

Instrumen Perancangan Kewangan
“Adakah perlu untuk kita merancang kewangan?” dan, “Apakah keperluan ini dituntut oleh Islam?”
Jawapan kepada persoalan ini tentulah, ya dan ya. Hakikatnya, setiap lelaki dan perempuan, tidak kira bangsa, agama dan keturunan perlu merancang kewangan mereka.
Bagi individu, perkara yang pasti berlaku adalah kematian. Apabila berlakunya kematian, pelbagai aktiviti harian akan terhenti. Tanpa perancangan yang sempurna, akan berlaku kepayahan kepada ahli keluarga yang telah ditinggalkan dan juga kepada si mati dalam kehidupannya di alam akhirat.
HARTA BENDA ADALAH AMANAH DARI ALLAH YANG PERLU DITADBIR SEBAIK-BAIKNYA.
Dalam perancangan kewangan dan pengurusan risiko, langkah-langkah asas yang perlu ditangani adalah seperti berikut:
1. Andainya hutang (liabiliti) kita melebihi aset kita, maka hendaklah kita senaraikan bentuk hutang-hutang kita:
- Pembiayaan perumahan.
- Pembiayaan peribadi (Bank Rakyat@ Bank Islam).
- Pembiayaan kenderaan.
- Kad kredit.
- Pinjaman pelajaran
- Hutang dengan individu
2. Kemudian kita kenal pasti status hutang-hutang yang kita tanggung.
- Hutang Pembiayaan Perumahan ada MRTA (Insurans Gadai Janji). Andainya kita meninggal dunia, pihak insurans akan melunaskan baki hutang kita. Maka, untuk hutang pembiayaan perumahan kita tidak perlu risau.
- Begitu juga dengan hutang pembiayaan peribadi (Bank Rakyat@ Bank Islam) juga ada MRTA. Andainya kita meninggal dunia, pihak insurans akan melunaskan baki hutang kita. Maka, untuk hutang pembiayaan peribadi kita tidak perlu risau.
- Untuk pembiayaan kenderaan memang tidak ada MRTA. Maka untuk hutang Pembiayaan Kenderaan kita perlu ambil-kira.
- Untuk hutang kad kredit memang tidak ada MRTA. Maka untuk hutang kad kredit juga perlu kita ambil kira.
- Untuk hutang pinjaman pelajaran juga tidak ada MRTA. Maka memang perlu kita ambil kira
- Untuk hutang dengan individu juga perlu kita ambil kira. Bahkan bukti bayaran semula serta maklumat berkenaan seperti nama pemiutang, alamat rumah, nombor telefon hendaklah kita kumpulkan ataupun difailkan.
3. Semasa hidup, hendaklah kita mencari jalan dan berusaha untuk melunaskan hutang-hutang yang tiada jaminan MRTA (Insurans Gadai Janji).
4. Kita perlu mengambil Polisi Takaful.
- Faedahnya adalah apabila kita meninggal dunia, wang pampasan takaful yang akan diterima oleh waris kita boleh digunakan untuk melunaskan hutang-hutang kita yang tiada jaminan MRTA, Contohnya hutang-hutang kereta, kad kredit, pinjaman pelajaran dan hutang dengan individu.
- Sebagai panduan, sebelum kita mengambil polisi takaful, kita jumlahkan dulu jumlah hutang-hutang yang tiada jaminan MRTA. Sebagai contoh mungkin sekitar RM75,000. Maka jumlah pampasan polisi takaful yang wajar kita ambil ialah menyamai ataupun melebihi jumlah hutang tadi (RM75,000).
- Selepas itu hendaklah kita dapatkan kadar caruman bulanan. Contohnya RM100 sebulan untuk pampasan takaful RM95,000. Andainya kita mampu membayar RMM100 kadar caruman bulanan tadi, maka kita bersegeralah ambil polisi takaful tersebut.
- Andainya kadar tersebut di bawah kemampuan kita, maka berundinglah dengan wakil takaful untuk mendapatkan suatu kadar yang kita mampu. Apa yang pasti kita memang perlu ambil polisi takaful.
- Menamakan polisi takaful kepada orang yang terdekat dengan kita seperti suami isteri. Kemudian amanahkan kepada isteri kita, contohnya: “Wang polisi takaful ini untuk melunaskan hutang hutang saya, yakni baki hutang kereta, kad kredit, pinjaman pelajaran dan hutang dengan si polan, si polan.


Apa lagi yang anda FIKIRKAN?
Apabila disuruh membuat keputusan sekarang, dia memberi alasan, “Tunggulah dulu. Saya belum fikirkan lagi”.


Melepaskan Hak Faraid Dalam Pentadbiran Harta Pusaka
Melepaskan hak bermaksud waris membebaskan haknya ke atas harta pusaka si mati dengan memberi atau menghadiahkan bahagiannya kepada waris lain.


Syarat tuntut pampasan insurans
SERING kali pemegang polisi insurans mengeluh ketika membuat tuntutan insurans kerana mendakwa lewat dan sukar untuk membuat tuntutan.


Perancangan Kewangan Dari Sudut Tasawur Islam
“Adakah perlu untuk kita merancang kewangan?” dan, “Apakah keperluan ini dituntut oleh Islam?
Borang Quotation









Views: 3