibah hartanah bercagar adalah tidak sah lantaran elemen qabd, dan tasarruf juga gagal dipenuhi dalam syarat hibah bersama ijab dan qabul. Tasarruf ialah sesuatu perbuatan yang mendatangkan kesan syarak terhadap sesuatu seperti jual beli, hibah, wakaf, dan sebagainya. 

Pandangan ini juga menyatakan bahawa hartanah bercagar merupakan jaminan yang berada di bawah kuasa pemegang gadaian. Oleh itu, hibah yang dilakukan ke atas hartanah bercagar dianggap sebagai sesuatu yang tidak memenuhi syarat pembentukan akad kerana dilakukan oleh orang yang tiada kelayakan untuk berbuat sedemikian.

PANDANGAN MAZHAB MALIKI DAN HANAFI

Walau bagaimanapun, terdapat ulama’ yang membenarkan hibah bagi hartanah yang milik orang lain, asalkan mendapat kebenaran pemilik hartanah tersebut. Keizinan pemilik hartanah tersebut pula tidak semestinya semasa akad hibah, tetapi boleh berlaku selepas ijab dan kabul. Kelayakan (wilayah) merupakan syarat al-nafadz(semasa akad berlangsung) yang boleh ditangguhkan hingga mendapat keizinan pemegang cagaran dan ia bukan sebagai syarat pembentukan akad.

Berdasarkan pandangan tersebut, ada yang berhujah bahawa hibah hartanah bercagar adalah dibolehkan. Hartanah bercagar masih bukan milik sempurna tuannya. Ada pihak ketiga yang berkepentingan iaitu penerima cagaran, selalunya institusi kewangan. Tetapi hibah masih sah, jika pihak institusi kewangan memberi kebenaran walaupun lama selepas akad hibah dibuat. Institusi kewangan akan bagi kebenaran selepas proses tebus hutang selesai. Tebus hutang boleh berlaku dengan sebab adanya takaful atau insuran yang melindungi hutang peminjam (selalunya pemilik hartanah) yang meninggal dunia.

KEPUTUSAN MAHKAMAH SYARIAH

1) Dalam kes Awang bin Abdul Rahman lwn. Shamsuddin bin Awang & lainlain, Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu memutuskan bahawa hibah hartanah bercagar adalah tidak sah kerana ia bukan pemilikan sempurna harta tetapi sebagai satu tanggungan. 

2) Dalam kes Wan Noriah binti Wan Ngah, Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu juga menolak permohonan pengesahan hibah dalam kes hartanah yang masih di bawah pembiayaan Bahagian Pinjaman Perumahan, Perbendaharaan Malaysia.

3) Berlainan halnya dalam kes Raihanah Binti Mohd Ali lwn. Kamaruddin bin Mohd Nor & Lain-lain [2008] 26(2) JH 253, Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu telah menolak permohonan plaintif untuk mengesahkan hibah yang telah dibuat oleh adiknya (si mati) kepadanya atas alasan tiada bukti yang menunjukkan bahawa si mati telah meminta kebenaran daripada pembiaya skim BBA (bai’ bi thaman ajil) untuk membolehkannya menghibahkan hartanah tersebut kepada plaintif. Walau bagaimanapun, hakim syarie dalam alasan penghakimannya menyebut bahawa hibah ini boleh jadi sah jika kebenaran dari pemegang cagaran diperolehi. Mahkamah tidak menerima tentang fakta kewujudan takaful yang melindungi hutang pemberi hibah sebagai keizinan tersirat. Keizinan pemegang cagaran hendaklah dibuktikan secara jelas, dan pemohon dalam kes ini telah gagal membuktikan elemen ini.

4) Yang lebih menarik adalah dalam kes Yati Suraya lwn. Supiah Binti Abu, mahkamah syariah Negeri Sembilan membenarkan hibah hartanah bercagar walaupun tanpa izin pemegang gadaian asalkan hartanah bercagar tersebut dilindungi sepenuhnya oleh takaful/insuran. Ini adalah kes yang terbaru.

Berdasarkan kes-kes ini, bolehlah kita bahagikan keputusan mahkamah syariah kepada tiga (3) kecenderungan: 

1. Hakim syarie yang menolak hibah hartanah bercagar secara mutlak. Mereka melihat bahawa pemberi hibah tiada keahlian (wilayah) ke atas harta hibah dan tidak layak untuk melakukan tasarruf atas harta hibah. Pemilikan harta hibah adalah pemilikan tidak sempurna. Mereka cenderung kepada pendapat dalam mazhab Syafie, dan Hambali. Kewujudan insurans/takaful tidak dianggap sebagai satu keizinan daripada pemegang gadaian.

2. Hakim syarie yang membenarkan hibah hartanah bercagar sekiranya mendapat izin daripada pemegang gadaian, atau pemegang kuasa wakil. Keizinan ini hendaklah diperolehi secara zahir/tersurat. Mereka cenderung kepada pendapat dalam mazhab Hanafi. 

3. Hakim syarie yang membenarkan hibah hartanah bercagar asalkan terdapat takaful/insuran yang melindungi keseluruhan pinjaman terhadap hartanah terbabit walaupun tiada keizinan secara zahir daripada pemegang gadaian, atau pemegang kuasa wakil. Takaful/insuran yang melindungi harta hibah itu sendiri adalah keizinan secara tersirat yang akhirnya transaksi tabarru’ itu boleh menjadi kenyataan. Mereka cenderung kepada pendapat dalam mazhab Maliki.

