Rumah Terbiar – Harta Pusaka atau Harta Puaka?

Rumah Terbiar - Harta Pusaka atau Harta Puaka?

Pernah tak korang tengok satu rumah tu yang masih cantik tapi tak ada penghuni?

Saya selalu tengok rumah elok, kawasan elok tapi jadi terbiar. Lama pulak tu tak terusik.

Pelik juga sebab bertahun-tahun tengok takkan lah tak ada orang nak duduk. Anak ke, saudara mara ke atau jual dekat orang lain ke.

Antara cerita saya pernah dengar pasal mana-mana rumah yang elok tapi terbiar ni sebab selepas pemilik rumah tersebut meninggal dunia, waris semua tak dapat dikenal pasti.

Mungkin waris duduk diluar negara, pernah berselisih faham dan ada yang tak ambil peduli pun pasal rumah atau harta pusaka ni.

Maka dibiarkan rumah tersebut rosak mereput. Sayangnya..

Dulu saya sendiri tak faham bab harta pusaka ni dan tak peduli sangat sebab saya kalau boleh nak cari sendiri duit atau harta.

Tapi bila tengok apa yang terjadi sekeliling, saya mula rasa pentingnya kita semua terutama Orang Islam belajar tentang Ilmu Wasiat dan Hibah.

Ibubapa kita mungkin tidak mahir bab nak menguruskan harta pusaka ni. Jadi kita sebagai anak kena belajar dan bantu supaya harta pusaka yang ada tidak terjadi seperti yang pernah kita lihat.

 Siapa yang nak tau cara uruskan harta pusaka ni, saya memang galakkan korang dapatkan Ebook ’Bagaimana Kaya Dengan Harta Pusaka.’

Ebook ni ditulis oleh Ustaz Ghazali Ibrahim, seorang Pakar dalam Harta Pusaka.

Ustaz ajar tentang ilmu harta pusaka, cara menulis wasiat yang sah di sisi undang-undang dan cara nak cakap dengan ibubapa bab harta ni.

Ye lah.. Kang salah cakap diorang ingat kita tamak harta dan nak minta diorang meninggal cepat.

Sedangkan kita nak bantu mudahkan kerja dia berkaitan hartanah sekiranya apa-apa terjadi pada masa hadapan.

Ebook ni ajar semuanya detail dan mudah faham. Siap ada 8 Deraf (Template) untuk hasilkan pelbagai surat wasiat, hibah dan harta sepencarian suami isteri.

Korang beli dan satu masa nanti pasti berguna. Cepat dapatkan sebab harta Ebook ni tengah promo.

Facebook
Twitter
LinkedIn
Telegram
WhatsApp
Email
Print

Kenali Siapa Waris Faraid Anda

MAKLUMAT PERIBADI

Setiap maklumat anda tidak akan dikongsi, didedahkan kepada pihak ketiga. Data ini adalah hanya untuk kegunaan admin laman web ini sahaja.
Nama Penuh Anda
No Telefon Anda
Alamat Email Anda
Nyatakan Lokasi atau Tempat Tinggal Anda
Nyatakan apakah pekerjaan anda sekarang
Nyatakan berapa pendapatan bulanan anda

MAKLUMAT PERIBADI UNTUK PEMBAHAGIAN FARAID

Sila jawab Ya atau Tidak untuk setiap soalan dibawah

MAKLUMAT AHLI KELUARGA UNTUK PEMBAHAGIAN FARAID

Sila isi maklumat dibawah dengan kiraan yang betul untuk dapatkan peta faraid yang tepat.
Selected Value: 0
Nyatakan berapa bilangan anak lelaki anda
Selected Value: 0
Nyatakan berapa bilangan anak perempuan anda
Selected Value: 0
Nyatakan berapa bilangan adik beradik lelaki anda
Selected Value: 0
Nyatakan berapa bilangan adik-beradik perempuan anda
Nyatakan berapa anggaran jumlah harta pusaka anda untuk diagihkan

Views: 13

Tuah Seorang Suami

Tuah Seorang Suami

“Abang, ini air untuk abang saya buatkan.”

Slurrpppp…”Ah, sedapnya. Air apa ni sayang? Siap ada biji selasih.”

“Bubble Tea la abang. Zizie gentel sendiri pakai tepung ubi dan gula melaka hawau.”

Betapa bertuahnya Jaliluddin Hussin mendapat isteri yang cukup bagus layanan dia. Setiap kali balik rumah saja dihidangkan air. Itulah isteri beliau, Zizie Kerani. Kerani adalah nama bapak Zizie.

Pernah juga isteri beliau hidangkan Tomahawk Steak didepan pintu sedangkan Jaliluddin Hussin belum sempat nak buka stokin jenama Renoma.

Jaliluddin Hussin rasa bersyukur sangat-sangat mendapat isteri yang melayan beliau seperti raja. Mandi pun isteri beliau sabunkan, nyamuk datang pun isteri beliau libas dengan raket Yonex malah pakai seluar pun isteri beliau tolong pakaikan.

“Bertuah abang dapat kahwin dengan sayang. Sayang bagaikan bidadari syurga yang dihantar oleh Tuhan untuk abang. Sayang merupakan isteri kiriman Tuhan,” kata Jaliluddin Hussin memuji isteri beliau.

“Abangkan suami sayang, mestilah Zizie sayang abang walaupun sayang dah tak ada,” kata Zizie kepada suami beliau sambil tutup lampu. Mereka berdua bermain ragbi bersama-sama dalam gelap.

Keesokkan paginya Zizie minta suaminya hantar beliau ke pasaraya untuk beli barang basah. Tiba di simpang tiga, Jaliluddin Hussin perasan zip seluar beliau terbuka.

Untuk tarik zip, Jaliluddin Hussin meluruskan kaki dan tertekan minyak. Akhirnya kereta mereka dilanggar oleh kereta Myvi aka ‘The King’. Hancur remuk kereta mereka. Tetapi kereta Myvi tersebut hanya remuk sedikit. Memang misteri, benarlah orang kata kereta Myvi memang ‘The King’ di jalan raya. Manakala Jaliluddin Hussin dan isteri beliau luka parah dan dibawa ke hospital.
“Uddin…Bangun Uddin….Bangun nak..” terdengar suara ibu Jaliluddin Hussin memanggil nama beliau. Jaliluddin Hussin buka mata…

 

“Mak! mana isteri saya Zizie mak? Ya Allah…selamatkan isteriku Ya Allah..” kata Jaliluddin Hussin sambil menangis teresak-esak.

“Apa yang ko merepek ni setan?! Isteri kau ada kat dapur tu tengah memasak. Mak pun baru sampai je dari kampung tiba-tiba mak tengok kau mengigau tak tentu pasal, tu sebab mak kejutkan kau ni. Tu la mak dah pesan jangan suka tidur lepas asar, boleh dapat penyakit gila tau tak?!” tengking ibu beliau bila melihat Jaliluddin Hussin mamai bangun dari tidur.

“Astaga…rupanya bukan realiti nasib baik hanyalah mimpi je,” getus hati Jaliluddin Hussin. “Tapi risau pulak kalau ianya boleh jadi kenyataan, kesian isteri dan famili aku nanti, aku kena prepare something nie, esok jugak aku jumpa iFAR Syaihan Sirotin tu.” bisik hati Jaliluddin Hussin dari tadi.

Esoknya Jaliluddin Hussin call iFAR Syaihan Sirotin dan ajak berjumpa. Dia nak ambil Takaful Hibah & Wasiat untuk dia, isteri dan anaknya yang bakal lahir tak lama lagi. Semuanya selesai bila berjumpa dengan iFAR Syaihan Sirotin. Penerangannya cukup bagus dan faham. Straight forwad dan tak de corner lipat punya.

Kepada korang yang belum ada Takaful Hibah & Wasiat, boleh klik link whatsapp https://wa.me/message/CUE556HWBLFIL1 untuk berjumpa iFAR Syaihan Sirotin

Tak perlu ambil dan bayar lagi. Beliau akan buat pengiraan, beliau akan cadangkan plan mana yang sesuai dan sebagainya. Kemudian it’s ok untuk ambil atau tidak.

Yang penting ilmu Takaful & Wasiat mesti iFAR Syaihan Sirotin sampaikan.

