APA DIA SURAT KUASA?

APA DIA SURAT KUASA?

Jom ambik tahu sebab surat kuasa ni surat yang sangat penting.

Bila berlaku kematian, nak uruskan perihal pusaka selalunya mana-mana tempat akan tanya, SURAT KUASA ada? Sijil mati sahaja tak mencukupi.

Sesetengah institusi nak uruskan pusaka tak memerlukan surat kuasa.

Contohnya, waris boleh tutup account jika:
💵Bank kurang daripada 5k atau 2k (bergantung kepada bank mana)
💵ASB kurang daripada 10k

Institusi yang ada penama juga tak perlu surat kuasa. Contohnya Insuran Takaful, Tabung Haji, KWSP.

Nak buat pertukaran nama rumah 🏡 atau kereta 🚗 memerlukan surat kuasa ni.

Kat mana nak dapatkan surat kuasa ni?

Surat Kuasa ni boleh dimohon di Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG).

Tapi selalunya yang lebih biasa orang sebut-sebut Pejabat Pusaka Kecil. Iaitu satu Unit di bawah jabatan ini yang mengendalikan urusan harta pusaka.

Macammana nak mohon surat kuasa?

Jika takde wasiat dan nilai harta bawah 2 juta, waris-waris boleh ke Jabatan ini untuk ambil
📜Borang A – permohonan surat kuasa
📜Borang DDA- waris-waris yang tak dapat hadir untuk bicara kuasa boleh isi borang ni. (semua waris-waris faraid perlu tandatangan)

Ada kos jugak tapi tak la banyak sangat bergantung kepada nilaian harta, dalam 0.2% cajnya.

Untuk harta yang lebih 2 juta dah tak boleh buat permohonan di jabatan ni ye. Perlu ke Mahkamah Tinggi berserta penjamin 2 orang yang mempunyai nilaian aset yang sama dengan si mati.

Lepas tu tunggulah untuk dipanggil bicara kuasa. Tempoh dalam masa 4-6 bulan bergantung kepada jabatan di negeri masing-masing.

Bukan mohon harini, esok dah dapat surat kuasa ye. Kena tunggu dan bersabar. Tak semua daerah yang ada Jabatan ni.

Surat kuasa ni siapa yang diberi kuasa tu bermakna dia adalah pentadbir untuk harta-harta pusaka arwah.

Dialah yang perlu uruskan semua, dialah wakil si mati. Tapi dia hanyalah pemegang amanah bukan pemilik kepada harta-harta pusaka yang ditinggalkan tu.

Sebab tu kadang-kadang nak buat pilihan pentadbir pun waris boleh sampai bergaduh-gaduh bertekak-tekak dalam jabatan ni.

Yelah bila ada kuasa bermakna dia boleh buat segala urusan, duit pun akan masuk akaun dia dan sebagainya. Kuasa la katakan.

Itulah pentingnya untuk melantik pentadbir yang amanah, adil, berkepakaran dan berkebolehan serta berkemampuan. Sebab satu surat kuasa ni hanya untuk satu nama pentadbir.

Andaikata pentadbir yang dapat surat kuasa ni meninggal separuh jalan dalam menguruskan pusaka tadi, waris-waris lain perlu buat permohonan baru dan lantik pentadbir baru dan jugak mulakan balik process pusaka dari awal.

Agak-agak mudah tak kerja sebagai pentadbir ni? Mudah je sebenarnya asalkan waris-waris bersepakat dan bekerjasama.

Cuba elakkan perebutan pergaduhan dan sebagainya. Semoga urusan-urusan arwah di dunia ni selesai segera.

Mana yang masih diberi kesempatan untuk buat perancanagan awal, buatlah perancangan awal. Kadang-kadang urusan ni mudah tapi ramai yang ambil mudah.

Ok tu je sikit perkongsian untuk urusan surat kuasa ni. Segerakan lah urusan pusaka si mati awal-awal.

Tak nak waris pening kepala dan bergaduh sesama sendiri suatu hari nanti?

Solusinya buat lah dokumen wasiat dengan melantik syarikat trustee sebagai wasi harta pusaka anda. Lebih amanah, lebih telus, lebih dipercayai dan sudah tentunya pakar dalam bidangnya. 

