Tiga Jenis Perlindungan Insurans Takaful Kenderaan Yang Perlu Anda Tahu
Â
![]() |
| Perlindungan Insurans Takaful Kenderaan |
Masih ramai pemilik kenderaan di Malaysia kurang arif tentang perkara asas ni.
Ada tiga jenis perlindungan kenderaan insurans yang perlu kita faham sebelum renew insurans. Bukan sekadar buat, dan ambil sikap cukup sekadar tahu.
1. Comprehensive (1st party)
Dalam bahasa mudahnya perlindungan secara menyeluruh. Sekiranya berlaku empat perkara ini, kecurian, kebakaran, kemalangan disebabkan kecuaian anda atau kecuaian pihak lain. Pihak insurans akan bertanggungjawab sepenuhnya ke atas kenderaan anda.
2. Third Party Fire & Theft (TPFT)
Perlindungan ini sama seperti 1st party tetapi bezanya jika kemalangan disebabkan kecuaian anda sendiri, pihak insurans tidak akan bertanggungjawab ke atas kenderaan anda, hanya kenderaan pihak ketiga sahaja akan ditanggung oleh pihak insurans. Makna kata jika anda bersalah, kos baiki kenderaan adalah dibawah tanggungan sendiri.
3. Third Party
Perlindungan atau ‘term’ paling ‘famous’ jika yang mahukan harga paling murah tetapi bila masalah timbul, ini adalah igauan mimpi ngeri yang pasti susah nak lupa. Basically, perlindungan ini hanya melindungi kenderaan yang pihak ketiga sahaja. Hilang, terbakar, dan kemalangan disebabkan kecuaian sendiri tidak akan ditanggung oleh pihak Insurans.
Sebagai financial advisor, kami mahu anda faham yang perlindungan adalah perkara utama yang perlu diutamakan berbanding harga. Bayangkan jika pinjaman anda berbaki 30K, tetapi anda memilih untuk mengambil perlindungan third party dan kenderaan anda hilang di tempat parking. Situasi kedua, anda kemalangan disebabkan kecuaian sendiri, berlaku kemalangan dan kos
untuk baiki menelan hampir 10K dan perlindungan yang anda ambil adalah third party fire & theft. Pasti tak tidur malam kan!
Berminat nak dapatkan sebut harga insurans kenderaan anda? Sila isi borang di bawah untuk perbandingan harga.

Buat masa sekarang, saya tidak perlukan insurans takaful…
“Saya tidak minat pelan takaful” adalah perkara biasa kerana ramai akan berminat apabila sudah tidak layak.

Ramai lagi yang masih belum memiliki takaful medical card rupanya….
Ramai dikalangan rakyat Malaysia tidak menitikberatkan soal memiliki kad perubatan atau medical card.

Falsafah Zakat: Fahamilah Isyarat Allah Wahai Mereka Yang Berada
Zakat dan sedekah adalah kaedah terbaik untuk mengimbang keperluan hidup secara menyeluruh di kalangan manusia.

Ke Mana Wang 10% Anda Di Belanjakan?
Dengan mengurus akaun 10% anda sebenarnya telah pun menyelamatkan keluarga tersayang anda dari meminta-minta selepas ketiadaan anda.
Borang Quotation










