
Instrumen Perancangan Kewangan
“Adakah perlu untuk kita merancang kewangan?” dan, “Apakah keperluan ini dituntut oleh Islam?”
Allah memerintahkan umat Islam agar bekerjasama di dalam perkara-perkara yang baik. Sebagaimana firmanNya: “Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan jangalah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa dan permusuhan. Dan bertaqwalah kepada Allah, kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNya” (Al-Ma’idah:2)
Industri takaful merupakan satu contoh kerjasama tersebut dan sesungguhnya, konsep tabarru’ adalah intipatinya. Bank Negara Malaysia menerangkan: “Tabarru’ adalah persetujuan peserta untuk melepaskan sebagai sumbangan, sebahagian daripada caruman takaful yang dipersetujui untuk dibayar, untuk membolehkannya memenuhi tanggungjawab untuk saling membantu dan menanggung bersama sekiranya berlaku apa-apa musibah kerugian ke atas para pesertanya.
Konsep tabarru’ ini menolak unsur-unsur ketidaktentuan di dalam kontrak takaful. Perkongsian keuntungan atau lebihan yang mungkin terhasil daripada operasi takaful hanya dilakukan selepas tanggungjawab membantu para peserta teleh dipenuhi. Dengan itu, operasi takaful boleh dilihat sebagai perniagaan untuk berkongsi keuntungan di antara pengendali takaful dan para peserta dalam sesuatu kumpulan skim”.
Pengendali takaful bertindak sebagai syarikat pengurusan skim takaful sepertimana dalam pengurusan skim pelaburan berkumpulan. Selain daripada bayaran yuran pengurusan yang diterima, pengendali takaful juga menerima keuntungan bersama seperti yang dipersetujui. Hal berkongsi untung pelaburan ini tidak ada bagi pengurus skim pelaburan berkumpulan.
Di dalam insurans, tidak terdapat konsep atau amalan tabarru’. Ini dapat menjelaskan mengapa sesetengah pengalisisi melihat insurans sebagai pemindahan risiko dan takaful sebagai perkongsian risiko di dalam proses pengurusan risiko.
Takaful berasal daripada perkataan Arab, Kafalah, yang bererti untuk menjamin. Maka, industri takaful adalah semata-mata berhubung suatu kerjasama untuk saling menjamin di antara satu sama lain terhadap sesuatu kerugian yang dikenalpasti, dan bukannya memindahkan risiko kepada syarikat penanggung risiko pada harga premium tertentu.

“Adakah perlu untuk kita merancang kewangan?” dan, “Apakah keperluan ini dituntut oleh Islam?”

Cerita ini tentang bagaimana takaful menyelamatkan sebuah keluarga yang hampir terperangkap dalam kesulitan yang besar.

Penyakit kritikal boleh datang bila-bila masa. Ketahui bagaimana takaful sakit kritikal membantu anda hadapi kos rawatan tinggi dan lindungi kestabilan kewangan keluarga anda.

Di dalam undang-undang hanya INDIVIDU atau SYARIKAT AMANAH sahaja yang boleh dilantik sebagai Wasi.









