12 LANGKAH DEMI LANGKAH PANDUAN BEBAS HUTANG

12 LANGKAH DEMI LANGKAH PANDUAN BEBAS HUTANG

12 STEP BY STEP PANDUAN BEBAS HUTANG. STEP TERAKHIR PALING AMPUH 

 
(Artikel ini sempena kenaikan OPR) 
 
STEP AWAL 
 
1. Pertama sekali perlu ada KESEDARAN UNTUK BERUBAH . Memang hutang yang banyak itu susah. Tapi ada yang lebih susah daripada susah, iaitu berubah. Nak berubah memang susah, tapi kalau tak berubah maka hidup akan lebih susah. 
 
2. Untuk buat PERUBAHAN, PERLU DARIPADA DALAM, supaya ia akan kekal lama. Jika tidak, perubahan hanye bersifat sementara dan selepas masalah hutang selesai, akan timbul masalah lain. 
 
3. Mulakan perubahan daripada dalam dengan TAMBAH ILMU-ILMU KEWANGAN. Cari paling mudah ialah melalui media sosial, ada byk bahan bacaan, video dan sebagainya yang boleh diakses. Jika ada bajet lebih, boleh gunakan untuk beli rumah buku-buku kewangan, kerana ia lebih tersusun dan berstruktur. 
 
4. Apabila minda kita mula dibajai dengan ilmu-ilmu kewangan, lebih mudah untuk kita UBAH CARA Fikir dan MINDSET. Inilah yang dimaksudkan dengan perubahan daripada dalam.
 
PERHATIAN‼️  Hutang piutang yang kita ada hari ini adalah berpunca daripada keputusan dan tindakan yang pernah kita buat suatu ketika dahulu. Jadi setiap keputusan yang kita lakukan hari ini akan mempengaruhi diri kita beberapa tahun akan datang.
 
5. Apabila cara fikir dan mindset kita berubah, maka mudah untuk kita UBAH HABIT DAN TINDAKAN kewangan kita. Untuk jangka masa panjang, ia akan menjadi GAYA HIDUP / LIFESTYLE baru kita. Kebanyakan masalah keberhutangan yang tinggi berpunca oleh GAYA HIDUP bukan CARA HIDUP. 
 
6. Antara tindakan paling pantas kita boleh lakukan ialah melalui UBAH CARA BELANJA.. Kita tak mampu nak kawal OPR, tapi kita boleh kawal apa yang kita belanja, apa yang kita makan, apa yang kita beli, apa yang kita lakukan setiap hari dan sebagainya.
 
7. Tindakan seterusnya yang boleh dilakukan ialah dengan cara TAMBAH PENDAPATAN. Dalam banyak situasi, menambah pendapatan lebih mudah berbanding mengurangkan belanja. Tambah pendapatan RM1,000 lebih mudah berbanding nak potong bajet kita RM1,000.
 
STEP PALING KRITIKAL.
 
8. Dengan lebihan wang yang berjaya dibuat melalui 2 langkah terakhir di atas, BAYAR HUTANG LEBIH DARIPADA BIASA, ke atas baki pokok. Jangan pula dapat duit lebihan, pergi enjoy pula. 
 
9. Pastikan SEMAK DENGAN BANK SECARA BERKALA untuk memastikan bayaran lebihan tadi ke atas baki hutang pokok. Jika tidak kena gaya, ia mungkin hanya bayar advance sahaja.
 
10. UTAMAKAN HUTANG YANG TINGGI i KADAR KEUNTUNGAN bank, kebiasaannya hutang kad kredit, diikuti hutang pembiayaan peribadi, hutang kereta dan hutang rumah.
 
11. Setiap kali ada hutang yang selesai, gunakan wang yang sama itu untuk bayar hutang lain pula. Contoh begini, andaikan ansuran hutang personal financing anda RM500 sebulan. Selepas hutang tersebut selesai, ansuran RM500 itu digunakan untuk bayar hutang kereta pula. Jangan lupa pergi joli pula dengan wang RM500 tu atau buat hutang baru. 
 
‼️Ingat, kebanyakan masalah keberhutangan yang tinggi berpunca oleh GAYA HIDUP bukan CARA HIDUP
 
STEP AKHIR PALING PENTING 
 
12. Akhir sekali, sepanjang lakukan semua step di atas, doa banyak-banyak kepada Allah. Gunakan doa yang Nabi Muhammad ajar kepada sahabat baginda yang mempunyai masalah hutang iaitu:
 
“Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada Engkau dari kedukaan dan kesedihan. Aku berlindung kepada Engkau dari sifat lemah dan malas. Aku berlindung kepada Engkau dari sifat pengecut dan bakhil. Dan aku berlindung kepada Engkau dari bebanan hutang dan penindasan manusia.”
 
Untuk tingkatkan ilmu kewangan secara KOMPREHENSIF, boleh gunakan e-learning Seminar Bijak Merancang Wang #eSeminarBMW dengan harga MAMPU MILIK RM29 sahaja. 
 
#eSeminarBMW. PROMOSI ISTIMEWA ini hanya RM29 sahaja!!!
 
 
Apa yang anda dapat dengan yuran kepandaian RM29 dalam E-learning Seminar Bijak Merancang Wang
 
1. Pakej video 17 siri Bijak Merancang Wang dengan durasi 2 jam setengah.
2. Ebook BMW edisi KEMASKINI. 180+ muka surat.
3. Ebook PKP Poket Kian Pokai? Poket Kena Penuh! 150+ muka surat.
4. Sertai group khas pembeli #eSeminarBMW
5. Live video Seminar Bijak Merancang Wang #SeminarBMW dengan durasi 3 jam
6. E-workbook Bijak Merancang Wang #BMW2s
7. Peluang menjadi ejen affiliate #eSeminarBMW
 
Ok tak kalau semua ini dgn harga RM29?
 
Produk yang sama, biasanya berharga RM59 ke RM99, tapi untuk promosi ini hanya RM29 sahaja.
 
 
CREDIT ARTIKEL TO www.afyan.com
Facebook
Twitter
LinkedIn
Telegram
WhatsApp
Email
Print

Visits: 15

SyaihanSirotin.com Hai, tekan loceng untuk terima promosi dan update dari website ini :-)
Dismiss
Allow Notifications