10 Tanda Kewangan Sihat
Mari kita semak 10 ciri kewangan dibawah dan tanda mana yang telah kita lakukan.
Proses Pengurusan Harta Pusaka KecilMengikut akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955; segala urusan permohonan dan pembahagian harta pusaka yang bernilai kurang di bawah RM2 juta samada harta tak alih sahaja atau harta tak alih campur harta alih hendaklah berurusan di mana-mana Pejabat Pusaka Kecil yang berhampiran kawasan anda.Prosedur dan proses permohonan harta pusaka kecil1. Senaraikan waris-waris yang berhak. Boleh cek di sini untuk kenal siapa waris faraid anda.– Kenali siapa waris faraid anda dan carta faraid2. Kumpulkan surat mati, surat nikah dan salinan kad pengenalan.3. Tunjukkan struktur faraid bagi setiap waris.4. Senaraikan semua harta alih dan tak alih.5. Kumpulkan semua dokumen harta seperti geran tanah, geran kenderaan, buku bank, penyata akaun bank dan segala dokumen harta yang lain.6. Dapatkan anggaran nilai harta, keluasan tanah dan jumlah simpanan.7. Senaraikan hutang-hutang simati, wasiat dan pesanan.8. Adakan perbincangan sesama waris berkaitan hak-hak simati.9. Tunjukkan struktur faraid setiap waris.10. Hak-hak faraid dijelaskan dalam bentuk keluasan tanah dan nilai harta.11. Bincang tentang hibah, hutang, wasiat dan tuntutan harta sepencarian.12. Praktikkan konsep takharuj dalam agihan. (Muafakat)13. Buat keputusan awal agihan harta kepada waris.14. Semak semua senarai dokumen supaya lengkap.15. Buat semakan geran tanah jika perlu.16. Beli salinan hakmilik (jika tiada) dan carian rasmi setiap tanah.17. Dapatkan resit cukai pintu bagi geran yang ada rumah (jika ada)18. Isi borang A (seperti gambar di bawah). Permohonan secara online JKPTG online (https://www.jkptg.gov.my/my/panduan/permohonan/pembahagian-harta-pusaka)19. Sediakan surat akuan bagi nama tak sama dengan surat mati, bin tak sama bagi anak atau waris, tiada no kad pengenalan dalam geran atau carian rasmi.20. Pastikan semua dokumen yang berkaitan difotostat lengkap.a) Surat mati dan kad pengenalan waris 1 salinanb) Geran tanah 2 salinanc) Carian rasmi 1 original & 1 salinand) Surat akuan 1 original & 1 salinane) Geran kenderaan, penyata akaun dan lain-lain dokumen harta 2 salinan.f) Resit cukai pintu 1 salinan21. Dapatkan tandatangan Pesuruhjaya Sumpah/Masjistret bagi Borang A. Borang P (seperti gambar di bawah) hanya ditandatangani oleh pemohon sahaja.22. Hantar Borang A dan dokumen-dokumen ke Pejabat Pusaka Kecil/Pejabat Tanah dimana SALAH SATU tanah milik simati berada. Dapatkan surat pengesahan pendaftaran dari Pejabat Pusaka. (No. Fail JKPTG/…)23. Bicara Pusaka kebiasaannya dalam tempoh 4 hingga 6 bulan selepas daftar.24. Sediakan Borang DDA (Persetujuan) (seperti gambar di bawah) mengikut keputusan yang telah dibuat oleh waris-waris bagi waris yang tidak dapat hadir bicara. (Perhatian: Sekurang-kurangnya 2 orang waris mesti hadir dalam bicara kuasa)25. Setiap waris tandatangan Borang DDA depan Pesuruhjaya Sumpah/Masjistret.26. Bawa Borang DDA bersama dokumen asal dalam Bicara Kuasa.27. Perintah akan dikeluarkan dalam masa sebulan selepas bicara.28. Daftarkan segala perintah pusaka (Borang E atau F) ke agensi yang berkaitan seperti Pejabat Tanah bagi tanah, bank bagi duit, JPJ bagi kenderaan dan sebagainya.29. Geran baru akan dikeluarkan, duit akan dimasukkan ke akaun waris dan sebagainya.Mengapa Permohonan Harta Pusaka Mesti Disegerakan.i) Elak pertambahan waris yang lebih ramai ekoran kematian berlapis. Ianya mengelakkan berlakunya perbalahan dalam keluarga jika sudah terlalu ramai waris faraid.ii) Mudahkan proses pembahagian harta pusaka dibuat.iii) Membolehkan harta pusaka dimanfaatkan segera.iv) Elak harta beku dan terbiar tidak diurus.v) Elak makan atau manfaat harta secara batil dengan sengaja atau tidak. Hukumnya haram makan hak secara batil.Fail Faraid Peribadi.Sebaiknya semasa hidup, setiap orang menyediakan Fail Faraid Peribadi. Masukkan dalam fail tersebut dokumen-dokumen seperti berikut:1. Salinan kad pengenalan setiap waris.2. Salinan dokumen harta seperti geran tanah/rumah, perjanjian jual beli dan kenderaan atau aset-aset lain.3. Salinan buku bank atau penyata akaun.4. Salinan dokumen harta-harta yang berkenaan.5. Senarai hutang-hutang.6. Sebarang pesanan kepada waris.7. Stuktur faraid peribadi.*Sebaiknya semasa hidup ini juga, buatlah dokumen wasiat, pri-hibah dan deklarasi harta sepencarian untuk memudahkan lagi pengurusan dan pentadbiran harta pusaka selepas kematian kita.ebook – Pusaka Kecil Buku ini menyorot tentang pengurusan harta pusaka yang dinamakan sebagai pusaka kecil. Buku ini seterusnya menghuraikan proses pengurusan pusaka kecil dengan membuat perincian secara berasingan tentang persediaan sebelum perbicaraan, situasi semasa perbicaraan, dan apa berlaku selepas perbicaraan. |
Mari kita semak 10 ciri kewangan dibawah dan tanda mana yang telah kita lakukan.
Perkara wajib perlu tahu tentang medical card company / majikan
Fahami fungsi instrument perancangan pusaka, wasiat, hukum faraid dan undang-undang pusaka
Adakah anda mencari Insurans Takaful bagi melindungi pinjaman perumahan anda?
Go to the full page to view and submit the form.
Views: 113