APA DIA SURAT KUASA?

APA DIA SURAT KUASA?

Jom ambik tahu sebab surat kuasa ni surat yang sangat penting.

Bila berlaku kematian, nak uruskan perihal pusaka selalunya mana-mana tempat akan tanya, SURAT KUASA ada? Sijil mati sahaja tak mencukupi.

Sesetengah institusi nak uruskan pusaka tak memerlukan surat kuasa.

Contohnya, waris boleh tutup account jika:
💵Bank kurang daripada 5k atau 2k (bergantung kepada bank mana)
💵ASB kurang daripada 10k

Institusi yang ada penama juga tak perlu surat kuasa. Contohnya Insuran Takaful, Tabung Haji, KWSP.

Nak buat pertukaran nama rumah 🏡 atau kereta 🚗 memerlukan surat kuasa ni.

Kat mana nak dapatkan surat kuasa ni?

Surat Kuasa ni boleh dimohon di Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG).

Tapi selalunya yang lebih biasa orang sebut-sebut Pejabat Pusaka Kecil. Iaitu satu Unit di bawah jabatan ini yang mengendalikan urusan harta pusaka.

Macammana nak mohon surat kuasa?

Jika takde wasiat dan nilai harta bawah 2 juta, waris-waris boleh ke Jabatan ini untuk ambil
📜Borang A – permohonan surat kuasa
📜Borang DDA- waris-waris yang tak dapat hadir untuk bicara kuasa boleh isi borang ni. (semua waris-waris faraid perlu tandatangan)

Ada kos jugak tapi tak la banyak sangat bergantung kepada nilaian harta, dalam 0.2% cajnya.

Untuk harta yang lebih 2 juta dah tak boleh buat permohonan di jabatan ni ye. Perlu ke Mahkamah Tinggi berserta penjamin 2 orang yang mempunyai nilaian aset yang sama dengan si mati.

Lepas tu tunggulah untuk dipanggil bicara kuasa. Tempoh dalam masa 4-6 bulan bergantung kepada jabatan di negeri masing-masing.

Bukan mohon harini, esok dah dapat surat kuasa ye. Kena tunggu dan bersabar. Tak semua daerah yang ada Jabatan ni.

Surat kuasa ni siapa yang diberi kuasa tu bermakna dia adalah pentadbir untuk harta-harta pusaka arwah.

Dialah yang perlu uruskan semua, dialah wakil si mati. Tapi dia hanyalah pemegang amanah bukan pemilik kepada harta-harta pusaka yang ditinggalkan tu.

Sebab tu kadang-kadang nak buat pilihan pentadbir pun waris boleh sampai bergaduh-gaduh bertekak-tekak dalam jabatan ni.

Yelah bila ada kuasa bermakna dia boleh buat segala urusan, duit pun akan masuk akaun dia dan sebagainya. Kuasa la katakan.

Itulah pentingnya untuk melantik pentadbir yang amanah, adil, berkepakaran dan berkebolehan serta berkemampuan. Sebab satu surat kuasa ni hanya untuk satu nama pentadbir.

Andaikata pentadbir yang dapat surat kuasa ni meninggal separuh jalan dalam menguruskan pusaka tadi, waris-waris lain perlu buat permohonan baru dan lantik pentadbir baru dan jugak mulakan balik process pusaka dari awal.

Agak-agak mudah tak kerja sebagai pentadbir ni? Mudah je sebenarnya asalkan waris-waris bersepakat dan bekerjasama.

Cuba elakkan perebutan pergaduhan dan sebagainya. Semoga urusan-urusan arwah di dunia ni selesai segera.

Mana yang masih diberi kesempatan untuk buat perancanagan awal, buatlah perancangan awal. Kadang-kadang urusan ni mudah tapi ramai yang ambil mudah.

Ok tu je sikit perkongsian untuk urusan surat kuasa ni. Segerakan lah urusan pusaka si mati awal-awal.

Tak nak waris pening kepala dan bergaduh sesama sendiri suatu hari nanti?

Solusinya buat lah dokumen wasiat dengan melantik syarikat trustee sebagai wasi harta pusaka anda. Lebih amanah, lebih telus, lebih dipercayai dan sudah tentunya pakar dalam bidangnya. 

