Gaji Cukup-Cukup Sampai Hujung Bulan

7 PERKARA YANG PERLU DILAKUKAN!

Bagi pekerja yang makan gaji, sejumlah wang tertentu akan diterima pada setiap hujung bulan. Kadang-kadang, belum separuh bulan, wang tidak lagi berbaki. Kita pula tidak pasti ke mana wang tersebut dibelanjakan.

Justeru rancanglah perbelanjaan dengan melakukan amalan-amalan yang baik. Tujuh petua berikut membantu mengelakkan wang tidak cukup sebelum sampai hujung bulan.


1) SEDIAKAN BELANJAWAN
Asingkan wang untuk bayaran wajib seperti sewa rumah, utiliti dan bayaran pinjaman dan lain-lain dengan perbelanjaan lain seperti membeli-belah dan hobi. Catat duit keluar masuk agar kita tahu ke mana wang dibelanjakan. Caranya mudah dengan menggunakan aplikasi tersedia dalam telefon bimbit.

2) MENABUNG SECARA KONSISTEN
Selepas menerima wang, peruntukkan jumlah khusus tabungan tidak perlu besar tetapi konsisten. Contohnya, hanya menyimpan wang kertas RM5. Jadikan kebiasaan.

3) BUAT PERBANDINGAN HARGA
Jadikan amalan membandingkan harga sebelum membeli sebagai tabiat. Walaupun nampak leceh, sangat membantu ketika berbelanja. Terutama untuk membeli barangan elektrik dan barang keperluan rumah.

4) BELI BARANG KEPERLUAN SEBELUM KEHENDAK
Fikir dan pertimbangkan sebelum membeli barangan dalam bentuk kehendak Kadang-kadang bukan wang tidak cukup, tetapi kita yang berlebih-lebihan dalam berbelanja barang kehendak.

5) URUS PINJAMAN PERIBADI DAN KAD KREDIT.
Untuk mengelakkan muflis pada usia muda, jangan mengambil pinjaman peribadi melainkan apabila perlu. Khuatir nanti banyak wang akan dihabiskan untuk membayar semula pinjaman yang dilakukan.
 
6) PERHATIKAN GAYA HIDUP
Jangan tertipu dengan trend yang selalu berubah-ubah. Trend akan bertukar dengan cepat. Sedangkan kita perlu berbelanja mengikut keperluan diri. Jangan sampai demi memuaskan diri dengan gaya hidup bermewah-mewah, wang tidak cukup untuk dibelanjakan.

7) SELAIN PENDAPATAN PERTAMA
Tambah sumber pendapatan, selain daripada sumber pendapatan pertama.
 
BIJAKLAH MENGATUR KEWANGAN AGAR CUKUP UNTUK KEGUNAAN SEPANJANG BULAN. BUKAN BANYAK MANA WANG DITERIMA, TETAPI BAGAIMANA KITA MENGATUR PERBELANJAAN MENENTUKAN PERJALANAN PERBELANJAAN KEWANGAN PADA SETIAP BULAN.
Facebook
Twitter
LinkedIn
Telegram
WhatsApp
Email
Print

Views: 10