Sediakan Biasiswa Untuk Anak Seawal Kelahirannya
“Saya tak mampu untuk membuat simpanan pendidikan untuk anak saya….”
Musibah boleh berlaku bila-bila masa sahaja |
Banyak yang whatsapp tanya mengenai bagaimana nak uruskan kemasukan anak yang sakit ke hospital swasta menggunakan medical card. Ok meh saya share tips-tips nya.
1. Utamakan kesihatan, bukan claim. Maksudnya, janganlah disebabkan kita nak claim semata- mata (sebab kalau warded saja baru boleh claim dari medical card) menyebabkan kita bertangguh nak bawa anak kita untuk dapatkan rawatan awal.
2. Monitor keadaan anak di rumah. Kalau boleh, jangan hantar ke taska sebab boleh berjangkit dengan Didi & Friends dia pula. Seeloknya, stand by satu thermometer untuk kanak-kanak dekat rumah, boleh rekod suhu badan. Pastikan boleh feeding. Monitor untuk simptom yang lain.
3. Bawa ke klinik berhampiran untuk diperiksa oleh doktor. Jangan terus bagi baki antibiotik yang dah lama mereput dalam peti ais tu. Kita bukan tahu ianya sesuai atau tak. Dapatkan nasihat dari pegawai perubatan.Â
4. Kalau nak cepat dan mudah, memang kebanyakan parents akan bawa ke klinik swasta dulu. Jika ada panel klinik yang majikan tanggung, kuranglah beban nak bayar bil kan. Tak apa, anak ni rezeki dan amanah, keluar duit sikit untuk kebajikan dia. Nanti akan diganti dengan rezeki lain.
5. Jika doktor kata anak ok dan tak perlu rujukan ke hospital, alhamdulillah. Maksudnya keadaan masih terkawal, tak perlu admit ke wad. Salah konsep nak anak masuk wad semata- mata boleh claim dan tak rugi rasa bayar medical coverage. Kesian tengok tangan dia yang bambam nanti kena cucuk unnecessarily. Bertabahlah mak ayah !
6. Tapi, andainya keadaan memaksa anak untuk diwadkan supaya rawatan lebih baik boleh diberikan, takda la kita rasa terbeban pulak memikirkan bil yang akan ditanggung nanti kan? Do the best we can so that anak ni boleh dapatkan yang terbaik. Antara indikasi kebiasaan untuk kemasukan anak ke wad adalah poor feeding, lemah, irritable, dehydrated, demam berpanjangan, dan lain- lain lagi.
7. Doktor di klinik akan tuliskan memo atau surat rujukan pada hospital sekiranya pada pandangan profesional beliau, anak tu perlu mendapatakan rawatan yang lebih. Ada surat tu akan memudahkan urusan kemasukan ke wad dan proses memohon Guarantee Letter dari syarikat insurans atau takaful anda.
8. Bukan semata- mata ada medical card saja sewenang- wenangnya boleh admit ya. Sebab kejap lagi kalau terus ke hospital dan doktor decide tak perlu admit, bil tu anda kena setel sendiri dan tak boleh claim. 😅 Dan kalau semua orang terus ke hospital untuk kes bukan kecemasan akan menambahkan kesesakan di hospital sebagai tertiary centre.
9. Pack barang siap-siap just in case kena admit. Takde la kena patah balik semula untuk pack barang kan.
10. Seeloknya, hubungi agen anda supaya beliau boleh bantu terangkan proses mengikut syarikat dan plan masing- masing. Kalau dengan medical card yang saya ambil untuk anak ni, sebarang bil klinik sebelum kemasukan ke wad boleh claim semula. Akan dikira sebagai pre- hospitalisation treatment. Just bagi resit dan isi borang claim. So, tak ada masalah.
11. Setelah doktor decide untuk admit, follow arahan seterusnya dari staf. Mungkin kena buat beberapa test dahulu. Biasanya, staff akan minta anda tunggu sebentar sementara doktor isi borang insurans dan periksa bilik availability. Tunggu pengendali takaful terima request for Guarantee Letter dan approve. Kemungkinan anda masih perlu memberikan deposit sendiri juga antara rm300-500 bagi menanggung bil bukan perubatan. Tapi ianya bergantung pada hospital dan plan yang anda ambil. Macam saya hari tu, hospital meminta RM300 dimana saya dipulangkan semula RM288 selepas ditolak yuran pendaftaran. Ok la, bil RM4000 lebih kot !
Lagi sekali, jangan concern sangat pasal bil rawatan anak. Ambil tahu apa yang boleh dituntut dan apa yang tidak. Mohon bantuan agen anda untuk terangkan proses semula dan assist anda. Agen mesti akan cuba yang terbaik untuk bantu anda.Â
Kenapa approve time lambat sedikit? Sebab company minta dokumen lain yang tidak dihantar bersama iaitu surat rujukan. Jangan gelabah kalau lambat approve. Selalunya sebab ada maklumat lain yang syarikat minta dari hospital.
Bila dah boleh discaj nanti, FINAL GUARANTEE LETTER pula akan menyusul dengan total kos dia.
UTAMAKAN KESIHATAN, bukan CLAIM. 😘
“Saya tak mampu untuk membuat simpanan pendidikan untuk anak saya….”
Credit Artikel to SALKUKHAIRI ABD. SUKOR, Timbalan Presiden Persatuan Guaman Hartanah Malaysia (HartaGuam)
Kira-kira 80% suami akan meletakkan nama isteri mereka sebagai penama polisi takaful mereka, namun hanya kira-kira 30% isteri meletakkan nama suami mereka sebagai penama…
“Saya tidak minat pelan takaful” adalah perkara biasa kerana ramai akan berminat apabila sudah tidak layak.
Views: 5