 
Facebook
Twitter
LinkedIn
Telegram
WhatsApp
Email
Print

Borang Quotation

(nombor yang boleh whatsapp & call)
=
=

Views: 1

Proses tuntutan harta Pusaka Dengan Wasiat dan Tanpa Wasiat

Kesedaran Orang Islam Tentang Wasiat Masih Rendah
 

Proses tuntutan harta Pusaka Dengan Wasiat dan Tanpa Wasiat

Antara kepentingan utama yang dinyatakan adalah memudahkan pengurusan harta pusaka selepas kematian, menjimatkan masa dan mengurangkan kos.

Jadi, untuk artikel kali ini, saya ingin berkongsi berkenaan proses tuntutan harta pusaka dengan wasiat dan tanpa wasiat.

Dengan itu, kita akan dapat meneliti mengapa pentingnya membuat urusan pewarisan harta semasa masih hidup.

Pengurusan Harta Pusaka Tanpa Wasiat

Apabila berlaku sahaja kematian, semua harta si mati samaada harta alih dan tak alih diletakkan sebagai status harta beku.

Jadi, untuk mencairkannya, perlu melalui proses-proses yang berikut:

1. Waris-waris perlu berkumpul dan melantik seorang pentadbir. Pelantikan pentadbir hendaklah secara bertulis, disahkan dan dipersetujui semua waris.

2. Kumpul maklumat berkenaan semua harta yang ditinggalkan. Oleh kerana si mati tidak membuat wasiat, kemungkinan dokumen-dokumen berkaitan hartanya juga tidak disimpan dengan baik. Maka, pentadbir perlu mendapatkan semua dokumen tersebut.

3. Kumpul maklumat berkenaan semua waris. Semua waris perlu dikenalpasti dan dijejaki. Jika waris telah mati, dapatkan sijil kematian. Bagi waris yang hilang, perlu mendapatkan Perintah Anggapan Kematian daripada Mahkamah Tinggi.

4. Buat penilaian ke atas harta pusaka. Nilai harta akan menentukan ke mana tempat untuk memohon Surat Kuasa Mentadbir (Letter of Administration, LA). LA boleh dimohon di:

Mahkamah Tinggi – Harta alih dan tak alih melebihi RM 2 juta / Harta alih sahaja melebihi RM 600,000

– Pejabat Pusaka Kecil – Harta alih dan tak alih bersamaan atau kurang RM 2 juta

– Amanah Raya Berhad – Harta alih sahaja bersamaan atau kurang RM 600,000

5. Bagi orang Islam, perlu memohon Sijil Faraid di Mahkamah Syariah terlebih dahulu. Sijil Faraid mengandungi maklumat berkenaan nilai harta pusaka, nama waris-waris yang berhak dan kadar bahagian setiap waris. Sijil Faraid memastikan tiada kezaliman dan keciciran ke atas setiap waris yang berhak.

6. Selepas mendapatkan Sijil Faraid, perlumemohon Surat Kuasa Mentadbir (Letter of Administration, LA) di mana-mana institusi bergantung kepada nilai harta pusaka. Jika melibatkan Mahkamah Tinggi, dua orang penjamin yang memenuhi syarat tertentu dan peguam diperlukan untuk memudahkan proses permohonan.

7. Selepas mendapatkan LA, barulah pemegang LA boleh mencairkan harta pusaka, membayar hutang si mati dan membahagikan kepada waris-waris mengikut kadar yang ditentukan. Pemegang LA juga boleh melakukan permohonan pindahmilik di semua institusi yang berkaitan.

Pengurusan harta pusaka tanpa wasiat memang satu proses yang panjang dan memakan masa, boleh menjangkau sehingga 3 ke 5 tahun.

Proses yang panjang ini juga boleh menyebabkan kos yang lebih tinggi.

Lebih parah lagi jika ada masalah-masalah seperti yang berikut:

– Waris tidak sepakat untuk melantik pentadbir/dalam pembahagian harta

– Waris hilang tidak dapat dijejaki

– Dokumen-dokumen tidak lengkap

– Waris tidak punyai masa/sibuk untuk menguruskan proses tuntutan

– Waris tidak tahu cara/proses membuat tuntutan harta pusaka

– Terdapat tuntutan daripada pihak lain

Sebab itulah pentingnya wasiat disediakan semasa hidup, supaya proses tuntutan yang panjang ini tidak dilalui dan masalah-masalah lain tidak timbul.

Beza wasiat vs tanpa wasiat

Pengurusan Harta Pusaka Dengan Wasiat

Orang yang menyediakan wasiat sebelum mati kebiasaanya akan melakukan dua perkara penting, iaitu mengumpul semua dokumen yang diperlukan (berkaitan harta dan waris) dan melantik pentadbir(wasi).

