11 TIPS BAGAIMANA GUNA MEDICAL CARD ANAK

Musibah boleh berlaku bila-bila masa sahaja

11 TIPS BAGAIMANA GUNA MEDICAL CARD ANAK

Banyak yang whatsapp tanya mengenai bagaimana nak uruskan kemasukan anak yang sakit ke hospital swasta menggunakan medical card. Ok meh saya share tips-tips nya.

1. Utamakan kesihatan, bukan claim. Maksudnya, janganlah disebabkan kita nak claim semata- mata (sebab kalau warded saja baru boleh claim dari medical card) menyebabkan kita bertangguh nak bawa anak kita untuk dapatkan rawatan awal.

2. Monitor keadaan anak di rumah. Kalau boleh, jangan hantar ke taska sebab boleh berjangkit dengan Didi & Friends dia pula. Seeloknya, stand by satu thermometer untuk kanak-kanak dekat rumah, boleh rekod suhu badan. Pastikan boleh feeding. Monitor untuk simptom yang lain.

3. Bawa ke klinik berhampiran untuk diperiksa oleh doktor. Jangan terus bagi baki antibiotik yang dah lama mereput dalam peti ais tu. Kita bukan tahu ianya sesuai atau tak. Dapatkan nasihat dari pegawai perubatan.ย 

4. Kalau nak cepat dan mudah, memang kebanyakan parents akan bawa ke klinik swasta dulu. Jika ada panel klinik yang majikan tanggung, kuranglah beban nak bayar bil kan. Tak apa, anak ni rezeki dan amanah, keluar duit sikit untuk kebajikan dia. Nanti akan diganti dengan rezeki lain.

5. Jika doktor kata anak ok dan tak perlu rujukan ke hospital, alhamdulillah. Maksudnya keadaan masih terkawal, tak perlu admit ke wad. Salah konsep nak anak masuk wad semata- mata boleh claim dan tak rugi rasa bayar medical coverage. Kesian tengok tangan dia yang bambam nanti kena cucuk unnecessarily. Bertabahlah mak ayah !

6. Tapi, andainya keadaan memaksa anak untuk diwadkan supaya rawatan lebih baik boleh diberikan, takda la kita rasa terbeban pulak memikirkan bil yang akan ditanggung nanti kan? Do the best we can so that anak ni boleh dapatkan yang terbaik. Antara indikasi kebiasaan untuk kemasukan anak ke wad adalah poor feeding, lemah, irritable, dehydrated, demam berpanjangan, dan lain- lain lagi.

7. Doktor di klinik akan tuliskan memo atau surat rujukan pada hospital sekiranya pada pandangan profesional beliau, anak tu perlu mendapatakan rawatan yang lebih. Ada surat tu akan memudahkan urusan kemasukan ke wad dan proses memohon Guarantee Letter dari syarikat insurans atau takaful anda.

8. Bukan semata- mata ada medical card saja sewenang- wenangnya boleh admit ya. Sebab kejap lagi kalau terus ke hospital dan doktor decide tak perlu admit, bil tu anda kena setel sendiri dan tak boleh claim. ๐Ÿ˜… Dan kalau semua orang terus ke hospital untuk kes bukan kecemasan akan menambahkan kesesakan di hospital sebagai tertiary centre.

9. Pack barang siap-siap just in case kena admit. Takde la kena patah balik semula untuk pack barang kan.

10. Seeloknya, hubungi agen anda supaya beliau boleh bantu terangkan proses mengikut syarikat dan plan masing- masing. Kalau dengan medical card yang saya ambil untuk anak ni, sebarang bil klinik sebelum kemasukan ke wad boleh claim semula. Akan dikira sebagai pre- hospitalisation treatment. Just bagi resit dan isi borang claim. So, tak ada masalah.

11. Setelah doktor decide untuk admit, follow arahan seterusnya dari staf. Mungkin kena buat beberapa test dahulu. Biasanya, staff akan minta anda tunggu sebentar sementara doktor isi borang insurans dan periksa bilik availability. Tunggu pengendali takaful terima request for Guarantee Letter dan approve.ย  Kemungkinan anda masih perlu memberikan deposit sendiri juga antara rm300-500 bagi menanggung bil bukan perubatan. Tapi ianya bergantung pada hospital dan plan yang anda ambil. Macam saya hari tu, hospital meminta RM300 dimana saya dipulangkan semula RM288 selepas ditolak yuran pendaftaran. Ok la, bil RM4000 lebih kot !

