
Parah Bil Hospital – Antara Sebab Utama Pemimjam Gagal Bayar Hutang.
Ramai hutang kad kredit dan bank untuk jelas kos perubatan swasta tinggi
Ini salah satu contoh yang dapat saya terangkan pada klien minggu lepas. Rumah bernilai lebih RM 300,000 dibeli atas nama bersama, suami & isteri.
Tetapi yang membayar sepenuhnya adalah suami. Gabungan nama itu adalah cuma untuk melayakkan jumlah pinjaman. Biasalah di zaman sekarang ni, trend 1 rumah 2 nama sudah jadi kebiasaan kerana atas faktor-faktor ekonomi dan kewangan.
Tujuan rumah tersebut dibeli adalah atas dasar kasih sayang kepada isteri dan anak-anak, dengan harapan jika beliau tidak ada lagi di dunia ini, isteri dan anak-anak ada tempat untuk berteduh.
Belum ada apa-apa perancangan dibuat ketika bertemu saya. Katanya faraid saja.
Lalu saya tunjuk pecahan faraid padanya.
Air mukanya berubah. Yang disangkakan waris faraid cuma anak-anak dan isteri sahaja. Rupanya ibu dan ayah ada sekali. Beliau terlepas pandang.
Termenung beliau sejenak bagaimana hendak dibahagikan jika dalam situasi sebegini.
Kawan-kawan ada beli rumah atas nama bersama? Boleh ambil situasi ini sebagai contoh.
Senaraikan aset anda, dan fikirkan sebenarnya apa perancangan rakan-rakan dengan aset-aset tersebut. Kita boleh merancang ketika hidup. Tetapi tidak lagi setelah dijemput kembali.
Semoga bermanfaat buat semua.
Suami isteri beli rumah bersama, Macamana kalau salah seorang meninggal dunia?

Ramai hutang kad kredit dan bank untuk jelas kos perubatan swasta tinggi

Kenapa bahagian isteri paling sedikit sedangkan isterilah yang bakal menanggung keperluan anak-anak kelak?

Deklarasi Harta Sepencarian penting untuk kehidupan yang lebih selamat untuk isteri terutama yang bergelar suri rumah atau isteri yang bergaji kecil.

Pemberian harta yang berlaku semasa hidup pemberi hibah kepada penerima hibah dengan secara sukarela dan ikhlas.










Views: 69