11 TIPS BAGAIMANA GUNA MEDICAL CARD ANAK

Musibah boleh berlaku bila-bila masa sahaja

11 TIPS BAGAIMANA GUNA MEDICAL CARD ANAK

Banyak yang whatsapp tanya mengenai bagaimana nak uruskan kemasukan anak yang sakit ke hospital swasta menggunakan medical card. Ok meh saya share tips-tips nya.

1. Utamakan kesihatan, bukan claim. Maksudnya, janganlah disebabkan kita nak claim semata- mata (sebab kalau warded saja baru boleh claim dari medical card) menyebabkan kita bertangguh nak bawa anak kita untuk dapatkan rawatan awal.

2. Monitor keadaan anak di rumah. Kalau boleh, jangan hantar ke taska sebab boleh berjangkit dengan Didi & Friends dia pula. Seeloknya, stand by satu thermometer untuk kanak-kanak dekat rumah, boleh rekod suhu badan. Pastikan boleh feeding. Monitor untuk simptom yang lain.

3. Bawa ke klinik berhampiran untuk diperiksa oleh doktor. Jangan terus bagi baki antibiotik yang dah lama mereput dalam peti ais tu. Kita bukan tahu ianya sesuai atau tak. Dapatkan nasihat dari pegawai perubatan. 

4. Kalau nak cepat dan mudah, memang kebanyakan parents akan bawa ke klinik swasta dulu. Jika ada panel klinik yang majikan tanggung, kuranglah beban nak bayar bil kan. Tak apa, anak ni rezeki dan amanah, keluar duit sikit untuk kebajikan dia. Nanti akan diganti dengan rezeki lain.

5. Jika doktor kata anak ok dan tak perlu rujukan ke hospital, alhamdulillah. Maksudnya keadaan masih terkawal, tak perlu admit ke wad. Salah konsep nak anak masuk wad semata- mata boleh claim dan tak rugi rasa bayar medical coverage. Kesian tengok tangan dia yang bambam nanti kena cucuk unnecessarily. Bertabahlah mak ayah !

6. Tapi, andainya keadaan memaksa anak untuk diwadkan supaya rawatan lebih baik boleh diberikan, takda la kita rasa terbeban pulak memikirkan bil yang akan ditanggung nanti kan? Do the best we can so that anak ni boleh dapatkan yang terbaik. Antara indikasi kebiasaan untuk kemasukan anak ke wad adalah poor feeding, lemah, irritable, dehydrated, demam berpanjangan, dan lain- lain lagi.

7. Doktor di klinik akan tuliskan memo atau surat rujukan pada hospital sekiranya pada pandangan profesional beliau, anak tu perlu mendapatakan rawatan yang lebih. Ada surat tu akan memudahkan urusan kemasukan ke wad dan proses memohon Guarantee Letter dari syarikat insurans atau takaful anda.

8. Bukan semata- mata ada medical card saja sewenang- wenangnya boleh admit ya. Sebab kejap lagi kalau terus ke hospital dan doktor decide tak perlu admit, bil tu anda kena setel sendiri dan tak boleh claim. 😅 Dan kalau semua orang terus ke hospital untuk kes bukan kecemasan akan menambahkan kesesakan di hospital sebagai tertiary centre.

9. Pack barang siap-siap just in case kena admit. Takde la kena patah balik semula untuk pack barang kan.

10. Seeloknya, hubungi agen anda supaya beliau boleh bantu terangkan proses mengikut syarikat dan plan masing- masing. Kalau dengan medical card yang saya ambil untuk anak ni, sebarang bil klinik sebelum kemasukan ke wad boleh claim semula. Akan dikira sebagai pre- hospitalisation treatment. Just bagi resit dan isi borang claim. So, tak ada masalah.

11. Setelah doktor decide untuk admit, follow arahan seterusnya dari staf. Mungkin kena buat beberapa test dahulu. Biasanya, staff akan minta anda tunggu sebentar sementara doktor isi borang insurans dan periksa bilik availability. Tunggu pengendali takaful terima request for Guarantee Letter dan approve.  Kemungkinan anda masih perlu memberikan deposit sendiri juga antara rm300-500 bagi menanggung bil bukan perubatan. Tapi ianya bergantung pada hospital dan plan yang anda ambil. Macam saya hari tu, hospital meminta RM300 dimana saya dipulangkan semula RM288 selepas ditolak yuran pendaftaran. Ok la, bil RM4000 lebih kot !

Lagi sekali, jangan concern sangat pasal bil rawatan anak. Ambil tahu apa yang boleh dituntut dan apa yang tidak. Mohon bantuan agen anda untuk terangkan proses semula dan assist anda. Agen mesti akan cuba yang terbaik untuk bantu anda. 

Kenapa approve time lambat sedikit? Sebab company minta dokumen lain yang tidak dihantar bersama iaitu surat rujukan. Jangan gelabah kalau lambat approve. Selalunya sebab ada maklumat lain yang syarikat minta dari hospital.

Bila dah boleh discaj nanti, FINAL GUARANTEE LETTER pula akan menyusul dengan total kos dia.

UTAMAKAN KESIHATAN, bukan CLAIM. 😘

 
Facebook
Twitter
LinkedIn
Telegram
WhatsApp
Email
Print

Borang Quotation

(nombor yang boleh whatsapp & call)
=
=

Views: 5

Risiko Kesihatan dan Insurans Takaful

kes kanser, pesakit kanser, fakta kanser
Fakta Kanser

Risiko Kesihatan dan Insurans Takaful

BERDASARKAN kajian Universiti Harvard di Amerika, risiko seseorang individu mati disebabkan oleh penyakit kanser adalah satu dalam 510, sedangkan risiko seseorang itu mati disebabkan oleh kemalangan kereta adalah satu dalam 6,700. Manakala risiko kematian di rumah disebabkan tanah runtuh adalah satu dalam 48,000. Akan tetapi, masih ramai rakyat Malaysia yang tidak memiliki insurans kesihatan atau insurans nyawa, jika dibandingkan dengan insurans kereta atau insurans rumah kediaman.