Pentadbir yang dilantik boleh terdiri daripada waris, bukan waris, peguam atau institusi pengurusan harta pusaka seperti Amanah Raya Berhad dan as-Salihin  Trustee Berhad.

Dengan adanya dua perkara ini, proses tuntutan harta pusaka akan menjadi lebih mudah.

1. Pentadbir (wasi) yang dinamakan dalam wasiatmembuat permohonan Geran Probet di Mahkamah Tinggi. Geran Probet ini seolah-olah LA yang membolehkan pentadbir menguruskan harta pusaka tersebut.

2. Pentadbir juga boleh memohon pengesahan wasiat di Mahkamah Syariah .
Mahkamah syariah diberi kuasa untuk mengesahkan sesuatu dokumen pewarisan seperti wasiat, hibah, deklarasi harta sepencarian, penyerahan amanah dan pengisytiharan wakaf.

3. Selepas Geran Probet diperoleh, pentadbir boleh mencairkan harta pusaka tersebut dan menggunakannya untuk membayar hutang-hutang si mati.

4. Pentadbir juga boleh membahagikan harta pusaka mengikut wasiat yang ditinggalkan atau mengikut faraid dan memohon pindahmilik di institusi berkaitan.

Proses tuntutan harta pusaka yang mempunyai wasiat boleh diselesaikan dengan mudah dan cepat dalam masa sekitar setahun sahaja.

Bahkan, kosnya lebih murah.

Walaupun, proses tuntutan dengan wasiat lebih mudah dan murah, namun masih tidak terlepas daripada masalah (terutamanya untuk orang Islam) yang mungkin timbul seperti:

– Wasiat melibatkan jumlah harta melebihi 1/3 daripada nilai keseluruhan harta pusaka

– Wasiat tidak dipersetujui oleh waris-waris yang berhak

– Wasiat tidak memenuhi syarat seperti tidak mempunyai dua saksi

– Wasiat diragui kerana pembahagian tidak munasabah atau disediakan dalam keadaan tenat/hampir mati

Maka, di sinilah peranan Mahkamah Syariah untuk menyelesaikan masalah-masalah seperti ini.

Mahkamah Syariah diberi kuasa untuk mengesahkan wasiat yang dilakukan oleh orang Islam.

Sekiranya wasiat tersebut disahkan, Perintah Pembahagian akan dikeluarkan oleh Mahkamah Sivil atau Pejabat Pusaka Kecil sepertimana peruntukan dalam wasiat.

Namun, jika Mahkamah Syariah mendapati wasiat tidak sah atau dipertikaikan, maka wasiat boleh terbatal dan harta akan dibahagikan mengikut hukum faraid.

Penutup

Begitulah secara ringkasnya proses-proses yang terlibat dalam pengagihan harta pusaka.

Mohon Wasiat Secara Online? Klik link di bawah ini untuk memudahkan anda buat dokumen wasiat secara online tanpa banyak halangan.
 
 
Borang untuk set temujanji bersama Perunding Harta Pusaka Islam.
Facebook
Twitter
LinkedIn
Telegram
WhatsApp
Email
Print

Borang Quotation

(nombor yang boleh whatsapp & call)
=
=

Views: 3

HUBUNG KAIT SURAT KUASA WAKIL DAN DEKLARASI HIBAH

surat kuasa
Power of Attorney & Pri-Hibah by as-Salihin Trustee Bhd

HUBUNG KAIT SURAT KUASA WAKIL DAN DEKLARASI HIBAH

SURAT KUASA WAKIL (Power of Attorney) :

Surat Kuasa Wakil adalah satu dokumen perlantikan wakil kuasa oleh pemberi kuasa kepada penerima kuasa untuk urusan tertentu di mana pemilik harta melantik seorang wakil yang akan bertindak bagi pihak beliau untuk menguruskan harta-harta beliau beserta kuasa-kuasa tertentu yang diberikan kepada wakil tersebut.

Contohnya kuasa yang boleh diberikan adalah kuasa untuk memindah milik harta pemilik harta, menandatangani perjanjian jual beli, menandatangani perjanjian sewa beli, kuasa untuk memohon pengeluaran wang di institusi kewangan atau penutupan akaun serta membuat pelaburan dan lain-lain kuasa yang berkaitan harta-harta tertentu.