RUMUSAN

1.Hibah harta bercagar mempunyai kemungkinan dan risikonya yg tersendiri dalam pengesahannya di Mahkamah Syariah,

2.Tidak salah membuat hibah untuk harta bercagar, tetapi kita wajib memahami risiko dan menerima kemungkinan hibah itu ditentang dan ditolak oleh makhkamah.

3. Penyataan “hibah harta bercagar adalah sah sepenuhnya atau tidak boleh dicabar” adalah satu penyataan yg tidak bertanggungjawab.

4. Status mrta/mrtt sebagai perlindungan hutang ke atas harta bercagar tidak boleh menjamin 100% sah sesuatu hibah.

5. Keputusan sah sesuatu hibah masih lagi tertakluk kepada keputusan hakim sama ada cenderung ke atas mazhab Syafie dan Hambali atau mazhab Maliki dan Hanafi

6. Keputusan hakim pada kes terdahulu tidak mengikat hakim yang lain dalam membuat keputusan yang baru dan mereka bebas untuk berijtihad.

7. Perundangan di Malaysia khususnya perundangan shariah perlu lebih proaktif untuk menyelesai masalah  Hibah ini untuk mengelakkan kekeliruan dikalangan masyarat dan kesukaran kepada pengamalan perundangan dan perancangan harta pusaka Islam dalam memberi khidmat nasihat dan penyediaan dokumentasi yg lebih tepat dan jitu.

 
Klik sini untuk pembelian

Buku Praktis Hibah di Malaysia

Alias Azhar, 2017

ISBN 978-967-2064-21-3, 136 hlm., RM 28.00

“Buku ini membahaskan instrumen hibah aspek konsep dan realiti amalannya di Malaysia. Secara asasnya, hibah bermaksud pemberian, sedekah atau hadiah melibatkan akad yang mengandungi pemberian hak milik oleh pemilik harta kepada seseorang secara sukarela semasa hayatnya atas dasar kasih sayang tanpa mengharapkan balasan.”
 
Facebook
Twitter
LinkedIn
Telegram
WhatsApp
Email
Print

Borang Quotation

(nombor yang boleh whatsapp & call)
=
=

Views: 4

Proses Pengurusan Harta Pusaka Kecil

Proses Pengurusan Harta Pusaka Kecil

Mengikut akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955; segala urusan permohonan dan pembahagian harta pusaka yang bernilai kurang di bawah RM2 juta samada harta tak alih sahaja atau harta tak alih campur harta alih hendaklah berurusan di mana-mana Pejabat Pusaka Kecil yang berhampiran kawasan anda.

Prosedur dan proses permohonan harta pusaka kecil

1. Senaraikan waris-waris yang berhak. Boleh cek di sini untuk kenal siapa waris faraid anda. 

    – Kenali siapa waris faraid anda dan carta faraid

2. Kumpulkan surat mati, surat nikah dan salinan kad pengenalan.

3. Tunjukkan struktur faraid bagi setiap waris.

4. Senaraikan semua harta alih dan tak alih.

5. Kumpulkan semua dokumen harta seperti geran tanah, geran kenderaan, buku bank, penyata akaun bank dan segala dokumen harta yang lain.

6. Dapatkan anggaran nilai harta, keluasan tanah dan jumlah simpanan.

7. Senaraikan hutang-hutang simati, wasiat dan pesanan.

8. Adakan perbincangan sesama waris berkaitan hak-hak simati.

9. Tunjukkan struktur faraid setiap waris.

10. Hak-hak faraid dijelaskan dalam bentuk keluasan tanah dan nilai harta.

11. Bincang tentang hibah, hutang, wasiat dan tuntutan harta sepencarian.

12. Praktikkan konsep takharuj dalam agihan. (Muafakat)

13. Buat keputusan awal agihan harta kepada waris.

14. Semak semua senarai dokumen supaya lengkap.

15. Buat semakan geran tanah jika perlu.

16. Beli salinan hakmilik (jika tiada) dan carian rasmi setiap tanah.

17. Dapatkan resit cukai pintu bagi geran yang ada rumah (jika ada)

18. Isi borang A (seperti gambar di bawah). Permohonan secara online JKPTG online (https://www.jkptg.gov.my/my/panduan/permohonan/pembahagian-harta-pusaka)

Borang A

19. Sediakan surat akuan bagi nama tak sama dengan surat mati, bin tak sama bagi anak atau waris, tiada no kad pengenalan dalam geran atau carian rasmi.

20. Pastikan semua dokumen yang berkaitan difotostat lengkap.

      a) Surat mati dan kad pengenalan waris 1 salinan

      b) Geran tanah 2 salinan

      c) Carian rasmi 1 original & 1 salinan

      d) Surat akuan 1 original & 1 salinan

      e) Geran kenderaan, penyata akaun dan lain-lain dokumen harta 2 salinan. 

      f) Resit cukai pintu 1 salinan

21. Dapatkan tandatangan Pesuruhjaya Sumpah/Masjistret bagi Borang A. Borang P (seperti gambar di bawah) hanya ditandatangani oleh pemohon sahaja.

