Apakah Yang dimaksudkan dengan Takaful Penyakit Kritikal ?
Pelan perlindungan ini memberi manfaat bayaran pampasan sekaligus sekiranya anda didiagnosis menghidap salah satu daripada penyakit-penyakit kritikal yang dinyatakan di dalam sijil takaful anda.
Sekiranya menghidap penyakit kritikal, rawatan khas dan pemulihan jangka panjang mungkin diperlukan. Namun, jangan biarkan beban kewangan menjadi penghalang.
Adakah saya memerlukan perlindungan penyakit kritikal?
Semua orang mengidamkan masa depan yang sempurna – keluarga bahagia, kerjaya dan status kewangan yang stabil dan kesihatan yang baik. Malangnya, bukan semuanya indah. Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, 16,235 mangsa yang merangkumi 15% kematian yang disahkan secara perubatan pada tahun 2019 adalah disebabkan oleh penyakit jantung, menjadikannya penyebab kematian nombor satu di Malaysia.
Siapakah yang perlu memohon pelan perlindungan penyakit kritikal?
Statistik juga telah mencatat peningkatan jumlah diagnosis kanser di kalangan orang dewasa yang lebih muda. Lebih baik sediakan payung sebelum hujan, bukan?
Bak kata pepatah, mencegah lebih baik daripada menyembuhkan. Oleh yang demikian, adalah lebih baik menyertai pelan perlindungan penyakit kritikal untuk membantu anda dari segi kewangan dan emosi sekiranya anda dihidapi dengan salah satu penyakit kritikal.
Anda sangat disarankan untuk menyertai pelan perlindungan SEBELUM anda didiagnos, agar komitmen bulanan anda lebih murah, dan anda akan mempunyai lebih banyak pilihan mengenai perlindungan tersebut.
Sekiranya anda sudah mempunyai pelan Takaful, anda sentiasa boleh menambah rider penyakit kritikal ke pelan asas anda untuk perlindungan yang lebih menyeluruh.
Walaupun jumlah kes meningkat saban tahun, kadar penyembuhan untuk kanak-kanak jauh lebih tinggi daripada kebanyakan kanser dewasa kerana kemajuan dalam rawatannya. Walau bagaimanapun, kebanyakan kos rawatan kanser sangat tinggi dan pastinya memberi kesan kepada anda dari segi kewangan.
Sebilangan besar Pengendali Takaful tidak menawarkan pelan perlindungan penyakit kritikal yang merangkumi kanak-kanak, jadi carilah pelan yang melindungi, sekurang-kurangnya 11 penyakit kritikal paling biasa di kalangan kanak-kanak.
Sekiranya anda belum mempunyai pelan perlindungan Takaful untuk pasangan dan anak-anak anda, inilah masanya untuk menyertai pelan perlindungan Takaful komprehensif yang merangkumi kematian, ketidakupayaan dan penyakit kritikal bagi anda, pasangan dan anak-anak anda di bawah satu pelan.
Perkara yang anda perlu tahu sebelum menyertai pelan penyakit kritikal
Pengendali Takaful melindungi jenis penyakit kritikal yang berbeza-beza. Walaupun penyakit seperti kanser, strok dan penyakit jantung secara umumnya dilindungi, penyakit seperti Alzheimer, koma dan Parkinson antara lain jarang sekali dilindungi oleh kebanyakan Pengendali Takaful kerana ia berbeza-beza mengikut pelan perlindungan yang ditawarkan. Dengan ini, anda perlu sedar dan mengutamakan pelan mana yang paling sesuai dengan anda.
Pelan sebigini biasanya sangat mahal, jadi fikirkanlah dengan teliti ketika memilih pelan penyakit kritikal yang tepat untuk anda.
Sekiranya anda masih lagi tidak menyertai pelan perlindungan penyakit kritikal dan ingin melindungi diri anda dan yang tersayang, lawati pelbagai pelan Takaful penyakit kritikal yang kami tawarkan yang sesuai dengan anda.
Untuk penerangan yang lebih jelas dan dapatkan sebutharga caruman pelan perlindungan sakit kritikal dan kanser ini, isikan Borang Quotation di bawah atau terus tekan link whatsapp yang telah disediakan.










We use cookies to improve your experience on our site. By using our site, you consent to cookies.
Manage your cookie preferences below:
Essential cookies enable basic functions and are necessary for the proper function of the website.
These cookies are needed for adding comments on this website.
Statistics cookies collect information anonymously. This information helps us understand how visitors use our website.
Google Analytics is a powerful tool that tracks and analyzes website traffic for informed marketing decisions.
Service URL: policies.google.com (opens in a new window)
You can find more information in our Cookie Policy and .