
Risiko Kesihatan dan Insurans Takaful
BERDASARKAN kajian Universiti Harvard di Amerika, risiko seseorang individu mati disebabkan oleh penyakit kanser adalah satu dalam 510.
![]() |
| Harta sepencarian atau pusaka? |
Anggapan mengenai pembelian rumah 2 nama (suami & isteri) dikira sebagai Harta Sepencarian adalah SALAH sama sekali!
Aset yang didaftarkan atas 2 orang pemilik bermaksud setiap satu pihak mempunyai 50% sahaja pemilikan daripada aset tersebut.
Harta hanya boleh dikira sebagai Harta Sepencarian melalui pengisytiharan waktu hidup @ tuntutan di Mahkamah Syariah sahaja, bukan automatik milik pasangan.
Permasalahan yang kerap berlaku :
📍Pasangan boleh hilang tempat berlindung apabila berlaku kematian salah satu pihak dan bahagian 50% perlu diagih mengikut hukum Faraid.
📍Harta masih dalam pinjaman, berlaku kesukaran pindahmilik harta apabila takaful/insurans hanya melindungi 50% bahagian si mati sahaja, dan harta hanya boleh dipindahmilik setelah harta 100% bebas tangunggan hutang.
📍Lebih memilukan apabila pinjaman dilakukan oleh satu pihak sahaja, dan kematian berlaku ke atas pihak yang bukan peminjam. Takaful/insurans tidak melindungi bahagian tersebut dan pindahmilik tidak akan boleh dilakukan sehingga hutang dilangsaikan.
Rancang harta anda dan lindungi yang tersayang. Anda penentu masa depan mereka. Wariskan kesenangan, bukan bebanan !!!

BERDASARKAN kajian Universiti Harvard di Amerika, risiko seseorang individu mati disebabkan oleh penyakit kanser adalah satu dalam 510.

Mari kita renungkan maksud terjemahan ayat al-Quran Surah Al-Baqarah Ayat 240

Terokai Hibah Takaful – solusi perancangan kewangan Islam yang melindungi keluarga secara pantas tanpa proses faraid yang rumit.

10 Cara Menguruskan Kewangan dengan Bijak Dan Bina Masa Depan Lebih Baik.