*iFAR – Islamic Financial Adviser Representative 

Untuk dapat kan tips-tips percuma tentang Takaful, Wasiat, Hibah, Pusaka dan Kewangan Islam, klik link ni untuk join dalam channel telegram: https://t.me/notawarisanpusaka

Facebook
Twitter
LinkedIn
Telegram
WhatsApp
Email
Print

Borang Quotation

(nombor yang boleh whatsapp & call)
=
=

Views: 5

Soalan Lazim Hal Berkaitan Wasiat

soalan lazim
FAQs
1. Saya difahamkan bahawa undang-undang pewarisan Islam iaitu Faraid telah menetapkan bahagian-bahagian yang patut di perolehi oleh waris-waris simati. Kenapa saya perlu membazirkan masa dan wang untuk menulis Wasiat? 
 
Pembahagian Faraid adalah untuk waris-waris, sedangkan wasiat membenarkan pembahagian 1/3 daripada harta pusaka kepada bukan waris yang memerlukan.
 
Wasiat memberi peluang kepada orang Islam untuk terus mendapat pahala selepas mati kerana mewasiatkan hartanya untuk tujuan kebajikan atau agama Islam. Di samping itu Pewasiat boleh melantik Wasi untuk mentadbir harta pusaka dan penjaga harta anak dibawah umur.
 
2. Adakah Islam mengalakkan menulis Wasiat?
 
Islam menggalakkan menulis Wasiat. Diriwayatkan oleh Abdullah Bin Umar R.A “Adalah tidak dibenarkan mana-mana orang Islam yang mempunyai sesuatu diwasiatkan untuk tinggal dua malam tanpa memiliki Wasiat terakhir dan disimpan dengannya.”
 
3. Islam menggalakkan menulis Wasiat, adalah lebih mudah untuk saya meniru contoh yang telah sedia ada, contohnya di bawah Enakmen Wasiat Selangor 1999.
 
Contoh Wasiat yang disediakan adalah Wasiat yang biasa sahaja, sedangkan as-Salihin menyediakan Wasiat yang lengkap yang dibuat berdasarkan keperluan, keadaan dan lain-lain perkhidmatan yang diperlukan oleh benefisiari yang masih hidup bagi mengelakkan sebarang konflik dan ketidak tentuan berlaku selepas kematian anda.
 
4. Saya masih bujang dan tidak mempunyai waris yang rapat. Kenapa perlu saya menulis Wasiat?
 
Jika anda tidak menulis Wasiat dan anda tidak mempunyai waris yang boleh mewarisi, kesemua harta akan diberi kepada Baitul Mal. Anda boleh memberi harta anda kepada orang-orang tertentu melalui Wasiat sebanyak 1/3 daripada jumlah harta dan baki harta akan diserahkan kepada Baitul Mal. Kedua-dua pihak akan mendapat bahagian.
 
5. Tanggungan saya adalah lebih banyak daripada aset saya. Bolehkah saya menulis Wasiat?
 
Anda boleh menulis Wasiat. Akan tetapi tanggungan anda akan diselesaikan dahulu sebelum pembahagian ke atas baki aset boleh dibuat kepada benefisiari.
 
6. Saya mempunyai anak-anak yang masih kecil dan saya telah mengasingkan beberapa harta untuk kepentingan mereka? Bolehkah as-Salihin bertindak sebagai penjaga bagi harta anak-anak saya?
 
Ya boleh, sekiranya as-Salihin dilantik sebagai Penjaga bagi harta anak-anak anda.
 
7. Bolehkah saya melantik as-Salihin sebagai penjaga yang sah bagi anak-anak saya?
 
Anda boleh melantik as-Salihin sebagai penjaga yang sah, tetapi bagi harta anak-anak anda dan bukannya penjaga bagi diri kanak-kanak tersebut. Penjaga bagi diri mestilah dilantik mengikut peruntukan undang-undang.
 
8. Bolehkah as-Salihin bertindak sebagai Penjaga kepada anak-anak yang masih kecil?
 
as-Salihin tidak boleh menjadi hadinah. Hak hadinah ke atas anak-anak yang masih kecil diberi keutamaan kepada saudara-saudara perempuan terdekat.
 
9. Saya telah menganut agama Islam dan ibu-bapa masih beragama Buddha. Saya faham bahawa ibu-bapa saya mempunyai bahagian yang telah ditetapkan apabila saya meninggal dunia. Adakah begitu?
 
Hanya orang Islam boleh mewarisi daripada orang Islam. Oleh kerana ibubapa anda bukan Islam mereka tidak boleh mewarisi daripada anda.
 
10. Bolehkah saya berwasiat kepada ibubapa dan saudara yang bukan beragama Islam?
 
Ya
 
11. Bolehkah saya menerima pemberian melalui Wasiat daripada saudara atau kawan bukan Islam?
 
Boleh
 
12. Bolehkah saya mewarisi daripada saudara bukan Islam (jika tiada Wasiat)?
 
Tidak
 
13. Saya adalah seorang anak angkat. Bolehkah saya mewarisi daripada ibubapa angkat saya?
 
Tidak
 
14. Bolehkah saya menerima Wasiat ibubapa angkat saya?
Boleh
 
15. Saya adalah anak luar nikah. Bolehkah saya mewarisi daripada ibubapa sebenar saya (yang tidak berkahwin)?
 
Anda hanya boleh mewarisi daripada ibu sahaja.
 
16. Sebagai ibu-bapa yang bersekedudukan, bolehkan mereka mewarisi harta saya?
 
Hanya ibu sahaja(dan bukan bapa) boleh mewarisi harta anda.
 
17. Saya telah menceraikan isteri saya. Bolehkah bekas isteri saya menuntut hak terhadap harta saya apabila saya mati?
 
Bekas isteri anda tidak boleh menuntut harta pusaka anda kerana apabila telah bercerai, bekas isteri bukanlah dianggap sebagai waris yang layak lagi. Tetapi bagi isteri yang diceraikan, apabila suami telah menceraikan isteri dan suami mati ketika di dalam masa iddah, isteri masih dianggap sebagai waris yang layak dan boleh mewarisi harta anda.
 
18. Di dalam Islam, adakah saya bebas untuk mewasiatkan semua harta saya?
 
Menurut Undang-undang Islam, seorang Islam mempunyai kebebasan untuk mewasiatkan hanya 1/3 daripada keseluruhan hartanya.
 
19. Berapa banyak saya boleh berwasiat kepada ahli-ahli keluarga terdekat?
 
Menurut Mazhab Shafie, seorang Islam tidak boleh mewasiatkan hartanya kepada waris kecuali semua waris memberi persetujuan selepas kematian pewasiat. Di dalam kes anda, anda boleh mewasiatkan lebih daripada 1/3 kepada keluarga terdekat jika semua waris bersetuju.
 
Tetapi di bawah undang-undang Selangor, Seksyen 26(2) Enakmen Wasiat Orang Islam (Selangor) 1999, orang Islam dibolehkan berwasiat sebanyak satu pertiga daripada keseluruhan aset kepada waris-warisnya walaupun tanpa persetujuaan waris-waris yang lain.
 
20. Siapakah di antara saudara saya yang tidak boleh terkecuali daripada mewarisi harta saya?
 
Dengan syarat mereka adalah orang Islam, bapa anda (ke atas), suami/isteri anda dan anak-anak anda tidak terkecuali daripada mewarisi harta anda.
 
21. Berapa banyak saya boleh berwasiat kepada rakan-rakan saya?
 
Anda boleh berwasiat hanya 1/3 daripada semua harta anda kepada rakan anda. Jika anda mewasiatkan lebih daripada 1/3, Wasiat yang melebihi daripada 1/3 tidak sah kecuali mendapat persetujuan semua waris selepas kematian pewasiat.
 
22. Saya mempunyai sebidang Tanah Rizab Melayu dan ia melebihi 1/3 daripada semua harta saya. Bolehkah saya mewasiatkan tanah tersebut kepada rakan saya, Ali Chong Abdullah, seorang mualaf?
 
