
Mewariskan Harta Kepada Orang Tersayang
Penulisan wasiat merupakan perkara yang sering dianggap sebagai sesuatu yang remeh.
Ini salah satu contoh yang dapat saya terangkan pada klien minggu lepas. Rumah bernilai lebih RM 300,000 dibeli atas nama bersama, suami & isteri.Â
Tetapi yang membayar sepenuhnya adalah suami. Gabungan nama itu adalah cuma untuk melayakkan jumlah pinjaman. Biasalah di zaman sekarang ni, trend 1 rumah 2 nama sudah jadi kebiasaan kerana atas faktor-faktor ekonomi dan kewangan.Â
Tujuan rumah tersebut dibeli adalah atas dasar kasih sayang kepada isteri dan anak-anak, dengan harapan jika beliau tidak ada lagi di dunia ini, isteri dan anak-anak ada tempat untuk berteduh.Â
Belum ada apa-apa perancangan dibuat ketika bertemu saya. Katanya faraid saja.Â
Lalu saya tunjuk pecahan faraid padanya.Â
Air mukanya berubah. Yang disangkakan waris faraid cuma anak-anak dan isteri sahaja. Rupanya ibu dan ayah ada sekali. Beliau terlepas pandang.Â
Termenung beliau sejenak bagaimana hendak dibahagikan jika dalam situasi sebegini.Â
Kawan-kawan ada beli rumah atas nama bersama? Boleh ambil situasi ini sebagai contoh.
Senaraikan aset anda, dan fikirkan sebenarnya apa perancangan rakan-rakan dengan aset-aset tersebut. Kita boleh merancang ketika hidup. Tetapi tidak lagi setelah dijemput kembali.
Semoga bermanfaat buat semua.
Suami isteri beli rumah bersama, Macamana kalau salah seorang meninggal dunia?Â

Penulisan wasiat merupakan perkara yang sering dianggap sebagai sesuatu yang remeh.

‘Saya dah tukar nama siap-siap kat anak…..’

Perbalahan antara waris mengenai pembahagian harta pusaka sering berlaku dalam masyarakat kita.

BERDASARKAN kajian Universiti Harvard di Amerika, risiko seseorang individu mati disebabkan oleh penyakit kanser adalah satu dalam 510.










We use cookies to improve your experience on our site. By using our site, you consent to cookies.
Manage your cookie preferences below:
Essential cookies enable basic functions and are necessary for the proper function of the website.
These cookies are needed for adding comments on this website.
Statistics cookies collect information anonymously. This information helps us understand how visitors use our website.
Google Analytics is a powerful tool that tracks and analyzes website traffic for informed marketing decisions.
Service URL: policies.google.com (opens in a new window)
You can find more information in our Cookie Policy and .