Apa yang kebanyakkan setiap waris perlu tahu tentang bagaimana nak dapatkan sijil faraid?

Cara mohon sijil faraid

Apa yang kebanyakkan setiap waris perlu tahu tentang bagaimana nak dapatkan sijil faraid?

Apa itu sijil faraid?

Sijil Faraid adalah dokumen akuan pewarisan orang beragama Islam, yang menyatakan kesahihan ahli-ahli waris dan bahagian-bahagian yang diperoleh.

Permohonan Sijil Faraid hendaklah dibuat di mahkamah syariah kerana hanya mahkamah syariah yang berbidangkuasa untuk menentusahkan siapakah waris yang berhak kepada harta pusaka si mati dan berapakah nilaian pembahagian bagi waris tersebut.
 
Sijil Faraid diperlukan contohnya bagi kes-kes seperti berikut:
 
Pasangan si mati ingin menuntut harta sepencarian. Sijil Faraid diperlukan terlebih dahulu sebab dengan adanya Sijil Faraid barulah boleh ditentukan siapakah pemohon dan siapakah responden dalam permohonan harta sepencarian.

Waris ingin mengeluarkan harta alih si mati yang disimpan oleh institusi-institusi perbankan, Tabung Haji, amanah saham, dan sebagainya. Sebagai alternatif kepada Surat Kuasa Mentadbir, Sijil Faraid boleh digunakan oleh waris sebagai dokumen bagi mencairkan harta alih si mati yang dibekukan oleh institusi-institusi perbankan, Tabung Haji, amanah saham, dan sebagainya.

Waris ingin menjual harta tak alih si mati. Dalam hal ini, Sijil Faraid hendaklah diekshibitkan oleh pemohon (selalunya pentadbir) dalam permohonan perintah jualan di mahkamah tinggi.
 
Kesemua waris yang dinyatakan dalam Sijil Faraid hendaklah menandatangani afidavit persetujuan bagi menyatakan persetujuan mereka bagi pemohon menjual harta tak alih si mati. Sekiranya ada waris yang tidak dapat dihubungi, maka ARB boleh mewakili waris yang hilang tersebut dan wang hasil jualan harta tak alih si mati akan disimpan oleh ARB sebagai pemegang amanah sehinggalah waris tersebut menuntutnya.

Walau bagaimanapun, Sijil Faraid tidak diperlukan sekiranya permohonan bicara pusaka dibuat di unit pusaka kecil di pejabat-pejabat tanah kerana unit pusaka kecil sudahpun mempunyai bidangkuasa dalam menentusahkan waris dan membuat pengiraan faraid.
 
Contoh borang faraid
 
Prosedur Permohonan Sijil Faraid

Permohonan sijil faraid boleh dibuat sendiri atau anda boleh melantik peguam syarie untuk membuat permohonan bagi pihak anda. Bagi anda yang tidak biasa dengan prosedur mahkamah, hal ini akan menjadi sukar kerana anda perlu menyediakan dokumen-dokumen mengikut tatacara mahkamah syariah dan akan melalui proses perbicaraan.

Secara ringkasnya, prosedur permohonan sijil faraid adalah sebagaimana berikut:

1) Menyediakan notis permohonan untuk mendapatkan sijil faraid;

2) Menyediakan afidavit sokongan bagi menyokong permohonan sijil faraid tersebut;

3) Mengekshibitkan dokumen-dokumen sokongan seperti salinan sijil kematian si mati, salinan surat nikah pasangan si mati, salinan sijil kelahiran anak-anak si mati, salinan sijil kematian bagi waris-waris fardhu si mati yang telah meninggal dunia lebih awal dari si mati, dan ain-lain dokumen yang sesuai sebagai lampiran kepada afidavit sokongan;

4) Memfailkan notis permohonan beserta afidavit sokongan dan ekshibit-ekshibit tersebut di mahkamah syariah tempat pemohon bermastautin;

5) Mahkamah syariah akan menghantar notis mengenai tarikh perbicaraan kepada pemohon;

6) Pemohon hadir dengan membawa salinan asal dokumen yang diekshibitkan;

7) Mahkamah akan menyoal siasat pemohon tentang waris-waris si mati bagi mengesahkan waris-waris yang layak mendapat harta pusaka simati;

8) Mahkamah akan menyoal siasat saksi-saksi bagi mengesahkan siasatan terhadap pemohon;

9) Setelah mahkamah berpuas hati, hakim syarie akan mengeluarkan perintah pengesahan waris dan pembahagiannya mengikut faraid (sijil faraid);

10) Setelah siap sijil faraid dimeterai, pemohon boleh mengambilnya di pejabat pendaftaran Mahkamah Syariah.
 