Lagi sekali, jangan concern sangat pasal bil rawatan anak. Ambil tahu apa yang boleh dituntut dan apa yang tidak. Mohon bantuan agen anda untuk terangkan proses semula dan assist anda. Agen mesti akan cuba yang terbaik untuk bantu anda.ย 

Kenapa approve time lambat sedikit? Sebab company minta dokumen lain yang tidak dihantar bersama iaitu surat rujukan. Jangan gelabah kalau lambat approve. Selalunya sebab ada maklumat lain yang syarikat minta dari hospital.

Bila dah boleh discaj nanti, FINAL GUARANTEE LETTER pula akan menyusul dengan total kos dia.

UTAMAKAN KESIHATAN, bukan CLAIM. ๐Ÿ˜˜

ย 
Facebook
Twitter
LinkedIn
Telegram
WhatsApp
Email
Print

Borang Quotation

(nombor yang boleh whatsapp & call)
=
=

Views: 5

SULTAN JOHOR: RAKYAT PERLU UTAMAKAN KESIHATAN, PASTIKAN DILINDUNGI INSURANS

SULTAN JOHOR: RAKYAT PERLU UTAMAKAN KESIHATAN, PASTIKAN DILINDUNGI INSURANS

DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar bertitah rakyat perlu sentiasa menitikberatkan kesihatan, selain melabur dalam insurans kesihatan demi kebaikan diri sendiri dan keluarga.
ย 
Baginda bertitah rakyat Malaysia mesti mengutamakan kesihatan dan melabur dalam insurans kesihatan bagi melindungi diri jika mereka menghadapi sebarang penyakit dan kelak tidak beban dengan kos kewangan yang tinggi.
ย 
โ€œInsurans kesihatan kini amat berpatutan kadarnya. Jika rakyat mampu untuk membayar langganan bulanan untuk televisyen, mereka patut mampu membayar untuk insurans kesihatan juga.
ย 
โ€œWalaupun perkhidmatan kesihatan kerajaan adalah bagus, masalah kesesakan masih menjadi isu. Jika ada insurans, rakyat mempunyai pilihan untuk pergi ke pelbagai hospital swasta yang ada kini,โ€ titah Baginda kepada Royal Press Office (RPO).
ย 
Tuanku Sultan Ibrahim bertitah demikian selepas menerima pelbagai komen serta aduan rakyat termasuk di laman sosial Facebook rasmi Baginda mengenai jumlah pesakit yang tinggi di sesebuah hospital awam sehingga menyebabkan berlaku kesesakan di wad.
ย 
Tuanku Sultan Ibrahim bertitah bahawa beban kewangan yang ditanggung keluarga juga dapat dikurangkan jika mereka dilindungi dengan insurans kesihatan.
ย 
โ€œContohnya, jika ada sesuatu yang buruk menimpa satu-satunya pencari nafkah bagi sesebuah keluarga, bukankah ia sesuatu yang meringankan beban jika ada insurans kesihatan untuk membiayai kos perubatan.
ย 
โ€œSekurang-kurangnya, ia akan memberi sedikit kelegaan kepada keluarga sementara mereka membuat keputusan seterusnya. Justeru, saya amat berharap semua rakyat dapat melabur dalam insurans kesihatan,โ€ titah Baginda.
ย 
#sultanjohor #royalpressoffice #johor #daulattuanku #junjungperintah #takaful #insurans
Facebook
Twitter
LinkedIn
Telegram
WhatsApp
Email
Print

Apa Itu Harta Batil?

โ€œDan janganlah sebagian kamu memakan harta sebagian yang lain di antara kamu dengan jalan yang batil. Dan (janganlah) kamu membawa (urusan) harta itu kepada hakim, supaya kamu dapat memakan sebagian dari harta benda orang lain itu dengan (jalan berbuat) dosa, padahal kamu mengetahuiโ€ (QS. al-Baqarah: 188).

