SULTAN JOHOR: RAKYAT PERLU UTAMAKAN KESIHATAN, PASTIKAN DILINDUNGI INSURANS
DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar bertitah rakyat perlu sentiasa menitikberatkan kesihatan, selain melabur dalam insurans kesihatan demi kebaikan diri sendiri dan keluarga.
Ā
Baginda bertitah rakyat Malaysia mesti mengutamakan kesihatan dan melabur dalam insurans kesihatan bagi melindungi diri jika mereka menghadapi sebarang penyakit dan kelak tidak beban dengan kos kewangan yang tinggi.
Ā
āInsurans kesihatan kini amat berpatutan kadarnya. Jika rakyat mampu untuk membayar langganan bulanan untuk televisyen, mereka patut mampu membayar untuk insurans kesihatan juga.
Ā
āWalaupun perkhidmatan kesihatan kerajaan adalah bagus, masalah kesesakan masih menjadi isu. Jika ada insurans, rakyat mempunyai pilihan untuk pergi ke pelbagai hospital swasta yang ada kini,ā titah Baginda kepada Royal Press Office (RPO).
Ā
Tuanku Sultan Ibrahim bertitah demikian selepas menerima pelbagai komen serta aduan rakyat termasuk di laman sosial Facebook rasmi Baginda mengenai jumlah pesakit yang tinggi di sesebuah hospital awam sehingga menyebabkan berlaku kesesakan di wad.
Ā
Tuanku Sultan Ibrahim bertitah bahawa beban kewangan yang ditanggung keluarga juga dapat dikurangkan jika mereka dilindungi dengan insurans kesihatan.
Ā
āContohnya, jika ada sesuatu yang buruk menimpa satu-satunya pencari nafkah bagi sesebuah keluarga, bukankah ia sesuatu yang meringankan beban jika ada insurans kesihatan untuk membiayai kos perubatan.
Ā
āSekurang-kurangnya, ia akan memberi sedikit kelegaan kepada keluarga sementara mereka membuat keputusan seterusnya. Justeru, saya amat berharap semua rakyat dapat melabur dalam insurans kesihatan,ā titah Baginda.
Ā
#sultanjohor #royalpressoffice #johor #daulattuanku #junjungperintah #takaful #insurans
Facebook
Twitter
LinkedIn
Telegram
WhatsApp
Email
Print

Hibah Takaful is so powerful.
Hibah Takaful is so powerful. Ketahui 10 sebab kenapa ia dikatakan Powerful.

WASIAT DAN APA YANG ANDA PERLU TAHU MENGENAINYA.
Firman Allah SWT yang bermaksud: ā(Pembahagian itu) ialah sesudah diselesaikan wasiat yang diwasiatkan oleh si mati dan sesudah dibayar hutangnya.ā

Kenali Insurans dan Takaful
Insurans dan takaful adalah dua instrumen kewanagn yang berbeza.

Sakit Kritikal yang Sering Dialami oleh Wanita & Kepentingan Takaful untuk Perlindungan
Borang Quotation Kerjaya & Affiliate Sakit Kritikal yang Sering Dialami oleh Wanita & Kepentingan Takaful untuk Perlindungan Kesihatan wanita sering kali diabaikan, sedangkan mereka berdepan
Borang Quotation










