Contractor all risks atau perlindungan semua risiko kontraktor menyediakan perlindungan untuk Kontraktor dan Pemaju untuk memenuhi kewajipan mereka di bawah syarat kontrak bagi kerja-kerja kejuruteraan awam yang diberikan kepada mereka seperti pembinaan bangunan, infrastruktur dan kerja kejuruteraan awam yang lain.
Perlindungan ini untuk kerugian atau kerosakan atas kerja-kerja kontrak semasa tempoh pembinaan boleh dilanjutkan kepada tempoh penyelenggaraan dari apa-apa sebab yang tidak dikecualikan secara khusus.
Perlindungan ini akan terhenti apabila tamatnya projek dan penyerahan kepada Prinsipal. Ia bukanlah perlindungan tahunan dan oleh itu tidak boleh diperbaharui.
Ia juga melindungi ganti rugi liabiliti pihak ketiga yang bakal menjadi tanggungan Peserta di sisi undang-undang yang timbul daripada pelaksanaan kontrak tersebut.
Isikan Borang Quotation di bawah untuk dapatkan penerangan penuh dan sebutharga bagi pelan perlindungan ini.