22. Hantar Borang A dan dokumen-dokumen ke Pejabat Pusaka Kecil/Pejabat Tanah dimana SALAH SATU tanah milik simati berada. Dapatkan surat pengesahan pendaftaran dari Pejabat Pusaka. (No. Fail JKPTG/…)

23. Bicara Pusaka kebiasaannya dalam tempoh 4 hingga 6 bulan selepas daftar.

24. Sediakan Borang DDA (Persetujuan) (seperti gambar di bawah) mengikut keputusan yang telah dibuat oleh waris-waris bagi waris yang tidak dapat hadir bicara. (Perhatian: Sekurang-kurangnya 2 orang waris mesti hadir dalam bicara kuasa)

25. Setiap waris tandatangan Borang DDA depan Pesuruhjaya Sumpah/Masjistret.

26. Bawa Borang DDA bersama dokumen asal dalam Bicara Kuasa.

27. Perintah akan dikeluarkan dalam masa sebulan selepas bicara.

28. Daftarkan segala perintah pusaka (Borang E atau F) ke agensi yang berkaitan seperti Pejabat Tanah bagi tanah, bank bagi duit, JPJ bagi kenderaan dan sebagainya.

29. Geran baru akan dikeluarkan, duit akan dimasukkan ke akaun waris dan sebagainya.

Mengapa Permohonan Harta Pusaka Mesti Disegerakan.

i) Elak pertambahan waris yang lebih ramai ekoran kematian berlapis. Ianya mengelakkan berlakunya perbalahan dalam keluarga jika sudah terlalu ramai waris faraid.

ii) Mudahkan proses pembahagian harta pusaka dibuat.

iii) Membolehkan harta pusaka dimanfaatkan segera.

iv) Elak harta beku dan terbiar tidak diurus.

v) Elak makan atau manfaat harta secara batil dengan sengaja atau tidak. Hukumnya haram makan hak secara batil.

 

Fail Faraid Peribadi.

Sebaiknya semasa hidup, setiap orang menyediakan Fail Faraid Peribadi. Masukkan dalam fail tersebut dokumen-dokumen seperti berikut:

1. Salinan kad pengenalan setiap waris.

2. Salinan dokumen harta seperti geran tanah/rumah, perjanjian jual beli dan kenderaan atau aset-aset lain.

3. Salinan buku bank atau penyata akaun.

4. Salinan dokumen harta-harta yang berkenaan.

5. Senarai hutang-hutang.

6. Sebarang pesanan kepada waris.

7. Stuktur faraid peribadi.

*Sebaiknya semasa hidup ini juga, buatlah dokumen wasiat, pri-hibah dan deklarasi harta sepencarian untuk memudahkan lagi pengurusan dan pentadbiran harta pusaka selepas kematian kita.

 

ebook – Pusaka Kecil

Buku ini menyorot tentang pengurusan harta pusaka yang dinamakan sebagai pusaka kecil.
Buku ini seterusnya menghuraikan proses pengurusan pusaka kecil dengan membuat perincian secara berasingan tentang persediaan sebelum perbicaraan, situasi semasa perbicaraan, dan apa berlaku selepas perbicaraan.

klik di sini 

Facebook
Twitter
LinkedIn
Telegram
WhatsApp
Email
Print

Borang Quotation

(nombor yang boleh whatsapp & call)
=
=

Views: 72

Bahaya Tukar Nama Kepada Wakil

Harta Yang Subur Ramai Yang Impikan

Bahaya Tukar Nama Kepada Wakil

Banyak ibubapa yang menukarkan tanah dan semua hartanya kepada anak-anak yang tertentu sebagai menjaga amanah untuk adik-beradik yang lain. Ini antara kesilapan yang terbesar banyak ibubapa lakukan. Ini antara cara yang paling cepat anak yang diamanahkan itu melanggar dan mengambil harta waris-waris lain.

Jika anak yang diamanahkan itu menunaikan janji pun, belum tentu waris anak tersebut menunaikan amanah datuknya itu. Ini kerana ada banyak kes anak yang diamanahkan turut meninggal dunia sebelum sempat dia sempat mengagihkan harta itu kepada adik-beradiknya yang lain. Akibatnya anak-anak dia mengikut undang-undang berhak 100% ke atas harta yang di atas nama individu yang sebenarnya memegang harta amanah itu.

Dalam masyarakat banyak ibu atau bapa menukarkan tanah atas nama seorang anak terutama yang sulung, dengan tujuan selepas kematiannya anak itu berkongsikan harta itu kepada anak-anaknya yang lain. Apa yang berlaku selepas ayah itu mati, anak sulung itu mengambil semua tanah-tanah itu menjadi hak miliknya seorang.

Apabila dia mati, harta haram itu diwariskan pula kepada anak-anaknya. Jika anak-anaknya dan isterinya tahu itu adalah harta yang sepatutnya dimiliki bersama dengan adik-beradik ayahnya, maka anak-anak itu perlu kembalikan bahagian setiap adik-beradik ayahnya itu.

Ini juga menyelamatkan si ayahnya yang sudah mati daripada terus menanggung dosa kerana melanggar amanah, mencuri hak orang lain.