Read More ยป

Borang Quotation

(nombor yang boleh whatsapp & call)
=
=

Views: 2

MEDICAL CARD COMPANY BUKAN INSURANS?

Medical card satu pilihan

ย MEDICAL CARD COMPANY BUKAN INSURANS?

Medical card company hanyalah OUTSOURCE kemudahan tuntutan bayaran perubatan (pesakit luar) kakitangan yang diguna pakai oleh HR Department (Sumber Manusia) bagi memudahkan pentadbiran organisasi.

Cuba imbas kembali..ERA 80-90an – KLINIK PANEL

~Sekiranya ibu bapa anda kerja Petronas, MAS atau Bank~

Pihak majikan akan menyediakan BUKU KLINIK dan SENARAI KLINIK PANEL kepada kakitangan untuk kemudahan perubatan (pesakit luar) seperti demam,batuk & selesema.

Kakitangan akan mendapatkan kemudahan perubatan diklinik panel sahaja dan segala tuntutan dibuat oleh KLINIK kepada HR Department.

MASALAH.
Sistem Buku Klinik Panel yang ditadbir oleh HR Department mempunyai beberapa masalah seperti:

1. HR
– Beban kerja kakitangan HR
– Tuntutan perubatan yang banyak tetapi dalam jumlah yang kecil (bawah RM50)
– Sukar mendapatkan INFO Klinik bagi perlantikan klinik panel.
– Sukar menjangka kawasan tempat tinggal kakitangan.
– Perlu melantik kakitangan khas untuk membuat tuntutan perubatan.

2. Klinik swasta
– Lewat dapat bayaran.
– Sukar memasarkan perkhidmatan
– Setiap company panel mempunyai kaedah atau borang tuntutan yang berbeza serta melecehkan pihak doktor

MEDICAL CARD INSURANCE COMPANY.

Inisiatif yang dilakukan oleh Insurance Company bagi menyelesaikan masalah ini adalah dengan menawarkan perkhidmatan OUTSOURCE SETEMPAT bagi tuntutan perubatan PESAKIT LUAR bagi COMPANY di Malaysia dengan menawarkan :

1. Rangkaian klinik panel yang banyak diseluruh negara
2. Klinik Panel yang mempunyai Standard & piawaian yang terjamin.
3. Borang tuntutan yang Standard
4. Bayaran claim secara pukal dan pantas.
5. Penyata kira-kira yang lengkap.
6. KAKITANGAN DIBEKALKAN KAD

ERA 90an-kini
PERTUMBUHAN HOSPITAL SWASTA.

Bagi menyokong pertumbuhan Hospital Swasta.

Kemudahan MEDICAL CARD Perubatan (Pesakit Luar) Company juga menawarkan kemudahan perubatan HOSPITAL dengan LIMIT/HAD TERTENTU SETAHUN yang dipersetujui antara Syarikat Insurance & Company bagi kakitangan SEPANJANG PERKHIDMATAN mereka

Kesimpulan:
Kita seharusnya bersyukur dengan kemudahan perubatan majikan NAMUN janganlah terlalu selesa kerana ianya BUKAN SEGALA-GALANYA.

Kemudahan tersebut hanyalah untuk pesakit luar – itupun kerana KERAJAAN menetapkan supaya company perlu menawarkan perkhidmatan perubatan kepada kakitangan.

BERINGATLAH!!

Medical Card itu hanyalah untuk sakit pening saja..
kalau penyakit berat nak kena ward punyai HAD TERTENTU.

Jika penyakit itu terlalu lama dan kamu tak datang kerja..
Pasti HR akan memberhentikan kamu dan kemudahan Medical Card itu akan ditarik balik.

Lagipun SAMPAI BILA KITA BEKERJA DENGAN COMPANY TU.

Janganlah jadi melayu yang sentiasa berharap pada belas kasihan orang.

BERINGATLAH!!

Facebook
Twitter
LinkedIn
Telegram
WhatsApp
Email
Print

Borang Quotation

(nombor yang boleh whatsapp & call)
=
=

Views: 2

Ramai lagi yang masih belum memiliki takaful medical card rupanya….

Dr Beni bercakap berdasarkan pengalaman…

Ada yang tanya saya, “medikal kad ni dah boleh pakai terus ke?”