Anda harus memahami bahawa dengan memeluk Islam rakan anda itu tetap berbangsa cina dan dia tidak boleh menjadi orang Melayu. Tanah Rizab Melayu hanya boleh dimiliki oleh orang Melayu, adalah dinasihati agar anda tidak mewasiatkan tanah tersebut kepada rakan anda yang berbangsa cina.
 
23. Apakah benda yang tidak boleh saya Wasiatkan?
 
Benda yang dianggap haram menurut Islam seperti alkohol, babi tidak boleh menjadi harta yang diwasiatkan. Pemberian kepada tempat-tempat peribadatan agama selain Islam tidak boleh melalui Wasiat. Tidak dibenarkan juga seseorang mewasiatkan senjata dan patung-patung sembahyang kepada orang bukan Islam.
 
24. Saya telah membuat Wasiat ketika saya bujang, jika saya tidak membuat Wasiat yang baru selepas berkahwin, masih sahkah Wasiat tersebut
 
Di dalam Islam, Wasiat tidak terbatal melalui perkahwinan atau perceraian. Wasiat yang anda buat sebelum berkahwin kekal sah kecuali saya membatalkannya dengan membuat Wasiat baru.
 
25. Saya telah menamakan isteri saya sebagai penama di dalam borang EPF. Bolehkah isteri saya mendapat kesemua wang daripada akaun EPF saya apabila saya meninggal kelak?
 
Menurut fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Agama Islam Malaysia, penama bagi skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Wang Simpanan Pejabat Pos, Wang Simpanan di bank dan Simpanan Kesatuan Kerjasama adalah merupakan orang yang melaksanakan Wasiat simati iaitu sebagai pemegang amanah. Penama tersebut tidak boleh mewarisi kesemua harta tersebut tetapi dia mestilah membahagikan harta tersebut mengikut Faraid.
 
26. Saya belum berkahwin ketika membeli polisi insurans dimana saya menamakan kakak saya sebagai benefisiari. Oleh kerana saya telah berkahwin adakah kakak saya boleh mewarisi polisi insurans saya apabila saya meninggal dunia?
 
Di dalam Islam, harta simati hanya boleh diwarisi selepas kematiannya dan dibahagikan mengikut Faraid. Kedudukan kakak anda hanyalah sebagai pemegang amanah (dan bukan sebagai benefisiari) dan beliau berkewajipan untuk membahagikan harta tersebut kepada waris-waris yang layak menurut Faraid (sila lihat soalan 25).
 
27. Adakah seorang individu tidak layak untuk dilantik sebagai wasi bagi Wasiat saya, kerana dia juga merupakan benefisiari di dalam Wasiat saya?
 
Tidak layak.
 
28. Jika saya boleh melantik mana-mana individu untuk menjadi wasi Wasiat saya. Kenapa perlu saya melantik as-Salihin?
 
Adalah lebih baik melantik as-Salihin sebagai wasi. Jika anda fikirkan bahawa orang kesayangan anda mungkin tidak mampu berfungsi dan bertugas sebagai wasi, anda wajar melantik as-Salihin sebaga wasi utama atau wasi ganti.
 
Kelebihan melantik as-Salihin sebagai Wasi anda adalah seperti berikut:
 
(a) Warisan kekal dan berterusan
 
Sebagai sebuah syarikat, as-Salihin bersama kakitangan yang arif dalam bidang undang-undang akan sentiasa memastikan kesinambungan dalam proses pentadbiran hingga pembahagian harta yang terakhir
 
(b) Bertanggungjawab dan Adil
 
Tidak seperti pemegang amanah individu, as-Salihin adalah badan pengawal di bawah obligasi undang-undang untuk memastikan wang sentiasa dijaga. Selain itu, sebagai badan korporat, as-Salihin bebas dan adil kepada semua benefisiari berbanding Wasi atau pemegang amanah individu yang mungkin mempunyai hubungan atau terikat dengan emosi.
 
(c) Profesional dan berkemampuan
 
Dengan melantik as-Salihin, anda akan dijamin dengan profesional dan berkemampuan dalam menjalankan keseluruhan pentadbiran pada kos yang berpatutan.
 
(d) Mempercepatkan proses undang-undang
 
(i) Dengan Wasiat dan melantik as-Salihin sebagai Wasi, tidak akan berlaku pertelingkahan untuk memilih siapa yang wajar mentadbir harta pusaka, hanya wasi yang dilantik di dalam Wasiat mempunyai hak mentadbir.
 
(ii) Tidak perlukan jaminan untuk memperolehi probet. as-Salihin sebagai Wasi tidak perlu mencari penjamin ketika memohon probet.
 
29. Bolehkah saya mengubah kandungan Wasiat saya dan bilakah boleh saya berbuat demikian?
 
Anda boleh mengubah Wasiat anda pada bila-bila masa yang anda mahu. Islam membenarkan pewasiat membatalkan Wasiatnya ketika masih hidup.
 
30. Bolehkah saya membuat wakaf di dalam Wasiat saya?
 
Menurut undang-undang Islam, seseorang boleh membuat wakaf di dalam Wasiatnya tetapi wakaf tersebut tidak boleh dibuat untuk kepentingan waris-warisnya. Wakaf ini hanya boleh berkuatkuasa selepas kematian pewasiat. Sebelum pewasiat mati, dia boleh membatalkan wakafnya tetapi harta yang diwakafkan itu mestilah diberi kepada badan kebajikan yang lain.
 
31. Berapa banyakkah harta saya boleh diwakafkan melalui Wasiat?
 
Wakaf di dalam Wasiat hanya terhad kepada 1/3 daripada harta simati. Jika wakaf dibuat di dalam Wasiat melebihi 1/3, harta wakaf yang melebihi itu adalah tidak sah kecuali selepas kematian anda, waris-waris anda bersetuju mengenainya.
 
32. Menulis Wasiat dengan peguam adalah lebih murah. Kenapa perlu saya menulis Wasiat dengan as-Salihin?
 
Peguam tidak memberikan perkhidmatan ditempat yang anda kehendaki. Kebanyakkan peguam sibuk menghadiri kes di mahkamah atau mempunyai banyak urusan undang-undang yang perlu disegerakan. Peguam tidak mempunyai kepakaran dalam penulisan Wasiat kerana ia bukanlah sumber pendapatan utama mereka serta jumlah pelanggan mereka yang membuat Wasiat adalah terhad.
 
Mereka tidak menyediakan perkhidmatan menyimpan Wasiat. Akan tetapi, kami adalah pakar dalam penulisan Wasiat dan kami menyediakan anda perkhidmatan persendirian di tempat yang anda kehendaki/selesa tanpa gangguan samada di rumah atau di pejabat anda. Kami juga mempunyai penasihat undang-undang dan Lembaga Penasihat Syari’ah untuk membantu serta mengawal semua Wasiat.
 
33. Bukankah saya akan menjimatkan wang jika saya menyimpan Wasiat sendiri?
 
Benar, anda akan menjimatkan wang jika anda menyimpan sendiri Wasiat anda. Tetapi anda mungkin menghilangkannya, maka sia-sia anda membuat Wasiat jika Wasiat tersebut tidak dapat diperolehi selepas kematian anda.
 
34. Bayaran Penyimpan Wasiat Profesional adalah sangat mahal malah lebih mahal daripada bayaran peti deposit keselamatan saya.
 
Peti deposit keselamatan akan dibekukan selepas kematian. Ini akan menyukarkan keluarga anda untuk memperolehi dan mengetahui kandungan Wasiat kerana mereka mungkin tidak mengetahui kedudukan Peti Deposit Keselamatan tersebut (jika mereka mengetahui, mereka tetap memerlukan perintah mahkamah untuk membuka peti tersebut, ini memerlukan kos dan usaha yang banyak).
 
Akan tetapi, Khidmat Penyimpan Wasiat Profesional kami hanyalah sebanyak RM 0.20 sehari dan Wasiat anda akan menjadi dokumen yang sangat bernilai dan nilai bertambah dengan Bayaran Simpanan Tahunan hanya dengan RM80.00 sahaja.
 
Apabila Wasiat disimpan di as-Salihin, semua pewasiat akan menerima 3 kad simpanan Wasiat, sebuah Buku Senarai Harta Peribadi, Surat Peringatan Memperbaharui Tahunan dan akan mendapat Insurans Kemalangan Peribadi bernilai RM10,000 percuma dengan sekali bayaran pendaftaran sebanyak RM25.00.
 