Ada juga bapa yang mualaf, membeli sebidang tanah rizab Melayu atau lot Bumiputera atau tanah Natif (native land) dan meletakkan nama atas nama anak lelaki sulung, kerana beliau tidak layak kerana berbangsa Cina Muslim. Sebelum mati, ayahnya berpesan sekali lagi, tanah ini ayah yang punya, tetapi disebabkan oleh undang-undang dunia, ayah tidak boleh miliki, tetapi undang-undang Allah, menetapkan itu tanah ayah, maka ayah mahu selepas kematian ayah, rumah yang diduduki ini diberikan kepada isteri ayah dan selepas isteri ayah mati, baru awak bahagikan mengikut faraid. Apa yang berlaku, anak sulung lelaki itu tidak membahagikan harta itu kepada adik-beradiknya yang lain selepas ibunya mati. Kini harta haram itu sudah dipindahkan kepada nama anaknya.

Bagi ibubapa yang mahu menukar nama tanah-tanah yang mereka ada, pastikan dimasukkan terus nama semua anak-anaknya di dalam geran tanah. Cuma dinasihatkan jangan tukar nama rumah yang diduduki atas nama-nama anak sebelum kita mati. Kerana banyak bapa atau ibu yang terpaksa keluar daripada rumah itu kerana anak menggadaikan, ada yang sudah dilelong dan ada yang menjualnya. Jika mahu beri harta kepada pasangan terutama rumah yang diduduki, Insya’Allah buat Hibah Bersyarat atau Pri-Hibah, bukannya tukar nama terus.

Beringat sebelum kena itu pilihan, buat tidak kisah sehingga kena tipu itu juga tetap pilihan. Iaitu pilihan mencari musibah. Wallahu A’lam.

https://t.me/notawarisanpusaka

Facebook
Twitter
LinkedIn
Telegram
WhatsApp
Email
Print

Borang Quotation

(nombor yang boleh whatsapp & call)
=
=

Views: 14

Cara Membuat Wasiat Dengan as-Salihin Trustee Bhd

Cara Membuat Wasiat Dengan as-Salihin Trustee Bhd Melalui Perancang Harta Pusaka Islam Berdaftar.

 
Sudahkah kita cukup bersedia untuk meninggalkan dunia yang sementara dan hidup kekal di alam akhirat? Adakah kita mempunyai bekalan yang cukup untuk mengembara ke alam akhirat. Adakah kita telah menggunakan harta yang ada ke jalan Allah. Adakah kita tahu bila kita akan meninggal sebelum sempat menyalurkan kekayaan ke jalan Allah. Mengapa anda tidak berwasiat sekarang. Jangan menyesal dalam kubur dan akhirat – tiada guna lagi.
 
Artikel ini adalah panduan untuk Pewasiat membuat wasiat dengan as-Salihin Trustee Bhd.
 
as-Salihin Trustee Bhd adalah syarikat amanah yang ditubuhkan lebih 15 tahun. Syarikat ini menyediakan perkhidmatan perancangan harta orang Islam dan pentadbiran harta pusaka.
 
Selain perkhidmatan membuat wasiat, syarikat ini menyediakan khidmat membuat Perjanjian Deklarasi Harta Sepencarian, hibah, amanah wasiat, amanah hayat, amanah takaful/insurans serta pentadbiran harta pusaka.
 
 
A. PERTANYAAN
 
Pewasiat yang mahu membuat wasiat boleh menghubungi saya selaku Perancang Harta Puska Islam samada secara email atau mencatat dalam ruangan borang di bawah, mesej dan whatsapp kepada saya:
 
Mohd Syaihan Sirotin: 012 672 7957
 
 
B. MAKLUMAT PEWASIAT
 
1. Temujanji
 
Temujanji boleh dibuat di Lembah Kelang, di pejabat, di rumah pewasiat, di shopping mall, restoren dan sebagainya. 
 
Perunding akan mendapatkan maklumat berikut semasa perbincangan santai: 
 
2. Latar Belakang Pewasiat
 
Perunding akan mendapat maklumat berikut:
 
Kenalpasti siapa waris faraid pewasiat.
 
Ibu/bapa yang masih ada
 
– Anak-anak: 
  •    Lelaki/perempuan
  •    Umur
  •    Anak istimewa
  •    Anak angkat
  •    Anak tiri.
 Memahami keperluan pewasiat:
  • Sarahidup pewasiat dan anak-anak
  • Rawatan dan perubatan
  • Persekolahan anak hingga ke universiti
  • Pembahagian harta kepada isteri
  • Pembahagian harta kepada anak angkat
  • Sedekah kepada pusat tahfiz al-Quran/fakir miskin/anak yatim
  • Hutang dunia dan akhirat
  • Pengalaman waris dalam menguruskan harta pusaka
  • Simpanan tunai pewasiat bagi mencairkan harta
 
C. PENGUMPULAN MAKLUMAT
 
Maklumat berikut boleh dibawa oleh Pewasiat semasa temujanji atau diemailkan kepada Perunding Harta.
 