Artikel yang berkaitan:
 
 
 
 
 
Facebook
Twitter
LinkedIn
Telegram
WhatsApp
Email
Print

Kenali Siapa Waris Faraid Anda

MAKLUMAT PERIBADI

Setiap maklumat anda tidak akan dikongsi, didedahkan kepada pihak ketiga. Data ini adalah hanya untuk kegunaan admin laman web ini sahaja.
Nama Penuh Anda
No Telefon Anda
Alamat Email Anda
Nyatakan Lokasi atau Tempat Tinggal Anda
Nyatakan apakah pekerjaan anda sekarang
Nyatakan berapa pendapatan bulanan anda

MAKLUMAT PERIBADI UNTUK PEMBAHAGIAN FARAID

Sila jawab Ya atau Tidak untuk setiap soalan dibawah

MAKLUMAT AHLI KELUARGA UNTUK PEMBAHAGIAN FARAID

Sila isi maklumat dibawah dengan kiraan yang betul untuk dapatkan peta faraid yang tepat.
Selected Value: 0
Nyatakan berapa bilangan anak lelaki anda
Selected Value: 0
Nyatakan berapa bilangan anak perempuan anda
Selected Value: 0
Nyatakan berapa bilangan adik beradik lelaki anda
Selected Value: 0
Nyatakan berapa bilangan adik-beradik perempuan anda
Nyatakan berapa anggaran jumlah harta pusaka anda untuk diagihkan

Views: 44

Melepaskan Hak Faraid Dalam Pentadbiran Harta Pusaka

milikan bersama

Harta Milikan Bersama

Melepaskan hak bermaksud waris membebaskan haknya ke atas harta pusaka si mati dengan memberi atau menghadiahkan bahagiannya kepada waris lain.

Melepaskan hak juga bermaksud memberikan bahagian kepada waris lain secara percuma. Ia boleh dibuat secara lisan ketika perbicaraan sedang berjalan atau menandatangani Borang Persetujuan.

Kadangkala waris melepaskan haknya setelah dibayar. Tetapi itu tidak bermakna pelepasan itu tidak sah. Pihak Pentadbir Tanah tidak akan mengambil kira perkara itu.
 
Sama ada waris yang melepaskan haknya itu sudah dibayar atau tidak, itu tidak penting. Apa yang penting ialah waris mengaku dan bersumpah bahawa dia melepaskan haknya. Itu sahaja yang akan diambil kira.
 
Walau apapun tujuan waris, sama ada atas dasar kasih syang, kasihan, tidak peduli, tidak mahu ambil pusing tentang pusaka itu, atau sudah menerima bayaran terlebih dahulu, ini tidak akan memberi sebarang kesan kepada kesahan pelepasan yang dibuat.
 
Mungkin waris melepaskan hak khusus kepada seorang waris lain atau melepaskan hak kepada semua waris itu kerana semua waris berkongsi hak yang dilepaskan itu. Atau melepaskan hak sedikit kepada waris ini dan selebihnya kepada waris yang lain.
 
Terdapat juga waris yang sanggup membayar nilai bahagian waris lain. Sebagai gantinya, waris yang menerima bayaran itu akan menandatangani Borang Persetujuan untuk melepaskan haknya kepada waris yang membayar tadi.
 
Cara ini biasa digunakan apabila melibatkan harta tak alih. Ia boleh dilakukan dengan syarat waris yang sanggup membayar itu mampu. Dengan lain perkataan, kaedah ini perlu kepada modal tunai yang sepadan dengan nilai harta pusaka yang ditinggalkan.
 
Secara tidak langsung, ia umpama waris membelu harta tak alih itu daripada waris yang lain. Cuma jangan ada pula waris yang sudah mendapat duit, kemudian enggan menandatangani Borang Persetujuan. Perlu berhati-hati tentang perkara itu.
 
 
Facebook
Twitter
LinkedIn
Telegram
WhatsApp
Email
Print

Borang Quotation

(nombor yang boleh whatsapp & call)
=
=

Views: 22

Proses Pengurusan Harta Pusaka Kecil

Proses Pengurusan Harta Pusaka Kecil

Mengikut akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955; segala urusan permohonan dan pembahagian harta pusaka yang bernilai kurang di bawah RM2 juta samada harta tak alih sahaja atau harta tak alih campur harta alih hendaklah berurusan di mana-mana Pejabat Pusaka Kecil yang berhampiran kawasan anda.

Prosedur dan proses permohonan harta pusaka kecil

1. Senaraikan waris-waris yang berhak. Boleh cek di sini untuk kenal siapa waris faraid anda. 

    – Kenali siapa waris faraid anda dan carta faraid

2. Kumpulkan surat mati, surat nikah dan salinan kad pengenalan.

3. Tunjukkan struktur faraid bagi setiap waris.

4. Senaraikan semua harta alih dan tak alih.

5. Kumpulkan semua dokumen harta seperti geran tanah, geran kenderaan, buku bank, penyata akaun bank dan segala dokumen harta yang lain.

