Deklarasi Harta Sepencarian

(Melindungi hak isteri-isteri)

Elakkan Pertelingkahan & Penindasan. Meterai Perjanjian Harta Sepencarian

Harta Sepencarian bermaksud harta yang diperolehi oleh suami dan isteri bersama-sama sepanjang perkahwinan yang sah di mana kedua-dua pihak memberi sumbangan secara langsung atau tidak langsung terhadap perolehan harta tersebut.

Harta sepencarian termasuklah harta alih seperti wang ringgit, kereta, saham dan sebagainya dan harta tak alih iaitu sebarang bentuk hartanah dan rumah atau apa-apa aset dan modal yang dihasilkan atas perkongsian bersama dalam tempoh perkahwinan.

Undang-Undang dan Mahkamah Syariah di Malaysia mengiktiraf sumbangan isteri keatas perolehan harta sepencarian samada sumbangan secara langsung berbentuk wang ringgit atau sumbangan kasih sayang isteri kepada suami serta anak-anak mereka, penat lelah dalam menjaga dan menguruskan kehidupan keluarganya dan pengorbanan juga dianggap sebagai sumbangan secara tidak langsung daripada pihak isteri dalam harta sepencarian.

Harta sepencarian boleh dituntut dalam 3 keadaan iaitu:

  1. poligami
  2. bercerai
  3. kematian

Hanya suami yang perlu buat dokumen Deklarasi Harta Sepencarian ini dan tujuan asalnya adalah melindungi hak isteri-isteri supaya suami sentiasa bersikap adil dan mengelakkan perebutan atau pertikaian yang mungkin boleh berlaku di kemudian hari.

Untuk penerangan yang lebih jelas dan terperinci, isikan Borang Quotation di bawah atau terus tekan link whatsapp yang telah disediakan.

Borang Quotation

(nombor yang boleh whatsapp & call)
=
=

Views: 96

SyaihanSirotin.com Hai, tekan loceng untuk terima promosi dan update dari website ini :-)
Dismiss
Allow Notifications