Harta dan Simpanan
  • Senarai properti (contoh: rumah dua tingkat, lot pertanian) dengan butir lot dan lokasi seperti yang terdapat dalam geran.
  • Senarai pelaburan (contoh: ASB, Public Mutual)
  • Senarai simpanan di bank-bank, Tabung Haji dan KWSP (tidak perlu nombor akaun)
 
Senarai Benefisiari
  • Ibu-bapa (IC, alamat dan nombor telefon)
  • Anak-anak (IC, alamat dan nombor telefon
  • Isteri/suami (IC, alamat dan nombor telefon)
  • Lain-lain benefisiari (anak angkat, adik beradik dll)
 
Cadangan Pembahagian harta
  • Setiap harta di atas hendaklah dinyatakan kadar pembahagiannya. Contoh:
– KWSP:  Isteri: 50%, Anak Pertama: 25%, Anak Ke-2: 25%
– Rumah Teres: Anak angkat 100%
– Saham ASB: Samarata kepada anak-anak
– KWSP: 50% kepada Pusat Tahfiz al-Quran, 50% kepada rumah anak yatim
 
C. DOKUMEN WASIAT
  • Dalam masa 5 berhari bekerja as-Salihin Trustee Bhd akan menyediakan deraf wasiat.
  • Deraf wasiat akan diemailkan kepada Pewasiat untuk semakan dan kelulusan.
  • Dokumen wasiat akan dicetak untuk ditandatangani oleh pewasiat
  • Pewasiat akan menandatangani wasiat di pejabat as-Salihin atau di rumah pewasiat atau di mana sahaja dengan dua orang saksi lelaki (yang bukan waris).
 
D. PENYERAHAN DOKUMEN WASIAT
  • Dokumen asal wasiat akan disimpan di as-Salihin Trustee Bhd
  • Salinan wasiat akan diserahkan kepada Pewasiat
  • Pewasiat menjelaskan kos membuat wasiat
  • Pewasiat akan dibekalkan dengan dua Kad Wasiat. Kad ini wajar diserahkan kepada dua waris terdekat dengan pesanan yang anda ada membuat wasiat dan hubungi as-Salihin bagi urusan pembahagian harta pusaka.
 
E. BUATKAN SESUATU HARI DEMI KELUARGA TERSAYANG
 
Hubungi kami segera untuk membuat wasiat demi keluarga yang tersayang. Jalan telah dibuka. Ajal tidak pernah memberi tahu apabila akan tiba. Keputusan hari boleh merUbah masa depan anda dan keluarga.

Mulakan perbincangan dan tiada paksaan anda membuat wasiat atau produk perkhidmatan yang lain. Sekurang-kurangnya anda akan mendapat penerangan yang jelas mengenai produk yang ditawarkan oleh syarikat kami as-Salihin Trustee Bhd untuk keperluan akan datang.

F. HUBUNGI WAKIL AS-SALIHIN TRUSTEE BERHAD

Sila hubungi saya bagi membuat wasiat atau dokumen perancangan harta pusaka.
 
MOHD SYAIHAN SIROTIN   
Perancang Harta Pusaka Islam   
as-Salihin Trustee Bhd   
Tel: 012 672 7957 (termasuk Whatsapp/Telegram)   
Email: syaihan@gmail.com
Facebook
Twitter
LinkedIn
Telegram
WhatsApp
Email
Print

Borang Permohonan Wasiat Online

Section A - Maklumat Pewasiat

Nama penuh kad pengenalan anda
No kad pengenalan anda
Email anda
Untuk dimasukkan dalam dokumen wasiat
Jika berlainan dengan alamat tetap
No Telefon Anda
Nyatakan bangsa anda
Nyatakan agama yang anda anuti
Nyatakan status perkahwinan anda

Section B - Orang Untuk Dihubungi

Senarai di bawah adalah waris terhampir atau orang yang boleh dihubungi mengenai maklumat peribadi pewasiat
Nama orang yang untuk dihubungi
No telefon untuk dihubungi

Section C - Maklumat Wasi & Pemegang Amanah

Sila isikan maklumat wasi dan pemegang amanah. Seksyen ini adalah wajib diisi sekurang-kurangnya satu perlantikan wasi. Jika pewasiat mempunyai anak yang masih dibawah umur 18 tahun, wajib melantik sekurang-kurangnya 2 orang wasi atau Syarikat Pemegang Amanah.

Wasi dan pemegang amanah adalah orang yang dipercayai untuk mentadbir harta pusaka.

Ciri-ciri orang yang boleh dilantik sebagai wasi/pemegang amanah:

1. Beragama Islam
2. Berumur 18 tahun ke atas
3. Merdeka
4. Boleh dari kalangan lelaki dan perempuan
5. Digalakkan dari kalangan waris atau melantik syarikat trustee.

WASI & PEMEGANG AMANAH (Sertakan nama penuh, no telefon & alamat utk dihubungi)
WASI & PEMEGANG AMANAH (Sertakan nama penuh, no telefon & alamat utk dihubungi)
WASI & PEMEGANG AMANAH (Sertakan nama penuh, no telefon & alamat utk dihubungi)

Section D - Maklumat Penjaga Harta Anak di bawah umur 18 tahun

Sila isikan maklumat penjaga harta seterusnya. Seksyen ini adalah pilihan. Untuk di isi oleh pewasiat lelaki sahaja.

Penjaga Harta adalah orang yang diamanahkan untuk menjaga dan menjalankan transaksi bagi harta anak anda yang masih di bawah umur sehingga mencapai umur 18 tahun.

Ciri-ciri orang yang boleh dilantik sebagai penjaga harta:

- Beragama Islam
- Berumur 18 tahun ke atas
- Merdeka
- Boleh dari kalangan lelaki dan perempuan
- Digalakkan melantik ibu kepada anak tersebut
- Digalakkan juga melantik Syarikat Pemegang Amanah jika tiada Penjaga yang sesuai.