Dengan sedikit bayaran, kami memastikan hasrat anda akan ditunaikan menurut Wasiat anda kerana Wasiat anda bebas daripada kerosakan atau kemusnahan yang tidak disengajakan. Yang lebih penting, ia boleh diubah pada masa yang dikehendaki. Terpulanglah kepada anda untuk membuat keputusan.
 
35. Adakah perkhidmatan Penyimpan Wasiat Profesional akan menyimpan Wasiat saya dengan baik?
 
Ya, mereka akan menyimpannya dengan baik. Setelah anda meletakkan Wasiat dalam simpanan as-Salihin, ia akan dikendalikan dengan baik, Nombor rujukan dan kad simpanan Wasiat akan diberi sebagai kawalan untuk mendapatkannya semula.
 
36. Kenapa saya tidak boleh membayar hanya satu yuran simpanan untuk Wasiat saya dan Wasiat isteri saya?
 
Setiap individu akan mempunyai nombor penyimpanan. Oleh itu adalah mustahil untuk wasiat dua orang disimpan menggunakan satu nombor rujukan. Bolehkah suami dan isteri mempunyai sepasang kasut yang sama atau mempunyai nombor kad pengenalan yang sama? Ini adalah untuk kami mengawal supaya hanya pewasiat atau wasi yang dilantik selepas kematian pewasiat sahaja yang boleh mendapatkan Wasiat tersebut.
 
37. Saya mempunyai peti deposit keselamatan/Saya akan menyimpannya sendiri/Saya akan menyimpan Wasiat di rumah
 
Masalah akan timbul bila seseorang meninggal dunia, semua asetnya termasuk peti deposit keselamatan akan dibekukan walaupun jika dibuat nama bersama.
 
Jika begitu Wasiat tersebut tidak akan menjadi rahsia dan sulit lagi kerana apabila ia disimpan di dalam peti deposit keselamatan, pemegang akaun bersama akan boleh mendapatkan Wasiat tersebut.
 
Menyimpan Wasiat di peti deposit keselamatan tidak menjamin Wasiat anda dilindungi daripada kerosakan dan ia boleh mengundang masalah kepada keluarga anda jika mereka mengetahui kandungannya maka ia tidak menjadi sulit lagi. Sebaliknya, kami akan menghantar surat peringatan kepada anda setiap tahun samada anda mahu menulis semula Wasiat anda atau mengemaskini Buku Senarai Harta Peribadi. Dinasihati bahawa sebarang perubahan undang-undang akan memberi kesan kepada Wasiat anda. Menyimpan Wasiat samalah seperti insurans melindungi aset dan benefisiari anda.
 
Setelah lama menyimpannya, anda mungkin terlupa di mana anda menyimpannya. Contohnya 5 tahun kemudian atau jika berlakunya sesuatu, keluarga anda mungkin akan sukar untuk mengetahui dan mengingati di mana anda menyimpan Wasiat anda.
 
38. Tidak perlukan penyimpanan seumur hidup?
 
Saya pasti bahawa anda akan hidup lebih 10 tahun lagi dan setelah dibahagikan RM800.00 dengan 30 tahun, hanya 7 sen sahaja satu hari. Ia tidaklah mahal sangat dan wang yang digunakan untuk membayarnya adalah berbaloi.
 
Anda boleh mencadangkan Simpanan Premier (PLC) kepada klien anda. Kelebihannya adalah mendapat potongan istimewa jika menulis semula Wasiat serta boleh membayar ansuran istimewa. Statistik kami menunjukkan bahawa 4-5% pelanggan kami menulis semula Wasiat setiap bulan dan PLC memberi mereka potongan seumur hidup dengan satu bayaran yang rendah iaitu hanya RM1,200.
 
39. Saya tidak mempunyai banyak aset untuk diwasiatkan.
 
Walaupun sekarang anda tidak mempunyai banyak aset untuk diwasiatkan, menulis Wasiat adalah memenuhi aspek yang penting di dalam Islam iaitu mengikut Sunnah seperti apa yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Umar.
 
Tambahan pula, beberapa tahun kemudian aset anda akan bertambah dan Wasiat yang kami buat adalah merangkumi aset akan datang tanpa perlu menulis semula Wasiat tersebut jika anda tidak mahu berbuat demikian. Disamping itu jika anda mempunyai anak-anak yang masih kecil, anda boleh melantik penjaga bagi harta mereka melalui Wasiat.
 
40. Kawan saya seorang peguam memberitahu saya bahawa dia boleh menyimpan Wasiat saya di dalam simpanan di pejabatnya. Mengapa saya harus menghabiskan wang untuk menyimpan Wasiat saya di dalam simpanan as-Salihin?
 
as-Salihin adalah sebuah Syarikat Pemegang Amanah yang berdaftar di bawah undang-undang dan ia adalah kekal. Semua Wasiat di dalam simpanannya diinsuranskan. Akan tetapi firma undang-undang akan terhenti atau ditutup apabila pemilik tunggal atau semua rakan kongsinya mati. Dalam situasi ini benefisiari anda tidak dijamin akan mendapat semula Wasiat anda tanpa kesusahan. Kenapa perlu mengambil risiko ini?
 
41. Kerahsiaan Wasiat/Saya tidak percaya kepada Perancang Harta Islam (IEP)
 
Semua IEP mestilah mematuhi kod etika syarikat dan mereka telah dilatih secara profesional untuk tidak memecahkan maklumat pelanggan kepada pihak ketiga yang mempunyai autoriti. Sama seperti hubungan peguam dan pelanggan dan juga doktor dan pesakit. Yang lebih penting, menulis Wasiat oleh IEP adalah mata pencarian IEP dan sudah pasti as-Salihin tidak mahu menjejaskan mata pencarian mereka.
 
Orang yang mengetahui tentang kandungan Wasiat anda adalah IEP dan penasihat undang-undang syarikat. Jika maklumat dipecahkan kepada pihak ketiga yang tidak mempunyai autoriti, syarikat akan menamatkan kontrak IEP serta syarikat akan mengiklankan nama dan gambar mereka yang menyatakan bahawa kami tidak lagi berkerjasama dengan IEP tersebut serta anda boleh mengambil tindakan undang-undang terhadapnya.
 
Lagipun, Wasiat hanya sah selepas anda meninggal dunia. Oleh itu anda boleh menulis semula Wasiat anda.
 
 
42. Sebagai ibu, bolehkah saya melantik penjaga bagi harta anak-anak saya?

Dalam Islam, hanya bapa yang mempunyai hak untuk melantik penjaga bagi harta anak-anaknya.
 
43. Apakah perbezaan di antara Amanah Hayat dan Amanah Wasiat?
 
Amanah Wasiat ialah amanah yang dibuat di dalam Wasiat dan berkuatkuasa selepas kematian Pewasiat. Amanah yang dibuat di dalam Wasiat adalah tertakhluk kepada peraturan satu-pertiga dan waris tidak boleh mendapat manfaat daripada amanah tersebut tanpa persetujuan daripada waris-waris lain.
 
Amanah Hayat ialah amanah yang dibuat oleh setlor untuk manfaat benefisiari dan berkuatkuasa serta merta apabila amanah dibuat. Harta di bawah Amanah Hayat tidak dikira sebagai sebahagian daripada harta setlor dan ia tidak akan dibekukan semasa setlor meninggal dunia. Oleh itu, perintah mahkamah untuk mentadbir harta tersebut tidak diperlukan kerana amanah tersebut berkuatkuasa serta merta berdasarkan syarat-syarat dan terma-terma di dalam Surat Ikatan Amanah.
 
44. Adakah cadangan pindaan kepada Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) Akta 1984 mempunyai apa-apa kesan ke atas Deklarasi Harta Sepencarian?
 
Cadangan pindaan tersebut antara lainnya memberi kuasa kepada Mahkamah Syariah, sebelum membenarkan suami berpoligami, “untuk memerintahkan supaya apa-apa aset yang telah diperolehi oleh pihak-pihak itu dalam masa perkahwinan itu atas usaha bersama mereka dibahagikan antara mereka atau supaya mana-mana aset itu dijual dan hasil jualan itu dibahagikan”. Pihak yang terlibat masih perlu membuktikan bahawa aset tersebut telah diperolehi bersama.
 