6. Dapatkan anggaran nilai harta, keluasan tanah dan jumlah simpanan.

7. Senaraikan hutang-hutang simati, wasiat dan pesanan.

8. Adakan perbincangan sesama waris berkaitan hak-hak simati.

9. Tunjukkan struktur faraid setiap waris.

10. Hak-hak faraid dijelaskan dalam bentuk keluasan tanah dan nilai harta.

11. Bincang tentang hibah, hutang, wasiat dan tuntutan harta sepencarian.

12. Praktikkan konsep takharuj dalam agihan. (Muafakat)

13. Buat keputusan awal agihan harta kepada waris.

14. Semak semua senarai dokumen supaya lengkap.

15. Buat semakan geran tanah jika perlu.

16. Beli salinan hakmilik (jika tiada) dan carian rasmi setiap tanah.

17. Dapatkan resit cukai pintu bagi geran yang ada rumah (jika ada)

18. Isi borang A (seperti gambar di bawah). Permohonan secara online JKPTG online (https://www.jkptg.gov.my/my/panduan/permohonan/pembahagian-harta-pusaka)

Borang A

19. Sediakan surat akuan bagi nama tak sama dengan surat mati, bin tak sama bagi anak atau waris, tiada no kad pengenalan dalam geran atau carian rasmi.

20. Pastikan semua dokumen yang berkaitan difotostat lengkap.

      a) Surat mati dan kad pengenalan waris 1 salinan

      b) Geran tanah 2 salinan

      c) Carian rasmi 1 original & 1 salinan

      d) Surat akuan 1 original & 1 salinan

      e) Geran kenderaan, penyata akaun dan lain-lain dokumen harta 2 salinan. 

      f) Resit cukai pintu 1 salinan

21. Dapatkan tandatangan Pesuruhjaya Sumpah/Masjistret bagi Borang A. Borang P (seperti gambar di bawah) hanya ditandatangani oleh pemohon sahaja.

22. Hantar Borang A dan dokumen-dokumen ke Pejabat Pusaka Kecil/Pejabat Tanah dimana SALAH SATU tanah milik simati berada. Dapatkan surat pengesahan pendaftaran dari Pejabat Pusaka. (No. Fail JKPTG/…)

23. Bicara Pusaka kebiasaannya dalam tempoh 4 hingga 6 bulan selepas daftar.

24. Sediakan Borang DDA (Persetujuan) (seperti gambar di bawah) mengikut keputusan yang telah dibuat oleh waris-waris bagi waris yang tidak dapat hadir bicara. (Perhatian: Sekurang-kurangnya 2 orang waris mesti hadir dalam bicara kuasa)

25. Setiap waris tandatangan Borang DDA depan Pesuruhjaya Sumpah/Masjistret.

26. Bawa Borang DDA bersama dokumen asal dalam Bicara Kuasa.

27. Perintah akan dikeluarkan dalam masa sebulan selepas bicara.

28. Daftarkan segala perintah pusaka (Borang E atau F) ke agensi yang berkaitan seperti Pejabat Tanah bagi tanah, bank bagi duit, JPJ bagi kenderaan dan sebagainya.

29. Geran baru akan dikeluarkan, duit akan dimasukkan ke akaun waris dan sebagainya.

Mengapa Permohonan Harta Pusaka Mesti Disegerakan.

i) Elak pertambahan waris yang lebih ramai ekoran kematian berlapis. Ianya mengelakkan berlakunya perbalahan dalam keluarga jika sudah terlalu ramai waris faraid.

ii) Mudahkan proses pembahagian harta pusaka dibuat.

iii) Membolehkan harta pusaka dimanfaatkan segera.

iv) Elak harta beku dan terbiar tidak diurus.

v) Elak makan atau manfaat harta secara batil dengan sengaja atau tidak. Hukumnya haram makan hak secara batil.

 

Fail Faraid Peribadi.

Sebaiknya semasa hidup, setiap orang menyediakan Fail Faraid Peribadi. Masukkan dalam fail tersebut dokumen-dokumen seperti berikut:

1. Salinan kad pengenalan setiap waris.

2. Salinan dokumen harta seperti geran tanah/rumah, perjanjian jual beli dan kenderaan atau aset-aset lain.

3. Salinan buku bank atau penyata akaun.

4. Salinan dokumen harta-harta yang berkenaan.

5. Senarai hutang-hutang.

6. Sebarang pesanan kepada waris.

7. Stuktur faraid peribadi.

*Sebaiknya semasa hidup ini juga, buatlah dokumen wasiat, pri-hibah dan deklarasi harta sepencarian untuk memudahkan lagi pengurusan dan pentadbiran harta pusaka selepas kematian kita.

