
![]() |
| Hutang yang ditinggalkan? |
Pemandu teksi yang menampung sara hidup keluarganya:
“Saya telah bekerja sebagai pemandu teksi selama sepuluh tahun.”
“Saya sudah lama terfikir hendak membeli Pelan Pengganti Pendapatan tetapi tidak berbuat demikian sehingga saya ditimpa kemalangan dan tidak dapat bekerja selama beberapa minggu.”
“Pendapatan saya tidak tetap. Saya akan hanya mempunyai pendapatan sekiranya saya bekerja. Jika saya sakit atau ditimpa kemalangan dan terpaksa pula masuk ke hospital, saya tidak dapat mencari nafkah. Saya mempunyai tiga orang anak yang masih kecil dan isteri saya pula tidak bekerja.”
“Semasa saya sakit dan tidak bekerja, saya berasa amat bimbang akan nasib anak-anak dan isteri sekiranya saya meninggal dunia.”
“Ini membuatkan saya sedar betapa pentingnya Pelan Pengganti Pendapatan untuk melindungi keluarga sekiranya berlaku sesuatu terhadap diri saya.”
Seorang guru yang menjaga ibunya:
“Saya masih bujang dan telah mengajar selama lima tahun. Saya tidak mempunyai tanggungan lain kecuali ibu saya yang berumur lima puluh tahun.”
“Sebagai memenuhi tanggungjawab seorang anak, saya telah membeli Pelan Pengganti Pendapatan dan menamakan ibu sebagai penama. Sekiranya saya ditimpa kemalangan dan meninggal dunia, wang daripada Pelan Pengganti Pendapatan itu akan dapat membantu ibu untuk terus menikmati taraf hidup yang baik. Ibu juga boleh menggunakan wang tersebut untuk mengambil pembantu rumah untuk menjaganya.”
Ahli perniagaan yang ingin melindungi keluarganya:
“Saya telah berkecimpung dalam bidang perniagaan selama lima belas tahun. Walaupun perniagaan saya maju, saya tidak mahu keluarga saya kehilangan taraf hidup yang dinikmati sekarang.”Â
“Semua jenis perniagaan ada risikonya. Saya berasa amat bimbang jika satu hari nanti kemelesetan ekonomi yang teruk akan menyebabkan perniagaan saya gagal dan jatuh bankrap.”
“Saya tidak mahu pemiutang mengambil Pelan Pengganti Pendapatan saya dan menyerahkannya untuk mendapatkan tunai sedangkan pada itulah saya harus melindungi polisi-polisi tersebut.”
“Justeru itu, saya telah membeli Pelan Pengganti Pendapatan dan menamakan isteri dan keempat-empat orang anak saya sebagai penama. Di bawah Seksyen 166 Akta Insurans 1996, pelan tersebut menjadi polisi amanah.”
“Jika sekiranya perniagaan saya gagal dan saya jatuh bankrap, pelan tersebut akan melindungi keluarga saya sekiranya saya meninggal dunia. “
Balu yang berasa bimbang akan kebajikan anak-anaknya:
“Suami saya telah meninggal dunia dalam satu kemalangan tiga tahun yang lalu ketika berumur awal empat puluhan. Kami mempunyai tiga orang anak yang masih bersekolah.”
“Kami bersyukur kerana mendiang suami saya mempunyai Pelan Pengganti Pendapatan. Wang yang diperolehi daripada polisi tersebut telah digunakan untuk melangsaikan pinjaman rumah.”
“Walaupun begitu, saya masih terpaksa mencari pekerjaan untuk menyara hidup kami sekeluarga. Oleh itu, saya juga telah membeli Pelan Pengganti Pendapatan untuk melindungi saya jika berlaku kemalangan, kecacatan dan juga kematian ke atas diri saya. Sebagai ibu, saya bertanggungjawab membuat perancangan untuk anak-anak saya.”
![]() |
Pelan Pengganti Pendapatan  |


Mari kita semak 10 ciri kewangan dibawah dan tanda mana yang telah kita lakukan.

DYMM Sultan Johor bertitah rakyat perlu sentiasa menitikberatkan kesihatan, selain melabur dalam insurans kesihatan demi kebaikan diri sendiri dan keluarga.











We use cookies to improve your experience on our site. By using our site, you consent to cookies.
Manage your cookie preferences below:
Essential cookies enable basic functions and are necessary for the proper function of the website.
These cookies are needed for adding comments on this website.
Statistics cookies collect information anonymously. This information helps us understand how visitors use our website.
Google Analytics is a powerful tool that tracks and analyzes website traffic for informed marketing decisions.
Service URL: policies.google.com (opens in a new window)
You can find more information in our Cookie Policy and .