 
Facebook
Twitter
LinkedIn
Telegram
WhatsApp
Email
Print

Borang Quotation

(nombor yang boleh whatsapp & call)
=
=

Views: 1

7 Sebab Utama Harta Pusaka Dibekukan Yang Patut Anda Ambil Tahu.

“SEBAB UTAMA HARTA PUSAKA DIBEKUKAN”

Ada antara kita tertanya-tanya. Betulkah ada harta pusaka yang dibekukan. Kenapa pula harta pusaka itu boleh dibekukan?

Jom kita sama-sama berkongsi “SEBAB UTAMA HARTA PUSAKA DIBEKUKAN”.

1. Waris-waris tidak dimaklumkan tentang proses tuntutan pusaka.

Waris ini tidak tahu dan tidak ambil tahu ke mana mereka perlu pergi untuk membuat tuntutan harta pusaka tersebut. Secara kebiasaanya, waris hanya akan mula mencari maklumat apabila kes kematian sudah berlaku dan telah lama berlaku hingga kematian berperingkat.

2. Pengurusan harta pusaka melibatkan kos yang tinggi.

Mengikut Akta Probate & Pentadibiran 1959, pihak yang mengurus dan mentadbir harta pusaka boleh mengenakan caj maksima sebanyak 5% dari nilai semasa harta tersebut. Kalau harta RM1 juta, maka kos pengurusan yang boleh dikenakan adalah RM50,000. Jadi disebabkan kos yang tinggi ini,ramai waris berputus asa untuk meneruskan proses tuntutan harta pusaka ini. Caj ini biasanya dikenakan oleh pihak yang menguruskan proses tuntutan harta pusaka tersebut seperti peguam dan syarikat trustee.

3. Tiada kesepakatan dan muafakat antara waris.

Sekiranya semua waris yang terlibat bersetuju tentang pembahagian harta pusaka ini, maka proses tuntutan akan menjadi lebih mudah dan cepat. Tetapi, keadaan akan menjadi parah bilamana waris saling bertikam lidah dan berkelahi semasa waris bagi merebut harta pusaka itu.

4. Tidak mempunyai masa.

Urusan tuntutan harta pusaka ini perlu dilakukan di Pejabat Pusaka Kecil, Amanah Raya Berhad atau di Mahkamah Tinggi. Jadi untuk ke satu-satu tempat,perlukan masa yang lama. Itu belum dikira jika ada kesalahan dokumen atau dokumen tidak lengkap. Tambahan pula, ada dikalngan waris tinggal jauh. Lagi menyukarkan proses tersebut.

5. Tidak mengetahui hukum faraid

Ilmu faraid sangat penting didalam pengurusan harta pusaka. Walaupun ilmu ini tidak pernah diajar secara terperinci semasa di sekolah mahupun di peringkat universiti. Akan tetapi perlulah kita mengambil tahu tentangnya walaupun sedikit agar kita tidak memakan harta yang bukan hak milik kita.

6. Aset sekangkang kera

Terlalu banyak kes yang berlaku apabila simati meninggalkan aset yang sedikit. Waris terus tidak mengendahkan. Membiarkan begitu sahaja. Sepatutnya, apa yang perlu dilakukan ialah. Membuat tuntutan dan menjual aset berkenaan. Jika tidak mahu mengambil hasil jualan, dermakan kepada yang memerlukan.

7. Proses tuntutan harta pusaka memakan masa yang lama

Sebab paling utama ialah tidak ada kesepakatan dan muafakat antara waris atau waris yang berhak menerima sudah meninggal dunia terlebih dahulu. Maka, waris seterusnya adalah anak kepada penerima tersebut yang mungkin sudah ada kehidupan masing-masing di tempat lain.

Kesimpulannya, buatlah perancangan harta anda dengan baik semasa anda hidup. Supaya tidak menjadi pergaduhan atau perbalahan kepada waris anda pada masa akan datang.

Facebook
Twitter
LinkedIn
Telegram
WhatsApp
Email
Print

Borang Quotation

(nombor yang boleh whatsapp & call)
=
=

Views: 6

PEMBATALAN WASIAT

as-Salihin Trustee Berhad

PEMBATALAN WASIAT

Pewasiat boleh membatalkan/menarik balik Wasiat beliau pada bila-bila masa semasa hayat beliau.

Walau bagaimanapun, apabila pewasiat telah meninggal dunia, tiada pembatalan boleh dilakukan kerana Wasiat tersebut telah berkuatkuasa. Begitu juga waris-waris juga TIADA KUASA untuk membatalkan Wasiat dan/atau membatalkan perlantikan wasi di dalam Wasiat tersebut.