 

ebook – Pusaka Kecil

Buku ini menyorot tentang pengurusan harta pusaka yang dinamakan sebagai pusaka kecil.
Buku ini seterusnya menghuraikan proses pengurusan pusaka kecil dengan membuat perincian secara berasingan tentang persediaan sebelum perbicaraan, situasi semasa perbicaraan, dan apa berlaku selepas perbicaraan.

klik di sini 

Facebook
Twitter
LinkedIn
Telegram
WhatsApp
Email
Print

Borang Quotation

(nombor yang boleh whatsapp & call)
=
=

Views: 154

Jika Suami Isteri Beli Rumah Bersama

rumah joint nama
Jika salah seorang meninggal dunia apa kesannya?


SOALAN:

Saya dan suami ada membeli rumah dan meletakkan dua nama – nama suami dan nama saya. Pinjaman rumah atas nama saya. Bagaimana jika suami saya meninggal dunia dahulu?

JAWAPAN:
Bagi rumah yang atas dua nama, setiap pemilik secara langsung mempunyai hak milik sebanyak 50% seorang. Oleh itu apabila berlaku kematian pada salah seorang, maka bahagian pemilik yang telah meninggal dunia itu akan menjadi pusaka dan difaraidkan.

Jika hutang atas nama pemilik yang masih hidup, hutang tersebut akan terus dibayar oleh pemilik (penghutang) yang masih hidup walaupun 50% bahagian rumah tersebut telah ditukar kepada nama waris faraid pemilik yang telah meninggal dunia.
Jadi apa isunya di sini?

Isunya adalah 50% bahagian si suami tadi dah jadi harta pusaka. Maknanya 50% daripada rumah tersebut perlu melalui proses faraid. Jika suami masih ada parent, parent boleh tuntut hak mereka daripada bahagian faraid.

Bab duit bukan boleh buat main, RM10k pun orang dah gelap mata. Katakan parent suami tak nak lepas hak dan tuntut 50% bahagian mereka. Maka isteri perlu bayar RM250k (jika harga rumah rm500k) untuk memiliki rumah tersebut sepenuhnya.

persepsi vs realiti
Persepsi vs Realiti

Hati-hati…

Mampu ke isteri nak bayar 250k cash, jarang org mampu. Kalau ada yg kata mertua mereka baik, ye mungkin baik. Tapi ada satu kajian dri UMK, 9/10 hal harta pusaka tidak berakhir dgn baik. Jadi berhati2.

Apa akan jadi jika parent tetap bekeras menuntut hak mereka?

Rumah tersebut perlu dijual. Isteri ambil bahagiannya. Bahagian suami di bahagi mengikut faraid. Maka tinggallah si balu dgn anak-anak tanpa rumah.

Apa yg kita perlu buat?

1) Tahu siapa waris isteri/suami kita.

2) Buat dokumen perancangan harta contohnya wasiat. 

3) Buat hibah rumah jika dah terbeli joint loan atau memang nk joint loan. 

4) Buat harta sepencarian

5) Suami ambil takaful hibah dan letak nama isteri dan begitu juga pada isteri, amik takaful hibah dan letak nama suami. Jumlah pampasan bersamaan harga rumah.

Sila baca artikel yang berkaitan di bawah:
Implikasi Satu Rumah Dua Nama

Rundingan Perancangan Harta? 

Isi form di bawah:-

Facebook
Twitter
LinkedIn
Telegram
WhatsApp
Email
Print

Borang Quotation

(nombor yang boleh whatsapp & call)
=
=

Views: 19

Rumah nama bersama. Milik siapakah rumah ini?

Rumah nama bersama. Milik siapakah rumah ini?

Ada di antara kita pasangan suami isteri yang sering membeli rumah secara bersama. Kebiasaannya kita beli rumah tersebut untuk memastikan anak dan pasangan yang ditinggalkan ada tempat untuk berteduh. 

Tapi yang kita selalu terlupa, selepas berlaku kematian, ada waris faraid yang berhak ke atas harta tersebut. Jom kita tengok contoh ini. 

Fattah, seorang suami, Fazura seorang Isteri. Mereka memunyai 2 orang anak perempuan. Kedua-dua ibu bapa Fattah & Fazura sudah meninggal dunia tetapi Fattah mempunyai seorang adik lelaki yang berkerja sebagai Jurutera. Mereka berdua ini mempunyai sebuah rumah berharga RM 500,000 yang dibeli bersama. 

