
Apa Itu Hibah Takaful dan Kenapa Ia Penting?
Terokai Hibah Takaful – solusi perancangan kewangan Islam yang melindungi keluarga secara pantas tanpa proses faraid yang rumit.
![]() |
| Kumpulan Wang Simpanan Pekerja |
Apabila ahli KWSP meninggal dunia, penama, wasi, pentadbir, atau waris terdekat kepada ahli itu boleh memohon untuk mengeluarkan simpanan si mati, tertakluk kepada syarat yang telah ditetapkan.
Bagi ahli yang ada penamaan, penama boleh memohon mengeluarkan simpanan ahli dengan syarat penama telah mencapai umur 18 tahun. Jika belum cukup umur, penjaga boleh mengemukakan permohonan dan surat rayuan.
Surat rayuan ini perlu menyebut alasan kepada permohonan itu, iaitu kenapa simpan itu perlu dikeluarkan sedangkan penama masih belum cukup umur. Sama ada permohonan diluluskan atau tidak, terserah kepada budi bicara KWSP.
Apa pula yang akan berlaku jika penama itu meninggal dunia sebelum atau selepas ahli itu mati? Bagi menjawab soalan ini, ada dua keadaan. Pertama, jika ahli beragama Islam dan kedua jika bukan Islam.
Bagi ahli beragama Islam, jika penama meninggal dunia sebelum atau selepas ahli itu mati, maka waris terdekat ahli yang meninggal dunia itu yang layak memohon. Ini disebabkan penama bertindak sebagai wasi atau pentadbir kepada simpanan KWSP ahli itu.
![]() |
| Status Penama KWSP |

Terokai Hibah Takaful – solusi perancangan kewangan Islam yang melindungi keluarga secara pantas tanpa proses faraid yang rumit.


Jika Suami Isteri Beli Rumah Bersama Apa Impilikasinya?

“Tunggu medical card habis tempoh waiting period 120 hari, lepas tu boleh pergi rawatan hospital dan takaful cover semua kos dan bil hospital.”