Sertakan nama penuh, no telefon & alamat utk dihubungi
Sertakan nama penuh, no telefon & alamat utk dihubungi
Sertakan nama penuh, no telefon & alamat utk dihubungi

Section E - Pembayaran Hutang

Sila tentukan jenis aset yang digunakan untuk pembayaran hutang dan senarai hutang. Seksyen ini adalah pilihan.
Sila nyatakan senarai aset yang digunakan untuk pembayaran hutang-hutang yang ada. (Hutang dunia + hutang akhirat)
Sila nyatakan senarai hutang yang masih ada

Section F - Pemberian Harta Kepada Bukan Waris

Orang Islam dibolehkan berwasiat kepada bukan waris sehingga 1/3 dari keseluruhan harta.

Sila isikan pemberian tersebut. Seksyen ini adalah pilihan.

Maklumat aset - Jenis dan Penerangan

- contoh 1: Rumah alamat No. 2 Jalan Lagenda 13, Taman Lagenda, 71700 Mantin, Negeri Sembilan, Malaysia.

- contoh 2: Akaun simpanan Maybank (123456789876)

-  contoh 3: Kereta Toyota Alphard (VY 4078)

Penerima Aset - Hubungan dan Nama (no. kad pengenalan jika ada)

- contoh 1: Anak angkat, Alwi Bin Abdullah (851111-11-4321)

- contoh 2: Wakaf/Sedekah, Sekolah Tahfiz yang memerlukan

Bahagian - Penerangan, Peratusan, Pecahan

- contoh 1: semua,100%

- contoh 2: RM20,000, 50% , 1/2

(ditulis juga mengikut turutan nama jika pembahagian berbeza bagi setiap penerima)

Section G - Pembahagian Harta Pusaka Kepada Ahli Waris

Sila isikan perancangan pembahagian harta pusaka anda.

Maklumat aset - Jenis dan Penerangan

- contoh 1: Rumah alamat No. 2 Jalan Lagenda 13, Taman Lagenda, 71700 Mantin, Negeri Sembilan, Malaysia.

- contoh 2: Akaun simpanan Maybank (123456789876)

- contoh 3: Kereta Toyota Alphard (VY 4078)

Penerima Aset - Hubungan dan Nama (no. kad pengenalan jika ada)

- contoh 1: Anak, Azman Bin Ahmad (871111-11-4321)

- contoh 2: Anak, Aznah Binti Ahmad (891111-11-1234) dan Isteri, Nora Binti Mansor (671111-11-9876)

- contoh 3: Anak-anak, waris faraid

Bahagian - Penerangan, Peratusan, Pecahan

- contoh 1: semua,100%

- contoh 2: RM20,000, Faraid, Samarata, 50% , 1/2

(ditulis juga mengikut turutan nama jika pembahagian berbeza bagi setiap penerima).

Harta Tak Alih: Tanah/Rumah/Kedai/Bangunan dan sebagainya
Harta Alih: Bank Account
Harta Alih: KWSP
Harta Alih: Tabung Haji/ASB
Harta Alih: Wang Tunai
Harta Alih: Insurans/Takaful & Unit Trust
Harta Alih: Saham syarikat/koperasi/BSKL dan sebagainya
Harta Alih: Kenderan (1 Kenderaan 1 Nama Sahaja)
Harta Alih: Barang kemas
Lain-lain harta

Section H - Pengagihan Baki Harta

Seksyen ini adalah pilihan.

Section I - Lain-lain Perkara

Seksyen ini adalah pilihan.
Additional instruction (if any)
Pesanan Terakhir (jika ada)

Section J - Maklumat Bayaran

Yuran penulisan draft wasiat: RM500.00

Bayaran kepada as-Salihin Trustee Berhad (670367-D)

Maybank Berhad: 562339400032
Cimb Berhad: 8600120584
RHB Islamic Bank Berhad: 21243960003371
Bank Islam Berhad: 12047010037995

Sila muat naik bukti bayaran.

Click or drag files to this area to upload. You can upload up to 5 files.
upload receipt of payment

Section K - Muat Naik Lampiran & Dokumen Sokongan

Dokumen sokongan yang boleh di muat naikkan:

1. Salinan Kad pengenalan (WAJIB)
2. Buku/penyata akaun (JIKA ADA)
3. Geran/perjanjian jual beli hartanah (JIKA ADA)
4. Geran kenderaan (JIKA ADA)
5. Lain-lain dokumen berkaitan (JIKA ADA)

Dokumen sokongan ini membolehkan pihak kami menderaf wasiat anda dengan lebih efisyen. Kerjasama dari anda amat dihargai. Untuk dokumen No.2 - No.5 tidak diWAJIBkan untuk di muat naikkan.

Click or drag files to this area to upload. You can upload up to 50 files.

Views: 12

Tidak salah hibah harta, tapi jangan salah hibah

Pri-Hibah antara salah satu instrument harta dari as-Salihin Trustee
 
‘Saya dah tukar nama siap-siap kat anak…..’

Inilah realiti yang selalu berlaku di kalangan masyarakat Islam kita.