Sebaliknya, Deklarasi Harta Sepencarian kami, seperti yang telah diisytiharkan oleh pihak-pihak yang berkaitan, menyatakan bahawa harta tersebut adalah diperolehi bersama semasa perkahwinan. Bukti ini sudah mencukupi dan tidak perlu bukti lain untuk dibawa ke mahkamah. Oleh itu, cadangan pindaan tersebut tidak mempunyai apa-apa kesan ke atas Deklarasi Harta Sepencarian kami malah ianya patut digalakkan bagi mereka yang belum membuatnya untuk mengambil langkah awal.
 
45. Adakah wang KWSP dikira sebagai sebahagian daripada harta sepencarian?
 
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia kali ke-67 pada 22 Februari 2005 telah menetapkan bahawa wang caruman KWSP tidak boleh dianggap sebagai harta sepencarian dan menetapkan wang tersebut sebagai harta pusaka yang perlu diagihkan mengikut hukum faraid.
 
46. Bolehkan saya membuat pri-hibah simpanan KWSP kepada waris saya?
 
Tidak boleh. Ini kerana ia belum dikira hak pemilikan penuh anda. Wang EPF yang telah dikeluarkan baru boleh di pra-hibahkan.
 
 
 
 
 Buku Mengurus Harta Pusaka (Ready Stok)
Klik gambar di atas untuk memilikinya.
Facebook
Twitter
LinkedIn
Telegram
WhatsApp
Email
Print

Borang Quotation

(nombor yang boleh whatsapp & call)
=
=

Views: 7

Proses Pengurusan Harta Pusaka Kecil

Proses Pengurusan Harta Pusaka Kecil

Mengikut akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955; segala urusan permohonan dan pembahagian harta pusaka yang bernilai kurang di bawah RM2 juta samada harta tak alih sahaja atau harta tak alih campur harta alih hendaklah berurusan di mana-mana Pejabat Pusaka Kecil yang berhampiran kawasan anda.

Prosedur dan proses permohonan harta pusaka kecil

1. Senaraikan waris-waris yang berhak. Boleh cek di sini untuk kenal siapa waris faraid anda. 

    – Kenali siapa waris faraid anda dan carta faraid

2. Kumpulkan surat mati, surat nikah dan salinan kad pengenalan.

3. Tunjukkan struktur faraid bagi setiap waris.

4. Senaraikan semua harta alih dan tak alih.

5. Kumpulkan semua dokumen harta seperti geran tanah, geran kenderaan, buku bank, penyata akaun bank dan segala dokumen harta yang lain.

6. Dapatkan anggaran nilai harta, keluasan tanah dan jumlah simpanan.

7. Senaraikan hutang-hutang simati, wasiat dan pesanan.

8. Adakan perbincangan sesama waris berkaitan hak-hak simati.

9. Tunjukkan struktur faraid setiap waris.

10. Hak-hak faraid dijelaskan dalam bentuk keluasan tanah dan nilai harta.

11. Bincang tentang hibah, hutang, wasiat dan tuntutan harta sepencarian.

12. Praktikkan konsep takharuj dalam agihan. (Muafakat)

13. Buat keputusan awal agihan harta kepada waris.

14. Semak semua senarai dokumen supaya lengkap.

15. Buat semakan geran tanah jika perlu.

16. Beli salinan hakmilik (jika tiada) dan carian rasmi setiap tanah.

17. Dapatkan resit cukai pintu bagi geran yang ada rumah (jika ada)

18. Isi borang A (seperti gambar di bawah). Permohonan secara online JKPTG online (https://www.jkptg.gov.my/my/panduan/permohonan/pembahagian-harta-pusaka)

Borang A

19. Sediakan surat akuan bagi nama tak sama dengan surat mati, bin tak sama bagi anak atau waris, tiada no kad pengenalan dalam geran atau carian rasmi.

20. Pastikan semua dokumen yang berkaitan difotostat lengkap.

      a) Surat mati dan kad pengenalan waris 1 salinan

      b) Geran tanah 2 salinan

      c) Carian rasmi 1 original & 1 salinan

      d) Surat akuan 1 original & 1 salinan

      e) Geran kenderaan, penyata akaun dan lain-lain dokumen harta 2 salinan. 

      f) Resit cukai pintu 1 salinan

21. Dapatkan tandatangan Pesuruhjaya Sumpah/Masjistret bagi Borang A. Borang P (seperti gambar di bawah) hanya ditandatangani oleh pemohon sahaja.

22. Hantar Borang A dan dokumen-dokumen ke Pejabat Pusaka Kecil/Pejabat Tanah dimana SALAH SATU tanah milik simati berada. Dapatkan surat pengesahan pendaftaran dari Pejabat Pusaka. (No. Fail JKPTG/…)

23. Bicara Pusaka kebiasaannya dalam tempoh 4 hingga 6 bulan selepas daftar.

24. Sediakan Borang DDA (Persetujuan) (seperti gambar di bawah) mengikut keputusan yang telah dibuat oleh waris-waris bagi waris yang tidak dapat hadir bicara. (Perhatian: Sekurang-kurangnya 2 orang waris mesti hadir dalam bicara kuasa)

25. Setiap waris tandatangan Borang DDA depan Pesuruhjaya Sumpah/Masjistret.

26. Bawa Borang DDA bersama dokumen asal dalam Bicara Kuasa.

27. Perintah akan dikeluarkan dalam masa sebulan selepas bicara.

28. Daftarkan segala perintah pusaka (Borang E atau F) ke agensi yang berkaitan seperti Pejabat Tanah bagi tanah, bank bagi duit, JPJ bagi kenderaan dan sebagainya.

29. Geran baru akan dikeluarkan, duit akan dimasukkan ke akaun waris dan sebagainya.

Mengapa Permohonan Harta Pusaka Mesti Disegerakan.

i) Elak pertambahan waris yang lebih ramai ekoran kematian berlapis. Ianya mengelakkan berlakunya perbalahan dalam keluarga jika sudah terlalu ramai waris faraid.

ii) Mudahkan proses pembahagian harta pusaka dibuat.

iii) Membolehkan harta pusaka dimanfaatkan segera.

iv) Elak harta beku dan terbiar tidak diurus.

v) Elak makan atau manfaat harta secara batil dengan sengaja atau tidak. Hukumnya haram makan hak secara batil.

 

Fail Faraid Peribadi.

Sebaiknya semasa hidup, setiap orang menyediakan Fail Faraid Peribadi. Masukkan dalam fail tersebut dokumen-dokumen seperti berikut:

1. Salinan kad pengenalan setiap waris.

2. Salinan dokumen harta seperti geran tanah/rumah, perjanjian jual beli dan kenderaan atau aset-aset lain.

3. Salinan buku bank atau penyata akaun.

4. Salinan dokumen harta-harta yang berkenaan.

5. Senarai hutang-hutang.

6. Sebarang pesanan kepada waris.

7. Stuktur faraid peribadi.

*Sebaiknya semasa hidup ini juga, buatlah dokumen wasiat, pri-hibah dan deklarasi harta sepencarian untuk memudahkan lagi pengurusan dan pentadbiran harta pusaka selepas kematian kita.

 

ebook – Pusaka Kecil

Buku ini menyorot tentang pengurusan harta pusaka yang dinamakan sebagai pusaka kecil.
Buku ini seterusnya menghuraikan proses pengurusan pusaka kecil dengan membuat perincian secara berasingan tentang persediaan sebelum perbicaraan, situasi semasa perbicaraan, dan apa berlaku selepas perbicaraan.

klik di sini 

Facebook
Twitter
LinkedIn
Telegram
WhatsApp
Email
Print

Borang Quotation

(nombor yang boleh whatsapp & call)
=
=

Views: 142

IMPLIKASI BELI RUMAH BERSAMA

IMPLIKASI BELI RUMAH BERSAMA, INI YANG BERLAKU APABILA PASANGAN MENINGGAL DUNIA

Kebiasaanya, suami isteri akan membeli rumah bersama untuk kuatkan dokumen. Di SPA/SNP pula akan ada dua nama. Nama si suami dan nama si isteri. Dua-duanya mengambil MRTA/MRTT (takaful).

