Pusaka Kenderaan & JPJ
Â
Pemilik Kenderaan Meninggal Kurang dari 3 Tahun
Â
Pembaharuan roadtax bagi kenderaan yang pemiliknya meninggal dunia hanya boleh diperbaharui sekali sahaja dalam tempoh 6 bulan oleh waris. Pembaharuan hanya boleh dibuat di kaunter JPJ sahaja (Tak boleh perbaharui di pejabat pos dan MYEG).
Â
Selepas 6 bulan tamat, pembaharuan roadtax hanya boleh dibuat atas budi bicara JPJ, maksima selama 3 tahun. Dalam tempoh 3 tahun ini, waris perlu menyelesaikan pertukaran hakmilik kenderaan. Selepas 3 tahun pemilik meninggal dunia, roadtax tidak lagi boleh diperbaharui kecuali apabila hakmilik telah bertukar..
Â
Pemilik Kenderaan Meninggal Lebih dari 3 Tahun
Â
Jika masih ada pinjaman, waris perlu menyelesaikan pinjaman kenderaan itu dahulu. Jika pinjaman sudah selesai atau tiada pinjaman baru boleh tukar hakmilik. Selepas selesai tukar nama, boleh perbaharui insurans dan roadtax seperti biasa.
Â
Proses Tukar Nama/Hakmilik Pemilik Meninggal Dunia
1. Selesaikan dahulu pembahagian harta
Â
Kenderaan pemilik yang telah meninggal dikira sebagai harta pusaka. Perlu proses penurunan kuasa mentadbir terlebih dahulu sebelum pertukaran nama/hakmilik boleh dibuat. Salah satu dari dokumen samada dari Mahkamah Tinggi / Pejabat Pesaka Kecil / Amanah Raya Berhad di perlukan untuk memulakan proses pertukaran nama/hakmilik pemilik meninggal dunia. Adalah antara berikut :
* Surat Geran Probet (Grant of Probate)
* Surat Kuasa Pentadbir/Wasi PusakaÂ
* Perintah Pengagihan
2. Ujian Puspakom
Â
Seterusnya, anda memerlukan geran asal atau Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC) untuk ujian kenderaan Puspakom.3. Buat Insurans Kenderaan atas Nama Pemilik Baru
Sebelum ke JPJ untuk proses tukar nama, pastikan anda beli insurans kenderaan dahulu atas nama pemilik baru. Jangan lupa bagitahu ejen insurans kereta dalam proses tukar nama.
4. Proses Tukar Nama
Â
Anda dinasihatkan hadir sendiri di JPJ untuk urusan tukar nama. Boleh juga menggunakan wakil.
5. Buat Roadtax
Setelah dapat geran baru, boleh terus bayar roadtax di kaunter JPJ. Selesai.
Â
Nota : JPJ hanya benarkan satu nama saja untuk di daftar tidak seperti hartanah dan rumah.Sumber dan maklumat lengkap boleh layari di https://www.mysumber.com/tukar-milikan.html
———————————————————————————————————————

Â