Tidak dinafikan, ia adalah satu cara merancang harta pusaka. Namun, terdapat beberapa perkara yang perlu dipandang serius.
………. …
Senario 1
Seorang bapa telah melakukan pindahmilik rumah kepada anaknya. Selepas satu ketika disebabkan masalah kewangan, si anak mengambil keputusan untuk menjual rumah tersebut. Si bapa terpaksa keluar dari rumah tersebut kerana ia bukan miliknya lagi.
……………
Senario 2
Disebabkan terlalu sayang kepada anak angkat dan khuatir nasib anak angkat selepas kematiannya, bapa angkat telah melakukan pindahmilik rumah kepada anak angkat itu. Namun, ditakdirkan anak angkat tersebut meninggal dunia dahulu, rumah tersebut menjadi harta pusaka kepada anak angkat. Bapa angkat bukan waris faraid, oleh itu rumah tersebut terpaksa dilepaskan.
 
“Tidak salah hibah harta, tapi jangan salah hibah.”
Facebook
Twitter
LinkedIn
Telegram
WhatsApp
Email
Print

Borang Quotation

(nombor yang boleh whatsapp & call)
=
=

Views: 2

HUBUNG KAIT SURAT KUASA WAKIL DAN DEKLARASI HIBAH

surat kuasa
Power of Attorney & Pri-Hibah by as-Salihin Trustee Bhd

HUBUNG KAIT SURAT KUASA WAKIL DAN DEKLARASI HIBAH

SURAT KUASA WAKIL (Power of Attorney) :

Surat Kuasa Wakil adalah satu dokumen perlantikan wakil kuasa oleh pemberi kuasa kepada penerima kuasa untuk urusan tertentu di mana pemilik harta melantik seorang wakil yang akan bertindak bagi pihak beliau untuk menguruskan harta-harta beliau beserta kuasa-kuasa tertentu yang diberikan kepada wakil tersebut.

Contohnya kuasa yang boleh diberikan adalah kuasa untuk memindah milik harta pemilik harta, menandatangani perjanjian jual beli, menandatangani perjanjian sewa beli, kuasa untuk memohon pengeluaran wang di institusi kewangan atau penutupan akaun serta membuat pelaburan dan lain-lain kuasa yang berkaitan harta-harta tertentu.

Surat Kuasa Wakil ini boleh diguna pakai untuk harta alih dan harta tidak alih samada harta tersebut bercagar atau tidak bercagar.

Anggapan bahawa Surat Kuasa Wakil ini adalah satu instrumen pemberian atau hibah adalah SALAH. Sebaliknya ia adalah satu instrumen yang diguna pakai untuk membuat sebarang urusan berkenaan pemberian/hibah harta tersebut setakat kuasa yang diberi. Penerima kuasa wakil tersebut bukanlah benefisiari bagi harta tersebut tetapi beliau hanya mempunyai kuasa untuk bertindak membuat urusan berkenaan harta tersebut setakat kuasa yang diberi.

Pengesahan Surat Kuasa Wakil :

Surat Kuasa Wakil ini telah sah, wujud serta berkuatkuasa setelah ia disahkan/disaksikan oleh salah seorang daripada pihak berkenaan yang
dinyatakan di dalam Seksyen 3 Akta Surat Kuasa Wakil 1949. Ia juga perlu di daftarkan di Mahkamah Tinggi Sivil dan disimpan satu salinan di Pejabat Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil.

Section 3 Powers of Attorney Act 1949

Authentication of powers of Attorney :

(1) No instrument purporting to create a power of attorney executed after the commencement of this Act shall have any validity to create
such power within West Malaysia unless:

(a) if executed within West
Malaysia, the instrument is executed before, and is authenticated in the appropriate form set out in the First Schedule hereto by-
(i) A Magistrate
(ii) A Justice of the Peace
(iii) A Land Administrator
(iv) A Notary Public
(v) A commissioner for Oaths; or
(vi) An advocate and solicitor; or
(vii) An officer, acting in the course of his employment of a company
carrying on the business of banking in West Malaysia and incorporated by
or under any written law in force in West Malaysia

Section 4 Powers of Attorney Act 1949

Deposit of Power of Attorney :

(1) Except as hereinafter provided no instrument purporting to create a power of attorney shall, after the commencement of this Act, have any
validity to create such power within West Malaysia until :

(a) a true copy of the said instrument duly compared therewith and marked by the Senior Assistant Registrar within the words “true copy” has been
deposited in the office of a Senior Assistant Registrar.

Surat Kuasa Wakil Menurut Islam

Surat Kuasa Wakil adalah bersamaan konsep Wakalah di dalam Islam iaitu mewakilkan seseorang /organisasi untuk menguruskan sebarang tugas atau urusan bagi pihaknya. Akad Wakalah ini memberi kuasa kepada wakil atau agen menjalankan sesuatu kerja bagi pihak yang diwakilinya.

Konsep Wakalah diguna pakai dalam bidang perbankan Islam serta Takaful dimana ia memberi kuasa kepada institusi berkenaan untuk melakukan
transaksi tertentu. Manakala di dalam bidang guaman syarie Wakalah digunakan untuk memberi kuasa kepada Peguam Syarie untuk mewakili anak
guam dalam Mahkamah Syariah. Setiap bidang berkenaan mungkin menggunakan nama yang berbeza tetapi tujuan dan maksud yang sama.

Pendapat dan tanggapan bahawa Surat Kuasa Wakil tu sebagai tidak menepati hukum Islam dan undang-undang Islam adalah tidak benar kerana
jelas bahawa Surat Kuasa Wakil itu menepati dan bersamaan dengan konsep Wakalah di dalam Islam iaitu perlantikan wakil untuk melakukan urusan harta tertentu.

