wasiat atau hibah?

Yang Mana Satu: Hibah Atau Wasiat? (Bahagian 2)

Ramai Tidak Jelas Ilmu Faraid

Rentetan posting saya dari Part 1, saya dapat buat kesimpulan penting tentang punca utama yang menyumbang salah faham tentang wasiat dan hibah. Ramai rupanya yang masih tak jelas perkara asas tentang ilmu FARAID!

Sebelum anda pening kepala sama ada nak buat hibah atau wasiat, perkara utama yang paling penting kena tau dulu ialah perkara asas
tentang faraid. Kena tau dulu struktur faraid anda sebab struktur faraid setiap orang tak sama. Dalam ertikata lain, kena tau dulu kalau kita mati nanti siapa waris-waris kita yang layak untuk mewarisi harta kita.

Kenapa penting nak kena tau dan belajar faraid? Supaya takkan ada pihak yang teraniaya dan kita tau hak masing-masing. Supaya tidak ada
yang termakan harta batil kerana menafikan hak orang lain. Supaya mudah nak urus dan rancang pembahagian mana yang sesuai bila dah tau siapa waris-waris kita yang berhak.

Ini kisah benar. Seorang isteri kematian suami datang berjumpa saya untuk buat faraid. Katanya untuk urusan nak keluarkan KWSP sebab tak ada penama. Saya tanya arwah suami ada harta lain tak? Katanya ada sebuah rumah dan tanah, tapi gerannya keluarga suami dah ambil sebab mereka yang nak uruskan. Puan ada anak lelaki? Ada. Anak saya 2 lelaki 2 perempuan.

Seriously? Keluarga suami tak tahu ke kalau puan ada anak lelaki, adik-beradik suami takde hak faraid kat atas rumah dan tanah tu?
Seriously puan? (Dia pulak tanya saya balik dengan nada teruja). Of course la saya serius. “Ok saya akan ambil semula geran-geran tu dari
mereka..” Rupa2nya, si isteri pun tak tau siapa yg boleh jadi waris suami. Dia ingat adik-beradik suami pun ada hak. Tu yang murah hati surrender geran terus. Adik-beradik suami pun tak tau, yang hak mereka dah terhalang oleh anak lelaki si mati..

Puan, saya tak ada waris. Saya tak berkahwin, saya anak tunggal dan ibubapa pun dah tak ada. Siapa waris saya? Kalau anda tak ada buat hibah atau wasiat, semua harta anda akan ke Baitul Mal. Alhamdulillah harta anda akan diuruskan untuk kepentingan umat Islam.

Tapi sepanjang anda hidup, takkan tak ada seorang pun yang anda rasa nak balas jasa dia? Mungkin ibubapa angkat, saudara-mara, kawan baik yang banyak membantu ke, atau anda nak tolong orang susah yang anda kenal. Sedekah kepada orang yang terdekat dengan kita itu kan lebih baik? Puan, saya nak buat hibah sebab nak elak supaya adik-beradik saya tak dapat harta pusaka saya. Ok, encik ada anak lelaki? Ada puan. Anak saya semua lelaki..*tepuk dahi*.

Encik.. sebenarnya kalau encik ada anak lelaki..adik-beradik encik tak ada bahagian faraid pun dalam harta pusaka encik. Ohh yeke? Saya baru tau.. Lagi satu..tolonglah jangan buat hibah dengan niat nak elak faraid. Memanglah hibah tu sah tapi secara etikanya salah. Betulkan niat buat hibah untuk nak selesaikan masalah dan nak elakkan sengketa. InsyaAllah niat kita Allah redha dan dapat pahala.

Dah kalau ada anak lelaki..tak perlulah pening-pening nak buat hibah. Memadailah buat wasiat lantik pentadbir dan wasiat 1/3 kpd bukan waris. Lantik penjaga anak kalau bawah umur. Anak lelaki tu kan ada sebagai asobah. Tak lari kemana dah harta pusaka anda tu.

