Â
Perlukah Post-Mortem Dijalankan?
Â
Kematian boleh berlaku di dua tempat.
Â
1) Hospital.
2) Diluar hospital seperti rumah.
Â
Untuk proses tuntutan claim;
Â
Sacara am-nya, pihak syarikat akan buat penyiasatan ‘investigation’ bila timbul keraguan untuk memastikan tiada ‘non-disclosure’ sakit yang ‘significant’ dan tiada unsur bunuh diri kurang 1 tahun. Dengan kata lain, untuk mengelakkan penipuan berlaku.
Â
Ok, sekarang isu disini pasal ‘post-mortem’.
Â
1) Jika kematian berlaku di hospital, doktor akan mengeluarkan permit pengebumian yang mana diagnosis sebab kematian juga akan diberitahu.
Â
Tiada post – mortem bakal dilakukan jika diagnosis dapat di beri. Dan biasanya majoriti kes selesai hanya disini.
Â
Jika pihak syarikat tidak berpuas hati dengan diagnosis, maka laporan perubatan akan diminta.
Â
2) Jika kematian berlaku di rumah. Hendaklah membuat laporan polis. Permit pengebumian akan dikeluarkan oleh pihak polis. Jika pihak polis tidak berpuas hati dan syak berlaku jenayah, maka post-mortem akan dilakukan.
Â
Didalam permit pengebumian polis biasanya tidak ditulis diagnosis spesifik. Hanya tulis sebab kematian ‘sesak nafas, kencing manis, darah tinggi dan etc’.
Â
Diceritakan oleh sahabat saya yang bertugas di unit forensik, banyak berlaku silap faham. Jika mati di rumah, bila tahu si-mati ada insuran, maka polis akan keluarkan borang Pol61, yang mana mengarahkan doktor untuk membuat post-mortem dengan alasan untuk tuntutan insuran.
Â
Jika yang berpengalaman, terus keluarkan permit pengebumian macam biasa. Tidak perlu post-mortem.
Â
Maka terkebil-kebil lah ahli keluarga. Kena buat post-mortem.
Â
Sebenarnya, perlu atau tidak post-mortem untuk tuntutan insuran jika kematian di rumah?
Â
Jawapan nya TIDAK.Â
Dan syarikat insuran tiada kuasa arah post-mortem dilakukan.
Â
Maka tuntutan insuran boleh dilakukan walaupun tiada diagnosis yang specific dan guna borang pengebumian polis.
Â
Jika pihak syarikat tidak berpuas hati, mereka akan lakukan siasatan.
Â
3) Ada berlaku kes yang mana kematian dirumah. Dan post-mortem dilakukan. Tetapi punca kematian tidak dapat dikenal pasti. ‘Undetermined cause of death’.
Â
Syarikat akan tetap bayar walaupun tiada diagnosis, dengan syarat tiada unsur bunuh diri dalam tempoh 1tahun polisi dan non-disclosure.
Â
Ok jelas??
Â
Share jika bermanfaat. Penat saya bertanya kepada yang pakar.😂
Â
Credit: Dr. Muhammad Rahmat
Facebook
Twitter
LinkedIn
Telegram
WhatsApp
Email
Print

Tips: Tuntutan Pampasan Kematian.
Sebenarnya, perlu atau tidak post-mortem untuk tuntutan insuran jika kematian di rumah?

Kenali Insurans dan Takaful
Insurans dan takaful adalah dua instrumen kewanagn yang berbeza.

Salah Faham Tentang Penama
Penama bertanggungjawab mengagihkan harta-harta tersebut kepada waris simati mengikut hukum syarak.

Berapa Penghasilan FA Dalam Setahun
Berapa Penghasilan FA Dalam Setahun? Nombor Sebenar | Syaihan Sirotin syaihansirotin.com Borak Confidential → Recruitment · FA Ini soalan yang paling ramai tanya bila fikir
Kenali Siapa Waris Faraid Anda