Surat Kuasa Wakil ini boleh diguna pakai untuk harta alih dan harta tidak alih samada harta tersebut bercagar atau tidak bercagar.

Anggapan bahawa Surat Kuasa Wakil ini adalah satu instrumen pemberian atau hibah adalah SALAH. Sebaliknya ia adalah satu instrumen yang diguna pakai untuk membuat sebarang urusan berkenaan pemberian/hibah harta tersebut setakat kuasa yang diberi. Penerima kuasa wakil tersebut bukanlah benefisiari bagi harta tersebut tetapi beliau hanya mempunyai kuasa untuk bertindak membuat urusan berkenaan harta tersebut setakat kuasa yang diberi.

Pengesahan Surat Kuasa Wakil :

Surat Kuasa Wakil ini telah sah, wujud serta berkuatkuasa setelah ia disahkan/disaksikan oleh salah seorang daripada pihak berkenaan yang
dinyatakan di dalam Seksyen 3 Akta Surat Kuasa Wakil 1949. Ia juga perlu di daftarkan di Mahkamah Tinggi Sivil dan disimpan satu salinan di Pejabat Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil.

Section 3 Powers of Attorney Act 1949

Authentication of powers of Attorney :

(1) No instrument purporting to create a power of attorney executed after the commencement of this Act shall have any validity to create
such power within West Malaysia unless:

(a) if executed within West
Malaysia, the instrument is executed before, and is authenticated in the appropriate form set out in the First Schedule hereto by-
(i) A Magistrate
(ii) A Justice of the Peace
(iii) A Land Administrator
(iv) A Notary Public
(v) A commissioner for Oaths; or
(vi) An advocate and solicitor; or
(vii) An officer, acting in the course of his employment of a company
carrying on the business of banking in West Malaysia and incorporated by
or under any written law in force in West Malaysia

Section 4 Powers of Attorney Act 1949

Deposit of Power of Attorney :

(1) Except as hereinafter provided no instrument purporting to create a power of attorney shall, after the commencement of this Act, have any
validity to create such power within West Malaysia until :

(a) a true copy of the said instrument duly compared therewith and marked by the Senior Assistant Registrar within the words “true copy” has been
deposited in the office of a Senior Assistant Registrar.

Surat Kuasa Wakil Menurut Islam

Surat Kuasa Wakil adalah bersamaan konsep Wakalah di dalam Islam iaitu mewakilkan seseorang /organisasi untuk menguruskan sebarang tugas atau urusan bagi pihaknya. Akad Wakalah ini memberi kuasa kepada wakil atau agen menjalankan sesuatu kerja bagi pihak yang diwakilinya.

Konsep Wakalah diguna pakai dalam bidang perbankan Islam serta Takaful dimana ia memberi kuasa kepada institusi berkenaan untuk melakukan
transaksi tertentu. Manakala di dalam bidang guaman syarie Wakalah digunakan untuk memberi kuasa kepada Peguam Syarie untuk mewakili anak
guam dalam Mahkamah Syariah. Setiap bidang berkenaan mungkin menggunakan nama yang berbeza tetapi tujuan dan maksud yang sama.

Pendapat dan tanggapan bahawa Surat Kuasa Wakil tu sebagai tidak menepati hukum Islam dan undang-undang Islam adalah tidak benar kerana
jelas bahawa Surat Kuasa Wakil itu menepati dan bersamaan dengan konsep Wakalah di dalam Islam iaitu perlantikan wakil untuk melakukan urusan harta tertentu.

Di dalam al Quran juga ada menyebut berkenaan wakalah :

Surah al Kahfi Ayat 20;
“…..sekarang utuslah salah seorang daripada kamu, membawa wang perak kamu ini ke bandar, kemudian biarlah dia mencari dan memilih mana-mana jenis makanan yang lebih baik lagi halal (yang dijual disitu), kemudian ia membawa sedikit habuan untuk kamu.”

Surah Yusof Ayat 55;
“Jadikanlah aku pengurus perbendaharaan hasil bumi (Mesir), sesungguhnya aku sedia menjaganya dengan sebaik-baiknya, lagi mengetahui cara mentadbirnya.”

