
Perancangan Kewangan Adalah Suatu Ibadah
Perancangan kewangan adalah langkah pertama dalam mengurus kewangan anda.
| Jika seseorang meninggal dunia dengan wasiat | Jika seseorang meninggal dunia tanpa wasiat |
| Harta pusaka akan diberi kepada waris pilihan anda. | Tanpa mempertimbangkan keperluan waris, harta pusaka akan dibahagikan mengikut Akta Pembahagian 1958 dan bukannya mengikut kehendak anda. |
| Anda berhak memilih pentadbir aset yang bakal melaksanakan wasiat. Anda juga boleh melantik penjaga yang boleh menjaga kebajikan anak-anak anda sehingga mereka matang. | Mahkamah akan membuat keputusan untuk anda |
| Kos untuk memproses pembahagian harta adalah rendah dan hanya mengambil masa beberapa bulan. Wasiat akan memastikan orang tersayang mendapat jaminan daripada sudut kewangan, selain mengelakkan konflik antara ahli keluarga | Proses pembahagian mungkin melibatkan kos yang tinggi, dan dalam kes yang melibatkan konflik kekeluargaan, yuran guaman boleh melonjak berlipat kali ganda kerana kes-kes sebegini boleh mengambil masa sehingga beberapa tahun untuk diselesaikan. Keadaan ini menyebabkan keluarga anda menghadapi masalah kewangan dan persengketaan sebelum dapat mewarisi pusaka anda. |
| Jika seorang Muslim meninggal dunia dengan wasiat | Jika seorang Muslim meninggal dunia tanpa wasiat |
| Selepas menolak hutang dan liabiliti, seorang Muslim boleh memilih untuk menyumbang 1/3 daripada harta pusakanya kepada bukan waris, dan bakinya akan diberi kepada waris Faraid (mengikut undang-undang). | Harta akan diagihkan mengikut undang-undang Faraid. Andaikan kedua-dua ibu bapanya telah meninggal dunia, 1/8 daripada harta pusaka si mati akan diberi kepada isteri, dan selebihnya akan diberi kepada anak lelaki dan anak perempuan (dengan pertalian darah tetapi tidak termasuk anak luar nikah) dengan nisbah 2:1. |
| Sesiapa boleh menjadi waris anda, (pengagihan lebih daripada ½ harta pusaka kepada bukan waris memerlukan persetujuan daripada waris, tetapi walaupun tanpa persetujuan mereka, pengagihan boleh dilakukan sebagai Hibah semasa anda masih hidup). | Ahli keluarga bukan Islam tidak berhak mewarisi harta pusaka ahli keluarga Muslim. Anak angkat atau anak tiri tidak berhak mewarisi harta pusaka. |
| Kebaikan lain adalah sama dengan wasiat secara konvensional. | Kesan-kesan lain adalah sama dengan tidak mempunyai wasiat konvensional. |

Perancangan kewangan adalah langkah pertama dalam mengurus kewangan anda.

Fahami takaful keluarga dengan mudah! FAQ lengkap ini terangkan apa itu takaful, manfaat, cara berfungsi…

5 GOLONGAN KRITIKAL YANG MEMERLUKAN HIBAH Siapakah yang sangat memerlukan hibah?

‘Saya dah tukar nama siap-siap kat anak…..’









