Ada di antara kita pasangan suami isteri yang sering membeli rumah secara bersama. Kebiasaannya kita beli rumah tersebut untuk memastikan anak dan pasangan yang ditinggalkan ada tempat untuk berteduh.Â
Tapi yang kita selalu terlupa, selepas berlaku kematian, ada waris faraid yang berhak ke atas harta tersebut. Jom kita tengok contoh ini.Â
Fattah, seorang suami, Fazura seorang Isteri. Mereka memunyai 2 orang anak perempuan. Kedua-dua ibu bapa Fattah & Fazura sudah meninggal dunia tetapi Fattah mempunyai seorang adik lelaki yang berkerja sebagai Jurutera. Mereka berdua ini mempunyai sebuah rumah berharga RM 500,000 yang dibeli bersama.Â
Memandangkan itu adalah rumah pertama mereka dan dimiliki secara bersama, mereka berhasrat untuk menghadiahkan rumah tersebut kepada anak perempuan pertama mereka. Namun mereka tidak membuat sebarang perancangan. Hanya mereka berdua yang mengetahui perkara tersebut. Ditakdirkan Fattah meninggal, bahagian faraid Fattah adalah seperti berikut:
1) Fazura – 1/8 2) Anak perempuan pertama – 1/3 3) Anak perempuan kedua – 1/3 4) Adik lelaki – 5/24
Ketika Fazura mahu menguruskan pusaka suaminya, Fazura telah memberitahu pada adik ipar lelakinya bahawa arwah Fattah ingin menghadiahkan rumah tersebut kepada anak mereka. Tetapi adik lelaki Fattah mahu menuntut haknya ke atas rumah tersebut.
Lalu Fazura diberikan dua pilihan, sama ada membayar bahagian faraid adik ipar lelakinya dan Fazura serta kedua anak perempuannya boleh terus menetap di rumah tersebut.Â
Atau, menjual rumah tersebut, pindah ke rumah lain dan membayar bahagian faraid adik ipar lelakinya.
Ini antara masalah yang sering berlaku apabila kita membeli rumah secara bersama, tidak membuat perancangan dan waris tidak mahu melepaskan hak dan sepakat dalam pembahagian harta. Anda ada beli rumah secara bersama? Jangan lupa buat perancangan. Jangan aniaya waris anda. “Merancang awal lebih baik dari mentadbir di kemudian hari”
Wasiat memberi peluang kepada orang Islam untuk terus mendapat pahala selepas mati kerana mewasiatkan hartanya untuk tujuan kebajikan atau agama Islam.