Sekarang apa akan berlaku jika salah seorang meninggal dunia?
 
Jika harga rumah RM600,000. Rumah itu terbahagi 2 (sebab 2 penama):
 
50% Si Suami (RM300,000)
 
50% Si Isteri (RM300,000)
 
Jika suami meninggal dunia, 50% bahagian suami sudah tidak perlu dibiayai, kerana takaful sudah bayarkan. Betul kan? Manakala bahagian isteri, 50% selebihnya perlu terus dibayar oleh pihak si isteri.
 
 
Isu Yang Timbul Selepas Kematian Salah Seorang Penama Bahagian si suami sudah pun menjadi HARTA PUSAKA. Jika suami masih ada mak ayah, mereka boleh tuntut hak mereka daripada 50% tersebut.
 
Saya baru dapat mesej, seorang balu yang baru kehilangan suaminya, anak ada dua. Mak dan
ayah mertua tidak mahu lepaskan hak. Mereka tetap mahukan bahagian mereka dalam rumah. Si isteri tidak mampu bayar, kerana jumlah bahagian mereka hampir RM140,000!
 
Ya, RM140,000.
 
Sudahlah harta ini saja tinggal kepada balu dan anak-anaknya. Tetapi tetap mak ayah mertua tidak lepaskan. Bila ditanya kenapa?
 
“Ayah mahu sedekah duit kepada anak yatim dan bagi anak-anak ayah.”
 
Gamaknya, mertua beliau dan cucu beliau bukan anak yatim rasanya. Allah!! Ini kes biasa yang ada di Malaysia. Penunggang agama tahap tertinggi. Ini baru mak ayah mertua, bagaimana pula kalau dengan adik-beradik mertua?
 
Di sinilah anda perlu mempelajari ilmu faraid. Kenali siapa waris faraid suami anda dan isteri anda sekarang. Kenali perwatakannya. Namun, itu pun belum menjamin apa-apa.
 
Ayah Mertua Mahu Rumah Anak Yang Bakal Mati.  Kes lain saya jumpa, ayah mertua kata buatlah rumah di atas tanah dia. Nanti dah siap, ayah mertua tukar nama. Tetapi sampai sekarang tak tertukar. Sudahlah si isteri guna tunai buat rumah dengan orang kampung. Tiada hitam putih.
 
Sekarang suaminya sudah lumpuh (anaknya si ayah ini) dan sudah nyanyuk kerana
kemalangan. Tiap-tiap hari ayah mertua remind menantunya, jangan tukar bil elektrik. Sebab dia ingin rumah itu jatuh kepada dia jika anaknya sudah tiada nanti.
 
Saya rasa kasihan dengan si isteri itu. Anak sudah 4 orang. Sekarang isteri tengah memikirkan bagaimana nak dapatkan rumah yang telah dibina dengan duitnya. Moga Allah swt lindungi mereka dan mencukupkan rezeki mereka.
 
Apa Yang Anda Perlu Buat?
Untuk elakkan perkara di atas berlaku dan anda ingin pasangan hidup senang, tidak mahu merempat selepas anda tiada nanti, anda perlu:
 
1. Buat wasiat dengan syarikat trustee, rujukan artikel >> CARA MEMBUAT WASIAT DENGAN AS-SALIHIN TRUSTEE BERHAD
 
 
Kebaikan PAPB
– Dengan ini harta tidak akan melalui proses perundangan yang akan melambatkan proses tuntutan.
– Bahagian-bahagian yang ada telah ditentukan dan memudahkan proses tuntutan.
– Tidak perlu melalui proses perundangan.
– Wasiat yang dibuat tidak perlu ditangguh penguatkuasaanya untuk memberi laluan kepada tuntutan harta sepencarian di selesaikan terlebih dahulu.
 
3. Boleh ke saya tukar terus kepada nama isteri atau anak?
 
Lebih selamat. Proses ini dibuat di Pejabat Tanah. Isi Borang 14A.
 
Jawapannya:
 
Tidak juga, kerana jika isteri mati warisnya juga boleh menuntut hak. Jika tukar kepada nama anak, anak pula mati awal daripada mak ayah.
 
Jika anak itu sudah berkahwin, sudah ada waris lain yang berhak. Contohnya, isteri atau suaminya.
 
Penyelesaian Terbaik?
Penyelesaian yang terbaik ialah buatlah perancangan sekarang. Samada berwasiat, PAPB atau pun Pri-Hibah, ianya bergantung mengikut situasi atau keadaan permasalahan anda.
 
Kebanyakan yang ramai sangat jumpa saya ialah mereka yang telah menghadapi masalah sebegini.
 
Merasai keperitan keluarga retak kerana harta. Beza orang merasai dan tahu. Yang merasai sudah tentu tidak mahu warisnya susah begini. Yang tahu hanya tenang sahaja.
 
Alangkah sedihnya. Kita sudah berada di taman-taman syurga. Tetapi waris kita berada di neraka dunia. Merempat kerana tiada lagi rumah untuk berehat dan bersuka ria.
 
 
harta sepencarian
Buku Harta Sepencarian (RM12)
Keistimewaan Buku Harta Sepencarian Ini
1) Mengupas tujuan wujudnya konsep dan amalan harta sepencarian bagi menjamin hak-hak yang boleh dituntut oleh pasangan suami isteri apabila berlakunya perkara- perkara di luar jangkaan.
 
2) Melalui ilmu dalam buku ini, suami atau isteri boleh menuntut harta sepencarian sebelum harta faraid dibahagikan kepada mereka yang berhak mengikut bahagian yang telah ditetapkan.
 
3) Perkongsian penulis diolah dengan ringkas dan mudah difahami berserta contoh-contoh realiti yang berlaku dalam masyarakat.
 
Facebook
Twitter
LinkedIn
Telegram
WhatsApp
Email
Print

Borang Quotation

(nombor yang boleh whatsapp & call)
=
=

Views: 7

Faraid dan Harta Pusaka

Waris jahil punca harta pusaka tidak dapat diselesaikan

‘BATU API’, WARIS JAHIL PUNCA PEREBUTAN PUSAKA

 

Rupanya setelah kematian suami tanggungjawab mencari nafkah buat anak-anak jatuh kepada walinya…iaitu datuk atau pakciknya, bukan tanggungjawab si ibu. Padanlah dari segi pemberian faraid bahagian isteri paling sedikit berbanding yang bakal diterima oleh waris yang lain. 

 
Saya tertanya-tanya, kenapa bahagian isteri paling sedikit sedangkan isterilah yang bakal menanggung keperluan anak-anak kelak. Bahkan rumah dan kereta peninggalan suami boleh dituntut wali jika tidak tersenarai sebagai harta pusaka yang dikhususkan untuk si isteri.
 
Ramai dari kita tidak tahu kerana belum pernah dengar lagi ada wali yang mencari nafkah buat anak yatim yang masih mempunyai ibu. Inilah amanah Allah yang dilupakan. Demikianlah besarnya tanggungjawab seorang lelaki. Tanggungjawab anda bukan hanya kepada anak isteri sahaja tetapi turut kepada pewalinya..
 
Apabila agama itu diambil separuh separuh, yang memihak padanya diambil yang memberi rugi padanya ditinggal.
 
Mari kita berfikir akan kisah benar yang berlaku pada seorang balu yang kematian suami.
 
1. Semasa hidup simati orang susah, adik beradik tak pernah menjenguk, apatah lagi nak hulur belanja untuk anak buah walaupun semuanya kerja bagus-bagus dan berpangkat tinggi.
 
2. Rezeki anak-anak simati dapat beli sebidang tanah dan membeli sebuah rumah teres. Tak lama kemudian, si mati membeli lagi sebidang tanah untuk tujuan berkebun tapi tak kesampaian (meninggal dulu).
 
3. Simpanan simati ada RM10k dalam akaun bank, sebuah rumah dan sebidang tanah.
 
4. Simati selalu bagitau isterinya kalau dia tiada, isteri dan anak-anak tak lah susah mana, ada tempat bergantung, ada sedikit duit dan ade tempat berlindung (rumah). Betapa besarnya harapan simati untuk si isteri dan anak-anak tersayang.
 
