Wasiat itu pesanan selepas mati |
5 Perkara Wajib Yang Anda Perlu Tahu Jika Menulis Wasiat.
Ramai yang masih faham macam ni…
1. Buat apa buat wasiat kalau boleh ditentang?
Â
2. Wasiat boleh 1/3 kepada bukan waris je. Mana boleh wasiat kepada waris.
Â
Dua-dua betul, tapi sebelum gunakan point kat atas untuk tidak merancang pusaka yang bakal membebankan waris, kena faham fungsi keseluruhan wasiat dulu.Â
Â
1. LANTIK WASI
Â
Dalam wasiat boleh lantik WASI. Wasi ni umpama kita la masa hidupnya. Semua benda kita boleh buat sendiri masa hidup. Tapi bila mati, kita dah tak boleh buat apa, WASI lah yang perlu ambik alih wakilkan kita si mati ni.
Â
Sebab tu penting lantik wasi yang pakar dan berpengalaman. Bukan main petik je lantik isteri yang tak tahu apa-apa, lantik suami pun yang kadang-kadang semua isteri uruskan. Atau lantik anak yang belum tentu boleh laksanakan nak-nak nya kalau anak-anak muda dan kecik lagi.
Â
2. LANTIK PENJAGA HARTA ANAK BAWAH UMURÂ
Â
Dalam dokumen wasiat suami boleh melantik penjaga harta anak bawah umur. Perlu diambik tahu, isteri BUKAN penjada automatic harta anak bawah umur ye. Isteri perlukan perlantikan.Â
Â
Jangan mengeluh bila kelak ada arahan  harta anak bawah unur esok-esok perlu dipegang oleh Amanah Raya Berhad. So ambik tahu perkara penting ni.Â
Â
3. SENARAIKAN HUTANG PIUTANG
Â
Dalam wasiat jugaklah kita wajib menyatakan segala hutang yang kita tinggalkan kat dunia ni. Especially kalau hutang dengan orang.Â
Â
Selagi orang tu tak halalkan masaklah kita tak bawah sana. Nak-naknya waris pun tak tahu perihal hutang dengan orang tu.Â
Â
Ataupun waris sengaja taknak bayar sebab kata waris yang berhutang tu si mati. Bukannya saya. Kenapa saya yang kena bayar pulak. Ada kes camni.. infact banyak. bila pemiutang mintak hutang dari waris, waris ignore. Ada yang pernah experience?
Â
4. WASIAT 1/3 KEPADA BUKAN WARIS
Â
Dalam dokumen wasiat jugakla kita boleh nak nyatakan sebahagian dari harta kita ni nak bagi kepada diri kita balik. Takkan semua nak bagi waris enjoy.Â
Â
Contoh paling mudah, kita ambik policy takaful 1 juta. Hidup pun tak pernah merasa 1juta, alih-alih takkan bila mati nak bagi semua waris enjoy. Ambik lah sedikit untuk bekalan kita di bawah sana.
Â
Nak harapkan waris nak sedekahkan 1/3 daripada 1 juta tu belum tentu. Kalau kita sebagai waris pun belum tentu nak sedekah 1/3 daripada 1 juta tu kan.
Â
Tapi kalau kita dah dinyatakan siap-siap dalam dokumen wasiat ianya dah jadi satu kewajipan. Waris tak boleh menentang. Kena jugak laksanakan wasiat 1/3 tu.
Â
lItulah yang dikatakan wasiat 1/3 hanya kepada bukan ahli waris tu.Â
Â
5. HASRAT DAN PESANAN
Â
Dalam dokumen wasiat juga boleh lah kita tinggalkan pesanan dan hasrat kepada ahli-ahli waris. Yelah, kalau tak nyatakan hasrat kepada waris mana depa nak tahu. Takkan waris main agak-agak je kot. Tu yang macam-macam isu timbul. Sebab takde pesanan.
Â
Dalam pesanan ni jugaklah kita nyatakan harta ni nak bagi waris mana, harta ni nak buat camana, begitu dan begini.
Â
Kalau waris nak ikut hasrat dan pesanan kita tu, depa boleh lah ikut. Kalau rasa-rasa taknak ikut, bincanglah sesama waris faraid lain macam mana nak buat.Â
Â
Yang penting bersepakat dan bekerjasama.
Â
Bukan la kata kalau sorang waris taknak ikut wasiat, habis terbatal keseluruhan wasiat. Itu macam wow sangat bunyinya.
Â
Sebab tulah pentingnya kepada seseorang yang jadi wakil kita ni kena bijak macam kita masa kita urus harta kita sendiri tatkala hidup.
Â
Ok dah faham dah?Â
Â
Ada lagi keraguan tentang wasiat boleh ditentang atau wasiat 1/3 ni?Â
Â
Kalau belum jelas, lebih baik dapatkan penjelasan terlebih dahulu.
Â
Kalau dah jelas, cepat-cepatlah ambik tindakan awal sebab hidup ni terlalu unpredictable.
Â
Klik link di bawah jika untuk sebarang pertanyaan:-
Facebook
Twitter
LinkedIn
Telegram
WhatsApp
Email
Print
Deklarasi Harta Sepencarian
Deklarasi Harta Sepencarian penting untuk kehidupan yang lebih selamat untuk isteri terutama yang bergelar suri rumah atau isteri yang bergaji kecil.
9 Tanda-Tanda Saat Kematian
Tanda kematian akan terlihat secara alami dari munculnya perubahan secara fisik dalam beberapa hari atau beberapa jam menjelang kematian.
Apakah nilai kesihatan seorang manusia?
Adakah anda tahu berapa tinggi kenaikan kadar inflasi bagi kos perubatan di Malaysia beberapa tahun yang lepas?
Jangan pandang remeh takaful kemalangan
Sesungguhnya, malang itu adalah tidak berbau dan boleh berlaku tanpa diduga…
Borang Quotation
Views: 17