Kenapa kita perlukan insurans kesihatan? Kebanyakan rawatan pembedahan elektif (non-emergency), di hospital2 kerajaan terdapat sistem giliran menunggu (waiting list). Kelewatan sistem giliran tersebut tidak termasuk tarikh rawatan yang ditangguh atas sebab2 tertentu. Sebagai contohnya, untuk rawatan pembedahan jantung dan paru-paru, terdapat ramai pesakit yang terpaksa menunggu sehingga lebih enam bulan sebelum mendapat rawatan.

Semua syarikat insurans di Malaysia beroperasi di bawah peraturan yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM). Oleh itu, sebarang kritikan atau aduan terhadap syarikat insurans boleh ditujukan kepada Bank Negara.

Terdapat pelbagai jenis produk insurans serta takaful kesihatan yang ditawarkan di Malaysia. Apa yang jelas adalah produk insurans kesihatan sekarang jauh lebih baik daripada produk insurans 20 tahun dahulu. Pengalaman saya sendiri menunjukkan semua syarikat insurans yang ada di Malaysia mempunyai daya saing serta tarikan produk insurans masing2.

Antara syarikat insurans yang terserlah dari segi kualiti produk dan mutu khidmat pelanggan adalah seperti Prudential, ING, Allianz, AXA dan AIA. Terdapat 10 perkara penting yang perlu diketahui tentang produk insurans kesihatan yang ditawarkan oleh syarikat2 insurans di Malaysia:

Produk Pelbagai (empat dalam satu)
Pastikan insurans kesihatan tersebut meliputi 1) pembiayaan kos rawatan hospital, 2) dana penyakit kritikal (critical illness), 3) insurans hayat dan insurans kemalangan, serta 4) pelaburan jangka panjang. Pulangan pelaburan yang akan diterima selepas 10 tahun menunjukkan insurans kesihatan tersebut tidak merugikan seperti insurans kereta atau insurans rumah kediaman.

Kad kesihatan (medical card)

Terdapat jenis kad yang tidak memerlukan deposit tunai untuk tujuan rawatan dan kemasukan hospital.

Jenis2 penyakit yang tidak dilindungi

Penyakit yang berkaitan peranakan (pregnancy), penyakit kelahiran (congenital), rawatan kosmetik (plastic surgery), ketagih alkohol atau dadah, penyakit HIV, tidak dilindungi insurans.

Tarikh matang polisi insurans

Kebiasaannya, pihak insurans akan membenarkan tuntutan dibuat selepas enam hingga 12 bulan mulai dari tarikh polisi tersebut diambil.

Panel hospital2 swasta yang diiktiraf

Seperti hotel, hospital juga ada yang bertaraf tiga, empat, atau lima bintang. Hospital bertaraf lima bintang menyediakan kemudahan rawatan pakar serta peralatan yang serba lengkap, canggih serta kemas kini. Tidak semua syarikat insurans dapat memberikan perlindungan rawatan di hospital lima bintang.

Bayaran premium secara bulanan atau tahunan

Ada syarikat insurans yang menyediakan kemudahan bayaran premium insurans secara ansuran bulanan melalui kad kredit, untuk menjamin pembayaran berterusan. Perlu diingatkan syarikat insurans tidak bertanggungjawab sekiranya ada individu yang lupa membayar premium.

Penambahan nilai tanggungan insurans

Perlindungan insurans di negara asing. Amat penting sekiranya individu tersebut kerap ke luar negara. Kos rawatan hospital di Eropah dan Amerika adalah amat tinggi.

Khidmat ejen insurans yang berterusan

Ejen-ejen insurans dapat menguruskan tuntutan dengan lebih cepat. Kewibawaan, mutu khidmat pelanggan serta kedudukan kewangan syarikat insurans tersebut.

Hakikatnya, pesakit2 yang ingin dirawat di hospital swasta akan berhadapan dengan dua jenis kesakitan iaitu sakit badan dan sakit nak bayar. Pengalaman pesakit2 saya sendiri membuktikan untuk membiayai kos rawatan pembedahan jantung di Hospital KPJ Ampang Puteri, pesakit yang tiada insurans atau surat majikan (guarantee letter) perlu menyimpan wang tunai sebanyak RM3,500 tiap2 bulan selama setahun.


Untuk mendapat rawatan pembedahan jantung yang sama, pesakit yang ada insurans kesihatan, mereka hanya perlu membayar premium insurans lebih kurang RM150-200 tiap2 bulan, bergantung kepada umur dan jenis polisi yang diambil. Pesakit pembedahan jantung juga layak untuk mendapat imbuhan dana penyakit kritikal berjumlah puluhan ribu ringgit. Bak kata pepatah, alah membeli, menang memakai.

Artikel oleh Dr.Mohd Fikri Abdullah,Pakar Perunding Bedah Jantung & Paru-paru, Hospital Pakar Ampang Puteri.

Facebook
Twitter
LinkedIn
Telegram
WhatsApp
Email
Print

Borang Quotation

(nombor yang boleh whatsapp & call)
=
=

Views: 3

SyaihanSirotin.com Hai, tekan loceng untuk terima promosi dan update dari website ini :-)
Dismiss
Allow Notifications