Takaful untuk Wanita

(Perlindungan khas untuk wanita kerana dirimu begitu berharga)

5 Sebab Kenapa Wanita Perlu Ada Pelan Perlindungan Ini

  1. Cover Rawatan Kesuburan IUI / IVF Sebagai Usaha Mendapatkan Zuriat
    Sudah menjadi impian setiap pasangan yang berkahwin menginginkan zuriat sendiri. Tapi, kadangkala rezeki itu datang agak lambat sehingga mengganggu emosi si isteri. Mungkin juga ada sesuatu yang menghalang dari hamil, contohnya cyst, endometrium, fibroid dan lain-lain. Ia hanya boleh diketahui apabila pergi berjumpa dengan doktor pakar untuk mengetahui masalah yang mungkin dihidapi. Anda juga dinasihatkan untuk ambil pelan medical card supaya boleh bantu biaya kos rawatan perubatan, jika diperlukan - perlu mohon 2 tahun awal.

    Selepas semua 'halangan' sudah tiada, barulah doktor akan syorkan untuk buat prosedur IUI / IVF bagi meningkatkan lagi peluang untuk hamil. Harus diingat, prosedur ini hanyalah sebagai satu ikhtiar sahaja. Tiada jaminan anda akan hamil. Namun begitu, prosedur ini di 'cover' secara pay & claim bagi membantu meringankan kewangan anda - juga perlu mohon awal, seawal 18 bulan sebelum apa-apa prosedur dibuat.

  2. Cover Kanser & Penyakit Berkaitan Wanita
    Disebabkan wanita mempunyai lebih organ berbanding lelaki, jadi wanita perlukan lebih perlindungan. Dalam pelan takaful untuk wanita ini, ada perlindungan dari segi duit pampasan sekiranya menghidapi kanser atau penyakit yang berkaitan dengan wanita, contohnya kanser payudara, kanser rahim, SLE dengan komplikasi buah pinggang, artritis Rheumatoid, osteoporotik dan pelbagai lagi. Sejumlah duit pampasan akan diberikan kepada pencarum apabila menghidapi penyakit-penyakit ini.

  3. Cover Penjagaan Mental
    Hari ini, tekanan mental bukan lagi perkara yang boleh dipandang enteng. Ia boleh menjadi sangat teruk dan bahaya. Kaum wanita adalah antara yang mudah untuk menghidapinya. Antara sebabnya adalah: depresi sebab lambat dapat anak, depresi selepas bersalin (meroyan), gangguan bipolar, skizofrenia dan lain-lain lagi. Ada rawatan yang boleh diambil dan ia di cover. Rujuk jadual pelan di bawah.

  4. Ganjaran Tunai untuk Peringkat Kehidupan
    Anda akan diraikan sekiranya mencapai sesuatu peringkat kehidupan seperti berkahwin, membeli hartanah, tunai umrah/Haji, mendapat Master atau PHD, dan tak lupa juga apabila melahirkan anak atau mengambil anak angkat secara sah. Sejumlah tunai akan diberikan kepada anda.

  5. Cover Komplikasi Kehamilan
    Tempoh 9 bulan 10 hari boleh menjadi suatu tempoh yang mengujakan atau mengerikan. Sekiranya berlaku komplikasi ketika hamil, contohnya hamil luar rahim, tekanan darah yang tinggi sehingga sawan, keguguran di fasa lewat, kematian janin dan sebagainya lagi, sejumlah duit tunai pampasan akan diberikan kepada pencarum bagi membantu meringankan beban kewangan dan emosi yang dialami.

Ketahui perbandingan pelan perlindugan takaful khas untuk wanita di bawah ini dan isikan Borang Quotation untuk sebutharga percuma:

