Penulisan Wasiat

(Anda berhak tentukan siapa uruskan harta anda dan bagaimana diagihkan)

5 Sebab Kenapa Anda Perlu buat Penulisan Wasiat

1) Melantik Wasi/Pentadbir bagi memastikan aset dapat dicairkan dan diuruskan serta diagihkan kepada waris

2) Melantik siapa Penjaga harta untuk anak di bawah umur/ OKU, selepas kematian pemilik harta

3) Menentukan pemberian harta kepada mereka yang bukan waris Faraid (contoh: anak angkat), termasuk pemberian infaq selepas kematian pemilik harta

4) Memudahkan waris tahu senarai harta apa yang dimiliki oleh pemilik harta dan juga memudahkan mereka untuk menguruskan harta tersebut

5) Juga memudahkan waris untuk mengetahui bagaimana harta pemilik itu perlu diagihkan mengikut kehendak pemilik

 
 
Di dalam Wasiat, tercatat:

1. Nama WASI. Sama ada suami-isteri, Syarikat Trustee, Peguam, Majlis Agama Islam Negeri ataupun Amanah Raya Berhad.

2. Arahan kepada WASI seperti mengumpulkan harta, bayarkan hutang piutang dan agihkan harta kepada waris mengikut faraid.

3. Senarai waris yang berhak menerima harta pusaka. (Sebaiknya ada nisbah faraid setiap waris yang berhak)

4. Senarai harta.

5. Senarai hutang piutang.

6. Hasrat dan Pesanan Terakhir.

 

KELEBIHAN MEMBUAT WASIAT

Mempercepatkan proses mendapatkan surat kuasa pusaka / Perintah Pembahagian Pusaka.

• Mengelakkan persengketaan waris.

• Melindungi kebajikan masa depan waris / mereka yang tersayang.

• Memastikan harta diagihkan kepada waris yang berhak mengikut Hasrat.

• Mempercepatkan pengagihan harta pusaka tanpa perlu menghadapi rintangan birokrasi yang akan dihadapi oleh waris sekiranya tidak membuat Surat Wasiat Tadbir Pusaka.

Untuk penerangan yang lebih jelas dan terperinci, isikan Borang Quotation di bawah atau terus tekan link whatsapp yang telah disediakan.

Borang Quotation

(nombor yang boleh whatsapp & call)

What is 7+4?

What is 7+4?

Views: 49

SyaihanSirotin.com Hai, tekan loceng untuk terima promosi dan update dari website ini :-)
Dismiss
Allow Notifications