Tiga Jenis Perlindungan Insurans Takaful Kenderaan Yang Perlu Anda Tahu
![]() |
| Perlindungan Insurans Takaful Kenderaan |
Masih ramai pemilik kenderaan di Malaysia kurang arif tentang perkara asas ni.
Ada tiga jenis perlindungan kenderaan insurans yang perlu kita faham sebelum renew insurans. Bukan sekadar buat, dan ambil sikap cukup sekadar tahu.
1. Comprehensive (1st party)
Dalam bahasa mudahnya perlindungan secara menyeluruh. Sekiranya berlaku empat perkara ini, kecurian, kebakaran, kemalangan disebabkan kecuaian anda atau kecuaian pihak lain. Pihak insurans akan bertanggungjawab sepenuhnya ke atas kenderaan anda.
2. Third Party Fire & Theft (TPFT)
Perlindungan ini sama seperti 1st party tetapi bezanya jika kemalangan disebabkan kecuaian anda sendiri, pihak insurans tidak akan bertanggungjawab ke atas kenderaan anda, hanya kenderaan pihak ketiga sahaja akan ditanggung oleh pihak insurans. Makna kata jika anda bersalah, kos baiki kenderaan adalah dibawah tanggungan sendiri.
3. Third Party
Perlindungan atau ‘term’ paling ‘famous’ jika yang mahukan harga paling murah tetapi bila masalah timbul, ini adalah igauan mimpi ngeri yang pasti susah nak lupa. Basically, perlindungan ini hanya melindungi kenderaan yang pihak ketiga sahaja. Hilang, terbakar, dan kemalangan disebabkan kecuaian sendiri tidak akan ditanggung oleh pihak Insurans.
Sebagai financial advisor, kami mahu anda faham yang perlindungan adalah perkara utama yang perlu diutamakan berbanding harga. Bayangkan jika pinjaman anda berbaki 30K, tetapi anda memilih untuk mengambil perlindungan third party dan kenderaan anda hilang di tempat parking. Situasi kedua, anda kemalangan disebabkan kecuaian sendiri, berlaku kemalangan dan kos
untuk baiki menelan hampir 10K dan perlindungan yang anda ambil adalah third party fire & theft. Pasti tak tidur malam kan!
Berminat nak dapatkan sebut harga insurans kenderaan anda? Sila isi borang di bawah untuk perbandingan harga.

10 manfaat Hibah Takaful (Contohnya Hibah Takaful RM1Juta) untuk keluarga….
Hibah takaful atau hibah bersyarat digunakan oleh syarikat takafuluntuk kaedah pembayaran tuntutan wang pampasan takaful apabila pemilik takaful meninggal dunia.

Bagaimanakah Cara Membuat Aduan Jika Tuntutan Insurans Takaful Anda Tidak Di Bayar?
Tapi apa yang anda akan lakukan, apabila anda membuat tuntutan, kemudian syarikat insurans menolak tuntutan anda?

Saya masih muda dan sihat. Kenapa saya perlu membeli insurans takaful perubatan?
“Saya masih muda dan sihat. Tak perlu pelan takaful perubatan nie…”

Mitos Tentang Takaful Yang Perlu Diperbetulkan
Dalam dunia yang semakin kompleks ini, kita sering kali terdedah kepada pelbagai maklumat yang salah atau kurang tepat, terutamanya apabila melibatkan topik yang penting seperti takaful.
Borang Quotation















