
SULTAN JOHOR: RAKYAT PERLU UTAMAKAN KESIHATAN, PASTIKAN DILINDUNGI INSURANS
DYMM Sultan Johor bertitah rakyat perlu sentiasa menitikberatkan kesihatan, selain melabur dalam insurans kesihatan demi kebaikan diri sendiri dan keluarga.
Allah memerintahkan umat Islam agar bekerjasama di dalam perkara-perkara yang baik. Sebagaimana firmanNya: “Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan jangalah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa dan permusuhan. Dan bertaqwalah kepada Allah, kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNya” (Al-Ma’idah:2)
Industri takaful merupakan satu contoh kerjasama tersebut dan sesungguhnya, konsep tabarru’ adalah intipatinya. Bank Negara Malaysia menerangkan: “Tabarru’ adalah persetujuan peserta untuk melepaskan sebagai sumbangan, sebahagian daripada caruman takaful yang dipersetujui untuk dibayar, untuk membolehkannya memenuhi tanggungjawab untuk saling membantu dan menanggung bersama sekiranya berlaku apa-apa musibah kerugian ke atas para pesertanya.
Konsep tabarru’ ini menolak unsur-unsur ketidaktentuan di dalam kontrak takaful. Perkongsian keuntungan atau lebihan yang mungkin terhasil daripada operasi takaful hanya dilakukan selepas tanggungjawab membantu para peserta teleh dipenuhi. Dengan itu, operasi takaful boleh dilihat sebagai perniagaan untuk berkongsi keuntungan di antara pengendali takaful dan para peserta dalam sesuatu kumpulan skim”.
Pengendali takaful bertindak sebagai syarikat pengurusan skim takaful sepertimana dalam pengurusan skim pelaburan berkumpulan. Selain daripada bayaran yuran pengurusan yang diterima, pengendali takaful juga menerima keuntungan bersama seperti yang dipersetujui. Hal berkongsi untung pelaburan ini tidak ada bagi pengurus skim pelaburan berkumpulan.
Di dalam insurans, tidak terdapat konsep atau amalan tabarru’. Ini dapat menjelaskan mengapa sesetengah pengalisisi melihat insurans sebagai pemindahan risiko dan takaful sebagai perkongsian risiko di dalam proses pengurusan risiko.
Takaful berasal daripada perkataan Arab, Kafalah, yang bererti untuk menjamin. Maka, industri takaful adalah semata-mata berhubung suatu kerjasama untuk saling menjamin di antara satu sama lain terhadap sesuatu kerugian yang dikenalpasti, dan bukannya memindahkan risiko kepada syarikat penanggung risiko pada harga premium tertentu.

DYMM Sultan Johor bertitah rakyat perlu sentiasa menitikberatkan kesihatan, selain melabur dalam insurans kesihatan demi kebaikan diri sendiri dan keluarga.

Borang Quotation Kerjaya & Affiliate Perang Harta Pusaka: Mengapa 70% Waris Tidak Mendapat Hak Mereka & Cara Mengelakkannya! Pengenalan: Realiti Pahit Harta Pusaka di Malaysia

Polisi Insurans Takaful anda komprehensif atau tidak?

Anggapan mengenai pembelian rumah 2 nama (suami & isteri) dikira sebagai Harta Sepencarian adalah SALAH sama sekali!Â










We use cookies to improve your experience on our site. By using our site, you consent to cookies.
Manage your cookie preferences below:
Essential cookies enable basic functions and are necessary for the proper function of the website.
These cookies are needed for adding comments on this website.
Statistics cookies collect information anonymously. This information helps us understand how visitors use our website.
Google Analytics is a powerful tool that tracks and analyzes website traffic for informed marketing decisions.
Service URL: policies.google.com (opens in a new window)
You can find more information in our Cookie Policy and .