Tapi kalau nak buat hibah juga boleh takde masalah. Contohnya nak bagi harta kepada anak lelaki dan anak perempuan dengan bahagian yang samarata. Cuma anda bukanlah golongan kritikal yang perlu sangat buat hibah. Melainkan anda nak buat hibah sebab nak mempercepatkan urusan pusaka waris-waris anda nanti.. Melalui perintah hibah, anda dah tak perlu berurusan dengan pejabat harta pusaka kecil atau mahkamah tinggi sivil lagi. Bab tu kita cerita lain nanti.

Puan, asobah tu apa pula? Asobah ialah waris yg akan menghabiskan baki faraid. Bahagiannya tidak ditentukan seperti waris fardhu yg lain
sebagai contoh anak lelaki.

Contoh, simati meninggalkan seorg isteri dan seorang anak lelaki. Ibu bapa simati telah meninggal dahulu. Si mati ada 3 abang dan 2 adik
perempuan. Siapa yg akan jadi warisnya?

-isteri ialah waris fardhu yg bahagiannya dah ditetapkan 1/8 (kerana si mati ada anak).
-anak lelaki adalah asobah yg akan menghabiskan baki iaitu 7/8.
-adik-beradik si mati tidak akan mewarisi kerana bahagian faraid telah dihabiskan oleh anak lelaki (waris terdinding).

Pengajarannya.. penting tak untuk kita ambil tau dan belajar pasal ilmu faraid? Kalau bukan yang advance pun at least tau yang asas pun dah memadai. InsyaAllah kita belajar sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Yang penting ada niat dan usaha nak tambah ilmu. Usah bicara soal hibah dan wasiat kalau ilmu faraid pun tak nak ambil tahu.

wasiat & hibah ada fungsinya

Harap Dah Jelas Sekarang

Kalau masih kurang jelas, silalah rujuk kepada mereka yang pakar dalam bidang pewarisan harta ini. Takut nanti bila kita mati, jiwa tak tenang memikirkan waris yang bergaduh sebab berebut harta dunia yang tak seberapa. Sedangkan harta akhirat yang sepatutnya dikumpul banyak-banyak.

Kredit: Roslina Sabiyah & Co

Dah baca Yang Mana Satu: Hibah Atau Wasiat? (Bahagian 1) artikel lepas?

Jom belajar ilmu faraid: 

Facebook
Twitter
LinkedIn
Telegram
WhatsApp
Email
Print

Kenali Siapa Waris Faraid Anda

MAKLUMAT PERIBADI

Setiap maklumat anda tidak akan dikongsi, didedahkan kepada pihak ketiga. Data ini adalah hanya untuk kegunaan admin laman web ini sahaja.
Nama Penuh Anda
No Telefon Anda
Alamat Email Anda
Nyatakan Lokasi atau Tempat Tinggal Anda
Nyatakan apakah pekerjaan anda sekarang
Nyatakan berapa pendapatan bulanan anda

MAKLUMAT PERIBADI UNTUK PEMBAHAGIAN FARAID

Sila jawab Ya atau Tidak untuk setiap soalan dibawah

MAKLUMAT AHLI KELUARGA UNTUK PEMBAHAGIAN FARAID

Sila isi maklumat dibawah dengan kiraan yang betul untuk dapatkan peta faraid yang tepat.
Selected Value: 0
Nyatakan berapa bilangan anak lelaki anda
Selected Value: 0
Nyatakan berapa bilangan anak perempuan anda
Selected Value: 0
Nyatakan berapa bilangan adik beradik lelaki anda
Selected Value: 0
Nyatakan berapa bilangan adik-beradik perempuan anda
Nyatakan berapa anggaran jumlah harta pusaka anda untuk diagihkan

Visits: 2

SyaihanSirotin.com Hai, tekan loceng untuk terima promosi dan update dari website ini :-)
Dismiss
Allow Notifications