7 Langkah Mudah Untuk Tuntutan Pelepasan Cukai

30 April adalah merupakan tarikh akhir untuk memfailkan cukai tahunan anda. Anda boleh memilih sama ada memfailkan cukai di pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau memilih menggunakan kemudahan e-filing. Sebagai pembayar cukai, anda biasanya mempunyai beberapa soalan di minda: “Apakah cara yang paling mudah untuk menuntut pelepasan cukai?

Berikut adalah 7 langkah mudah untuk pelepasan cukai apabila memfailkan pendapatan anda.

1) Memaksimumkan potongan untuk buku, insurans/takaful dan komputer.

Dalam usaha menggalakkan tabiat membaca dalam kalangan rakyat Malaysia, Kerajaan membenarkan anda menuntut pelepasan cukai sehingga RM2,500 ke atas pembelian buku dan majalah. Ini termasuk buku-buku elektronik yang dibeli dari Amazon.com atau Applestore Apple Inc ‘s. Ingat! simpan resit pembelian buku anda.

Jika potongan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tahunan anda tidak mencapai RM7,000, anda boleh menambah jumlah KWSP dengan jumlah bayaran insurans anda. Potongan KWSP tahunan anda (ditambah dengan bayaran insurans) adalah dikecualikan cukai sehingga RM7,000.

Anda juga boleh menuntut pelepasan cukai sehingga RM3,000 ke atas pembelian komputer, tablet atau iPad baru. Ramai yang tidak tahu bahawa iPad atau tablet dianggap komputer peribadi dan layak mendapat pelepasan cukai selagi ciri-cirinya tidak membuat panggilan telefon atau menggunakan khidmat pesanan ringkas (SMS). Walau bagaimanapun, anda hanya dibenarkan untuk menuntut pengecualian ini setiap tiga tahun sekali.

2. Anak melayakkan anda mendapat pelepasan RM 2,000.

Sekiranya anda mempunyai anak, anda berhak mendapat pelepasan sebanyak RM 2,000 bagi setiap orang anak.

cukai pendapatan 2022  3. Pembelian peralatan sukan

Anda dibenarkan untuk menfailkan pelepasan cukai bagi pembelian peralatan sukan maksimum sebanyak RM300 seperti yang ditakrifkan di bawah Akta Pembangunan Sukan 1997. Pastikan anda menyimpan resit sebagai dokumen sokongan.

Walau bagaimanapun, sila ambil perhatian bahawa keahlian pusat kecergasan dan caj sesi latihan peribadi tidak layak mendapat pelepasan cukai kerana ia tidak dikategorikan sebagai peralatan sukan.

jumlah pendapatan tidak dikenakan cukai

4. Memfailkan cukai secara berasingan sekiranya anda berkahwin.

Jika anda dan pasangan mempunyai pendapatan masing-masing, pertimbangkan untuk memfailkan cukai anda secara berasingan. Langkah ini dapat mengurangkan kesan terhadap kadar cukai.

5. Pembantu Rumah bagi penjagaan khas terhadap ibu bapa anda.

Pembayar cukai juga boleh menuntut potongan cukai sehingga RM8,000 (di bawah perbelanjaan perubatan) bagi pengambilan pembantu rumah untuk ibu bapa anda yang memerlukan penjagaan khas. Walau bagaimanapun, anda perlu mendapatkan pengesahan daripada doktor bahawa ibu bapa anda memerlukan penjagaan khas.

6. Jimat elaun petrol anda bagi perjalanan ke atas tugas rasmi

Bagi pekerja yang diberi elaun petrol untuk perjalanan yang dibuat ke atas tugas rasmi, anda boleh menuntut pengecualian cukai sehingga RM6, 000 setahun. Amalkan perancangan lebih awal dengan merekodkan perjalanan anda setiap hari dan tujuan perjalanan. Selagi perjalanan anda adalah berkaitan urusan rasmi, anda boleh membuat tuntutan dengan syarat ia tertakluk kepada elaun petrol had tahunan anda.

7. Isytiharkan pendapatan sewa anda dan sentiasa menyimpan rekod dengan betul

Jika anda memiliki harta yang disewakan, anda perlu mengisytiharkan pendapatan sewa tersebut. Anda akan menghadapi risiko besar jika tidak mengisytiharkan pendapatan. Contoh, sekiranya rumah anda disewakan kepada ekspatriat. Ekspatriat biasanya akan membuat tuntutan terhadap syarikat mereka dan syarikat adalah tertakluk kepada pengaudit cukai.

Akhir sekali, anda perlu jujur dan menghormati undang-undang semasa memfailkan cukai tahunan anda. Sentiasa tingkatkan pengetahuan anda terhadap maklumat pengecualian cukai seperti syarat dan kelayakan pengecualian cukai. Ingat! Simpan dan dokumenkan segala perbelanjaan anda secara terancang. Ia akan memudahkan anda untuk memfailkan cukai anda pada masa akan datang.

Sumber Artikel: Suruhanjaya Sekuriti Malaysia

Dapatkan buku panduan ‘Kurangkan Cukai Secara Sah’ di sini: 

jangan lari bayar cukai

 

Facebook
Twitter
LinkedIn
Telegram
WhatsApp
Email
Print

Borang Quotation

(nombor yang boleh whatsapp & call)
=
=

Views: 12

SyaihanSirotin.com Hai, tekan loceng untuk terima promosi dan update dari website ini :-)
Dismiss
Allow Notifications