![]() |
Pelan Pendidikan |
Pelan Pendidikan Takaful Adalah Hadiah Terbaik Untuk Anak Anda.
Setiap tahun kita akan sentiasa melangkah yang penuh dengan cabaran, kos-kos perubatan, pendidikan, cukai sana sini, kos sara hidup yang semakin tinggi…
Kepada ibu bapa yang memiliki anak-anak, masing-masing mencari yang terbaik untuk anak-anak mereka. Ini termasuk memberi pendidikan yang terbaik untuk mereka memulakan kehidupan dalam masyarakat yang penuh persaingan.
Namun, anda perlu bersedia untuk menanggung kos pendidikan tinggi yang semakin meningkat. Oleh itu, anda harus mula menabung pada usia muda, bahkan sebelum anak-anak anda mengorak langkah mereka untuk menimba ilmu.
![]() |
Mulakan menabung untuk pendidikan anak-anak |
Sebagai persediaan untuk masa depan anak anda, ikuti beberapa langkah berikut:
1. Menentukan Kos Pendidikan Masa Depan Anak Anda
Berikut adalah beberapa faktor yang anda perlu pertimbangkan semasa mengira kos pendidikan masa depan anak anda.
- Tempoh masa sebelum anak anda melanjutkan pelajaran di universiti.
- Sama ada anak anda belajar di universiti tempatan atau luar negara.
- Jenis dan jangka masa kursus yang anak anda akan pelajari.
- Kadar pertukaran mata wang negara yang anak anda bakal melanjutkan pelajaran.
Anda juga harus mempertimbangkan kesan inflasi pada perbelanjaan anda pada masa akan datang. Andaikan kadar inflasi ialah 4 peratus, kos kursus 4 tahun di Universiti Monash di Australia yang pada masa ini adalah RM408,000* akan meningkat kepada RM735,000 selepas 15 tahun.
2. Mengira Amaun Yang Anda Perlu Menabung
Jika anak anda berumur 4 tahun pada tahun ini, anda mempunyai kira-kira 15 tahun untuk menyediakan satu dana pendidikan sebelum dia memasuki universiti pada umur 19 tahun.
Walaupun anda boleh mengeluarkan wang daripada simpanan akaun II KWSP ana melalui Skim Pengeluaran Pendidikan KWSP, wang ini mungkin tidak mencukupi untuk dana pendidikan anda anda.
3. Mulakan Hari Ini
Melaburlah dengan amaun pelaburan yang banyak dalam unit amanah pilihan anda. Mengamalkan Pemurataan Kos Ringgit (Dollar Cost Averaging) dan meneruskan pelaburan anda setiap bulan.
Mulakan seawal mungkin untuk mendapat manfaat daripada kadar pulangan berganda untuk mencapai jumlah yang diperlukan. Anda perlu menganalisis keperluan perancangan pendidikan untuk mengira amaun yang anda perlu menabung. Ia membolehkan anda:
- Menilai toleransi risiko kewangan anda.
- Menganalisis keperluan pendidikan anak anda.
- Menentukan amaun simpanan yang diperlukan.
- Membuat taksiran tentang simpanan anda yang sedia ada.
- Mengenal pasti pilihan pendanaan yang ada.
Sumber: Financial Freedom, Education Planning Public Bank

Salah faham mengenai tempoh “Waiting Period 120 hari medical card”.
“Tunggu medical card habis tempoh waiting period 120 hari, lepas tu boleh pergi rawatan hospital dan takaful cover semua kos dan bil hospital.”

JENIS-JENIS HIBAH YANG PERLU ANDA TAHU
Jenis-jenis Hibah Dalam Islam. Hibah ialah pemberian hadiah yang dibuat semasa pemberi hibah MASIH HIDUP.

ASSET, LIABILITY, REAL ESTATE dan ESTATE
Erti sebenar asset, liability, real estate dan estate

Sambungan…..MRTA vs MLTA (Takafulink Investment)
Dalam istilah insurans konvensional, ia juga dikenali sebagai MRTA. Manakala MLTT pula merujuk kepada Mortgage Level Term Takaful
Borang Quotation









Hits: 0