Memandangkan itu adalah rumah pertama mereka dan dimiliki secara bersama, mereka berhasrat untuk menghadiahkan
rumah tersebut kepada anak perempuan pertama mereka. Namun mereka tidak membuat sebarang perancangan. Hanya mereka berdua yang mengetahui perkara tersebut.
Ditakdirkan Fattah meninggal, bahagian faraid Fattah adalah seperti berikut:

1) Fazura – 1/8
2) Anak perempuan pertama – 1/3
3) Anak perempuan kedua – 1/3
4) Adik lelaki – 5/24


Ketika Fazura mahu menguruskan pusaka suaminya, Fazura telah memberitahu pada adik ipar lelakinya bahawa arwah Fattah ingin
menghadiahkan rumah tersebut kepada anak mereka. Tetapi adik lelaki Fattah mahu menuntut haknya ke atas rumah tersebut.

Lalu Fazura diberikan dua pilihan, sama ada membayar bahagian faraid adik ipar lelakinya dan Fazura serta kedua anak perempuannya boleh terus menetap di rumah tersebut. 

Atau, menjual rumah tersebut, pindah ke rumah lain dan membayar bahagian faraid adik ipar lelakinya.

Ini antara masalah yang sering berlaku apabila kita membeli rumah secara bersama, tidak membuat perancangan dan waris tidak mahu melepaskan hak dan sepakat dalam pembahagian harta.

Anda ada beli rumah secara bersama? Jangan lupa buat perancangan. Jangan aniaya waris anda.


“Merancang awal lebih baik dari mentadbir di kemudian hari”



Baca artikel yang berkaitan di bawah:
Implikasi Beli Rumah Bersama

Facebook
Twitter
LinkedIn
Telegram
WhatsApp
Email
Print

Borang Quotation

(nombor yang boleh whatsapp & call)
=
=

Views: 4

Suatu Ketika…Main Sama-Sama, Sekarang Tidak Lagi…

zaman kanak-kanak
Zaman kanak-kanak

Suatu Ketika…Main Sama-Sama, Sekarang Tidak Lagi…


Masa kecil-kecil…main sama-sama.
Bergaduh sesama adik beradik itu biasa…
Tak sampai berapa minit, berbaik semula…main semula.

Sama-sama main kejar-kejar atas tanah ayah, halaman rumah ayah.
Masing-masing sayang mak ayah.
Ikut cakap mak ayah.

Waktu tu… kalau mak ayah pesan supaya;
“Jangan gaduh-gaduh… Bila mak ayah tak ada nanti,
Tolong jaga adik, jaga abang, jaga kakak ya…”

Semua akan jawab…

“Baik, mak… Kami akan ikut cakap mak”
“Baik ayah, kami akan ikut pesan ayah”

Tapi kenapa lepas ayah pergi…. jadi lain.
Kenapa lepas mak pergi…. jadi lain.

Dulu…
Atas tanah ini lah tempat meriahnya bermain berkejaran bergelak ketawa.

Dulu…
Atas pangkin rumah ini lah tempat abang, adik dan kakak berkumpul adik beradik, mengubat rindu mak ayah.

Dulu…
Di halaman inilah semua bekerjasama bergotong royong,
Tolong mak ayah bersihkan daun-daun kering,
Berlari-lari tolong mak ayah tangkap ayam untuk dibuat sembelih.

Kini…
Masing-masing dah malas nak bertegur sapa,
Asal bertegur sapa saja… bergaduh pasal harta.
Masing-masing dah tak nak bertembung muka,
Hanya kerana tanah sekangkang kera,
Hanya kerana sebuah kereta buruk,
Hanya kerana sedikit wang dalam akaun simpanan,
Langsung bergaduh adik beradik.

“Abang Long tak kira… Abang Long nak bahagian Faraid abang, tapi hutang arwah ayah tu kira ayah dengan Tuhan laa…. Abang tak nak bertanggungjawab”. – Kata Abang Long.

“Kalau abang Long kata macam tu, Angah sebagai anak lelaki pun nak bahagian Angah jugak. Kereta tu korang boleh pakai, Angah tak nak. Tapi Angah nak jugak nilai kereta tu ikut Faraid.” – Kata Angah.

“Tapi… rumah dan tanah ni dulu ayah pernah cakap, supaya bagi kat Kak Lang, sebab Kak Lang tak ada suami… ibu tunggal… tak ada keluarga. Kan masa tu korang semua dah setuju”. – Kata Kak Lang

“Itu masa ayah ada, Kak Lang…. masa tu lain. Sekarang adik nak pakai duit untuk business adik ni. Adik ada banyak hutang sana sini nak bayar”. – Kata adik bongsu lelaki pula.

“Duit dalam akaun Tabung Haji arwah ayah tu Kak Chik punya. Kak Chik yang masukkan duit tiap-tiap bulan, untuk ayah pergi haji. Korang mana ada bagi apa pun. Kak Chik berhak dapat balik. Itu duit titik peluh Kak Chik“ – Kata Kak Chik pula.

Banyak lagi realiti kehidupan.
Tak mengenal panjangnya serban, mahupun labuhnya hijab.

Tak mengenal akrabnya pertalian, mahupun pernah tidur sebantal.