TAKAFUL UNTUK WANITA: PRUBSN ANGGUN
MANFAAT DILINDUNGI JUMLAH
PAMPASAN KEMATIAN RM25,000
PAMPASAN HILANG UPAYA KEKAL RM25,000
MANFAAT PENYAKIT WANITA
  • Kanser Wanita
    (payudara, uteri serviks, tiub Fallopio, ovari, uterus atau faraj/vulva)
RM25,000
  • SLE dengan komplikasi buah pinggang yang teruk
RM25,000
  • Karsinoma-In-Situ
    (payudara, uteri serviks, tiub Fallopio, ovari, uterus atau faraj/vulva)
RM12,500
MANFAAT PENJAGAAN WANITA
  1. Pembedahan Pembaikan Prolaps Uterus yang teruk
  2. Artritis Rheumatoid dengan komplikasi
  3. Retakan Osteoporotik: Pinggul atau vertebra
  4. Pembedahan Rekonstruktif Wajah akibat Kemalangan / Kanser
  5. Pemindahan Kulit akibat Melecur atau Kanser Kulit
  6. Lumpektomi Payudara atau Mastektomi akibat Karsinoma-In-Situ, Kanser atau Kemalangan
  7. Pembedahan Pembuangan Organ Reproduktif Wanita akibat Karsinoma-In-Situ, Kanser atau Kemalangan
RM7,500
MANFAAT PENJAGAAN MENTAL
  • Bayaran balik lawatan konsultasi psikoterapi pesakit luar apabila didiagnosis salah satu gangguan mental di bawah:
  1. Gangguan depresi yang teruk
  2. Depresi selepas bersalin (post partum)
  3. Gangguan keresahan menyeluruh
  4. Gangguan obsesif kompulsif
  5. Gangguan Bipolar
  6. Skizofrenia
RM2,500
MANFAAT PERINGKAT KEHIDUPAN
  1. Perkahwinan
  2. Membeli Hartanah
  3. Menunaikan Haji atau Umrah
  4. Pendidikan Pascasiswazah (Master atau PhD)
  5. Melahirkan Anak atau Pengambilan Anak Angkat secara sah
RM750
  • Kematian Pasangan
  • Persaraan
RM2,250 atau
baki jika
(a) – (e)
sudah dituntut
MANFAAT PENJAGAAN KEHAMILAN
(KOMPLIKASI KEHAMILAN)
  1. Koagulasi Intravaskular Diseminata (selepas 7 bulan)
  2. Kehamilan Ektopik (hamil luar rahim)
  3. Kehamilan Molar
  4. Eklampsia
  5. Keguguran Lewat (minggu 18-28)
  6. Miomektomi semasa Mengandung
  7. Abrupsi Plasenta
  8. Embolisme cecair Amniotik
  9. Akut Hati berlemak semasa Kehamilan (AFLP)
  10. Plasenta Increta / Percreta
  11. Kematian Janin (selepas minggu 28)
  12. Kematian Anak (dalam 30 hari selepas kelahiran)
  13. Kematian Ibu (semasa kehamilan dari minggu 14 sehingga 30 hari selepas kelahiran)
RM25,000
MANFAAT PENJAGAAN KESUBURAN
  • Pembayaran balik bagi rawatan dan prosedur bantuan kesuburan melalui Permanian Beradas (IUI) atau
    Persenyawaan In-Vitro Fertilisation (IVF)
RM10,000
MANFAAT PENJAGAAN BAYI
(PENYAKIT CONGENITAL/ SEJAK LAHIR)
  1. Spina Bifida
  2. Sumbing Bibir dengan/ tanpa Sumbing Lelangit
  3. Kecacatan Septum Ventrikel
  4. Kecacatan Septum Atrium
  5. Transposisi Salur Darah Utama
  6. Tetralogi Fallot
  7. Syndrom Down
  8. Duktus Arteriosus Terbuka yang memerlukan pembedahan
RM25,000
TEMPOH PERLINDUNGAN Sehingga umur
70 tahun
CARUMAN BAYARAN Borang Quotation
TAKAFUL UNTUK WANITA: A-Life Lady-i
MANFAAT DILINDUNGI JUMLAH
A PAMPASAN KEMATIAN RM50,000 – RM300,000
B PAMPASAN HILANG UPAYA KEKAL 100% x A
MANFAAT PENYAKIT WANITA
C
  • Kanser Wanita
    (payudara, uteri serviks, tiub Fallopio, ovari, uterus atau faraj/vulva)
100% x A
  • SLE dengan komplikasi buah pinggang yang teruk
100% x A
  • Karsinoma-In-Situ
    (payudara, uteri serviks, tiub Fallopio, ovari, uterus atau faraj/vulva)
50% x A

(Jumlah amaun diset semula kepada 100%, 12bulan dari tarikh diagnosis Karsinoma in situ Wanita
MANFAAT PENJAGAAN WANITA
D
  1. Pembuangan organ khusus wanita:
    = payudara, uteri serviks, uterus, tiub Fallopio, vulva/faraj, ovari
  2. Pembedahan pembentukan semula organ khusus wanita:
    = payudara, uteri serviks, vulva/faraj
  3. Retakan Osteoporotik – pinggul atau vertebra
  4. artritis Rheumatoid teruk
  5. Pembedahan Rekonstruktif Wajah akibat Kemalangan / Kanser
  6. Pemindahan Kulit akibat kemalangan atau Kanser Kulit
30% dari A

(Maksima 2x tuntutan, dan 1x tuntutan setiap peristiwa)
  1. Komplikasi perubatan akibat pembedahan kosmetik elektif
  2. Rawatan putus haid
  3. Rawatan Psikoterapi
RM5,000
MANFAAT KEHAMILAN
E
  1. Koagulasi Intravaskular Tersebar
    (selepas 7 bulan kandungan)
  2. Kehamilan Molar
  3. Kehamilan ektopik
  4. Eklampsia (sawan)
  5. Keguguran lewat (dari minggu 18 – 28)
  6. Kematian Janin (dari minggu ke-28)
  7. Abrupsi Plasenta
  8. Embolisme cecair amniotik
  9. akut hati berlemak semasa kehamilan (AFLP)
  10. Placenta Increta/ percreta
10% dari A
MANFAAT GANJARAN TUNAI
F (a) Berkahwin
(b) Melahirkan Anak
(c) Usia Emas (umur 55 tahun)
12% dari A

3% untuk (a)
3% untuk (b)

baki untuk (c)
jika (a) dan (b) sudah dituntut
GIFT OF JOY
G 3% dari A akan diberikan sekiranya anda yang memiliki pelan A-Life Lady-i ini sedang hamil antara minggu ke 13 – 35 dan kemudiannya memohon pelan Pre-Birth untuk anak dalam kandungan
FAEDAH MATANG
H 150% dari A akan dibayar jika anda mencapai umur 80 tahun
TEMPOH PERLINDUNGAN Sehingga umur
80 tahun
CARUMAN BAYARAN Borang Quotation

Borang Quotation

(nombor yang boleh whatsapp & call)
=
=

Views: 35

SyaihanSirotin.com Hai, tekan loceng untuk terima promosi dan update dari website ini :-)
Dismiss
Allow Notifications