Di dalam al Quran juga ada menyebut berkenaan wakalah :

Surah al Kahfi Ayat 20;
“…..sekarang utuslah salah seorang daripada kamu, membawa wang perak kamu ini ke bandar, kemudian biarlah dia mencari dan memilih mana-mana jenis makanan yang lebih baik lagi halal (yang dijual disitu), kemudian ia membawa sedikit habuan untuk kamu.”

Surah Yusof Ayat 55;
“Jadikanlah aku pengurus perbendaharaan hasil bumi (Mesir), sesungguhnya aku sedia menjaganya dengan sebaik-baiknya, lagi mengetahui cara mentadbirnya.”

DEKLARASI HIBAH

Deklarasi Hibah adalah dokumen pemberian harta daripada pemilik harta kepada penerima
harta dan ia berkuat kuasa semasa hayat penghibah . Harta hibah telah menjadi hak milik penerima hibah. Apabila penghibah meninggal dunia maka harta hibah tersebut bukan lagi harta atau pusaka penghibah. Urusan pindah milik atau pentadbiran harta hibah tersebut juga tidak perlu melalui proses pentadbiran pusaka.

Deklarasi Hibah yang ditawarkan oleh as- Salihin Trustee Berhad akan disertakan bersama Surat Kuasa Wakil. Ini bertujuan agar sebarang transaksi harta hibah seperti pindahmilik, pengeluaran wang di institusi kewangan atau penutupan akaun boleh diuruskan mengunakan Surat Kuasa Wakil tanpa melalui proses mahkamah untuk mendapatkan Surat Kuasa Mentadbir atau Geran Probet atau permohonan sijil Faraid. Urusan pindah milik dan pengagihan harta hibah akan dilaksanakan dengan lebih cepat, mudah dan lancar.

Deklarasi Hibah tersebut adalah menepati rukun dan syarat Hibah yang ditentukan oleh hukum Islam serta telah diluluskan oleh Lembaga Penasihat Syariah as-Salihin Trustee Berhad yang berwibawa dan pakar dalam bidang undang-undang Islam dan undang-undang Sivil.

Manakala Surat Kuasa Wakil menepati konsep Wakalah Muqayyad iaitu Wakalah yang terikat dengan syarat, masa dan keadaan tertentu. Surat
Kuasa Wakil ini juga disempurnakan mengikut mengikut syarat-syarat penyaksian Islam dimana ia disaksikan oleh dua (2) orang saksi lelaki Muslim dewasa dan salah seorang daripada mereka mestilah Pesuruhjaya Sumpah atau Peguambela dan Peguamcara.

Surah Al-Baqarah ayat 282 menyebut berkenaan Penyaksian dalam Mualamat :
“….dan hendaklah kamu mengadakan dua orang saksi lelaki dari kalangan kamu.”

Oleh demikian, dakwaan bahawa Deklarasi Hibah yang ditawarkan oleh as-Salihin Trustee Berhad adalah tidak menepati hukum Islam kerana
menggunakan Surat Kuasa Wakil yang disahkan oleh Mahkamah Tinggi Sivil dan tidak mendapatkan perintah pengesahan hibah daripada Mahkamah Syariah adalah TIDAK BENAR.

Ditekankan bahawa Perintah Pengesahan Hibah hanya perlu dipohon daripada mana-mana Mahkamah Syariah
sekiranya pertikaian ditimbulkan oleh mana-mana pihak terhadap Deklarasi Hibah tersebut. Pihak yang mempertikaikan tersebutlah yang wajar membawa perkara tersebut ke mahkamah untuk membuktikan dakwaan beliau.

Untuk makluman, walaupun pengesahan hibah telah diperolehi daripada Mahkamah Syariah, pindah milik harta hibah kepada benefisiari selepas kematian penghibah hanya boleh dilaksanakan menggunakan salah satu daripada instrumen berikut iaitu Surat Kuasa Wakil atau Surat Kuasa Mentadbir atau Geran Probet dan Perintah Pembahagian (mana yang berkenaan) yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Sivil atau Unit Pusaka Kecil.

as-Salihin Trustee Berhad diwujudkan adalah untuk membantu orang Islam merancang harta pusaka agar ia dapat diuruskan dengan mudah, lancar dan tanpa perlu melalui proses yang panjang. Semua produk yang dibangunkan serta ditawarkan oleh as-Salihin adalah telus mengikut hukum syarak serta peruntukan undang-undang di Malaysia supaya ia boleh dikuatkuasa tanpa sebarang masalah dan tanpa perlu melalui proses yang rumit dan panjang demi menjaga kemaslahatan umat Islam.

Akhir kata, Islam itu mudah selagimana sesuatu perkara itu tidak bertentangan dengan hukum Syarak dan membawa mudarat maka ia harus dilakukan dan tidaklah menjadi satu kesalahan.

Disediakan oleh

Amna Fazillah Ismail
Timbalan Presiden
as-Salihin Trustee Berhad
26 Jun 2018

 

Facebook
Twitter
LinkedIn
Telegram
WhatsApp
Email
Print

Borang Quotation

(nombor yang boleh whatsapp & call)
=
=

Views: 7

SyaihanSirotin.com Hai, tekan loceng untuk terima promosi dan update dari website ini :-)
Dismiss
Allow Notifications