DEKLARASI HIBAH

Deklarasi Hibah adalah dokumen pemberian harta daripada pemilik harta kepada penerima
harta dan ia berkuat kuasa semasa hayat penghibah . Harta hibah telah menjadi hak milik penerima hibah. Apabila penghibah meninggal dunia maka harta hibah tersebut bukan lagi harta atau pusaka penghibah. Urusan pindah milik atau pentadbiran harta hibah tersebut juga tidak perlu melalui proses pentadbiran pusaka.

Deklarasi Hibah yang ditawarkan oleh as- Salihin Trustee Berhad akan disertakan bersama Surat Kuasa Wakil. Ini bertujuan agar sebarang transaksi harta hibah seperti pindahmilik, pengeluaran wang di institusi kewangan atau penutupan akaun boleh diuruskan mengunakan Surat Kuasa Wakil tanpa melalui proses mahkamah untuk mendapatkan Surat Kuasa Mentadbir atau Geran Probet atau permohonan sijil Faraid. Urusan pindah milik dan pengagihan harta hibah akan dilaksanakan dengan lebih cepat, mudah dan lancar.

Deklarasi Hibah tersebut adalah menepati rukun dan syarat Hibah yang ditentukan oleh hukum Islam serta telah diluluskan oleh Lembaga Penasihat Syariah as-Salihin Trustee Berhad yang berwibawa dan pakar dalam bidang undang-undang Islam dan undang-undang Sivil.

Manakala Surat Kuasa Wakil menepati konsep Wakalah Muqayyad iaitu Wakalah yang terikat dengan syarat, masa dan keadaan tertentu. Surat
Kuasa Wakil ini juga disempurnakan mengikut mengikut syarat-syarat penyaksian Islam dimana ia disaksikan oleh dua (2) orang saksi lelaki Muslim dewasa dan salah seorang daripada mereka mestilah Pesuruhjaya Sumpah atau Peguambela dan Peguamcara.

Surah Al-Baqarah ayat 282 menyebut berkenaan Penyaksian dalam Mualamat :
“….dan hendaklah kamu mengadakan dua orang saksi lelaki dari kalangan kamu.”

Oleh demikian, dakwaan bahawa Deklarasi Hibah yang ditawarkan oleh as-Salihin Trustee Berhad adalah tidak menepati hukum Islam kerana
menggunakan Surat Kuasa Wakil yang disahkan oleh Mahkamah Tinggi Sivil dan tidak mendapatkan perintah pengesahan hibah daripada Mahkamah Syariah adalah TIDAK BENAR.

Ditekankan bahawa Perintah Pengesahan Hibah hanya perlu dipohon daripada mana-mana Mahkamah Syariah
sekiranya pertikaian ditimbulkan oleh mana-mana pihak terhadap Deklarasi Hibah tersebut. Pihak yang mempertikaikan tersebutlah yang wajar membawa perkara tersebut ke mahkamah untuk membuktikan dakwaan beliau.

Untuk makluman, walaupun pengesahan hibah telah diperolehi daripada Mahkamah Syariah, pindah milik harta hibah kepada benefisiari selepas kematian penghibah hanya boleh dilaksanakan menggunakan salah satu daripada instrumen berikut iaitu Surat Kuasa Wakil atau Surat Kuasa Mentadbir atau Geran Probet dan Perintah Pembahagian (mana yang berkenaan) yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Sivil atau Unit Pusaka Kecil.

as-Salihin Trustee Berhad diwujudkan adalah untuk membantu orang Islam merancang harta pusaka agar ia dapat diuruskan dengan mudah, lancar dan tanpa perlu melalui proses yang panjang. Semua produk yang dibangunkan serta ditawarkan oleh as-Salihin adalah telus mengikut hukum syarak serta peruntukan undang-undang di Malaysia supaya ia boleh dikuatkuasa tanpa sebarang masalah dan tanpa perlu melalui proses yang rumit dan panjang demi menjaga kemaslahatan umat Islam.

Akhir kata, Islam itu mudah selagimana sesuatu perkara itu tidak bertentangan dengan hukum Syarak dan membawa mudarat maka ia harus dilakukan dan tidaklah menjadi satu kesalahan.

Disediakan oleh

Amna Fazillah Ismail
Timbalan Presiden
as-Salihin Trustee Berhad
26 Jun 2018

 

Facebook
Twitter
LinkedIn
Telegram
WhatsApp
Email
Print

Borang Quotation

(nombor yang boleh whatsapp & call)
=
=

Views: 7

SyaihanSirotin.com Hai, tekan loceng untuk terima promosi dan update dari website ini :-)
Dismiss
Allow Notifications