Hanya PERINTAH MAHKAMAH sahaja boleh membatalkan Wasiat atau perlantikan wasi sekiranya Wasiat dipertikaikan oleh mana-mana pihak. Juga, menjadi satu kesalahan jika waris-waris menafikan bahawa pewasiat mempunyai Wasiat sedangkan mereka mengetahui tentang kewujudan Wasiat tersebut.

Berikut adalah peruntukan Enakmen Wasiat Orang Islam (Selangor) 1999 (pindaan 2016 ):

Bahagian III- Pembatalan wasiat

SS 12 (a). Sesuatu wasiat hendaklah menjadi batal jika Pewasiat menarik balik wasiatnya

Bahagian IV– Perlaksanaan Wasiat

SS 15 (2) Sesuatu wasiat hendaklah dianggap sebagai ditarik balik :

(a) Jika pewasiat melakukan sesuatu perbuatan atau mewujudkan suatu
keadaan yang menunjukkan dengan qarinah atau urf bahawa dia telah
menarik balik wasiatnya.


SS 16- Seseorang hendaklah tidak dianggap sebagai menarik balik wasiatnya atas sebab:

(a) Penafian wasiat tersebut oleh orang lain

Wasiat yang lengkap adalah sah semasa hayat pewasiat dan akan berkuatkuasa apabila beliau meninggal dunia. Ini bermakna Wasi yang dilantik wajar melaksanakan wasiat tersebut serta membuat permohonan geran probet di Mahkamah Tinggi Sivil bagi mengesahkan perlantikan wasi tersebut di sisi undang-undang.

 Walau bagaimana pun, wasi yang telah dilantik berhak dan boleh menggunakan budibicara untuk menolak
perlantikan tersebut (Renunciation) atas alasan-alasan yang munasabah.


SS 8. Probate and Administration Act 1959 :

“Any person who is or may become entitled to representation may expressly renounce his right to the representation “

Dari segi perlaksanaan, as-Salihin boleh menggunakan budibicara untuk membuat penolakan perlantikannya sebagai wasi atas alasan munasabah seperti harta pusaka yang ditinggalkan oleh pewasiat tidak memadai atau mencukupi untuk membayar kos guaman bagi permohonan geran probet, sijil faraid serta kos-kos pentadbiran seperti yuran pentadbiran pusaka, yuran pindah milik, setem duti dan sebagainya. Dimana waris perlu menanggung kos-kos berkenaan dan waris tersebut tidak berkemampuan. Penolakan perlantikan ini wajar dibuat untuk kebaikan serta tidak membebankan waris.

Setelah as-Salihin menolak perlantikan, wasiat yang asal akan diserahkan kepada pentadbir pusaka yang telah
dipilih dan dipersetujui oleh semua waris pewasiat.


as-Salihin turut mengenakan bayaran minimum yang munasabah bagi menampung kos perjalanan serta masa yang telah digunakan oleh pegawai kami untuk majlis pembacaan wasiat, penerangan serta khidmat nasihat kepada waris untuk menguruskan pusaka pewasiat dengan cara yang betul.

Ditekankan bahawa, bayaran yang dikenakan semasa hayat pewasiat adalah bayaran untuk penyediaan dokumen wasiat dan bayaran tersebut tidak meliputi bayaran pelaksanaan wasiat dan pentadbiran harta pusaka pewasiat selepas kematian beliau.

Semasa hayat pewasiat, selain daripada bayaran penyediaan wasiat, as-Salihin tidak mengenakan sebarang bayaran lain samada bayaran bulanan atau tahunan untuk memastikan wasiat boleh dilaksanakan selepas kematian pewasiat serta membiayai kos pentadbiran pusaka. Bayaran pentadbiran pusaka hanya akan dikenakan apabila as-Salihin memulakan pentadbiran pusaka selepas kematian pewasiat dan kos tersebut akan ditanggung/dibiayai oleh harta pusaka pewasiat.

Amna Fazillah Ismail
Timbalan Presiden
as-Salihin Trustee Berhad

Credit Copy to FB Page as-Salihin Trustee Berhad

Facebook
Twitter
LinkedIn
Telegram
WhatsApp
Email
Print

Borang Quotation

(nombor yang boleh whatsapp & call)
=
=

Views: 2

SyaihanSirotin.com Hai, tekan loceng untuk terima promosi dan update dari website ini :-)
Dismiss
Allow Notifications