Perlindungan Aset & Liabiliti

Berikan perlindungan untuk aset peribadi serta aset dan liabiliti perniagaan

Apakah Jenis Perlindungan Yang Disediakan?

  1. Takaful Pemilik Rumah (HouseOwner) & Isi Rumah (HouseHolder)
    Kerosakan yang berlaku ke atas struktur rumah boleh memberikan kesan terhadap kewangan dan gangguan emosi pada anda dan keluarga. Kerosakan ini boleh berpunca dari kebakaran, kilat, letupan domestik, banjir, ribut taufan, dilanggar kenderaan atau haiwan, pecahan atau limpahan tangki air, alat atau paip domestik dan pelbagai lagi.

    Kecurian tanpa pecah masuk atau secara paksaan dan keganasan ke dalam rumah juga antara yang boleh dilindungi.

    Dapatkan perlindungan HouseOwner dan HouseHolder ini untuk jiwa yang lebih tenang dan membantu mengurangkan kos penggantian dan pembaikan rumah apabila berlaku musibah tidak diingini.

  2. Aset Perniagaan
    Fokus kepada perniagaan anda. Tentang perlindungan aset, serahkan kepada pihak takaful.

    Antara perkara yang boleh anda lindungi adalah:
    a) Perlindungan dari kebakaran, kilat, letupan domestik, gempa bumi, kapal terbang, mogok, rusuhan dan pelbagai lagi.

    b) Kecurian atau kerosakan akibat kecurian harta benda milik yang diinsuranskan atau harta benda di bawah tanggungjawab anda

    c) Marin: perlindungan untuk kerugian atau kerosakan kepada barangan yang dihantar melalui semua jenis pengangkutan (laut, udara, jalan raya dan kereta api) dari gudang asal ke gudang destinasi, termasuk penyimpanan sampingan

    d) Kerosakan Jentera: kerosakan tiba-tiba dan tak dijangka semasa waktu kerja atau waktu rehat, dan semasa pembersihan, pemeriksaan, pembaikan, pengeluaran atau pemindahan ke tempat lain dalam premis

    e) Wang: Lindungi kehilangan wang ketika dalam perjalanan dan ketika disimpan dalam laci berkunci, peti besi atau bilik kebal atau akibat rompakan ketika dalam premis perniagaan

    f) Kerugian Tuntutan: membantu anda membayar baki keuntungan bersih dan caj tetap yang timbul akibat gangguan perniagaan selepas berlakunya kerugian atau kerosakan dari kebakaran, malapetaka semulajadi yang besar seperti gempa bumi, ribut taufan, banjir dan lain-lain bahaya yang boleh dilindungi.

    g) Kenderaan Bermotor: perlindungan daripada kerugian atau kerosakan akibat kemalangan kenderaan bermotor dan juga liabiliti perundangan terhadap pihak ketiga untuk kecederaan badan atau kerosakan harta benda

    h) Skim Pampasan Pekerja Asing (FWCS): majikan wajib mendapatkan insurans bagi semua pekerja asing yang digaji di bawah Skim Pampasan Pekerja Asing, untuk sebarang liabiliti di bawah Akta Pampasan Pekerja 1952

    i) Pampasan Pekerja: perlindungan kepada majikan berkenaan liabiliti berkanun di mana anda akan bertanggungjawab untuk membayar pampasan kepada mana-mana pekerja bagi kecederaan anggota badan akibat kemalangan atau penyakit akibat pekerjaan atau semasa menjalankan pekerjaaannya di bawah Undang-Undang Pampasan Pekerja dan Undang-Undang Biasa untuk pekerja yang tidak dilindungi oleh SOCSO ​

    j) Liabiliti Majikan: Sama seperti skim Pampasan Pekerja, liabiliti mungkin dikenakan kepada anda sebagai majikan sekiranya pekerja anda mengalami kecederaan anggota badan atau penyakit akibat kemalangan semasa bekerja. Bagi kategori pekerja yang tidak dilindungi oleh Akta Pampasan Pekerja atau PERKESO, liabiliti disisi undang-undang masih lagi wujud dan anda boleh mendapatkan ganti rugi di bawah Liabiliti Majikan.

    k) Liabiliti Awam: melindungi pemilik perniagaan daripada liabiliti undang-undang untuk membayar pampasan bagi kecederaan anggota badan akibat kemalangan atau kerosakan yang tidak sengaja kepada harta benda awam yang disebabkan oleh kecuaian anda atau kecuaian pekerja-pekerja anda. Liabiliti yang dinyatakan juga termasuk caj dan perbelanjaan undang-undang. Semua syarikat dan perusahaan perniagaan perlu mendapatkan perlindungan yang disediakan di bawah Skim ini, dan ia adalah penting untuk pemohon memilih had yang mencukupi memandangkan anggaran tuntutan besar yang mungkin timbul.

Isikan Borang Quotation untuk dapatkan sebutharga dan penerangan percuma atau terus tekan button whatsapp yang disediakan.

Borang Quotation

(nombor yang boleh whatsapp & call)
=

Views: 85

error: Content is protected !!