BOLEH..untuk certain2 keadaan seperti kemalangan atau kematian sebab kemalangan..tapi secara rasminya medikal kad boleh pakai lepas 4 bulan/120 hari untuk semua penyakit…

Ada lagi yang tanya, “bersalin cover tak?”…bersalin tidak cover sebab itu bukan penyakit..itu buatan orang ๐Ÿ˜†

Melainkan kalau ada komplikasi kehamilan baru ada manfaat untuk cover (bukan semua polisi)..

Jangan berlengah lagi, jangan tangguh lagi, dapatkan medikal kad anda..apply ikut bajet anda ye. Jangan over bajet pulak.

Facebook
Twitter
LinkedIn
Telegram
WhatsApp
Email
Print

Apa Itu Harta Batil?

โ€œDan janganlah sebagian kamu memakan harta sebagian yang lain di antara kamu dengan jalan yang batil. Dan (janganlah) kamu membawa (urusan) harta itu kepada hakim, supaya kamu dapat memakan sebagian dari harta benda orang lain itu dengan (jalan berbuat) dosa, padahal kamu mengetahuiโ€ (QS. al-Baqarah: 188).

Read More ยป

Borang Quotation

(nombor yang boleh whatsapp & call)
=
=

Views: 1

Salah faham mengenai tempoh โ€œWaiting Period 120 hari medical cardโ€.

Tempoh menunggu

Salah faham mengenai tempoh โ€œWaiting Period 120 hari medical cardโ€.

Anggapan pemilik medical card terutama bagi mereka yang mendaftar takaful kerana telah ada simptom penyakit atau sedang menyorokkan masalah kesihatan ketika membuat pendaftaran.

โ€œTunggu medical card habis tempoh waiting period 120 hari, lepas tu boleh pergi rawatan hospital dan takaful cover semua kos dan bil hospital.โ€

Fakta yang sebenarnya mengenai waiting period:

Apa-apa penyakit spesifik (specified illness) yang wujud dalam tempoh 120 hari pertama medical card sedang berkuatkuasa, sama ada pemohon tersebut SEDAR ataupun TIDAK SEDAR akan penyakit tersebut, akan DIKECUALIKAN daripada perlindungan takaful.

Pihak takaful berhak menolak untuk membayar tuntutan perubatan dan menjalankan MEDICAL INVESTIGATION sekiranya terdapat tuntutan yang meragukan dan melibatkan tempoh โ€˜waiting periodโ€™ medical card.

Benda ni penting.

Sebab ramai yang dah ada penyakit dan sorok penyakit, kemudian tunggu 120 hari, terus pergi hospital. Bila diagnosis, report doktor akan keluar penyakit bawah kategori specified illness.

Takaful akan REJECT claim. Dan waktu tu akan keluar ayat…

โ€œTakaful tipuโ€

โ€œTakaful susah nak claimโ€

Dan macam-macam lagi ayat negatif.

Jadi, seeloknya, DAFTAR MEDICAL CARD SEMASA SIHAT DAN SEAWAL YANG MUNGKIN.

Nak quotations? Sila isi form di bawah ini.

Facebook
Twitter
LinkedIn
Telegram
WhatsApp
Email
Print

Borang Quotation

(nombor yang boleh whatsapp & call)
=
=

Views: 10

Buat masa sekarang, saya tidak perlukan insurans takaful…

rejection, tak minat, insurans, takaful
Maaf, saya tidak minat insurans takaful

Buat masa sekarang, saya tidak perlukan insurans takaful…

Masa muda.

“Tak pe lah..saya muda lagi.. Company dah cover. Lepas pencen lah saya ambik”

Lepas pencen.

“Mahalnya.. Apesal anak saya 150 je saya punya sampai 400? Dah lah sakit2 yang saya dah ada tak dilindungi.. Rugilah macam ni..insurance ni nak untung je”

Ragam manusia.

Sign up pelan takaful semasa muda untuk caruman yang lebih rendah dan disaat anda masih belum menghidap sebarang jenis penyakit.

Kos ambik tahu dan mendapatkan maklumat adalah percuma!