Dulu lain, sekarang jadi lain.
Bukan masalah Faraid,

Tetapi…

MASALAH MANUSIA…

Masalah manusia yang tidak sempat merancang?

ATAU

Masalah waris yang tidak sepakat?

😭😭😭😭

PM untuk khidmat perancangan dan pengurusan pusaka.

Facebook
Twitter
LinkedIn
Telegram
WhatsApp
Email
Print

Borang Quotation

(nombor yang boleh whatsapp & call)
=
=

Views: 18

Urus Daftar Milik Harta Pusaka Kepada Waris; Sijil Faraid Dan Surat Akuan Bersumpah Sahaja Tak Cukup

Sijil faraid boleh dapatkan di mahkamah syariah

Urus Daftar Milik Harta Pusaka Kepada Waris; Sijil Faraid Dan Surat Akuan Bersumpah Sahaja Tak Cukup

 
Masih ramai di antara kita tidak faham dan tidak mengetahui cara yang betul tentang Sijil Faraid atau Surat Akuan Bersumpah tidak mencukupi untuk menguruskan daftar turun milik harta pusaka kepada waris.

Sedikit perkongsian cara yang betul tentang pendaftaran turun milik harta pusaka kepada waris daripada Salkukhairi Abd Sukor, Presiden Persatuan Guaman Hartanah Malaysia (HartaGuam).

1. Ramai orang ingat, apabila sudah dapat perintah atau sijil faraid daripada Mahkamah Syariah atau ada surat akuan persetujuan pembahagian harta pusaka secara sama rata, atau ada surat cara wasiat dan sebagainya, maka urusan turun milik nama si mati dalam geran kepada nama waris boleh terus didaftarkan di Pejabat Tanah.

2. Sebenarnya TIDAK. Pentadbir Tanah/ Pendaftar Hakmilik pejabat tanah tidak mempunyai bidang kuasa untuk TERUS MENDAFTARKAN turun milik kepada nama waris si mati walaupun waris-waris telah mengemukakan sijil faraid daripada Mahkamah Syariah.

3. Ini kerana Perintah/Sijil Faraid tersebut hanya sekadar mengesahkan bahagian waris masing masing terhadap harta pusaka tersebut mengikut hukum faraid sahaja bukannya satu perintah yang mengikat Pentadbir Tanah/ Pendaftar Hakmilik pejabat tanah.

4. Begitu juga, walaupun katakan semua waris setuju untuk membahagikan harta pusaka simati secara sama rata, persetujuan tersebut tidak mencukupi untuk membolehkan pejabat tanah terus mendaftarkan turun milik kepada nama waris-waris yang dipersetujui, walaupun mereka buat perjanjian bertulis di hadapan peguam atau buat surat akuan bersumpah di hadapan pesuruhjaya sumpah, dan walaupun mereka mendapatkan perintah pengesahan daripada Mahkamah Syariah sekalipun.

5. Jadi, apa yang patut waris-waris lakukan adalah, setelah mereka mendapatkan perintah/sijil faraid tersebut daripada Mahkamah Syariah atau setelah mereka menandatangani sebarang surat cara persetujuan sesama mereka, mereka perlu memfailkan permohonan untuk mendapatkan PERINTAH PEMBAHAGIAN PUSAKA atau SURAT KUASA MENTADBIR daripada Pejabat Pusaka Kecil (untuk hartanah yang bernilai bawah RM2 Juta) atau daripada Mahkamah Tinggi (untuk hartanah yang bernilai atas RM2 Juta).

6. Hanya dengan PERINTAH PEMBAHAGIAN atau SURAT KUASA MENTADBIR SAHAJA, Pejabat Tanah boleh mendaftarkan turun milik kepada nama waris atau pentadbir harta pusaka si mati.

7. Perkara ini adalah sebagaimana yang diperuntukkan dalam Seksyen 346 (1)&(2) dan Seksyen 348 (1) Kanun Tanah Negara.

Harap maklum dan sila war-warkan supaya masyarakat faham tentang perkara ini.

(Untuk maklumat lanjut, boleh rujuk pekeliling yang di keluarkan oleh Pejabat Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan, bil 7/2017
sebagaimana lampiran).

Sekian, terima kasih.

SALKUKHAIRI ABD SUKOR
Presiden
Persatuan Guaman Hartanah Malaysia (HartaGuam)

Lampiran gambar.

perintah sijil faraid 1
perintah sijil faraid 2
perintah sijil faraid 3
 
Cara Mendapatkan Sijil Faraid

Permohonan SURAT KUASA dari Amanah Raya, memerlukan SIJIL FARAID yang dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah sebagai syarat utama mereka.

Pertama sekali, apa itu Sijil Faraid?

