Tazkirah: Antara ayat Quran dan Hadith yang menyarankan dan menyokong unsur ‘bantu-membantu’ sebagai amalan yang diterima dan diredhai Allah
HADITH RIWAYAT IBNU MAJAH
“Sesungguhnya seseorang yang beriman ialah sesiapa yang memberi keselamatan dan perlindungan terhadap harta dan jiwa raga manusia”
HADITH RIWAYAT AL-BUKHARI
“Tinggalkan anak dan isteri kamu dengan kesenangan adalah lebih baik daripada tinggalkan mereka dalam keadaan meminta-minta”
SURAH AL-MAIDAH, ayat 2
“Dan tolong menolonglah kamu pada perkara kebaikan dan janganlah bekerjasama dalam perkara-perkara dosa dan yang menimbulkan permusuhan”
SURAH AL-BAQARAH, ayat 240
Cuba kita renungkan maksud terjemahan ayat al-Quran di atas, Allah S.W.T menyuruh para suami menyediakan sejumlah dana sekurang-kurangnya untuk perbelanjaan selama setahun jika semasa ketiadaan kita.
Mari kita renungkan, apabila kita di arahkan oleh majikan untuk keluar ‘outstation’ selama 3 hari, seminggu, sebulan berapakah jumlah wang yang kita tinggalkan kepada keluarga untuk perbelanjaan harian mereka.
Dan bagaimanapula, jika keluar ‘outstation’ selama-lamanya??? ..dan jika ini berlaku semalam..
Adakah kita meninggalkan simpanan atau bebanan hutang kepada mereka?
Renung-renungkan dan selamat beramal ![]()

Kanser Payudara – Fakta dan Statistik
Kanser payudara adalah kanser paling biasa di kalangan wanita di hampir semua pelosok dunia.

Tujuh Langkah Mudah Untuk Tuntutan Pelepasan Cukai
Bagaimana kurangkan Cukai Secara sah, Pengiraan cukai pendapatan, Beza cukai perniagaan enterprise dan cukai individu

Prosedur Menuntut Harta Sepencarian
Harta sepencarian bukanlah hak yang akan diperoleh secara automatik tetapi ia perlu dituntut.

Teras Tujuan Insurans Takaful Hayat
Tujuan utamanya untuk perlindungan dari segi kewangan bagi sebarang akibat buruk…
Borang Quotation