5. Ditakdirkan si mati meninggal dunia akibat sesak nafas (masalah jantung)..simati meninggalkan balu dan 2 orang anak perempuan.
 
6. Sejurus selepas simati dikebumikan, adik beradik simati termasuk ibu simati telah mengajak si isteri berbincang pasal harta simati kononnya simati akan terseksa dalam kubur kalau tak diselesaikan secepat mungkin.
 
7. Simati tiada anak lelaki, oleh itu harta-harta simati akan dapat juga pada adik beradiknya.
 
8. Tak sampai seminggu si mati meninggal, datanglah adik beradik bertandang ke rumah, siap buat lakaran dalam kertas ikut hukum faraid, bahagian untuk isteri, anak-anak, ibu simati dan adik beradik simati.
 
8. Hukum faraid-bahagian isteri dapat paling sedikit, lansung tak pedulikan perasan sibalu yang masih bersedih, dihamburkan pula nas-nas dalil-dalil bab pembahagian faraid.
 
9. Paling memilukan, dinilaikan sekali rumah yang diduduki oleh sibalu dengan anak-anak ikut nilai pasaran. Kemudian mereka itu bagi dua pilihan pada si balu, bayar harga rumah tersebut kepada waris-waris yang berhak sekiranya mahu tetap tinggal disitu, atau keluar dari rumah tersebut kerana rumah itu akan dijual dan duit jualan tersebut akan dibahagikan ikut hukum.
 
10. Nak cari mana 150k? nak tak nak terpaksa keluar dari rumah tersebut dan rumah pun dijual, dapatlah bahagian sibalu dan anak-anak dengan jumlah yang sibalu dapat dan anak-anak simati dapat mustahil dapat cari rumah baru.
 
Bermulalah episod merempat si anak-anak yatim, berpindah randah, menyewa situ sini, jangankan sibalu, si anak pun bekerja lepas balik sekolah nak sara diri sendiri, duit simpanan/tanah sebidang/rumah dijual siwaris. Harapan simati untuk tidak menyusahkan anak dan isteri selepas ketiadaannya berkecai sama sekali. Waris-waris semua lesap lepas dapat bahagian masing-masing.
 
Walaupun berhak pada harta simati tapi kena tengok pula tanggungjawab yang harus dipikul jangan ambil agama itu separuh separuh untuk kepentingan sendiri..ya tak berdosa ambil harta yg sememangnya hak kita dalam hukum, tapi berdosa gagal menjalankan tanggungjawab nafkah pada anak-anak simati iaitu penyediaan tempat tinggal/pakaian/makan minum.
 
Jika kita termasuk dalam golongan sebegitu sebelum ni berubahlah dan moga dijauhkan keturunan kita adik-beradik kita, suami kita anak-anak kita dari bersifat kejam begini.
 
Ambil pengajaran saudara saudari, sekali lagi saya ingatkan apa yang agama ajar, bila simati meninggalkan anak-anak yg belum baligh, wajib bagi walinya mengikut turutan wali sebelah simati menyediakan nafkah untuk anak simati. Kalu tidak diambil peduli, menanggunglah di akhirat kelak.
 
Hukum faraid itu sangat adil dan indah, diberi lebih kepada lelaki sebab lelaki adalah ketua keluarga yang kena menanggung orang-orang dibawahnya, kenapa apabila tiada anak lelaki, harta akan  diberi juga kepada adik beradik simati? Jelas Allah memberitahu bahawa adalah tanggungjwb si wali-wali untuk menanggung nafkah si anak yatim (lebih-lebih si yatim adalah perempuan) dan semoga dgn pembahagian faraid dapat meringankan beban /membantu si wali-wali untuk menjaga dan memberi nafkah kepada si anak yatim.
 
INGAT YEA..! Dapat pembahagian harta simati bukan terus beli rumah baru, shopping atau melancong dulu, tapi tunaikan dulu tanggungjawab hak simati dan juga hak si anak yatim.
 
Wallahu’alam
 
 
Facebook
Twitter
LinkedIn
Telegram
WhatsApp
Email
Print

Borang Quotation

(nombor yang boleh whatsapp & call)
=
=

Views: 9

Beza Wasiat dengan Hibah

Beza WASIAT dan HIBAH

Ramai yang memahami wasiat itu mudah terbatal, banyak yang diburukkan tentang berwasiat dan rasa hibah adalah yang terbaik.
Mentaliti ini semakin melarat dan kritikal sehinggakan secara tidak langsung kita telah menyumbang 70 billion harta pusaka terbeku.
Ya betul hibah itu pemberian hadiah tidak boleh dibatalkan & terkeluar daripada faraid tetapi kita kena ingat bila kita beri hadiah kepada seseorang itu, harta itu adalah hak dia 100% tetapi bagaimana pula hutang piutang kita siapa yang nak bayarkan dan harta-harta yang tidak hibahkan siapa pula yang nak uruskan?
Hibahkan semua harta untuk orang tersayang tetapi bila kita meninggal dunia, kita yang akan menanggung hutang piutang kita di alam barzakh. Sadis!
Ramai juga yang terlepas pandang, jika harta tersebut telah di hibahkan, contohnya Si A hibahkan rumah pada Si B, tetapi Si B mati dahulu dari Si A, maka rumah tersebut sudah menjadi harta pusaka Si B. Waris faraid si B, ada hak menuntut bahagian mereka ke atas rumah tersebut. Akhirnya apa yang Si A dapat? Jika Si A mempunyai banyak rumah, ianya tiada masalah tetapi andaikata Si A hanya mempunyai sebuah rumah sahaja…anda rasa?
Kita kena paham apa itu hibah dan wasiat, kedua-duanya berbeza dan ada kebaikan.
Contoh situasi lagi,
Ali membuat hibah wang sebanyak 100k kepada isterinya dan berharap isterinya dapat membayar segala hutang piutang Ali. Sekarang isteri Ali dapat 100k adalah hibah (hadiah) daripada suami. Itu duit isteri, dia berhak nak gunakan duit itu untuk tujuan peribadi… yang tetap berhutang ialah Ali.
 
Wajib Bayar Hutang Walaupun Tuannya Sudah Mati
Orang yang mati syahid sekalipun tidak akan dapat masuk ke dalam syurga jika tidak membayar hutang.
 
Dari Muhammad bin Jahsyi r.a. berkata ia : Rasulullah saw pernah bersabda :
وَالَّذِيْ نَفْسِيْ بِيَدِهِ ، لَوْ أَنَّ رَجُلًا قُتِلَ فِـيْ سَبِيْلِ اللّٰـهِ ثُمَّ أُحْيِيَ ثُمَّ قُتِلَ ثُمَّ أُحْيِيَ ثُمَّ قُتِلَ وَعَلَيْهِ دَيْنٌ مَا دَخَلَ الْـجَنَّـةَ حَتَّىٰ يُقْضَى عَنْهُ دَيْنُهُ
artinya : “Demi Tuhan yang diriku di dalam genggaman-Nya andainya bahawa seorang lelaki terbunuh pada jalan Allah kemudian dihidupkan kembali kemudian terbunuh lagi kemudian dihidupkan lagi kemudian terbunuh lagi sedangkan dia ada berhutang maka dia tidak akan masuk ke syurga sehingga dibayar hutangnya itu.” (Hadith Nasaai & Al-Baghawi)
Jadi didalam wasiat kita boleh melantik wasi untuk menyelesaikan hutang piutang kita terlebih dahulu sebelum pembahagian harta pusaka kepada waris.
Dan kena ingat juga kita bila kita meninggal dunia #amalan yang dibawa di akhirat nanti sedekah dan amal jariah kita 1/3 dari harta kita boleh diwakafkan atau diinfakkan kejalan ALLAH. Bahagian 1/3 ini, waris tidak boleh tentang.
Ada yang berangapan waris boleh menentang wasiat… bila waris menentang wasiat.. wasiat akan terbatal seluruhnya…
 
IANYA TIDAK BENAR SAMA SEKALI!
 