Sijil Faraid adalah dokumen perakuan ahli waris yang beragama Islam bagi menyatakan kesahihan ahli-ahli waris yang berhak dan kadar bahagian yang diperoleh mereka. 
.
Antara dokumen yang diperlukan dalam permohonan Sijil Faraid ialah:

1) 2 Salinan IC waris-waris yang disahkan.
2) Surat Beranak waris-waris dan si mati.
3) 2 Salinan surat beranak waris-waris dan si mati yang di sahkan.
4) 2 salinan surat mati ayah dan ibu si mati yang disahkan. *Jika sudah meninggal.
5) Surat Mati.
6) 2 Salinan Surat mati yang disahkan.
7) IC pemohon
8) 2 Salinan statement/pernyataan jumlah wang bank Islam yang disahkan. 
9) 2 Salinan surat nikah mak dan abah yang disahkan. *Ini bergantung kepada pertalian pemohon dan si mati. (Dalam kes ni, abah yang mohon duit mak, so…Faham tak?)
10) 2 Borang dari Mahkamah Syariah yang lengkap diisi. *Borang ni dapat 1 set je. satu lagi sila potostat siap-siap.

Itu sahaja.

Jika tiada item ke-4, ,maka perlu buat satu surat sumpah yang menyatakan bahawa ibu dan ayah si mati sudah meninggal dunia. Hanya perlu dapatkan di mana-mana pejabat Guaman Surat Sumpah. Dokumen yang diperlukan ialah:-

1) Surat beranak si mati
2) Salinan fotokopi IC pemohon
3) Maklumat kematian si mati
4) Fee anggaran bayaran dalam RM15

Bila lengkap semua dokumen, bolehlah serahkan kepada kaunter Mahkamah Syariah. Bayaran yang dikenakan dalam anggaran RM20-RM25.

Facebook
Twitter
LinkedIn
Telegram
WhatsApp
Email
Print

Borang Quotation

(nombor yang boleh whatsapp & call)
=
=

Views: 68

Wasiat Hanya Kepada Bukan Waris?

Hanya 1/3 untuk bukan waris

 WASIAT HANYA KEPADA BUKAN WARIS?

Wasiat bukan hanya 1/3.Yang 1/3 itu adalah limit untuk berikan kepada bukan waris faraid yang tak boleh ditentang. Tapi kalau nak bagi kepada bukan waris faraid lebih daripada 1/3 pun takpa asalkan waris faraid setuju.

Pastu keseluruhan pusaka boleh diagihkan ikut hasrat (tak ikut faraid), tapi memerlukan persetujuan waris-waris faraid. Kalau ada waris yang tidak setuju, contohnya sorang, maka yang sorang tu berhak untuk tuntut bahagian dia sahaja. Ertinya waris lain yang tak tuntut, setuju untuk teruskan agihan harta ikut hasrat pewasiat. 

Siapa wasi kita?

 Tapi yang pentingnya wasiat ini ialah perlantikan wasi. Yakni sesiapa yang akan uruskan segala urusan nanti termasuk selesaikan hutang dan amal jariah serta pengagihan pusaka.

Nilai aset itu akan ditentukan masa berlaku kematian nanti. Masa sekarang ini tak perlu nilai sebab kita tak tau tarikh bila kita mati, mungkin berapa puluh tahun lagi nilai dah berbeza. Itu nanti syarikat amanah yang akan tentukan.

Contoh: Dalam wasiat, kita boleh nyatakan rumah bagi anak. Tanah bagi mak dan kakak. Wang tunai diagihkan mengikut faraid atau nak gunakan wang tunai tersebut untuk diri kita balik sebagai amal jariah kita contohnya sedekah atau waqaf.

Dalam wasiat boleh nyatakan apa perancangan kita dengan harta kita. Ramai yang disalah fahamkan tentang 1/3 ini sampai semua orang ingat wasiat tak boleh kepada waris.
Penilaian semula fatwa wasiat

 Ini fatwa tentang kebolehan berwasiat kepada waris jika semua waris setuju.

Artikel VII dalam klause wasiat as-Salihin Trustee

 Ini adalah antara klause dalam wasiat as-Salihin Trustee yang mengikut hukum syarak dan undang-undang yang mana waris-waris perlu diminta persetujuan dulu sebelum melaksanakan wasiat.

Oleh itu semua waris perlu tahu dulu. Jika setuju, wasiat boleh dijalankan.

Bila ramai yang disalah fahamkan tentang wasiat, hibah mula disebut-sebut dan dicanang-canangkan. Tetapi sebut tak habis. Bukan semua benda boleh hibah ikut undang-undang. Ada syarat-syaratnya antaranya kena bebas hutang. (Harta tak alih iaitu rumah atau tanah).

Oleh itu wasiat sebenarnya dokumen sementara kita. Kita rancang siap-siap, andaikata tak sempat dilaksanakan masa kita hidup. Kalau sempat nak hibah masa hidup, boleh buat pertukaran nama siap-siap.