Dapatkan QUOTATION PERCUMA untuk mengetahui berapa caruman yang anda perlu bayar.
Facebook
Twitter
LinkedIn
Telegram
WhatsApp
Email
Print

Inflasi Perubatan (Medical Inflation)

Inflasi kos perubatan dilihat lebih tinggi daripada barangan dan perkhidmatan lain kerana kemajuan teknologi dan rawatan, ubat-ubatan baharu, tempoh jangka hayat yang lebih lama yang memerlukan lebih banyak rawatan perubatan, dan lain-lain.

Read More ยป

Borang Quotation

(nombor yang boleh whatsapp & call)
=
=

Views: 17

Apakah nilai kesihatan seorang manusia?

Apakah nilai kesihatan seorang manusia?

Adakah anda tahu berapa tinggi kenaikan kadar inflasi bagi kos perubatan di Malaysia beberapa tahun yang lepas?

Ianya lebih kurang 10% hingga 15% setahun!!

Berapa jumlah jaminan kos perubatan daripada insurans yang anda ada sekarang?? RM100,000 or RM200,000?? ataupun RM0.00??

Biarkan saya tunjukkan kepada anda beberapa contoh untuk mendapatkan satu gambaran lebih baik bagaimana inflasi perubatan meningkat 10% hingga 15% mempengaruhi kos perubatan dan kad perubatan anda.

โ€œPROJECTIONโ€ KOS PERUBATAN 10 TAHUN DAN 20 TAHUN AKAN DATANG:

RM20,000 hari ini akan menjadi RM51,875 selepas 10 tahun (purata inflasi 10%)
RM20,000 hari ini akan menjadi RM80,911 selepas 10 tahun (purata inflasi 15%)
RM20,000 hari ini akan menjadi RM134,550 selepas 20 tahun (purata inflasi 10%)
RM20,000 hari ini akan menjadi RM327,331 selepas 20 tahun (purata inflasi 15%)

Daripada keputusan yang ditunjukkan secara langsung akan menyebabkan secara keseluruhannya ramai rakyat Malaysia tidak mampu untuk menanggung kos perubatan yang tinggi dan dengan kata lain, TIDAK MAMPU UNTUK JATUH SAKIT !!!

Ini kerana, dengan kos perubatan yang semakin meningkat dan terus meningkat, mereka yang mempunyai simpanan ataupun โ€œcoverageโ€ kad perubatan yang tidak mencukupi akan terus menderita dan dibebani kos serta bil hospital yang tinggi.

Persediaan awal akan membantu anda menyelesaikan masalah ini dan dalam pada masa yang sama anda akan mendapat ketenangan fikiran yang tidak anda jangka. Tak salah untuk bertanya kerana tugas saya membantu anda untuk kebaikan diri anda dan keluarga anda.

Tiada gunanya wang yang banyak disimpan untuk masa hadapan tetapi akhirnya tidak dapat memenuhi impian yang anda impikan bersama keluarga dengan membelanjakan wang simpanan berkenaan kepada pembayaran kos perubatan.

Hubungi saya untuk berbincang bagaimana Pelan Takaful yang bersesuaian dengan bajet anda dapat memberikan manfaat serta kebaikan dan ketenangan fikiran untuk anda sekeluarga.

Sila isi borang di bawah untuk sebut harga PERCUMA hari ini!!
Facebook
Twitter
LinkedIn
Telegram
WhatsApp
Email
Print

Borang Quotation

(nombor yang boleh whatsapp & call)
=
=

Views: 2

Mencapai gred yang baik bukanlah kebimbangan utama anak anda……

ย 

Mencapai gred yang baik bukanlah kebimbangan utama anak anda……

ย 
Tidak dinafikan pendidikan sememangnya mahal, dan dengan kos yang dijangka meningkat setiap tahun, cabaran kewangan yang dihadapi oleh ibu bapa bukanlah perkara kecil.

Pertimbangkan angka-angka ini. Ijazah perubatan untuk 5 tahun yang memerlukan RM510,000 pada hari ini boleh mencecah tujuh angka dalam masa 18 tahun akan datangยน. Dan ini adalah untuk pengajian dalam negara! Kelayakan konvensional lain juga memerlukan pelaburan yang amat besar. Kursus berkembar Kejuruteraan contohnya, dijangka meningkat hingga RM400,000ยฒ,ยณ dalam masa 18 tahun akan datang. Untuk pengajian di luar negara pula seperti di Amerika Syarikat, United Kingdom atau Australia, kosnya akan bertambah beberapa kali ganda pada tahap di mana kebanyakan ibu bapa sukar untuk mencapainya.

