APA DIA SURAT KUASA?

APA DIA SURAT KUASA?

Jom ambik tahu sebab surat kuasa ni surat yang sangat penting.

Bila berlaku kematian, nak uruskan perihal pusaka selalunya mana-mana tempat akan tanya, SURAT KUASA ada? Sijil mati sahaja tak mencukupi.

Sesetengah institusi nak uruskan pusaka tak memerlukan surat kuasa.

Contohnya, waris boleh tutup account jika:
💵Bank kurang daripada 5k atau 2k (bergantung kepada bank mana)
💵ASB kurang daripada 10k

Institusi yang ada penama juga tak perlu surat kuasa. Contohnya Insuran Takaful, Tabung Haji, KWSP.

Nak buat pertukaran nama rumah 🏡 atau kereta 🚗 memerlukan surat kuasa ni.

Kat mana nak dapatkan surat kuasa ni?

Surat Kuasa ni boleh dimohon di Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG).

Tapi selalunya yang lebih biasa orang sebut-sebut Pejabat Pusaka Kecil. Iaitu satu Unit di bawah jabatan ini yang mengendalikan urusan harta pusaka.

Macammana nak mohon surat kuasa?

Jika takde wasiat dan nilai harta bawah 2 juta, waris-waris boleh ke Jabatan ini untuk ambil
📜Borang A – permohonan surat kuasa
📜Borang DDA- waris-waris yang tak dapat hadir untuk bicara kuasa boleh isi borang ni. (semua waris-waris faraid perlu tandatangan)

Ada kos jugak tapi tak la banyak sangat bergantung kepada nilaian harta, dalam 0.2% cajnya.

Untuk harta yang lebih 2 juta dah tak boleh buat permohonan di jabatan ni ye. Perlu ke Mahkamah Tinggi berserta penjamin 2 orang yang mempunyai nilaian aset yang sama dengan si mati.

Lepas tu tunggulah untuk dipanggil bicara kuasa. Tempoh dalam masa 4-6 bulan bergantung kepada jabatan di negeri masing-masing.

Bukan mohon harini, esok dah dapat surat kuasa ye. Kena tunggu dan bersabar. Tak semua daerah yang ada Jabatan ni.

Surat kuasa ni siapa yang diberi kuasa tu bermakna dia adalah pentadbir untuk harta-harta pusaka arwah.

Dialah yang perlu uruskan semua, dialah wakil si mati. Tapi dia hanyalah pemegang amanah bukan pemilik kepada harta-harta pusaka yang ditinggalkan tu.

Sebab tu kadang-kadang nak buat pilihan pentadbir pun waris boleh sampai bergaduh-gaduh bertekak-tekak dalam jabatan ni.

Yelah bila ada kuasa bermakna dia boleh buat segala urusan, duit pun akan masuk akaun dia dan sebagainya. Kuasa la katakan.

Itulah pentingnya untuk melantik pentadbir yang amanah, adil, berkepakaran dan berkebolehan serta berkemampuan. Sebab satu surat kuasa ni hanya untuk satu nama pentadbir.

Andaikata pentadbir yang dapat surat kuasa ni meninggal separuh jalan dalam menguruskan pusaka tadi, waris-waris lain perlu buat permohonan baru dan lantik pentadbir baru dan jugak mulakan balik process pusaka dari awal.

Agak-agak mudah tak kerja sebagai pentadbir ni? Mudah je sebenarnya asalkan waris-waris bersepakat dan bekerjasama.

Cuba elakkan perebutan pergaduhan dan sebagainya. Semoga urusan-urusan arwah di dunia ni selesai segera.

Mana yang masih diberi kesempatan untuk buat perancanagan awal, buatlah perancangan awal. Kadang-kadang urusan ni mudah tapi ramai yang ambil mudah.

Ok tu je sikit perkongsian untuk urusan surat kuasa ni. Segerakan lah urusan pusaka si mati awal-awal.

Tak nak waris pening kepala dan bergaduh sesama sendiri suatu hari nanti?

Solusinya buat lah dokumen wasiat dengan melantik syarikat trustee sebagai wasi harta pusaka anda. Lebih amanah, lebih telus, lebih dipercayai dan sudah tentunya pakar dalam bidangnya. 