Waris tidak boleh halang keseluruhan wasiat itu, dia hanya boleh menuntut bahagian faraidnya sahaja. Wasiat tetap berjalan seperti biasa seperti perlantikan wasi, selesaikan hutang dunia & akhirat si mati, 1/3 saham akhirat, pengagihan baki harta, dan sebagainya.
Jadi kita kena faham terlebih dahulu apa itu wasiat dan hibah, baru senang untuk membuat perancangan yang lebih tepat.
 
WASIAT & HIBAH adalah pekara yang berbeza...
 
Pemberian HIBAH bukan untuk lari dari faraid…ia adalah pemberian hadiah secara kasih sayang tanpa mengharap sebarang balasan.
Sebaik-baiknya, untuk lebih penerangan yang lebih jelas, lebih baik berjumpa dengan orang yang pakar dalam industri perancangan harta pusaka. Bukan hanya mendengar cakap2 orang sahaja. Banyak informasi yang tidak tepat & salah akan kita dapat.
 

Nak banyak tips tentang harta pusaka?
Jom follow telegram Nota Warisan Pusaka & Kewangan Islam
https://t.me/notawarisanpusaka
 

Facebook
Twitter
LinkedIn
Telegram
WhatsApp
Email
Print

Borang Quotation

(nombor yang boleh whatsapp & call)
=
=

Views: 5

Cara Membuat Wasiat Dengan as-Salihin Trustee Bhd

Cara Membuat Wasiat Dengan as-Salihin Trustee Bhd Melalui Perancang Harta Pusaka Islam Berdaftar.

 
Sudahkah kita cukup bersedia untuk meninggalkan dunia yang sementara dan hidup kekal di alam akhirat? Adakah kita mempunyai bekalan yang cukup untuk mengembara ke alam akhirat. Adakah kita telah menggunakan harta yang ada ke jalan Allah. Adakah kita tahu bila kita akan meninggal sebelum sempat menyalurkan kekayaan ke jalan Allah. Mengapa anda tidak berwasiat sekarang. Jangan menyesal dalam kubur dan akhirat – tiada guna lagi.
 
Artikel ini adalah panduan untuk Pewasiat membuat wasiat dengan as-Salihin Trustee Bhd.
 
as-Salihin Trustee Bhd adalah syarikat amanah yang ditubuhkan lebih 15 tahun. Syarikat ini menyediakan perkhidmatan perancangan harta orang Islam dan pentadbiran harta pusaka.
 
Selain perkhidmatan membuat wasiat, syarikat ini menyediakan khidmat membuat Perjanjian Deklarasi Harta Sepencarian, hibah, amanah wasiat, amanah hayat, amanah takaful/insurans serta pentadbiran harta pusaka.
 
 
A. PERTANYAAN
 
Pewasiat yang mahu membuat wasiat boleh menghubungi saya selaku Perancang Harta Puska Islam samada secara email atau mencatat dalam ruangan borang di bawah, mesej dan whatsapp kepada saya:
 
Mohd Syaihan Sirotin: 012 672 7957
 
 
B. MAKLUMAT PEWASIAT
 
1. Temujanji
 
Temujanji boleh dibuat di Lembah Kelang, di pejabat, di rumah pewasiat, di shopping mall, restoren dan sebagainya. 
 
Perunding akan mendapatkan maklumat berikut semasa perbincangan santai: 
 
2. Latar Belakang Pewasiat
 
Perunding akan mendapat maklumat berikut:
 
Kenalpasti siapa waris faraid pewasiat.
 
Ibu/bapa yang masih ada
 
– Anak-anak: 
  •    Lelaki/perempuan
  •    Umur
  •    Anak istimewa
  •    Anak angkat
  •    Anak tiri.
 Memahami keperluan pewasiat:
  • Sarahidup pewasiat dan anak-anak
  • Rawatan dan perubatan
  • Persekolahan anak hingga ke universiti
  • Pembahagian harta kepada isteri
  • Pembahagian harta kepada anak angkat
  • Sedekah kepada pusat tahfiz al-Quran/fakir miskin/anak yatim
  • Hutang dunia dan akhirat
  • Pengalaman waris dalam menguruskan harta pusaka
  • Simpanan tunai pewasiat bagi mencairkan harta
 
C. PENGUMPULAN MAKLUMAT
 
Maklumat berikut boleh dibawa oleh Pewasiat semasa temujanji atau diemailkan kepada Perunding Harta.
 
Harta dan Simpanan
  • Senarai properti (contoh: rumah dua tingkat, lot pertanian) dengan butir lot dan lokasi seperti yang terdapat dalam geran.
  • Senarai pelaburan (contoh: ASB, Public Mutual)
  • Senarai simpanan di bank-bank, Tabung Haji dan KWSP (tidak perlu nombor akaun)
 
Senarai Benefisiari
  • Ibu-bapa (IC, alamat dan nombor telefon)
  • Anak-anak (IC, alamat dan nombor telefon
  • Isteri/suami (IC, alamat dan nombor telefon)
  • Lain-lain benefisiari (anak angkat, adik beradik dll)
 
Cadangan Pembahagian harta
  • Setiap harta di atas hendaklah dinyatakan kadar pembahagiannya. Contoh:
– KWSP:  Isteri: 50%, Anak Pertama: 25%, Anak Ke-2: 25%
– Rumah Teres: Anak angkat 100%
– Saham ASB: Samarata kepada anak-anak
– KWSP: 50% kepada Pusat Tahfiz al-Quran, 50% kepada rumah anak yatim
 
C. DOKUMEN WASIAT
  • Dalam masa 5 berhari bekerja as-Salihin Trustee Bhd akan menyediakan deraf wasiat.
  • Deraf wasiat akan diemailkan kepada Pewasiat untuk semakan dan kelulusan.
  • Dokumen wasiat akan dicetak untuk ditandatangani oleh pewasiat
  • Pewasiat akan menandatangani wasiat di pejabat as-Salihin atau di rumah pewasiat atau di mana sahaja dengan dua orang saksi lelaki (yang bukan waris).
 
D. PENYERAHAN DOKUMEN WASIAT
  • Dokumen asal wasiat akan disimpan di as-Salihin Trustee Bhd
  • Salinan wasiat akan diserahkan kepada Pewasiat
  • Pewasiat menjelaskan kos membuat wasiat
  • Pewasiat akan dibekalkan dengan dua Kad Wasiat. Kad ini wajar diserahkan kepada dua waris terdekat dengan pesanan yang anda ada membuat wasiat dan hubungi as-Salihin bagi urusan pembahagian harta pusaka.
 
E. BUATKAN SESUATU HARI DEMI KELUARGA TERSAYANG
 
Hubungi kami segera untuk membuat wasiat demi keluarga yang tersayang. Jalan telah dibuka. Ajal tidak pernah memberi tahu apabila akan tiba. Keputusan hari boleh merUbah masa depan anda dan keluarga.

Mulakan perbincangan dan tiada paksaan anda membuat wasiat atau produk perkhidmatan yang lain. Sekurang-kurangnya anda akan mendapat penerangan yang jelas mengenai produk yang ditawarkan oleh syarikat kami as-Salihin Trustee Bhd untuk keperluan akan datang.

F. HUBUNGI WAKIL AS-SALIHIN TRUSTEE BERHAD

Sila hubungi saya bagi membuat wasiat atau dokumen perancangan harta pusaka.
 
MOHD SYAIHAN SIROTIN   
Perancang Harta Pusaka Islam   
as-Salihin Trustee Bhd   
Tel: 012 672 7957 (termasuk Whatsapp/Telegram)   
Email: syaihan@gmail.com
Facebook
Twitter
LinkedIn
Telegram
WhatsApp
Email
Print

Borang Permohonan Wasiat Online

Section A - Maklumat Pewasiat

Nama penuh kad pengenalan anda
No kad pengenalan anda
Email anda
Untuk dimasukkan dalam dokumen wasiat
Jika berlainan dengan alamat tetap
No Telefon Anda
Nyatakan bangsa anda
Nyatakan agama yang anda anuti
Nyatakan status perkahwinan anda

Section B - Orang Untuk Dihubungi

Senarai di bawah adalah waris terhampir atau orang yang boleh dihubungi mengenai maklumat peribadi pewasiat
Nama orang yang untuk dihubungi
No telefon untuk dihubungi