Bolehkah kita bergantung kepada bantuan kewangan apabila ia melibatkan jumlah yang ย agakย  besar? Sebagai ibu bapa kita berharap agar anak-anak kita berjaya didalam pengajian mereka tetapiย ย  kecemerlangan akademikย  sahaja tidak menjaminkan biasiswa. Pinjaman pendidikan boleh membantu, walau bagaimanapun graduan mungkin dibebani kos bayaran balik sebaik sahaja mereka tamat pengajian.

Seperti juga komitmen kewangan lain, cara terbaik untuk menyediakan pendidikan untuk anak anda adalah dengan bermula lebih awal dan menggunakan kaedah kewangan yang tepat. Pelan pendidikan takaful dicipta khusus untuk kepentingan anak anda. Disediakan dengan pelbagai manfaat kesihatan, perubatan dan hilang upaya, anda kini boleh membina dana pendidikan disertai dengan peluang pelaburan. Di samping itu, pelan ini akan terus dibayar bagi pihak anda sekiranya sesuatu yang tidak dijangka menimpa anda supaya pendidikan dan masa depan anak anda terjamin.

Pastikan simpanan anda sehebat masa depan anak anda. Untuk maklumat lanjut tentang pelan pendidikan takaful, hubungi 012-6727957 atau sila isi borang yang tertera di bawah untuk sebut harga PERCUMA hari ini!!


ยน Berdasarkan yuran kursus Perubatan Universiti Newcastle (cawangan Malaysia) termasuk kos sara hidup. Andaian kadar
inflasi tahunan: 5% setahun.; Tempoh kursus: 5 tahun; Negara pengajian: Malaysia.
ยฒ Sumber: Kementerian Pendidikan Tinggi. Andaian kadar tukaran: 1 Dolar AS = RM3.5.
ยณ Andaian kadar inflasi tahunan: 5%.

Facebook
Twitter
LinkedIn
Telegram
WhatsApp
Email
Print

Borang Quotation

(nombor yang boleh whatsapp & call)
=
=

Views: 4

Saya masih muda dan sihat. Kenapa saya perlu membeli insurans takaful perubatan?

dr beni. kad perubatan, medical card
76% tiada medicalcard – Dr Beni Rusani

Saya masih muda dan sihat. Kenapa saya perlu membeli insurans takaful perubatan?

1) Waktu terbaik untuk membeli insurans takaful ialah ketika anda masih muda dan sihat. Kebanyakan syarikat insurans takaful tidak akan menawarkan perlindungan jika anda mempunyai masalah kesihatan.

2) Jadi, kenapa perlu beli? Kos hospital dan perubatan sangat tinggi dan semakin meningkat setiap tahun. Malah, penyakit kronik atau kemalangan boleh berlaku kepada sesiapa sahaja pada bila-bila masa. Apabila ia berlaku, anda pastinya ingin memiliki kemampuan untuk mendapatkan penjagaan kesihatan yang sebaik mungkin.

3) insurans takaful boleh membantu anda untuk membayar bilik hospital dan penginapan, yuran doktor, yuran pembedahan, bekalan perubatan dan pelbagai lagi. Sesetengah pelan komprehensif turut merangkumi rawatan perubatan alternatif atau tradisional, ubat-ubatan tambahan, vitamin atau herba-herba nutrisi dan perkhidmatan penjagaan di rumah. Kebanyakan syarikat insurans takaful menawarkan kemudahan Kad Perubatan untuk memudahkan kemasukan ke mana-mana panel hospital yang diluluskan di Malaysia.

4) Dalam soal insurans takaful perubatan, pastinya “LANGKAH AWAL IALAH LANGKAH TERBAIK”

Untuk maklumat lanjut, sila isi borang di bawah untuk mendapatkan sebut harga PERCUMA hari ini!!
Facebook
Twitter
LinkedIn
Telegram
WhatsApp
Email
Print