 
Facebook
Twitter
LinkedIn
Telegram
WhatsApp
Email
Print

Borang Quotation

(nombor yang boleh whatsapp & call)

Hits: 0

PROSES PENGUMPULAN HARTA SELEPAS KEMATIAN PEMILIK

proses pengumpulan harta selepas kematian pemilik
Harta Beku 60 Billion

PROSES PENGUMPULAN HARTA SELEPAS KEMATIAN PEMILIK

Hari ini, statistik menunjukkan nilai pusaka yang terbeku di Malaysia adalah sebanyak RM 66 billion. Daripada jumlah ini, 90 peratus daripadanya adalah hak milik orang Islam.

Jumlah ini bukanlah sesuatu yang sedikit. Sebaliknya, dengan jumlah ini jika dilaburkan dalam unit amanah atau simpanan, KADAR KEUNTUNGANNYA sahaja boleh membina 10 buah universiti dan para pelajarnya dapat belajar secara PERCUMA selama 20 tahun.

Tetapi hari ini, apa yang generasi kita lalui adalah terpaksa meminjam di sana sini untuk membolehkan mereka menyambung pelajaran. Ini dapat dilihat bahawa kerugian adalah berpihak kepada umat Islam secara keseluruhannya.

Oleh itu, suka untuk saya berkongsi salah satu cara bagi mereka yang LANGSUNG TIDAK MEMBUAT APA-APA perancangan ketika hidup, bagaimana warisnya dapat menguruskan pusaka arwah.

Adakah perlu untuk menguruskan pusaka arwah? Jawapannya ya. SANGAT PERLU. Kenapa? Kerana menurut agama Islam, ada tiga perkara yang perlu disegerakan selepas kematian seorang umat Islam iaitu:

1.  Mengebumikan jenazah.
2.  Membayarkan hutang si mati.
3.  Menguruskan pusaka arwah.

proses lama, senarai harta simati
1 saat mengubah segalanya
Kenapa diletakkan menguruskan pusaka sebagai perkara yang perlu disegerakan? Ini adalah kerana khuatir jika waris termakan harta yang bathil dan berlakunya kematian berlapis.
 
Antara tugas waris untuk proses pengumpulan harta adalah seperti berikut:

1.  Membuat senarai aset yang dimiliki oleh arwah. Ini adalah termasuk aset alih (tunai, barang kemas dan barang berharga lain) dan aset tak alih (hartanah).

2.  Setelah dibuat senarai aset, kenalpasti pemilikan aset. Sebagai contoh, ada sesetengah memiliki rumah dan tanah secara berkongsi. Sekiranya berkongsi, bermakna hanya bahagian arwah yang akan melalui proses pusaka.

3.  Waris juga perlu mengenalpasti aset yang masih memiliki hutang atau bercagar dengan pihak bank seperti rumah, tanah dan kenderaan. Jika ada, waris perlu menyemak dengan pihak bank sama ada arwah mempunyai takaful yang cukup untuk melangsaikan hutang aset-aset terbabit.

4.  Bagi aset tunai yang mempunyai penama seperti tabung haji dan kumpulan wang simpanan pekerja, asingkan senarai kerana aset ini tidak perlu melalui proses tuntutan pusaka. Tetapi sekiranya si mati tidak meletakkan penama bagi aset ini, ianya perlu melalui proses perolehan kuasa terlebih dahulu.

5.  Kemudian, jumlahkan semua aset si mati yang ada. Ini adalah sangat penting untuk mengenalpasti di manakah aset si mati akan diuruskan.

Bagi proses perolehan kuasa, terdapat tiga agensi yang berbeza untuk membuat tuntutan. Cukup sampai di sini dulu ya. Nanti kita sambung lagi dimanakah proses pengurusan pusaka boleh dilakukan.

Facebook
Twitter
LinkedIn
Telegram
WhatsApp
Email
Print

Borang Quotation

(nombor yang boleh whatsapp & call)

Hits: 2

SyaihanSirotin.com Hai, tekan loceng untuk terima promosi dan update dari website ini :-)
Dismiss
Allow Notifications