Wasiat ialah kes dimana kita rancang begitu begini. Kalau semua waris bersetuju selepas kita mati dan tak jadi isu untuk dilaksanakan. Credit to Sufyan Bakir.
Facebook
Twitter
LinkedIn
Telegram
WhatsApp
Email
Print

Borang Quotation

(nombor yang boleh whatsapp & call)
=
=

Views: 10

Rumah yang masih loan dan ada insurans takaful, waris jangan dok diam aje….

mrta atau mltt

RUMAH YANG MASIH LOAN DAN ADA INSURANS, WARIS JANGAN DOK DIAM JE

Jom nak sembang pasal rumah yang masih under loan dan ada insuran coverage (MRTA, MRTT, MLTA , MLTT). 
 
Dapat info ni dari sahabat yang kerja Bank bahagian Mortgage Financing dan jugak sembang santai dari perspektif banking dengan Tuan CEO Aziz Peru yang memang dulunya background banking. (Yang kerja Maybank, AMBAnk, RHB Bank mungkin kenal la Tuan CEO ni dulu).
 
Bila berlaku kematian, WARIS perlu notify pihak bank. Dalam process ni dokumen surat mati diperlukan. 
 
Untuk insuran takaful yang memang ambik dengan pihak bank, bank akan uruskan dengan insurans company. Tapi waris kena rerajin follow up lah dengan bank. 
 
Time being sementara nak urus itu ini waris tetap kena bayar monthly macam biasa. Sekurang-kurangnya 6 bulan. Yelah nak urus insuran ni bukannya cepat jugak. 
 
Nak-naknya bila mengharapkan pihak bank yang urus. Sebab tu kena rerajin follow up. 
 
Untuk insuran/takaful yang ambik sendiri, contohnya ambik life insuran ke life takaful apa ke yang tu waris kena uruskan sendiri. Bayar lah ke bank kalau loan masih berbaki.
 
Semuanya bukan AUTOMATIC ye. Bukan mati bulan ni bulan depan dah tak payah bayar. Kadang tu sesedap rasa je kita bersangka “takpe, mati nanti rumah FREE”. 
 
Mentang-mentang insuran cover yek. Kalau tak bayar kena pulak caj itu caj ini nya nanti.
 
Ada yang nak kongsi pengalaman pun boleh di ruang komen. Biar sama-sama kita celik mata dan hati dan minda. Mula merancang.
 
Bila loan dah setel, barulah pihak bank akan keluarkan geran. Tapi geran atas nama si MATI lah, bukan nama waris. 
 
Nak pegi tukar nama geran, tu cerita lain pulak. Yang tu pihak bank dah tak masuk campur. Yang tu pandai-pandai la pulak pegi ke pejabat tanah dan sebagainya.
 
Kalau loan atas dua nama, geran masih tak boleh dikeluarkan lah sebab satu pihak je baru setel loan nya. 
 
Kecualilah insuran tu cover sepenuhnya, makanya bank akan keluarkan geran atas 2 nama seperti dalam loan agreement. Bukan terus-terus tukar kepada yang hidup ye.
 
Kalau ambik MLTT atau MLTA pulak akan ada cash value kan andai kata insuran tu dapat cover baki loan.
 
So apa yang akan jadi pada cash value tu? Ianya akan masuk ke account pemilik loan tu. Sebab insuran rumah ni mana ada penama macam life insuran/takaful. Yang tu nak hibah pun boleh.
 
Untuk waris nak pegi tuntut duit tu tak boleh main cucuk-cucuk ATM je sebab bila dah declare kes kematian, account si mati akan terbeku. 
 
Dah tu camana nak keluarkan? Berbalik la pada cerita pusaka, nak cairkan pusaka perlukan surat kuasa atau Probate. 
 
Nampak tak kenapa pentingnya nak kena buat perancangan pusaka ni. Pentingnya kena ada wasiat ni. Sebab nak kena cepat ada surat kuasa atau probate tu senang nak urus pusaka cepat-cepat. 
 
Nak cerita hibah aset yang masih bercagar pulak? Hibah bersyarat? Boleh ke tak boleh? 
 
Tu nanti admin cerita lepas ni lah pulak. Karang panjang sangat pulak. Kasi hadam info rumah berloan ni dulu. 
 
Jom sembang dan rancang pusaka semasa masih diberi kesempatan ni. Bukan benda yang boleh ditangguh-tangguh sebab mati tak tahu bila. 
 
Boleh share jika bermanfaat. Nanti jadi sedekah ilmu yang boleh dimanfaatkan berkat perkongsian ilmu ini, insyaAllah.
Facebook
Twitter
LinkedIn
Telegram
WhatsApp
Email
Print

Borang Quotation

(nombor yang boleh whatsapp & call)